Pengenalan: Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional mengikut konteks pendidikan di Malaysia merangkumi mata pelajaran bercorak teknologi/teknikal ataupun bukan teknologi yang menekankan kemahiran kearah sesuatu pekerjaan. Kurikulum PTV terdapat dua komponen iaitu
teknikal
dan
vokasional.
Kurikulum
pendidikan
teknikal
adalah
bercorak
teknologi/kejuruteraan yang spesifik manakala pendidikan vokasional merangkumi mata pelajaran bercorak teknologi atau bukan teknologi yang bertujuan untuk memenuhi kemahiran/pekerjaan yang spesifik. Sesuatu mata pelajaran dikategorikan sebagai vokasional atau tidak bergantung kepada tujuan kurikulum itu ditawarkan. Jika kurikulum itu bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran bagi sesuatu pekerjaan, kurikulum itu boleh dianggap sebagai vokasional walaupun bentuk kurikulum itu bukan kejuruteraan. Mata pelajaran vokasional mungkin bercorak kejuruteraan/teknologi kejuruteraan atau tidak. Di negara-negara Barat, terdapat pandangan yang menyifatkan bahawa pendidikan umum/ liberal itu sebagai lebih akedemik berbanding pendidikan teknik dan vokasional. Malahan pada abad ke-19, terdapat suatu teori pembelajaran yang dikenali sebagai ‘Teori Disiplin Mental’ (Kolesnik, 1962). Teori ini menegaskan bahawa mata pelajaran akademik seperti Sejarah dan Matematik boleh memperkembangkan keupayaan mental seseorang, dan berpotensi untuk menghasilkan pemimpin negaraNegara memegang jawatan-jawatan professional. Walaupun pandangan yang sempit terhadap pendidikan teknik dan vokasional itu kini telah berubah, namun perdebatan mengenainya berlarutan hingga ke hari ini. Akibatnya perancangperancang pendidikan sering menghadapi dilemma sama ada hendak mengutamakan pendidikan umum atau pendidikan teknik dan vokasional.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hingga sekarang. KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 mata pelajaran: Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui mata
pelajaran
Pendidikan
Islam
dan
Pendidikan
Moral.
Manakala,
dalam
bidang
perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat,
akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik. Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi diserapkan melalui: i.
Penggabung jalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada
ii.
penyerapan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan
iii.
pembelajaran. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara
iv.
berasingan. Kesepaduan antara teori dan praktik.
Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain. KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu proses transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan KSSR mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR. Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup. Dalam segi perbezaan, KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR. Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani ‘independent learning’. Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul. Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta teknik mengajar. KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran. Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahanbahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on. Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. KBSR memberi penegasan
kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia. Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah penilaian. Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif. Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di
mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan. Perbezaan antara KBSR dengan KSSR:
Reka
KBSR bentuk kurikulum
Aspek Reka bentuk kurikulum
berasaskan tiga bidang :
Komunikasi Manusia
dan alam sekeliling Perkembang diri
berasaskan enam tunjang :
Individu
Sukataan pelajaran
Bahan kurikulum
Linear Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)
KSSR bentuk kurikulum
Reka
Reka bentuk kurikulum Organisasi kurikulum
Komunikasi Kerohanian sikap dan
Kemanusiaan Perkembangan fizikal
dan estetika Sains dan teknologi
nilai
Ketrampilan diri Dokumen Standard Kurikulum Modular Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
Mata pelajaran Teras, Wajib
Modul Teras Asas, Modul
dan Tambahan
Teras
tema
dan
modul
Elektif. Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
dan Tambahan
Mata pelajaraan Teras dan
Memahiran
berfikir
Kritis dan Kreatif
secara
Elemen
Elektif Kreativiti
dan
inovasi,
keusahawanan teknologi
Maklumat
serta dan
komunikasi 3M (Membaca, menulis dan
Fokus
mengira)
(ICT)
explisit. 4M (Membaca,
secara menulis,
mengira dan menaakul)
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) kepada RBT: Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai mata pelajaran dalam KSSR. pelajaran
Mata
ini memberi tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan
kemahiran asas yang
memberikan murid menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan
vokasional di peringkat sekolah menengah. Matlamat KHSR adalah untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat-sendiri serta cenderung berusaha niaga. RBT pula bermatlamat untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif.
