Assignment Akidah Tauhid

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Akidah Tauhid as PDF for free.

More details

  • Words: 3,295
  • Pages: 7
PENGERTIAN TAUHID Ilmu Tauhid dapat diberikan dalam dua pengertian, iaitu: 1. Pengertian Bahasa 2. Pengertian Istilah Pengertian Bahasa Menurut pengertian bahasa, Tauhid itu mempunyai beberapa maksud, antaranya ialah: a. Tauhid menurut pengertian bahasa ialah menetapkan sesuatu itu Esa b. Tauhid menurut pengertian bahasa bermaksud mengakui bahawa sesuatu itu Esa atau mengEsakan. c. Mengakui atau mengiktikadkan bahawa Allah itu Esa Pengertian Istilah Tauhid menurut pengertian Istilah dapat diertikan dengan pengertian berikut, antaranya ialah: a. Tauhid membawa maksud mengakui bahawa tiada Tuhan kecuali Allah. b. Tauhid membawa maksud mengetahui, mengakui, menetapkan dan meyakinkan yang sebenarnya disembah hanya Allah. c. Tauhid menurut pengertian Istilah ialah sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah yang didasarkan kepada dalil-dalil yang jelas dan terang. d. Tauhid menurut pengertian ulama Mutakallimin atau ulama Tauhid bermaksud suatu ilmu yang membahaskan Esanya Allah dan segala sifat yang wajib bagi-Nya dan segala sifat yang mustahil serta sifat yang harus bagi Allah. Antara lain Ilmu Tauhid juga membahaskan tentang kerasulan nabi yang diutuskan oleh Allah, sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi rasul. e. Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membahaskan tentang cara-cara untuk menetapkan akidah dalam beragama dengan cara menggunakan dalil-dalil yang meyakinkan, samada dalil-dalil itu merupakan dalil naqli, dalil akli atau melalui dalil naluri jiwa. PEMBAHAGIAN TAUHID Berdasarkan pengertian yang diberikan di atas, Tauhid itu dapat diberikan dalam tiga jenis, iaitu: 1. Tauhid Rububiyyah 2. Tauhid Uluhiyyah 3. Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat Pada perbahasan yang selanjutnya penulis hanya akan menerangkan berkenaan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah sahaja. Tauhid Rububiyyah Tauhid Rububiyyah membawa maksud, seseorang yang meyakini hanya Allah sahaja Tuhan semesta alam. Menurut pengertian lain, Tauhid Rububiyyah ialah mengEsakan Allah dari sudut perbuatan-Nya. Lantaran itu, di antara konsep yang dibawa melalui Tauhid Rububiyyah ialah Allah merupakan sumber kejadian, pencipta sekalian alam dan tiada Tuhan selain-Nya. Dialah yang menciptakan, menghidupkan dan mematikan serta segala kekuasaan berada pada-Nya dan tiada kuasa lain yang dapat menegahNya. Allah bersifat mutlak Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifatnya itu sementara. Segala sesuatu di alam ini kepunyaan Allah. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya Allah sebagai Rabb al-‘alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifatsifatNya yang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepadaNya, memerlukan pertolonganNya dan berharap kepadaNya. Manusia jika dia cerdik, bijak dan pandai, maka semuanya itu datang daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusia bukanlah yang mutlak tetapi datang daripada Allah. Manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apaapa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk, gerak nafas dan sebagainya datang daripada Allah. Allah, Dialah Maha Berkuasa, mencipta, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allah mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah mahu

memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya. Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’ bermakna hanya Allah yang berkuasa untuk memberikan manfaat dan mudarat. Sebagaimana firman-Nya:                 Terjemahan: Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri, dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-An’am:17) Dengan sifat-sifat Alah tersebut, maka timbullah kesan tauhid kepada seseorang. Dia hanya takut kepada Allah, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah. Manusia bersifat fakir Manusia di dunia ini bersifat fakir (tidak memiliki apa-apa), sebaliknya sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Firman Allah S.W.T. di dalam hadith qudsi: “Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya. Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku.” “Hai manusia, kamu semua lapar, kecuali mereka yang Aku berikan makan, oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku.” “Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian daripada-Ku.” Sifat fakir dan sifat kaya Berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lain berhajatkan kepada Allah. Oleh itu semua makhluk adalah bersifat fakir. Allah Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah. Firman Allah S.W.T :

