Ayat Al-quran Berkaitan Anggota Badan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ayat Al-quran Berkaitan Anggota Badan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,298
  • Pages: 27
1. URAT

Dan sesungguhnya, Kami ciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Surah Qaaf; 16

2. KEPALA

Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang zalim. Surah Al-A’raaf; 150

3. LIDAH

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan kepadamu tangan mereka dan lidah mereka dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir. Surah Al-Mumtahanah; 2

4. TULANG

Patutkah ia menjadikan kamu, bahawa sesungguhnya apabila kamu mati dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan (dari kubur hidup semula)? Surah Al-Mu’minun; 35

5. HATI

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan sebagai khabar gembira kepada kamu, dan supaya hati kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah Aali Imraan; 126

6. TELINGA

Dan mereka berkata: Hati kami tertutup daripada apa yang engkau seru kami kepadanya, dan pada telinga kami ada penyumbat, serta di antara kami denganmu ada sekatan; oleh itu, bekerjalah engkau untuk agamamu, sesungguhnya kami juga tetap bekerja untuk mempertahankan kepercayaan kami! Surah Fussilat; 5

7. PERUT

Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang yang bertakwa, di dalamnya beberapa sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan bagi mereka di dalamnya segala jenis buah-buahan dan keampunan dari Tuhan mereka. Adakah sama seperti orang yang kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? Surah Muhammad; 15

8. JARI

Atau seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari mereka ke dalam telinga masing-masing. Surah Al-Baqarah; 19

9. GIGI DAN HIDUNG

Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa di balas dengan jiwa, dan mata di balas dengan mata, dan hidung di balas dengan hidung, dan telinga di balas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah di balas seimbang. Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang zalim. Surah Al-Maaidah; 45

10. TANGAN

Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung mereka buat pertama kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan mereka dari azab Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang yang beriman. Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. Surah Al-Hasyr; 2

11. KAKI

Pada hari azab itu menyelubungi mereka dari sebelah atas mereka dan dari bawah kaki mereka; dan (malaikat yang melakukannya) akan berkata kepada mereka: Rasalah kamu (balasan) apa yang kamu telah kerjakan. Surah Al-‘Ankabut; 55

12. MATA

Dan tidak berdosa orang yang ketika mereka datang kepadamu agar kamu dapat membawa mereka (dengan kenderaan) lalu engkau berkata: Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatu pun yang hendak mereka belanjakan.

Surah At-Taubah; 92

13. KULIT Kulit

Sesungguhnya orang yang kufur kepada ayat-ayat Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka merasa azab sengsara itu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah An-Nisaa‘; 56

14. BIBIR

Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajathajatnya)? Surah Al-Balad; 9

15. LEHER

Dan berkata orang yang tertindas kepada orang yang sombong itu: Tidak! Bahkan perbuatan kamu memperdayakan kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu bagi-Nya. Dan mereka menyatakan perasaan sesal semasa melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. Surah Saba’; 33

16. DAGU

Sesungguhnya Kami jadikan belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka sampai dagu mereka terdongak. Surah Yaa Siin’; 8

17. TAPAK KAKI

Dan orang kafir berkata: wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang ter ke bawah dalam kehinaan. Surah Fussilat; 29

18. TAPAK TANGAN

Kuasa menerima ibadat yang benar tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah selain dari Allah, tidak dapat memberikan kepada mereka, sesuatu pun, melainkan seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang kafir itu melainkan dalam kesesatan. Surah Ar-Ra’d; 14

19. BULU Bulu

Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. Surah Al-Qaari’ah; 5

20. MUKA

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. Surah An-Nisaa’; 43

21. PUNGGUNG

Maka bagaimanakah mereka dapat menolak azab seksa apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka? Surah Muhammad; 27

22. DADA

Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. Surah At-Taghaabun; 4

23. BADAN

Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu dari badan isteriisteri kamu? bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas. Surah Asy-Syu’araa’; 23

24. MULUT

Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadapmu dan tidak menghormati perjanjiannya. Mereka jadikan kamu bersenang dengan mulut mereka; tidak dihati mereka; dan kebanyakan mereka adalah orang fasik. Surah At-Taubah; 8

25. RAMBUT

Nabi Harun menjawab: Wahai anak ibuku! Janganlah engkau merenggut janggutku dan janganlah menarik rambut kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata: Engkau telah memecah belahkan Bani Israil dan engkau tidak mengambil berat pesananku. Surah Taha; 94

26. BUKU LALI

Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kedua belah kakimu meliputi buku lali; dan jika kamu junub maka bersucilah;

dan jika kamu sakit, atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan sedang kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah dengan debu yang bersih, sapulah mukamu dan kedua tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. Surah Al-Maaidah; 6

Related Documents