Objektif KHSR ialah melahirkan murid yang boleh menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek dan menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk. Mereka mampu membuka dan memasang produk untuk mengenal pasti fungsi komponen. Mereka dapat menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam dengan mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat dan memilih alatan, perkakas, dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul. Murid yang dilahirkan juga mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari dan menghasilkan projek elektrik. Mereka dapat menjalankan penyenggaraan alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya. Para murid dapat menghasilkan tanaman hiasan serta mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual dan merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan. Meraka boleh menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik dan mengira harga jualan dan untung. Objektif RBT pula untuk melahirkan murid yang mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat. Mereka dapat menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk serta mengetahui teknologi dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Mereka akan berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin, dan perisian serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika. Mereka dapat melakukan kerja buat sendiri (DIY) dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan perkakasan serta menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti. Murid akan menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan dan mereka mampu berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan masalah. KHSR menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu
menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. RBT berfokus untuk berteraskan kepada kemahiran mereka bentuk menggunakan teknologi dengan menggabung jalin pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran iaitu Teknikal, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Kurikulum ini memberi penekanan kepada aspek pengetahuan asas dan kemahiran mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi membolehkan murid menghasilakan produk berkualiti.
Analisis Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) RBT KSSR:
Objektif RBT: Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard RBT berkebolehan untuk mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat serta menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk. Mereka juga mempunyai pengetahuan teknologi dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumahtangga. Murid berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin dan perisian serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika untuk melakukan kerja-buat-sendiri dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan perkakasan. Melahirkan murid yang pemikirannya kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti dan menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan serta berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan masalah.
Organisasi Kandungan:
RBT diorganisasikan kepada enam tajuk iaitu Organisasi dan Keselamatan Bengkel, Asas Teknologi, Reka Bentuk, Penghasilan Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Keenam-enam tajuk ini merangkumi 3 domain pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Tajuk tersebut disusun mengikut aras kognitif murid iaitu dari mudah ke sukar. Bagi domain
psikomotor,
murid
melaksanakan
aktiviti
amali
seperti
kerja-buat-sendiri,
penyelenggaraan, penghasilan projek dengan mengikut prosedur kerja yang betul dan beretika. Manakala bagi 3 afektif, murid didedahkan kepada aspek nilai- nilai murni semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Proses kerja dalam RBT adalah lebih menekankan pengetahuan, kemahiran, langkah kerja bagi penghasilan sesuatu projek. Ini bermakna murid yang mengikuti kurikulum standard RBT akan lebih terdedah kepada aspek mereka bentuk, menggunakan bahan dan teknologi semasa menghasilan projek. Dalam tajuk Organisasi dan Keselamatan Bengkel memberi pendedahan kepada murid terhadap suasana bengkel RBT di sekolah rendah. Murid dapat mengenal pasti struktur organisasi bengkel, peraturan dan keselamatan bengkel semasa mereka berada di dalam bengkel. Dalam tajuk Asas Teknologi, murid diberi kemahiran memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal serta mereka dan membina model berfungsi. Standard kandungan ini membolehkan murid membaca dan memahami manual, mengenal pasti fungsi komponen, kemahiran memasang menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul, mereka dan membina model berfungsi. Aspek penyimpanan komponen dan keselamatan juga ditekankan dalam tajuk ini. Tajuk Reka bentuk eksperimental merangkumi aspek pengetahuan dan kemahiran yang akan menguji murid dari pelbagai aspek seperti: menyatakan masalah berdasarkan situasi, pengumpulan maklumat, menjana idea kreatif, membuat lakaran projek, mengenal pasti jenis alatan, proses pembinaan, pengujian dan penambahbaikan dan membuat persembahan dan pendokumentasian.
Bagi tajuk penghasilan projek, murid dapat menghasilkan projek menggunakan bahan bukan logam dengan litar elektrik, bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik atau bahan logam dan bukan logam dengan sistem elektromekanikal. Murid dapat mempelajari kemahiran seperti mengukur, menanda dan memotong menggunakan alatan dan membuat kemasan projek. Di samping itu juga, murid diberi pendedahan untuk membuat anggaran dan pengiraan kos bahan setiap projek. Tajuk Teknologi Pertanian menyentuh kaedah menanam biji benih halus atau kasar yang meliputi aktiviti penyediaan biji benih, bahan, alatan dan penjagaannya. Murid juga didedahkan kepada teknik mengubah anak benih ke dalam bekas serta penanaman dengan menggunakan kaedah Hidroponik Takung yang meliputi persediaan alatan, kerja mencampurkan nutrien, penanaman dan penjagaan tanaman yang sistematik. Dua tajuk utama yang ditekankan dalam Standard Kandungan Sains Rumah Tangga ialah penghasilan artikel dan penyediaan sajian. Topik penghasilan artikel merangkumi proses mengenalpasti alatan dan bahan jahitan, menyusun atur pola, menggunting, menjahit dan menghias artikel. Manakala melalui penyediaan sajian, murid didedahkan kepada pengetahuan serta kemahiran dalam mengenal pasti alatan dan bahan sajian, langkah-langkah menyedia, memasak, menghidang dan membungkus sajian.