   ••             Terjemahan: (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia! Kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja yang Maha Kaya, lagi Amat Terpuji. (Surah Fathir :15) Fakir adalah sifat yang zati bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Kaya adalah sifat yang zati bagi al-Khaliq (Pencipta). Dalil-dalil Tauhid ar-Rububiyyah Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Antaranya ialah : 1. Lihatlah pada tulisan di papan hitam, sudah pasti ada yang menulisnya. Orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya. 2. Semua benda di alam ini, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesarbesarnya, menyaksikan bahawa Allah itu adalah Rabb al-‘Alamin. Dia berhak ke atas semua kejadian di alam ini. 3. Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal waras akan menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri. Begitulah hebatnya ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan

fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya. Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana. Fitrah mengakui Rububiyyah Allah Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yang dapat diterima. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Meskipun seseorang itu kafir, namun jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T :    •      Terjemahan : Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang : Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab : Allah. (Surah az-Zukhruf : 87) Tidaklah susah untuk membuktikan Rububiyyah Allah S.W.T. Fitrah setiap insan adalah buktinya. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah Yang Maha Pencipta. Al-Quran mengakui adanya Tauhid ar-Rububiyyah di dalam jiwa manusia Al-Quran mengingatkan bahwa fitrah atau jiwa manusia memang telah memiliki rasa mahu mengakui Allah Rabb al-‘Alamin. Firman Allah S.W.T :        Terjemahan : Berkata rasul-rasul mereka : Apakah terdapat keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi. (Surah Ibrahim : 10)                     Terjemahan : Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran) nya. (Surah an-Naml : 14) Keengganan dan keingkaran sebahagian manusia untuk mengakui kewujudan Allah sebagai al-Khaliq (Yang Maha Pencipta), sebenarnya didorong oleh perasaan sombong, degil (‘inad) dan keras hati. Hakikatnya, fitrah manusia tidak boleh kosong daripada memiliki perasaan mendalam yang mengakui kewujudan al-Khaliq. Jika fitrah manusia bersih daripada sombong, degil, keras hati dan selaput-selaput yang menutupinya, maka secara spontan manusia akan terus menuju kepada Allah tanpa bersusah payah untuk melakukan sebarang pilihan. Secara langsung lidahnya akan menyebut Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya. Telatah manusia, apabila berada di saat-saat genting, tidak akan terfikir akan terlintas sesuatu di hatinya kecuali Allah sahaja. Ketika itu segenap perasaan dan fikirannya dipusatkan kepada Allah semata-mata. Benarlah firman Allah S.W.T :   •                                 Terjemahan: Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar. (Surah Luqman : 32) Sesungguhnya permasalahan mengenai kewujudan Allah adalah mudah, jelas, terang dan nyata. Kewujudan Allah terbukti dengan dalil yang banyak dan pelbagai. Tauhid Uluhiyyah Tauhid Uluhiyyah membawa maksud seseorang yang telah menetapkan bahawa segala ibadatnya hanya untuk Allah dan ikhlas kerana Allah semata-mata. Maksud dan pengertian lain, Tauhid Uluhiyyah ialah mengEsakan Allah dari sudut perbuatan hambaNya yang diperintah atau disuruh. Contohnya puasa, zakat dan sembahyang. Semua ibadat tersebut dilakukan oleh hambaNya hanya ikhlas kerana Allah sematamata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud kepada selain daripada Allah.

Justeru itulah manusia tidak boleh mensyirikkan Allah dan tidak boleh mengharap selain Allah. Antara firman Allah yang berkaitan dengan Tauhid Uluhiyyah ialah: a. Sebagaimana firman Allah:   •           Terjemahan: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah alAn’am:162) b. Firman Allah:                          Terjemahan : Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi diri orang-orang yang rugi.” (Surah al-Zumar: 65) c. Firman Allah :                       Terjemahan : Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku. (Surah al-Anbiya’ : 25)        •            Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut. (Surah an-Nahl : 36)      •                          Terjemahan: Demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku, Sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?. (Surah al-Mu’minun : 23)                               Terjemahan: Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadanya? (Surah al-‘Araf : 65) Cetusan rasa cinta kepada Allah Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendahrendahnya kepadaNya. Seseorang hamba disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah, bertawakal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Allah, berpaut kepada ketentuan Allah, meminta (mengharap) serta memulang (menyerah) sesuatu hanya kepada Allah, berjinak-jinak

