TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH DAN MEMBENTUK MASYARAKAT ISLAM
ISLAM NIZAM YANG LENGKAP Islam adalah nizam atau sistem yang lengkap dan menyeluruh. Islam terbina di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar, cabang-cabang dan ranting-ranting yang kecil saling memaut dan tertegak di atas asas yang kuat. Islam laksana pokok, berasal daripada sebiji benih, kemudian mengeluarkan akar, seterusnya tumbuh batang, dahan, cabang, ranting dan daun sehingga menjadi pokok rendang. Namun setiap helai daun berhubung rapat dengan akar pokok itu.
ISLAM BERERTI PENYERAHAN DIRI Islam bererti penyerahan diri dan kepatuhan
hamba sepenuhnya kepada
Allah SWT. Islam menarik manusia daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Islam menghendaki manusia tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan peraturan-Nya sahaja dalam semua urusan hidup. Islam
dibawa oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk
memperbetulkan
perhambaan manusia sama seperti ia datang melalui para rasul sebelum baginda. Islam datang untuk mengalihkan kepatuhan manusia kepada kehendak dan pemerintahan Allah SWT seperti alam ini berjalan
di
atas
landasan
pemerintahan
Allah
SWT.
yang sentiasa
Manusia
adalah
sebahagian daripada alam. Justeru itu manusia dan alam mestilah selaras dalam kepatuhan kepada Pencipta. HAMBA YANG MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA ALLAH Semua
manusia adalah hamba Allah SWT. Namun, manusia tidak
akan
menjadi hamba Allah SWT yang sebenar melainkan apabila dia tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah dengan memegang panji-panji
‘kalimah
syahadah ‘ mengikut fahaman: " Tiada kekuasaan yang lain selain daripada kekuasaan Allah SWT. Tiada
1
peraturan yang lain selain daripada peraturan Allah SWT. Tiada syariat yang lain selain daripada syariat Allah SWT. Tiada kekuasaan seseorang ke atas seseorang yang lain, kerana kekuasaan itu seluruhnya kepunyaan Allah SWT. " Hamba-hamba (ummah)
yang
yang
beginilah
dikehendaki
yang Islam.
akan Rupa
membentuk
rupa
bangsa
aqidah
bangsa yang
menggabungkan seluruh bangsa dan warna kulit di bawah panji-panji Allah SWT. TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH Mentauhidkan
Allah
SWT
atau mengesakan
Allah
SWT
sebenarnya
menolak jahiliyyah. Ini kerana tauhid membawa implikasi mengabdi kan diri kepada Allah SWT semata-mata dalam semua lapangan hidup, sedangkan jahiliyyah ialah keluar daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT, atau tidak melakukan pengabdian kepada-Nya semata-mata. Aqidah yang tidak betul akan melahirkan jahiliyyah. Juga akan terbina di atasnya segala rupa bentuk penyelewengan dalam konsep hidup, tingkah laku dan aktiviti manusia. ‘AQIDAH YANG BETUL Aqidah yang betul akan meletakkan manusia pada darjat sebenar dan membetulkan tindak-tanduk manusia pada setiap zaman dan tempat. Aqidah yang betul mengarahkan manusia kepada matlamat hakiki melalui jalan sahih. Aqidah
yang betul hidup dan nampak kesannya yang sempurna
dalam
perasaan, tingkah laku, pegangan, konsep dan amalan manusia, tanpa terpisah antara satu sama lain.
AQIDAH YANG SALAH AKAN MELAHIRKAN JAHILIYYAH
2
Sekiranya kesan dalam kehidupan manusia berlaku dalam bentuk yang lain daripada yang dinyatakan di atas, bererti ada ciri-ciri jahiliyyah meskipun pelaku-pelakunya mengaku beriman kepada Allah SWT. Kesan jahiliyyah itu lambat laun akan terserlah dengan nyata lantaran aqidah yang salah atau tidak tepat. Begitulah sunnah Allah SWT. Orang Arab jahiliyyah pun mengakui ketuhanan Allah SWT, tetapi natijah jahiliyyah tetap tertonjol dalam kehidupan mereka. Firman Allah SWT:
“ Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: ‘ Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Tentu mereka akan menjawab : ‘Allah’. Katakanlah : ‘ Segala puji bagi Allah ‘; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui “ (Surah Luqman: 25)
“ Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: ‘ Siapakah yang menciptakan
mereka,
nescaya
mereka
menjawab
:
‘
Allah
‘,
maka
bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?” (Surah Az Zukhruf : 87) “ Katakanlah: ‘ Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan pengelihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?’. Mereka mereka akan menjawab ‘ Allah ‘. Maka katakanlah:
3
‘Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)? “ (Surah Yunus : 31) Walaupun orang Arab jahiliyyah mengetahui Allah SWT, mengakui segala sesuatu
ciptaan-Nya dan di
bawah
tadbiran-Nya,
tetapi mereka
tidak
beriman dalam ertikata sebenar. Mereka menolak peraturan dan hukum Allah S.W.T dalam kehidupan. Mereka tahu tetapi tidak mengikuti apa yang mereka tahu. Mereka daripada Allah S.W.T.
