Tak pernah ragu masa depan bersama mu Tak pernah buntu cari jalan ke hatimu Tak pernah jemu luang masa bersama mu Tak juga ku sangka itu semua hanya dulu "Cukup sampai disini" ucap kata itu pintamu Andai lepaskan segala itu yg engkau mahu Aku lepas kau bebas. Aku harap kau tahu Dari awal cerita senyuman mu yg ku mahu Tiada dendam yg ku pegang dari awal pengakhiran Yakin semua bersebab hanya tulus aku zahirkan Maafkan. Atas tiap kata yg kau ucap Buktinya lihat baris yg telah aku rangkap. Untuk cinta kita, destinasi tak kemana Lagukan harapan biar kekal selamanya Cukup aku buktikan aku dah capai impian Yg ku impikan dari awal ingin kau bahagia. Ikhlas... Aku aminkan. Asal di bibir mu terukir senyuman Meski tiada lagi nama ku dalam bacaan Aku bacakan nama mu di setiap permohonan Cukup kau mengerti, aku dah tunaikan janji Aku punya pilihan tapi tak pemilih benci Usah lah kau kembali, selak lembaran helaian kenangan aku tahu pengakhiran kisah ini. Setiap nafas panjang yg harus kau hela Ketika lebih banyak kecewa kau rasa Ingat hangat nya kita kongsi bersama Aku tak menghakimi walau aku lihat cela Masa tak menunggu, aku harus pergi Hadir kau terlewat, aku akhir kan disini. Tutup ruang bicara, rima kan bicara hati. Jawapan engkau cari. Aku pahat disini.