CABARAN PENGASAS SYARIKAT ORTHOVIVE SDN.BHD. Sebagai seorang usahawan, tidak dinafikan pelbagai onak duri yang dihadapi bagi mengembangkan perniagaan mereka. Adakalanya kita berada di atas dan adakalahnya kita berada di bawah. Kegagalan dalam sesebuah perniagaan memiliki tiga tahap. Tahap pertama adalah kegagalan yang maksimum sehingaa 93%. Ia mengambil masa dalam hingga 3 tahun untuk menstabilkan perniagaan tersebut. Tahap kedua pula sepanjang tempoh lima tahun keatas, potensi untuk gagal adalah sebanyak 50% dan ia akan semakin berkurangkan kepada 30% apabila sesebuah syarikat itu berjaya menempuhi 7 hingga 8 tahun dan mula stabil selepas 8 tahun dalam bidang perniagaan tersebut. 1 Begitu juga dengan Encik Fariz dalam perniagaan OrthoVive Sdn. Bhd. Kekurangan fizikal yang beliau alami tidak menjadikan beliau lemah namun dalam sesebuah perniagaan sudah tentu cabaran akan dilalui. Pelbagai cabaran dan onak liku yang beliau hadapi namun tiga dibawah merupakan cabaran yang agak besar yang memberi impak kepada Encik Fariz. Bagi seseorang yang hanya memiliki sekadar Sijil Pengajian Tinggi (SPM) Encik Fariz akui kekurangan ilmu merupakan salah satu cabaran yang beliau harus hadapi. Ilmu adalah sangat penting bagi mengembangkan sesuatu idea dan perihal berkaitan menjana masa hadapan terutama berkaitan praktikal dan teori. 2 Dalam kes Encik Fariz, beliau mengatakan pada permulaan beliau ingin berniaga hanya sekadar bersifat mahu. Pada awalnya beliau tidak begitu mementingkan beberapa aspek. Ilmu yang kurang menyebabkan seseorang melakukan banyak kesilapan. Kesilapan-kesilapan tersebut menyebabkan sesuatu pekerjaan itu harus diperbaiki malah ada sesetengah perkara yang Encik Fariz terpaksa mula semula perkara tersebut. Cabarannya adalah, setiap kesalahan yang beliau lakukan memerlukan duit bagi membetulkannya. Maka, sepanjang tempoh tahun kegagalan beliau kerugian adalah sesuatu perkara yang sering dialami. 3 Sejak itu, beliau mula mempelajari dari kesilapan seperti mengikuti bengkel atau program-program berkaitan usahawan dan banyak membaca buku ilmiah yang mampu mengembangkan syarikat beliau. Cabaran seterusnya ialah, bukan sahaja beliau tetapi setiap usahawan yang ingin memajukan syarikat mereka semestinya akan mengalami cash-flow. Usahawan perlu bijak menguruskan cash-flow dalam syarikat mereka. Encik Fariz memberikan gambaran seperti syarikat adalah kenderaan. Besar atau kecil kenderaan tersebut bergantung kepada pemandunya. Pemandunya adalah usahawan itu sendiri dan destinasi yang ingin dituju ialah hala tujuan kejayaan yang ingin dicapai oleh pemandunya. Namun, dalam memastikan kenderaan itu terus berjalan, ia memerlukan minyak iaitu duit. Maka, cash flow adalah salah satu cabaran di mana Encik Fariz harus memastikan wang yang cukup untuk memusingkan modal dalam syarikat beliau.4 Peralatan-peralatan untuk membuat kerusi roda serta kaki dan tangan palsu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sekiranya ia tidak mencapai tahap yang diingini maka syarikat akan terbantut untuk memusing modal dan membeli peralatanperalatan yang mencecah ribuan ringgit. Cabaran yang agak kuat juga bagi Pengasas OrthoVive ini adalah sikap atau mentaliti masyarakat tempatan yang sering memandang rendah terhadap barangan tempatan malah masyarakat tempatan lebih sanggup membayar harga yang jauh lebih mahal daripada harga tempatan ekoran mahu membeli produk luar negara. 5 Walaupun syarikat yang beliau usahakan sudahpun mencapai tahap yang membanggakan tetapi beliau dan rakan-rakannya masih ingin membuktikan bahawa produk OrthoVive adalah produk yang jauh lebih baik 1 Ismail Ab. Wahab, Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan Perniagaan, Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd, 2008, hlm. 2
2Zainal Abidin Bagir, Integrasi Ilmu, Indonesia: Mizan Pustaka, 2005, hlm. 163. 3Fariz Abd Rani, 39 thn, Pejabat OrthoVive Likas, 12 Disember 2018. 4 Fariz Abd Rani, 39 thn, Pejabat OrthoVive Likas, 12 Disember 2018 5 Fariz Abd Rani, 39 thn, Pejabat OrthoVive Likas, 12 Disember 2018
daripada produk luar negara di samping harga yang lebih murah dan bersesuaian dengan kemampuan pengguna. Beliau juga mengatakan walaupun cabaran ini nampak kecil tetapi impaknya kepada produk tempatan adalah besar. Syarikat OrtoVive juga sedang berusaha untuk mengeluarkan produk-produk yang baik dan bagus agar tidak ada orang yang boleh membanding-bandingkan di antara produk mereka dengan produk dari luar negara.
Gambar 1: Laman Sesawang Syarikat OrthoVive Sdn.Bhd. Sumber : OrthoVive, https://www.orthovive.my/.
Gambar 2 : Pelancaran Penubuhan Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu Sumber : Laman Facebook Encik Fariz, https://www.facebook.com/a.r.fariz.
Gambar 3: Kaki palsu yang diusahakan oleh Syarikat OrthoVive. Sumber: OrthoVive, https://www.orthovive.my/.
Gambar 4 : Encik Hasnol bersama salah seorang pengguna produk OrthoVive. Sumber: OrthoVive, https://www.orthovive.my/.
Gambar 5 : Perjumpaan dengan Bekas Menteri Sukan dan Belia. Sumber: Laman Facebook Encik Fariz, https://www.facebook.com/a.r.fariz.
Gambar 6: Lawatan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke kilang OrthoVive. Sumber: OrthoVive, https://www.orthovive.my/.
Gambar 7: Pameran OrthoVive Sumber: Laman Facebook Encik Fariz, https://www.facebook.com/a.r.fariz.
Gambar 8: Produk kaki palsu yang dihasilkan dalam syarikat Orthovive. Sumber: OrthoVive, https://www.orthovive.my/.
Rujukan Buku Ismail Ab. Wahab. 2008. Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan Perniagaan . Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd. Zainal Abidin Bagir 2005. Integrasi Ilmu. Indonesia: Mizan Pustaka. Internet Fariz Abd Rani. 2018. Diakses melalui https://www.facebook.com/a.r.fariz pada 14 Disember 2018. Orthovive. 2018. Diakses melalui https://www.orthovive.my/ pada 13 Disember 2018.