dengan Allah dengan cara sentiasa mengingatiNya, melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut caracara yang diredhai Allah. ‘Ubudiyyah yang semakin bertambah Pengertian ‘ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah akan bertambah sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia itu terlalu fakir di hadapan Allah. Manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah. Manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan Allah walaupun sekelip mata. Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah dan rasa rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah yang akan bertambah teguh apabila semakin mantap ma’rifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah, Asma’ Allah al-Husna (sifat-sifat Allah yang terpuji), kesempurnaan Allah dan kehebatan nikmat kurniaan Allah. Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian ‘ubudiyyah terhadap Allah semakin bebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiyyah kepada selain daripada Allah. Seterusnya dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Itulah setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh seseorang insan. Allah telah menggambarkan di dalam al-Quran keadaan para rasulNya yang mulia dengan sifat-sifat ‘ubudiyyah di peringkat yang tinggi. Allah telah melukiskan rasa ‘ubudiyyah Rasulullah S.A.W pada malam sewaktu wahyu diturunkan, ketika baginda berdakwah dan semasa baginda mengalami peristiwa Israk dan Mikraj. Firman Allah S.W.T :           Terjemahan: Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, Dengan perantaraan malaikat jibril) apa Yang telah diwahyukanNya. (Surah an-Najm : 10)               Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (Surah al-Jin : 19)                                  Terjemahan: Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah al-Isra’ : 1) Tauhid al-Rububiyyah menghubungkan Tauhid al-Uluhiyyah Seperti yang telah dinyatakan di atas, Tauhid Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagiNya di dalam Rububiyyah. Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui bahwa Allah sahaja layak disembah, selain daripadaNya tidak layak disembah walau apa bentuk sekalipun. Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy agar mengakui tauhid Rububiyyah. Apabila mereka menerima tauhid Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang menghubungkan mereka

dengan tauhid Uluhiyyah. Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau diselindungkan lagi. Firman Allah S.W.T:          Terjemahan: Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan? (Surah al-‘Araf: 191)           Terjemahan: Adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhlukmakhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya? (Surah an-Nahl : 17)   ••                                              Terjemahan: Wahai umat manusia, inilah diberikan satu perumpamaan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (Surah al-Hajj : 73) Ayat-ayat tersebut mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu hakikat yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika lalat itu mengambil atau merampas sesuatu dari mereka, maka mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali. Ini menunjukkan betapa lemah yang meminta dan lemah pula yang dipinta. Oleh itu akal yang sejahtera tidak boleh menerima penyembahan selain daripada Allah. Dalam peribadatan mereka tidak boleh mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Allah adalah al-Khaliq yang Esa. Selain daripadaNya adalah lemah dan dhaif belaka. Tuhan-tuhan palsu yang tidak memiliki apa-apa Al-Quran menghujah dan mengingatkan orang-orang musyrikin bahwa apa yang mereka sembah selain daripada Allah tidak memiliki sebutir atom pun samada di bumi mahupun di langit. Malah sembahan mereka sama sekali tidak menyamai Allah walaupun sebesar zarah samada di bumi mahupun di langit. Allah tidak mempunyai apa-apa keperluan dengan tuhan-tuhan palsu yang mereka sembah. Jika mereka menyedari hakikat ini, mereka akan merasai kewajipan untuk beribadat dengan ikhlas kepada Allah semata-mata. Firman Allah S.W.T:                              Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhlukmakhluk Yang kamu dakwakan sebagai Tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki Kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) Dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka". (Surah Saba’: 22) Al-Quran mengakui bahawa orang-orang musyrikin mengiktiraf sebahagian daripada Rububiyyah Allah seperti Allah itu pemilik langit serta bumi dan Allah itu pengurus kejadian-kejadian di langit serta di bumi. Jika begitulah pengiktirafan mereka, sepatutnya mereka beriman dan menyembah Allah tanpa

