FALKULTY APPLIED OF SOCIAL SCIENCES
ABSS 2103 PRINSIP PEMASARAN MAY 2017
SEGMENTASI DALAM PEMASARAN
HASNITA BINTI ALIAS 730710016627001 730710-01-6627 012-9460149
[email protected]
Nama tutor: PN Pusat pembelajaran: Kuantan Pahang Semester May 2017
Isi kandungan
Isi
Muka surat
1.0
Pengenalan
2
2.0
Teori undang-undang abadi
3
3.0
Teori etika klasik doenteologi
5
4.0
Teori keadilan teragih
6
5.0
Penutup
7
6.0
Rujukan
8
1.0
Pengenalan
Eutanasia berasal dari perkataan Yunani “Eu” yang bermaksud "baik", dan “ thanatos “ yang bermaksud
kematian). Secara umumnya Eutanasia adalah keputusan dan tindakan yang
dilakukan untuk menamatkan hayat manusia atau haiwan dengan kaedah perubatan. Eutanasia dilakukan dengan sebab-sebab tertentu seperti menderita kesakitan secara fizik yang lama atau tidak mampu membiayai perubatan. Proses eutanasia boleh dilakukan dengan beberapa kaedah seperti melalui suntikan atau menghentikan talian hayat . Ia dikatakan tidak menimbulkan rasa sakit atau rasa sakit yang minima. Manusia pertama menggunakan perkataan eutanasia ialah seorang doktor yang bernama Hipokrates dalam "sumpah Hippokrates" yang ditulis pada 400300 SM. Antara yang tertulis dalam ‘Sumpah Hippokrates’ ialah:"Saya tidak akan mencadangkan atau memberikan ubat yang mematikan kepada siapapun meskipun telah dimintakan untuk itu". (Hipokrates) Eutanasia Sukarela merujuk kepada
kebenaran oleh seseorang untuk mempercepat
kematiannya secara mudah akibat ketidakmampuan menanggung derita yang panjang dan tidak ada lagi harapanuntuk hidup atau disembuhkan. Terdapat lima jenis eutanasia iaitu:-
Eutanasia aktif merujuk kepada tindakan pengamal perubatan perubatan mempercepatkan proses kematian secara langsung melalui tindakan memberi suntikan ubatan tertentu yang mengakibatkan kematian dengan segera. Saranan untuk tindakan ini diambil disebabkan penyakit yang dideritai oleh pesakit berada di peringkat akhir dan tidak ada harapan lagi untuk sembuh, penerusan proses rawatan menyebabkan pesakit menanggung kesakitan fizikal yang berpanjangan. Eutanasia Pasif merujuk kepada tindakan pengamal perubatan mempercepatkan kematian secara tidak langsung melalui tindakan menghentikan proses rawatan. Pesakit dibiarkan tanpa rawatan yang perlu bagi meneruskan hidup hingga meninggal dunia secara semulajadi akibat penyakit yang dihidapinya. Eutanasia secara sukarela (voluntary) Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan atau bertulis. Euthanasia secara tidak sukarela (non-voluntary) Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya tidak membuat sebarang permintaan atau wasiat supaya dipercepatkan kematiannya. Juga merujuk kepada proses mempercepatkan kematian pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedar, koma atau tidak mampu memberikan reaksi yang dapat difahami. Dalam kes ini, biasanya ahli keluarga si pesakit yang membuat permohonan supaya dipercepatkan kematian. Involuntary eutanasia Apabila seseorang pesakit dipercepatkan kematiannya tanpa permintaan yang jelas. 2.0
Teori Undang-undang abadi
2.1
Eutanasia dari sudut pandangan Islam dan Al-Quran.