memperhambakan diri kepada ilah-ilah yang lain Mereka melaksanakan
syari'at yang lain daripada
syari'at Allah S.W.T. mereka disebut Jahiliyyun (golongan yang jahil). SYARIAT DAN AQIDAH TIDAK BOLEH DIPISAHKAN Syariat tidak boleh dipisah dan diceraikan daripada aqidah. Garis pemutusnya ialah sama ada berhukum dengan apa yang Allah SWT tanzilkan atau sebaliknya (berhukum dengan jahiliyyah). Jika seseorang itu beriman kepada Allah SWT dan menerima Uluhiyyah-Nya (ketuhanan), sudah tentu juga menerima Hakimiyyah-Nya (hukuman dan undang-undang-Nya). Allah SWT adalah Pencipta dan Pemilik, maka Dia-lah yang berhak ditaati. Syariat-Nya sahaja yang berhak dipatuhi dan diikuti. Jika tidak, maka lahirlah jahiliyyah. Oleh kerana jahiliyyah itu tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT, sudah pasti jahiliyyah itu mengikut hawa nafsu. Firman Allah SWT:
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara kamu menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka.
4
Dan
berhati-hatilah
kamu
terhadap
mereka,
supaya
memalingkan kamu daripada sebahagian yang diturunkan kamu. Jika mereka berpaling (daripada maka ketahuilah
bahawa
hukum
sesungguhnya
mereka
tidak
Allah kepada
yang diturunkan Allah),
Allah menghendaki
akan
menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq." (Surah Al-Maidah: 49) Sebarang
peraturan
atau
hukum
yang
tidak
bersumberkan
syara'
sebenarnya termasuk dalam ahwa'. Syariat Allah bersih daripada pengaruh ahwa'. Seseorang itu perlu membuat keputusan sama ada ingin mengikut syariat Allah SWT (lalu dia menjadi muslim)
atau mengikut ahwa' (lalu dia
terdiri daripada golongan jahiliyyah). HANYA SATU YANG BENAR 1.
Kedatangan Islam untuk menetapkan satu tali atau satu alat sahaja yang
menghubungkan manusia dengan Allah SWT. Apabila tali itu putus maka tidak ada lagi tali dan alat penghubung yang lain. Firman Allah SWT:
"Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang
5
Allah dan Rasul-Nya, sekalipun mereka itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau keluarga mereka.
Mereka itulah orang-orang yang
telah Allah tanamkan keimanan dalam
hati mereka
dan
menguatkan
mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkanNya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sunagi, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka puas
terhadap
limpah (rahmat)-Nya.
Mereka itulah golongan Allah.
Ketahuilah, bahawa golongan Allah itulah golongan yang beruntung."
(Al-
Mujadalah: 22) 2.
Terdapat satu sahaja golongan Allah SWT. Golongan Allah SWT tidak
berbilang-bilang atau berbelah bahagi. Golongan atau
puak lain adalah
golongan atau puak syaitan dan thaghut.
Firman Allah SWT:
"Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang pada jalan thaghut, sebab
itu perangilah kawan-
kawan syaitan itu, kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah."
( Surah An-
Nisa': 76) 3.
Hanya terdapat satu jalan yang boleh sampai kepada
matlamat
keredhaan Allah S.W.T. Jalan-jalan lain tidak akan sampai kepada keredhaanNya.
6
Firman Allah SWT:
"Dan yang Kami perintahkan ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan
janganlah kamu
mencerai-beraikan
mengikuti
kamu
jalan-jalan
daripada
lain, kerana jalan-jalan itu
jalan-Nya.
Yang
demikian
diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa."
itu
( Surah Al-
An'am: 153) 4.
Hanya satu sistem yang benar iaitu sistem Islam, manakala sistem-
sistem lain adalah jahiliyyah belaka. Firman Allah SWT:
"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan
hukum siapakah
yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? "
( Surah
Al-Maidah: 50) 5. Hanya satu undang-undang atau syariat yang benar iaitu undang-undang atau syariat Allah SWT, manakala undang-undang lain adalah berlandaskan hawa nafsu belaka. Firman Allah SWT:
7
"Kemudian kami jadikan kamu di atas satu syariat (peraturan) urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." 6.
( Surah Al-Jathiyah: 18)
Kebenaran hanya satu, tunggal dan tidak berbelah-bahagi. Selainnya
adalah sesat belaka. Firman Allah SWT:
"Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu sebenarnya; maka tiada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan, maka bagaimanakah kamu dipalingkan daripada kebenaran?" 7. iaitu
(Surah Yunus: 32)
Akhirnya, hanya satu negara atau masyarakat yang diredhai Allah SWT negara
Islam
atau
masyarakat
Islam.