mempersekutukanNya. Firman Allah S.W.T: Terjemahan: Katakanlah (kepada mereka): Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak ingat? Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang mempunyai langit yang tujuh dan yang empunya ‘arasy yang besar? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak bertaqwa? Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang di tanganNya berada segala kekuasaan sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi daripada (azab)Nya, jika mereka mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): (Oleh yang demikian) dari jalan manakah kamu ditipu? Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka sebenarnya orang-orang yang berdusta. (Surah al-Mu’minun: 84-90) Sains dan akidah tauhid Penemuan-penemuan dalam bidang sains dan teknologi mengenai alam buana, atom, manusia, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai bidang industri telah berjaya menyingkap keindahan dan ketelitian ciptaan Allah. Penemuan-penemuan dan rekaarekaan baru itu menguatkan lagi ajaran akidah tauhid dan meneguhkan lagi keimanan orang-orang mukmin. Hasil-hasil kajian itu menunjukkan kebesaran dan keluasan kudrat serta ilmu Allah. Sesungguhnya di sebalik kehalusan ciptaan dan keindahan sistem sejagat ini pasti ada Penciptanya Yang Maha Besar dan Maha Berkuasa. Kedudukan tauhid dalam Islam Keseluruhan ajaran Islam berasaskan tauhid. Keseluruhan kandungan al-Quran berlegar di atas tauhid. Kandungan ayat-ayat al-Quran meliputi pengkhabaran tentang Allah, sifat Allah, kejadian Allah, perbuatan Allah dan pentadbiran Allah. Al-Quran membincangkan tentang al-amr (perintah) dan anbiya’ (nabi-nabi Allah) kerana kedua-duanya ada kaitan dengan penciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makhlukNya. Al-Quran menerangkan segala bentuk balasan baik (pahala) untuk mereka yang mentaati Allah, Rasul dan syariatNya. Semua ini untuk mengajak mereka menegakkan Tauhid al-Uluhiyyah dan Tauhid al-Rububiyyah. Al-Quran menerangkan segala bentuk balasan seksa (dosa) untuk mereka yang tidak mematuhi syariatNya, menceritakan tentang keadaan orang-orang zaman dahulu yang telah menderhakai Allah. Semua ini untuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid dan ibadah kepada Allah. Oleh itu tauhid adalah intipati atau asas Islam. Daripada tauhid terpancar segala sistem, perintah, hukum dan peraturan. Semua ibadat dan hukum dalam Islam bertujuan untuk menambah, memahir, menguat dan mengukuhkan lagi tauhid di dalam hati orang-orang mukmin. Dengan tauhid yang kuat, maka akan terbentuklah pelbagai dorongan yang ada dalam jiwa manusia. Dia akan takut hanya kepada Allah S.W.T dan berani mempertahankan keyakinannya seperti yang dapat diperhatikan dalam sirah Rasulullah dan para sahabat: 1. Rasulullah S.A.W pernah memerintahkan Ali radiallahu anhu agar tidur di atas katilnya sebelum baginda keluar berhijrah ke Madinah, sedangkan musuh Islam begitu giat mengintip. Namun Saidina Ali sanggup berbuat mengikut perintah Rasulullah S.A.W kerana beliau yakin atas kehendak dan kekuasaan Allah. 2. Khalid al-Walid radiallahu ‘anhu pernah mengalami banyak calar dan luka pada badannya kerana berperang di jalan Allah. Namun dia tetap yakin dengan kekuasaan Allah. Dia tetap meneruskan pertempuran melawan musuh. 3. Bilal bin Rabah radiallahu ‘anhu sanggup diseret di padang pasir, dijemur di bawah kepanasan matahari dan diseksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Dia tetap mempertahankan keimanannya. Kini ramai manusia yang kehilangan keyakinan ini. Mereka masih yakin kepada yang lain daripada Allah. Mereka takut kepada kegagalan, ketua, kematian dan sebagainya. Oleh itu menjadi kewajipan bagi pendakwah-pendakwah Islam untuk mengembalikan manusia kepada keyakinan yang betul.

Related Documents

Tauhid
October 2019 53
Tauhid
October 2019 56
Tauhid
June 2020 38
Isu Akidah
May 2020 23