Bab 2 - 1 Sejarah Penubuhan Radio

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 2 - 1 Sejarah Penubuhan Radio as PDF for free.

More details

  • Words: 974
  • Pages: 3
BAB DUA KAJIAN LEPAS 2.1 2.1.1

SEJARAH PENUBUHAN RADIO Sejarah Radio Dunia

Radio merupakan teknologi terawal yang digunakan untuk mengirim arahan dengan cara modulasi dan radiasi elektromagnetik (gelombang elektromagnetik). Gelombang ini melintasi dan merambat melalui udara dan ia juga merambat melalui ruang angkasa walaupun tanpa udara serta graviti yang rendah kerana gelombang ini tidak memerlukan medium pengangkutan. Bermakna, gelombang ini boleh bergerak di dalam vakum. Menurut buku Prinsip Asas Fizik Jilid (IV) bertajuk Gelombang, Bunyi dan Optik, cetakan kedua tahun 1996, gelombang elektromagnet yang terbina dari satu bentuk radiasi elektromagnetik yang mana ia terbentuk ketika objek bermuatan elektrik dimodulasikan (ditingkatkan kadar frekuensinya) pada frekuensi yang terdapat dalam frekuensi gelombang radio (RF) dalam suatu spektrum elektromagnetik. Gelombang radio ini berada pada jangkauan frekuensi 10 hertz (Hz) sehingga boleh mencapai beberapa gigahertz (GHz), dan radiasi elektromagnetiknya bergerak dengan cara osilasi elektrik ataupun magnetik. Secara umumnya, gelombang elektromagnetik boleh dihasilkan daripada cas elektrik yang dipecutkan. Gelombang ini merupakan gelombang melintang yang terdiri daripada medan elektrik E dan medan magnet B, yang berayun dan saling serenjang antara satu sama lain dan juga terhadap arah rambatannya. Merujuk laman web (http://duniaradio.blogspot.com/2008/02/sejarah-penemuasndan-inovasi-radio.html) yang menceritakan serba sedikit mengenai sejarah radio pada awal penemuannya. Gelombang elektromagnetik lain yang memiliki frekuensi di atas gelombang radio juga meliputi sinar gamma, sinar-x, inframerah, ultraungu, dan cahaya tampak. Ketika gelombang radio dipancarkan melalui kabel, osilasi dari medan elektrik dan magnetik tersebut dinyatakan dalam bentuk arus ulang-alik dan voltan di dalam kabel. Keadaan ini kemudiannya dapat diubah menjadi arahan audio atau dengan kata lainnya ia dapat membawa maklumat. Perkataan ‘Radio’ kebiasaanya digunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan alat penerima gelombang suara, namun sebenarnya arus perubahan gelombang telah digunakan sebagai dasar gelombang pada televisyen, radio, radar dan kini telefon bimbit juga. Di dalam laman web itu juga menceritakan sedikit terperinci mengenai sejarah awal tokoh yang menemui gelombang elektromagnetik yang dijelaskan oleh James Clerk Maxwell pada tahun 1873 di dada akhbar Royal Society. Pada tahun 1878, David E.