“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan sesuatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa yang dibunuh secara dzalim, maka sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesunguhnya ia adalah yang mendapat pertolongan”. (Q.S. Al-Isra’/ 17 : 33) Ayat ini memberi petunjuk kepada kita bahawa nyawa manusia adalah sesuatu yang sangat berharga. Tindakan membunuh jiwa tanpa alasan yang benar merupakan suatu kesalahan yang besar dan tidak dapat diterima disisi agama Islam. Membunuh jiwa yang dimaksudkan ialah membunuh manusia, haiwan. Dalam konteks menjatuhkan hukum kepada kesalahan membunuh, membalas dendam, dalam peperangan , manusia diarahkan agar tidak melampaui batas kemanusiaan. Islam menekankan peri pentingnya nilai nyawa sehingga perbuatan yang boleh memberi impak negative terhadap diri sendiri adalah dilarang. Ini termasuklah larangan membunuh diri. Dr. Yusuf al-Qaradawi menerangkan bahawa eutanasia aktif adalah haram kerana dalam kaedah ini pengamal perubatan bertindak mengakhiri hayat pesakit dan menyebabkan kematiannya dengan cara suntikan bahan tertentu, kejutan elektrik, senjata tajam dan sebagainya. Ini adalah sama dengan membunuh dan membunuh adalah dosa besar di dalam Islam. Sebaliknya beliau berpendapat, bahawa menghentikan rawatan kepada pesakit adalah dibenarkan di dalam Islam dengan syarat setelah pakar-pakar perubatan sepakat bahawa pesakit tersebut sudah tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Manusia diamanahkan supaya menjaga tubuh badan dengan baik mengikut landasan yang telah ditetapkan. Islam tidak membenarkan membunuh diri kerana manusia bukan pencipta kepada diri mereka sendiri dan bukan pemilik mutlak. Kematian adalah waktu yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan Allah juga yang memiliki semua hidupan. Ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat mendahulukan.” (Surah al-Nahl 16: ayat 61)
2.2
Eutanasia dari perspektif Agama
Kristian Gereja Katolik melihat bahawa hidup manusia merupakan anugerah tuhan yang paling luhur. Justeru, setiap orang dituntut untuk wajib menghargai, menjaga, dan membela kehidupan walaupun menghadapi masalah dan kesukaran. Keprihatinan Gereja Katolik terhadap masalah eutanasia ini jelas terbukti dalam Konsul Vatikan II yang tertulis dalam dokumen Gaudium et Spes art. 27. Hindu
Membunuh diri adalah suatu perbuatan yang tidak dibenarkan didalam ajaran Hindu, Perbuatan tersebut dapat menjadi penyebab yang mengganggu reinkarmasi yang sangat penting menghasilkan “karma” buruk. Kehidupan manusia merupakan suatu kesempatan yan penting untuk meraih tingkat yang lebih baik dalam proses kelahiran semula. Berdasarkan kepercayaan Agama Hindu, apabila seseorang membunuh diri, maka rohnya tidak akan masuk neraka ataupun syurga melainkan tetap berada didunia fana sebagai roh jahat dan berkelana tanpa tujuan hingga tiba masa untuk dilahirkan semula. Budhha Eutanasia atau ‘mercy killing’ baik yang aktif atau pasif tidak dibenarkan dalam agama Buddha karana perbuatan membunuh atau mengakhiri kehidupan seseorang ini, walaupun dengan alasan kasih sayang, tetap melanggar peraturan pertama dari Peraturan Agama Buddha. Perbuatan membunuh atau mengakhiri hidup seseorang ini sesungguhnya tidak mungkin dapat dilakukan dengan kasih sayang . Orang yang memiliki kasih sayang tidak mungkin akan melakukan perbuatan mengakhiri hidup seseorang kerana ia tahu sesungguhnya hidup merupakan milik yang paling berharga bagi setiap makhluk. Antara frasa terkenal yang ditulis oleh Thomas Jefferson ialah “jika seseorang mempunyai hak,bebas dan mencari kebahagian maka mereka mempunyai kewajiban memastikan hak yang sama kepada orang lain bebas”. 3.0
Teori etika klasik deontology : Universalisme
3.1
Kes Eutanasia
Dr. Nigel Cox, United Kingdom Pada tahun 1992, Dr. Nigel Cox mencabar undang-undang secara terbuka dan bersetuju kepada permintaan Puan Boyes yang berumur 70 tahun untuk menjalankan euthanasia sukarela aktif. Puan Boyes berada dalam keadaan kritikal sehingga beliau akan menjerit jika sesiapa menyentuh tubuhnya. Ubat biasa tidak dapat melegakan penderitaannya. Dalam harihari terakhirnya, setelah membuat permintaan yang berterusan, akhirnya Dr. Cox memberinya satu suntikan kalium klorida dan akhirnya Puan Boyes meninggal dunia. Akibatnya Dr. Cox telah digantung kerja dan dihukum oleh mahkamah . Sue Rodriguez, Kanada Sue Rodriguez seorang ibu berusia awal tiga puluhan, menghadapi penyakit Lou Gehrig. Dia mengetahui bahawa otot-ototnya akan merosot hingga boleh menyebabkan tercekik sehingga mati dalam keadaan sedar diri. Oleh itu, dia meminta mahkamah supaya membenarkan pengamal perubatan membantu dia dalam memilih saat kematian untuk menenteramkannya. Akan tetapi, permintaannya ditolak dan dia terpaksa meneruskan hidupnya dalam ketakutan. Akhirnya pada bulan Februari 1994, seorang pengamal perubatan telah melanggar undangundang dan membantunya untuk meninggal dunia.
