BAB 7: BINTANG, ISTERI DAN MIMPI SETELAH BERPINDAH KE REJIMEN KELAPAN RENJER PADA TAHUN 1973, DI KEM TERENDAK , MELAKA, KEHIDUPAN KANANG SEMAKIN CERAH. KANANG DIHANTAR MENGIKUTI KURSUS PTT RENDAH DA KEMUDIANNYA DINAIKKAN PANGKAT MENJADI KOPERAL PENUH. PADA TAHUN 1977, KANANG DIHANTAR MENGIKUTI KURSUS LATIHAN KAWAT PASUKAN DI PUSAT LATIHAN ASKAR WATANIAH, IPOH, PERAK. KETIKA BERADA DI SINI, KANANG PERNAH MENYATAKAN HASRATNYA UNTUK BERSARA DARI PERKHIDMATANNYA. NAMUN BEGITU, LEFTENAN KOLENAL SULAIMAN BIN KUDUS BERJAYA MEMUJUKNYA UNTUK MENERUSKAN PERKHIDMATAN SEBAGAI TENTERA. PADA 17 JULAI 1978, KANANG DINAIKKAN PANGKAT KE PANGKAT SARJAN. SEMASA KANANG DAN KELUARGANYA TINGGAL DI TAIPING, PERAK, HELEN MASIH MUDA DAN BERUSIA 14 TAHUN. HELEN TERPAKSA BERDIKARI DAN MENGAMBIL INISIATIF MEMPELAJARI BAHASA MELAYU. BERKAT KEGIGIHANNYA, DIA BERJAYA MENGUASAI BAHASA MELAYU DENGAN FASIH.