LAPORAN
Penemu bual
: Tharchiayenee A/P Padmanathan
Penerima temu bual : Dr Chee Siew Lan Tempat
: Bilik C304
Tarikh
: 3/3/2016
Masa
: 12.30 tengah hari
Tajuk
: Pantang larang dalam masyarakat Cina
Masyarakat Cina mempunyai pantang larang yang unik. Pantang larang masyarakat Cina adalah sebagai panduan dan untuk mendidik setiap insan ke arah yang lebih baik. Oleh itu, pantang larang masyarakat Cina dapat dilihat dari aspek kelahiran, perkahwinan, kematian dan amalan seharian. Pelbagai pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan selepas melahirkan anak. Menurut Dr Chee semasa mengandung seorang ibu tidak boleh mengambil makanan yang sejuk, makanan angin, air sejuk dan nenas kerana masyarakat Cina percaya bahawa anak boleh gugur. Seorang ibu yang mengandung tidak boleh memaku kerana sesuatu roh boleh masuk dalam anaknya atau bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Selain itu, seorang ibu yang 1
mengandung juga tidak boleh menghadiri upacara atau istiadat pengebumian kerana pantang larang ini menjadikan anak gugur. Jika terdapat saudara mara yang meninggal dunia dalam keluarga mereka, jadi ibu yang mengandung perlu memakai tali pinggang yang berwarna putih dikelilingi pinggan. Selepas melahirkan bayi pula, seorang ibu pantang untuk satu bulan. Dr Chee menyatakan bahawa dalam masa 30 hari tersebut, ibu tidak boleh makan dan minum minuman yang sejuk. Ibu perlu minum air halia yang panas dan air yang masak dengan halia atau mata kucing. Selepas melahirkan bayi, ibu juga tidak boleh mandi. Jika ibu hendak mandi, mereka perlu mandi dengan air herba. Biasanya dua minggu selepas melahirkan bayi tidak boleh mandi, mereka hanya boleh mengelap badan dengan air panas yang bercampur dengan herba.
Pemberiaan nama kepada anak
Selain itu, terdapat juga pantang larang dari aspek perkahwinan. Menurut Dr Chee, masyarakat Cina mempunyai kepercayaan bahawa tidak boleh memilih pasangan yang sama ‘surname’. Mereka tidak mahu pasangan dengan sama ‘surname’ sebab mereka berasa takut bahawa ‘chromosome’ mereka akan sama dan ahkirnya anak yang mereka lahirkan akan mempunyai masalah. Oleh itu, masyarakat 2
Cina pantang untuk memilih pasangan dengan sama ‘surname’. Semasa hari perkahwinan pula, pengantin pantang untuk memakai pakaian warna hitam kerana warna hitam menunjukkan tidak baik. Menurut Dr Chee, semasa berkahwin terdapat juga pantang larang dalam memilih masa untuk keluar iaitu semasa pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, mereka akan memilih masa yang sesuai. Terdapat juga pantang larang semasa berkahwin iaitu semasa pengantin perempuan turun dari kereta dan naik ke dalam kereta orang lain tidak boleh melihat pengantin perempuan kerana orang yang kurang nasib baik akan jatuh sakit. Dr Chee juga menyatakan bahawa mereka yang baru meninggal ibu bapa, pantang untuk menghadiri majlis perkahwinan kerana kematian adalah sesuatu yang sedih dan kahwin merupakan sesuatu yang membawa gembira.
Perkahwinan kaum Cina
3
Pengantin yang dibawa untuk perkahwinan
Pakaian berwarna merah untuk perkahwinan
Seterusnya, patang larang masyarakat Cina dari aspek kematian. Menurut Dr Chee upacara kematian dilakukan dalam masa 3 hari hingga 5 hari. Bagi mereka yang muda hanya tiga hari disimpan dan hari yang ketiga akan dikebumikan. Manakala, bagi orang tua yang meninggal dunia, lima hari akan disimpan dan hari kelima akan 4
dikebumikan. Jika ibu bapa meninggal dunia, maka tokong-tokong di rumah perlu ditutup dengan kain. Selain itu, dari segi pakaian, Dr Chee menyatakan bahawa dalam upacara kematian tidak boleh memakai pakaian yang cerah seperti warna merah, malah perlu memakai warna putih atau hitam. Ahli keluarga akan memakai warna hitam atau putih. Jika ibu atau bapa meninggal dunia anak perlu memakai baju warna hitam. Manakala datuk atau nenek meninggal dunia maka perlu memakai baju warna putih. Selain itu, lenggang akan diikat dengan kain seperti jika bapa meninggal dunia lenggang diikat dengan kain hitam dan jika datuk meninggal dunia, lenggang cucu diikat dengan kain biru. Jika umur datuk dan neneknya lebih daripada 100 tahun mereka tidak akan memakai warna hitam dan putih untuk kematian, malah semua akan memakai baju warna merah kerana mereka telah hidup panjang dan tidak perlu berasa sedih. Pada masa dahulu, pintu tidak boleh tutup jika mayat letak di rumah dan mesti mempunyai orang untuk membakar kertas-kertas iaitu kertas-kertas untuk sembayang. Menurut Dr Chee, oleh sebab pintu tidak tutup jadi orang tua memesan bahawa jangan bagi kucing hitam lalu di rumah. Masyarakat Cina percaya bahawa jika kucing hitam lalu di rumah maka mayat boleh naik. Semasa mengankat keranda mayat, orang lain tidak boleh melihat dan semua orang perlu berpusing ke belakang kerana sesiapa yang bernasib malang akan jatuh sakit jika melihat keranda mayat yang diangkat.
Mayat yang disimpan dalam keranda
5
Berpakaian warna putih untuk kematian
Kesimpulannya, terdapat banyak pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Cina. Walaupun kehidupan kini yang moden, masyarakat Cina masih mengamalkan pantang larang yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi daripada nenek moyang mereka.
6