Hughes kemudiannya menjadi orang pertama yang mengirimkan dan menerima gelombang radio ketika dia mendapati penemuan bahawa keseimbangan induksi menyebabkan gangguan ke telefon buatannya. Seterusnya dia membuat demonstrasi penemuannya sekali lagi kepada Royal Society pada tahun 1880. Malangnya penemuannya itu dianggap sekadar sebagai induksi. Tokoh seterusnya, Heinrich Rudolf Hertz pada sekitar tahun 1886 dan 1888, pertama kali membuktikan teori Maxwell melalui eksperimen, beliau memperagakan bahawa radiasi radio memiliki seluruh kekuasaan gelombang (kini dikenali sebagai gelombang Hertzian). Beliau menemukan persamaan elektromagnetik yang dapat diformulasikan sebagai persamaan gelombang. Dunia inovasi radio mencatat nama Guglielmo Marconi sebagai penemu radio. Beliau yang sejak kecil tertarik dengan hasil penemuan Maxwell, Hertz, Righi sehingga ke Lodge, dan pada tahun 1895 beliau telah membina sebuah makmal di rumah ayahnya di Pontecchio ketika beliau berusia 21 tahun. Beliau membuat penelitian terhadap gelombang radio yang pada ketika itu disebut sebagai ‘Gelombang Hertzian’ yang digunakan sebagai medium untuk menghantar arahan telegraf. Ketika itu kabel masih digunakan untuk menghantar telegraf. Beliau kemudiannya berjaya menghantar arahan telegraf untuk jarak sejauh 2 kilometer. Ketika itu penemuan radio sudah diambang kejayaannya, oleh kerana itu beliau meminta sokongan dari Department Pos dan Telegraf Itali. Malangnya para birokrat Itali langsung tidak berminat dengan kejayaan beliau itu. Marconi yang tidak berputus asa kemudiannya menghubungi Dinas Pos Inggeris. William Preece, ketua senior Dinas Pos Inggeris kemudiannya sudi bertemu dengannya lalu Marconi datang mempamerkan kemampuan radio ciptaannya buat pertama kalinya di dataran Salisbury menyeberangi Bristol Channel. William Preece akhirnya berminat terhadap ciptaan Marconi. Marconi kemudiannya membuka perniagaan The Wireless Telegraph & Signal Company Limited pada tahun 1897, yang kemudiannya diubah menjadi Marconi’s Wireless Telegraph Company Limited. Selama satu dekat sehingga tahun 1912, beliau mengekalkan sejumlah penemuan untuk menyempurnakan sistem radio yang telah diciptanya. Pada tahun 1909 beliau mendapat anugerah Nobel dalam bidang Fizik. Watak seterusnya ialah Edwin Howard Amstrong yang mencatatkan namanya sebagai orang pertama yang menemui Radio FM. Pada usia 14 tahun, beliau telah membaca buku telegraf karangan Marconi. Beliau yang sangat mengagumi Marconi kemudiannya berhasrat tinggi untuk menyempurnakan kajian radio ciptaan Marconi. Amstrong kemudiannya membuat sendiri radio dengan kepekaan suara yang lebih tinggi serta membuat stesen radio di rumahnya. Oleh kerana itu beliau memasuki Fakulti Teknik Elektrik di Universiti Columbia. Beliau berjaya lulus dan menjadi pengetua dan senior dalam jurusan elektrik. Pada tahun 1912, Amstrong berjaya membina litar regeneratif dan litar ulang-alik. Beliau juga mengkaji tabung vakum buatan De Forest yang dikenali sebagai trioda dan audion.

Amstrong menggabungkan penemuannya dengan tabung vakum buatan De Forest dan hasilnya, tabung tersebut mengeluarkan suara beribu-ribu kali lebih jelas dan peka. Sayangnya, De Forest menganggap penemuan itu sebagai hak miliknya. Mereka memperebutkan hak ciptaan masing-masing selama hampir 14 tahun di pengadilan. Akhirnya, kejayaan mutlak menjadi milik De Forest sekaligus memperkatakan bahawa kejayaan Amstrong itu juga miliknya berikutan para hakim ketika itu tidak memahami ilmu keelektrikkan. Namun para ilmuan tetap menganggap Amstrong sebagai orang pertama yang menemui litar dan FM radio. Beliau dianugerahkan dengan Medal Franklin dan mendapat julukan sebagai ‘Bapa Litar’. Hasil daripada penemuan para pengkaji terawal telah menjadikan dunia radio semakin moden. Seterusnya radio banyak digunakan dalam bidang maritim bagi mengirimkan pesanan telegraf menggunakan kod Morse antara kapal laut dan darat. Salah satu penemuan awal termasuk Angkatan Laut Jepun yang melakukan perisikan terhadap armada Rusia ketika zaman Perang Tsushima pada tahun 1901. Salah satu sejarah tragis yang dikenangi sehingga kini ialah pada ketika tenggelamnya RMS Titanic pada tahun 1912 yang menggunakan komunikasi antara operator di kapal yang tenggelam dengan kapal terdekat untuk meneruskan komunikasi ke pengkalan darat berdaftar yang terselamat. Melalui laman web yang sama juga menjelaskan mengenai perkhidmatan radio yang digunakan untuk menyalurkan arahan dan komunikasi antara Angkatan Darat dan Angkatan Laut di kedua pihak ketika zaman Perang Dunia Kedua; Jerman menggunakan komunikasi radio untuk menghantar pesanan diplomatik ketika peristiwa kabel bawah lautnya dipotong oleh Britain. Seterusnya revolusi penggunaan radio semakin memantap apabila munculnya pesawat radio, penggunaan telefon serta radio mampu membuat siaran ulangan bagi program radio sekitar tahun 1920-an dan 1930-an.

Related Documents