Penekanan Kaedah PdP: Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang berasaskan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid. Berasaskan kepada kaedah pembelajaran ini, murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran membuat lakaran projek, mereka bentuk dan menghasilkan projek, membuat penyambungan litar elektrik dan elektronik, mengaplikasi kaedah penanaman, menghasilkan artikel, menyediakan sajian, menyelenggara peralatan dan mempraktikkan budaya keusahawanan. Untuk mencapai kemahiran praktis tersebut murid perlu didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran terkini yang hendak dikuasai. Dengan itu, guru seharusnya dapat menyampaikan pengetahuan secara bersepadu dengan aktiviti yang hendak dijalankan kepada murid. Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian aktiviti pembelajaran. Pemilihan kaedah ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pembelajaran, kemudahan prasarana, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih interaktif. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, kreatif, inovatif, berjimat cermat dan bertanggungjawab. Semasa menjalankan aktiviti pembelajaran, guru boleh menggunakan bahan kitar semula dan bahan terbuang seperti rotan, buluh, kotak, botol plastik, cengkerang, kayu dan paip plastik. Selain itu, bahagian atau komponen mesin yang tidak diperlukan lagi seperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda boleh juga digunakan. Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos di samping dapat menanamkan sifat berjimat
cermat dan berinovasi semasa murid menghasilkan projek. Dengan ini, murid akan lebih sedar akan sumber yang ada di sekeililing mereka dan berupaya memanfaatkan penggunaannya. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya daya imaginasi dan kreativiti murid dapat dijana dan diperkembangkan ke arah pembentukan jati diri yang seimbang. Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam Standard Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi termasuk: membanding beza bentuk-bentuk asas dalam persekitaran, menghubungkait bentuk-bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk, menjana idea kreatif dan inovatif, mentafsir lukisan kerja, menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek, membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan dan bahan yang diperlukan dan mengaplikasikan teknologi dalam pertanian. Di samping itu, Kajian Masa Depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran RBT sebagai salah satu unsur penting untuk merangsang daya intelek murid bagi menghasilkan produk yang bermanfaat terhadap perkembangan individu. Sebagai contoh semasa proses mereka bentuk, murid mengkaji keadaan sedia ada, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya dapat menghasilkan produk. Selain itu, murid juga boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk baharu mereka pada masa hadapan. Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor, kesedaran tentang kos sesuatu projek dan berhati-hati menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian pengurusan kehidupan murid. Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat dan usaha orang lain, berkomunikasi dengan baik, bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan kepada orang lain, menjalin persahabatan, belajar secara koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dengan rakan sebaya perlu juga diterapkan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai usaha ke arah merealisasikan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), murid perlu digalakkan menggunakan kemahiran TMK dalam pembelajaran mereka seperti pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan maklumat. Dengan ini, kemahiran TMK murid boleh diperkembang melalui kemahiran menggunakan perisian dan CD-ROM, melayari laman web, mengakses pangkalan data dan berkomunikasi secara elektronik.