Masyarakat
Islam
ialah
masyarakat yang di dalamnya tertegak Din Islam, berjalan syariat Islam dan berkuatkuasa peraturan-peraturan Allah. Semua warganya bersatu dan saling hormat menghormati. Negara
atau
masyarakat yang dimaksudkan itu
pernah
wujud
dan
terbentuk pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Tenaga pembentuknya adalah aqidah tauhid yang dibawa oleh mengikut arahan Allah SWT. Jalannya bermula tauhid Lailaha Illallah ( kepada kekuasaan Allah SWT.
8
Rasulullah
SAW
dengan penegakan kalimah
) yang membawa manusia tunduk dan patuh
JALAN YANG TERPAKSA MENEMPUH KESUSAHAN Tiada jalan lain melainkan satu jalan sahaja untuk mengembalikan Islam dan masyarakat Islam, iaitu jalan iman. Jika di permulaan Islam, iman telah menjadi tenaga pembangunan Islam, maka iman juga mesti menjadi tenaga pembangunan Islam pada zaman mutakhir ini.
Jalan untuk sampai kepada pembentukan masyarakat Islam ini terpaksa menempuh kesusahan, rintangan, kesakitan dan sebagainya. Allah SWT Yang Maha Suci, Maha Mengetahui
dan
Maha
Bijaksana tidak bermaksud
menyeksa orang-orang mu'min. Malah Allah SWT Maha Mengetahui bahawa inilah satu-satunya
jalan
untuk
menegakkan masyarakat
Islam yang
tunduk dan patuh kepada-Nya. Jalan inilah yang dapat memebersihkan muka bumi daripada thaghut.
Bumi
tidak
terkibarnya panji-panji Lailaha Illallah (
akan
bersih
melainkan
setelah
).
MASYARAKAT AKAN MENDAPATI KEBEBASAN YANG SEBENAR Apabila aqidah sudah bertapak dan menjadi asas yang kukuh, umat manusia mengenal Allah SWT dan menyembah-Nya. Setelah manusia memisahkan diri daripada penguasaan hawa nafsu durjana dan iman meresap ke dalam hati dan jiwa manusia, maka Allah SWT akan melakukan apa hendak dilakukan-Nya. Bumi akan bersih daripada kekuasaan taghut seluruhnya. Masyarakat akan menikmati kebebasan daripada sebarang penginayaan dan penindasan sosial, akan tertegaklah sistem Islam yang adil mengikut perintah Allah SWT. SENARIO YANG SAMA Angkatan
pejuang Islam kini sedang menghadapi keadaan yang
sama
seperti yang dihadapi oleh angkatan Islam pertama. Umat Islam ketika itu adalah golongan yang kecil. Mereka menghadapi empayar besar iaitu Rom di barat dan Farsi di timur. Kedua-dua empayar itu memiliki kekuatan tentera, senjata, kekayaan,
kepandaian berperang, pengalaman dan politik yang
lebih hebat daripada umat Islam. Walaupun demikian, suatu yang luar
9
biasa dan paling mengagumkan telah berlaku dalam sejarah. Umat yang kerdil ini telah berjaya mengalahkan dua empayar itu dalam masa tidak sampai setengah sejarah
abad. Bagaimana
berdasarkan
kebendaan
hal
ini
boleh
dan
terjadi?
ekonomi
Penafsiran
tidak
dapat
menjelaskannya. Hanya satu sahaja dapat memberi penjelasan yang kukuh, iaitu kekuatan Iman. Iman mendorong umat Islam untuk berjihad dengan penuh keberanian.
PERLUKAN PERSEDIAAN YANG LENGKAP Bagi mewujudkan umat Islam sedemikian rupa bukanlah boleh
dengan
pengakuan mulut sahaja. Sebelumnya mesti melalui susur galur
dan
perencanaan kukuh, sempurna dan mantap. Dengan ini barulah akan lahir kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi berbagai rupa rintangan dan ancaman. Jahiliyyah
tidak menjelma dalam bentuk teori
semata-mata. Jahiliyyah
wujud dalam bentuk gerakan kemasyarakatan yang serba lengkap. Jahiliyyah telah lama bertapak
dan berakar umbi dalam masyarakat. Oleh itu usaha
untuk menghapuskan jahiliyyah mestilah tidak semata-mata.
Bahkan
mestilah
ilakukan
terbatas
usaha
sekadar
teori
bersungguh-sungguh
dengan persediaan yang rapi dalam semua bidang. Usaha yang teratur dan penyusunan yang
kuat perlu
diwujudkan agar dapat melumpuh dan
menghapuskan pengaruh jahiliyyah yang meluas dan melebar. ----------------------------------------------------------------Rujukan: 1. Abu al-A'Ala al-Maududi, Nadzariyyah al-Islamiyyah Wa Hadyihi. 2. Asy-Syahid Sayyid Qutb, Ma'alim Fi at-Tariq. 3. Muhammad Qutb, Jahiliyyah al-Qarn al-'Isyrin. M06kul/msdos/ver 6.0
10