Dianne Pretty Dianne Pretty menghadapi penyakit neuron motor kritikal. Dia dan suaminya merayu kepada mahkamah agar tidak memberikan dakwaan terhadap suaminya jika suaminya membantu dia membunuh dirinya tetapi permintaan tersebut telah ditolak. Akhirnya, Dianne Pretty telah mati di hospital dalam keadaan yang dia tidak inginkan. Seorang perakam dokumentari berjaya merekodkan penderitaan Dianne Pretty semasa melawan penyakitnya dan ini membuat kesnya amat terkenal di England
3.2
Faktor Eutanasia Sukarela
Faktor Perasaan :- Melihat salah seorang anggota keluarga menderita sakit yang tidak pasti sembuh merupakan satu kepedihan. Akhirnya waris tidak mampu melihat orang yang disayanginya tersiksa dengan rasa sakit. Justeru, waris bersetuju untuk melakukan eutanasia. Faktor Ekonomi :- Kos perubatan yang sangat tinggi ditambah lagi pesakit tidak mapu untuk bekerja, ahli keluarga terpaksa menjaganya. Penyakit yang dihidapinya berada diperingkat akhir dan peluang untuk sembuh adalah sangat tipis pastinya memerlukan perbelajaan yang sangat tinggi,akhirnya pesakit memutuskan untuk melakukan eutanasia. Mati Otak :- Menurut penelitian yang dilakukan oleh Dr. James Dubois dari Universiti SaintLouis dan Tracy Schmidt dari Intermountain Donor Service, sekitar 84% dari seluruh warga Amerika setuju dengan pendapat bahawa seseorang dapat dikatakan mati apabila yang membuatnya terus bernafas adalah alat bantuan pernafasan. Hal ini menjadi alasan beberapa orang untuk melakukan euthanasia. Mereka sedar bahawa seseorang yang hanya bernafas karana bantuan alat pernafasan tersebut sudah tidak menunjukkan adanya suatu interaksi dengan orang lain atau bertindak balas. Secara umumnya orang tersebut sudah mati dengan kata lain tidak ada istilah mencabut nyawa seseorang. Teori deonteologi mengatakan bahawa nilai moral sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada akibat kerana akibat tidak jelas dan tidak menentu semasa keputusan diambil. Sebaliknya nilai moral sesuatu tindakan hendaklah bergantung kepada niat orang yang membuat keputusan atau mengambil tindakan itu sendiri. Justeru, dapat disimpulkan bahawa tindakan yang diambil oleh pengamal eutanasia bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan orang lain. Mereka tidak mahu menyusahkan keluarga,masyarakat dan pengamal perubatan dalam menangani masalah kesihatan sangat kritikal.