Pengendalian aktiviti dan pentaksiran: Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada penguasaan kemahiran, ukuran pencapaiannya boleh dilakukan melalui pengendalian aktiviti dan penilaian secara berperingkat. Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara tersendiri. Gabungan beberapa aktiviti yang dijalankan boleh menghasilkan projek yang bersesuaian. Pengendalian aktiviti dan pentaksiran dicadangkan mengikut peringkat-peringkat berikut iaitu perancangan, penyampaian dan pentaksiran. Pada peringkat perancangan, guru akan merancang aktiviti atau projek, merancang bahan dan alatan dan juga merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dalam peringkat penyampaian, guru akan memotivasi murid dalam melaksanakan aktiviti, menunjuk cara kemahiran. Guru juga akan memberi arahan sebelum, semasa dan selepas melaksana aktiviti dan menyelia dan juga membimbing murid. Seterusnya, dalam peringkat pentaksiran, guru akan menilai pengetahuan, kemahiran, nilai aktiviti dan hasil kerja murid. Kemahiran dalam sesuatu aktiviti boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan. Dalam pemilihan aktiviti, beberapa perkara harus diambil kira oleh guru seperti jumlah alatan dan bahan, peruntukan masa, bilangan dan kebolehan murid. Justeru, guru perlu menyedari bahawa kumpulan murid mempunyai pelbagai kebolehan supaya mereka saling membantu untuk menguasai pelbagai kemahiran dan aktiviti yang dipilih sebolehbolehnya dapat diselesaikan dalam dua waktu. Aktiviti murid termasuk waktu mengemaskan alatan dan tempat kerja dan aktiviti yang dirancangkan sebaik-baiknya terdiri daripada gabungan standard kandungan. Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna, guru bertanggungjawab memastikan murid mengadakan perbincangan tentang
langkah-langkah menjalankan kerja dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan serta menjalankan kerja mengikut turutan yang betul. Murid dapat memilih alatan dan bahan yang sesuai dan menggunakannya dengan cara yang betul dan bekerja secara koperatif semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing. Murid sedar akan kos alatan dan bahan dengan menggunakannya secara cermat dan tidak membazir. Mereka mengemaskan alatan dan bahan yang telah digunakan, membersihkan alatan dan menentukan bilangannya cukup sebelum disimpan dan membersihkan tempat kerja dan diri. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara berterusan. Maklumat daripada penilaian yang berterusan ini dapat membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Justeru, guru boleh merancang dan mengambil tindakan susulan ke arah mempertingkatkan perkembangan individu dan pembentukan sahsiah murid. Penilaian bagi mata pelajaran ini boleh dijalankan melalui pemerhatian, amali, lisan dan penulisan. Keempat-empat cara penilaian ini boleh digunakan untuk menilai projek atau aktiviti yang dijalankan oleh murid sama ada melalui proses kerja atau hasil kerja murid. Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian yang dijalankan tidak seharusnya menekankan konsep lulus atau gagal. Sebaliknya, penilaian hendaklah menekankan sama ada seseorang murid telah menguasai aspek yang dinilai atau belum. Penilaian juga seharusnya tidak menekankan perbandingan pencapaian antara seorang murid dengan seorang murid yang lain. Guru boleh menilai tahap penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran, perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan projek yang dijalankan oleh mereka. Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan. Guru boleh mencatat dengan cara mencatatkan kenyataan, menanda pada kenyataan dan memberi gred.
Senarai semak ialah satu contoh merekod maklumat penilaian. Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dalam buku rekod mengajar dan rekod profil. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
(PdP)
kerana
ia
berperanan
mengukuhkan
pembelajaran
murid,
meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP. PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen
pentaksiran,
pentadbiran,
pemeriksaan
atau
penskoran,
perekodan
dan
pelaporannya. PBS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PBS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PBS mempunyai ciri-ciri berikut: Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni, berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP,
fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid, merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. PBS boleh dilaksanakan secara pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP dan juga pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Standard yang diperkenalkan menggunakan Standard Prestasi iaitu untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Standard Prestasi Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (TP). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Kerangka Standard Prestasi: TP 1 2 3 4 5 6
Huraian TP Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Tahap Penguasaan (TP) ialah kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Tafsiran TP secara umum: TP 1
Tafsiran Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons
2
terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah
3
serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
4
situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau
5
secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
6
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
Tafsiran TP mata pelajaran RBT: TP 1
Tafsiran Mengetahui tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan
2
sains rumah tangga. Mengetahui dan memahami tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi
3
pertanian dan sains rumah tangga. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang
4
teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang
5
teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga secara sistematik. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang
6
teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga secara berinisiatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga secara kreatif dan inovatif.
Setiap guru RBT perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru perlu ada bagi menentukan proses PdP dilaksanakan secara berkesan dan bersesuaian. Dalam keadaan yang sama, guru perlu mentaksir keupayaan murid dan menentukan tahap keupayaannya berdasarkan senarai standard prestasi yang telah disusun mengikut tajuk-tajuk pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk berupaya mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
KBAT Mengaplikasi
Penerangan Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai
Menganalisis
dalam
situasi
berlainan
untuk
melaksanakan sesuatu perkara Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil
untuk
memahami
dengan
lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan Membuat pertimbangan
Menilai
menggunakan
dan
pengetahuan,
keputusan pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
Mencipta
yang kreatif dan inovatif
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.
