12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :� Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya. � Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya. � Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman. Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya : � Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. � Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar. � Dia akan dirisaukan akan hilang imannya. Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :� Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan. � Kuburnya akan menjadi cukup gelap. � Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari). Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya : � � �
Hisab ke atsanya menjadi sangat berat. Allah S.W.T sangat murka kepadanya. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.