4.0
Teori Keadilan teragih
Pada tahun 1895, seorang peguam Jerman bernama Jost telah menyediakan sebuah buku bertajuk Killing Law. Jost menekankan bahawa hanya mereka yang menghidapi penyakit maut boleh diizinkan kematian jika mereka sendiri meminta untuk dimatikan. Penyokongan isu euthanasia di Jerman diteruskan dengan penerbitan sebuah buku kecil bertajuk “The Release of the Destruction of Life Devoid of Value” pada tahun 1920 oleh dua orang profesor Jerman, Alfred Hoche dan Karl Binding yang menyokong pengambilan nyawa makhluk yang tidak bernilai. Mereka juga berpendapat bahawa seseorang pesakit yang meminta bantuan untuk mati berhak untuk mendapatkan bantuan tersebut daripada pengamal perubatan jika di bawah keadaan yang terkawal. Buku inilah yang telah menjadi asas panduan non-voluntary (bukan sukarela) euthanasia kepada Nazi Jerman [9]. Pada tahun 1935, satu persatuan yang menyokong euthanasia sukarela, iaitu Voluntary Euthanasia Society (VES) telah dibentuk di England pada tahun 1935. Persatuan tersebut adalah merupakan jenis persatuan yang pertama kali ditubuhkan di seluruh dunia. VES ditubuhkan dengan tujuan mengesahkan euthanasia sukarela supaya mereka yang menderita daripada penyakit serius boleh mendapatkan bantuan untuk mati apabila mereka memintakannya [10]. Beberapa tahun kemudian, persatuan euthanasia Amerika Syarikat iaitu Euthanasia Society of America (ESA) juga ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Charles Francis Potter [11]. Aktion 4 yang merupakan satu program euthanasia Nazi Jerman telah dilancarkan pada Oktober 1939 ditujukan kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah yang menderita daripada kecacatan fizikal dan mental ataupun disamakan sebagai makhluk yang tidak sepatutnya hidup. Pada mulanya penumpuan diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak. Para pengamal perubatan perlu mendaftarkan kanak-kanak yang menunjukkan gejala yang berkaitan. Selepas program tersebut dilancarkan dan semakin berkembang, tindakan euthanasia bukan sukarela ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak bahkan juga orang dewasa yang kurang upaya. Pada Oktober 1939, Adolf Hitler telah memerintahkan supaya mereka yang didapati menghidap sesuatu penyakit yang tidak dapat diubati setelah menjalani diagnosis terhadap tahap penyakit mereka haruslah diberikan euthanasia bukan sukarela ataupun menurutnya, mercy death . Dalam teori keadilan teragih keadilan dirasakan sifat kebaikan pertama institusi sosial, sepertimana kebenaran sifat kebaikan pertama sistem pemikiran.
5.0
Kesimpulan
Euthanasia berlaku apabila manusia hilang rasa hormat pada kehidupan manusia itu sendiri. Sekiranya manusia mengerti dan menghormati kesucian dari kehidupan maka mereka tidak akan memutuskan untuk mengakhiri kehidupannya dengan cara yang sedemikian. Bagi yang menyokong perlaksanaan euthanasia, mereka menerbitkan karya-karya sendiri dan menubuhkan persatuan tetapi bagi sebahagian yang membantah, mereka bertindak melalui penggubalan undang-undang. Ini membuktikan bahawa isu euthanasia tidak dapat diterima
oleh semua lapisan masyarakat dan tindakan ini dianggap sebagai pembunuhan, walaupun tujuan awalnya adalah untuk menamatkan hidup pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan yang kritikal. Oleh itu, manusia perlu bijak dalam mentafsir dan menganalisis sebelum mengaplikasikan serta mengamalkan etika yang betul
Rujukan 1- Nugroho, F. 2008. Euthanasia dalam Hukum Pidana Islam. Universitas Muhammadiyah Surakarta. 2- Ibid. 3- The Irish Council for Bioethics, Euthanasia: Your Body, Your Death, Your Choice? www.rte.ie/science/euthanasia_leaflet.pdf. 4- Michael North, National Library of Medicine, Hippocratic Oath. 2002. http://www.nlm.nih.gov/hmd/greek/greek_oath.html. 5- History of Euthanasia. 2009. http://www.euthanasia.com/historyeuthanasia.html 6- Ibid. 7- Aysegil Demirhan Erdemir dan Omur Elcioglu. 2001. Eubios Journal of Asian and International Bioethics 11. Eubios Ethics Institute. 47–49.