Keselamatan: Faktor keselamatan merupakan perkara yang sangat perlu diberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti amali bagi mata pelajaran RBT. Justeru itu, peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diamal dan dipatuhi. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja yang melibatkan faktor keselamatan boleh dilakukan secara bergilir-gilir di kalangan murid bagi
memberi
mereka
pengalaman
serta
menanamkan
semangat
bekerjasama,
bertanggungjawab dan berdisilpin. Semasa menjalankan aktiviti amali, guru hendaklah
sepanjang masa memastikan tempat kerja bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya dengan mengambil langkah-langkah keselamatan. Perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah guru perlu menunjukkan teladan kerja yang selamat kepada murid dan memastikan peraturan keselamatan dipatuhi oleh semua pihak.
Guru berusaha untuk menanamkan rasa
tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain dan membimbing murid mengenal pasti perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Guru memastikan keadaan tempat kerja mempunyai pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang baik dan ruang tempat kerja yang selesa termasuk permukaan lantai yang selamat. Poster dan ilustrasi mengenai peringatan keselamatan yang mudah difahami oleh semua murid dipaparkan. Guru juga bertanggungjawab memastikan alatan, bahan, perkakas dan mesin sentiasa diurus dengan baik dan selamat digunakan dan memastikan tempat yang sesuai dan selamat untuk menyimpan alatan dan bahan yang mudah terbakar, pecah dan berbahaya. semua alatan dan bahan dilabelkan dan penggunaan bekas bahan beracun, bahan kimia, dan bahan yang mudah terbakar dielakkan. Peti pertolongan cemas dan alat pemadam api disediakan di tempat yang mudah dilihat dan dicapai. Guru akan mengambil tindakan keselamatan mengikut prosedur yang betul apabila berlaku kemalangan dan menyediakan buku log untuk merekod kemalangan yang berlaku.
Peruntukan Masa RBT: Masa bagi pengajaran dan pembelajaran RBT ialah dua waktu seminggu (2 x 30 minit) yang dijalankan secara giliran dengan mata pelajaran TMK. selama enam bulan. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan perancangan pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan Modular: Standard Kurikulum RBT distrukturkan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Dengan menggunakan modul yang disediakan, pengajaran dan pembelajaran dapat difokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran tertentu melalui aktiviti yang bermakna. Pendekatan modular tetap menekankan penggabungjalinan disiplin ilmu yang terdapat dalam RBT. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini adalah untuk mengukuhkan kemahiran tertentu sebagaimana yang ditetapkan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran. Mata pelajaran ini memberi tumpuan terhadap pembelajaran secara amali. Penggabungjalinan antara teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, kesepaduan pelbagai disiplin ilmu dititikberatkan. Kandungan kurikulum RBT merangkumi bidang teknikal, sains pertanian dan sains rumah tangga yang digabungjalinkan dengan Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Elemen Kreativiti dan Inovasi menjadi satu perkara yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti murid. Contoh kreativiti dan inovasi yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran RBT termasuklah: mereka bentuk dan membina projek dengan menggunakan pendekatan penyelesaian masalah, menjana idea untuk mereka bentuk dan membina projek, menghasilkan lukisan projek dan lakaran, membuat keputusan memilih idea reka bentuk, kaedah pembinaan projek, peralatan, perkakasan dan bahan yang sesuai, menilai kualiti projek yang telah siap bersesuaian dengan hasil yang dihasratkan dan mempersembahkan reka bentuk atau projek bagi tujuan mendapatkan maklum balas daripada orang lain untuk penambahbaikan. Elemen keusahawanan bertujuan untuk menerapkan ciri keusahawanan, pemikiran keusahawanan,
pengurusan
perniagaan,
aplikasi
teknologi
dan
vokasional
dalam
keusahawanan serta nilai moral dan etika keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam
kehidupan. Kemahiran interpersonal seperti berkomunikasi dengan baik, menghargai pendapat dan usaha orang lain, bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan, menjalin persahabatan, belajar secara koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dengan rakan sebaya diterapkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipupuk semasa murid membuat pembentangan projek masing-masing. Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang dijalankan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan pengurusan kehidupan murid.
Implikasi Transformasi kurikulum PTV dalam PPPM: Menurut Amberjeet (1993), pendidikan teknik dan vokasional didefinisikan sebagai : “Formal education designed to prepare for skil ed occupation in industry, agriculture and commerce, generally at secondary level” dan “Formal education designed to provide knowledge and skil s underlying production process with a wider connotation then vocational education at secondary
or higher level”. Menurut Kamus Dewan (2002), pendidikan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan bangunan, sementara pendidikan vokasional ialah pendidikan amali di mana menitikberatkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Menurut Cambridge International Dictionary of English (1995), mendefinisikan vokasional sebagai pendidikan yang memberikan kemahiran dan mempersiapkan seseorang untuk alam pekerjaan, sementara teknik pula bermaksud mempunyai atau memerlukan cara khusus yang biasanya dipelajari, kemahiran dan pengetahuan. Kesimpulannya, pendidikan teknik dan vokasional ialah pendidikan yang berbentuk ilmu kemahiran yang boleh digunakan oleh pelajar setelah menamatkan pengajian mereka untuk menempuh alam pekerjaan. Umumnya pendidikan ini boleh didapati di sekolahsekolah teknik yang mempunyai aliran vokasional. Ini berbeza dengan pendidikan akademik di mana pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan secara umum walaupun terdapat mata pelajaran vokasional ditawar secara elektif. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersurat dan tersirat dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak sekian lama. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil daripada
nilai-nilai dan
prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara kita. Dalam implikasi terhadap kurikulum PTV, perubahan PTV sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi perubahan sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program bersepadu. Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV
yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV. Perubahan program PTV yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan sistem PTV yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam pekerjaan. Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Seterusnya, implikasi terhadap guru PTV ialah perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik yang benar-benar memahami FPK akan dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui FPK juga, pendidik akan dapat mengubah strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.Oleh yang demikian sangatlah penting bagi pendidik untuk benar-benar memahami matlamat dan tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui FPK. Dengan memahami sepenuhnya kehendak FPK, guru PTV akan dapat memertabatkan PTV setanding dengan aliran sains. Implikasi terhadap institusi PTV ialah perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajarpelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Transformasi PTV memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM
tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat. Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan dan menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi.
Perbandingan kurikulum PTV dalam dan luar Malaysia: Sukatan PTV di Malaysia adalah sama rata iaitu 50% amali dan 50% teori. Di Luar Negara, Sukatan PTV adalah 70% amali dan 30% teori. Kebanyakan kursus PTV dikendalikan oleh kerajaan di Malaysia manakala di luar Negara, kebanyakkan dikendalikan oleh firma atau
majikan. Di Malaysia, pendedahan keseluruhan tentang PTV adalah selepas SPM tetapi di luar Negara, penduduk diberi pendedahan memasuki latihan vokasional sejak peringkat remaja lagi.
Kesimpulan: Peranan PTV amatlah mustahak dalam membekalkan tenaga kerja yang berkualiti. Pendidikan hari ini diharap dapat melahirkan ciri-ciri warganegara yang sesuai dengan
keperluan sumber manusia pada masa hadapan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini. Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka ibu bapa turut menggalakkan anakanak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini. Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.
Bibliografi: Buku Ilmiah:
Abdul Shukor Abdullah (1997), Isu dan cabaran pendidikan vokasional dan teknikal di Abad 21, Ucap Utama Seminar Kebangsaan PTV, Penerbit Universiti Putra Malaysia. Print Bahagian PTV (1993), Technical and vocational education in Malaysia, Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan Malaysia. Emat Yahya (1993), Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia. Petaling Jaya, IBS Buku.Print. Rashid, Abdullah Mat, Mohd Ibrahim Nazri dan Ramlah Hamazah (2008), Pendidikan Teknikal Dan Vokasinal: Suatu Perspektif Umum. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Print.
Internet: Dr Ahmad Bin Esa, Dr Razali Hassan, Tn. Hj Jamaludin Hashim dan Tn. Hj Mohd Yusop Hadi (2012), Cabaran Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) Di Malaysia : Peranan UTHM Dalam Melahirkan
Pendidik
Berketrampilan,
Dicapai
pada
Ogos
29,
2016
dari
http://eprints.uthm.edu.my/2431/1/9._Kertas_Kerja_UTHM_JPPG_2009__4.pdf Nor Effyza Bte Roslan (2013), Pelaksanaan Transformasi Program Pendidikan Asas Vokasional Di Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia, Dicapai pada Ogos 29, 2016 dari http://eprints.uthm.edu.my/5370/1/NOR_EFFYZA_BTE_ROSLAN.pdf