PENINGKATAN ISU KESIHATAN DALAM KALANGAN GOLONGAN DEWASA. Pengenalan Kesihatan merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan. Demi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti, kesihatan merupakan keperluan asas (Muhammad Hilmi Jalil & Fakhrul Adabi Abdul Kadir, 2013). Hal ini bertepatan dengan makna sihat yang dijelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu keadaan sempurna fizikal, mental dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit (Kesihatan, t.t.). Laporan Petunjuk Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) edisi 2015 dan 2016 menunjukkan bilangan kes penyakit berjangkit khususnya Penyakit Bawaan Air dan Makanan semakin meningkat dari tahun 2014 hingga 2015 iaitu sebanyak 3345 kes (KKM, 2015 & 2016). Dr Wan Muhd Riduan Wan Jaffar (2015) menyatakan Penyakit Bawaan Air dan Makanan seperti Demam Kepialu, Penyakit Taun, Cirit-Birit Berdarah, Hepatitis A dan keracunan makanan mudah dijangkiti melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Misalnya, peningkatan 3449 kes keracunan makanan pada tahun 2015 membuktikan masyarakat pada kurang menitikberatkan tentang perihal kebersihan makanan dan amalan gaya hidup sihat kurang dipraktikan dalam kehidupan seharian. Norlaila Hamima Jamaluddin (2014) menyatakan, kaji selidik daripada Sun Life Financial Asia mendapati, satu daripada empat orang rakyat Malaysia adalah obes. Gaya hidup sihat merupakan gaya hidup yang menitikberatkan kesan aktiviti seharian kepada tahap kesihatan. Piagam Bangkok Untuk Promosi Kesihatan Global 2005 telah menggariskan beberapa komponen penting dalam pengamalan gaya hidup sihat antaranya, diet yang seimbang, kekerapan bersenam, tabiat tidur, kebersihan peribadi, antiketagihan, pendidikan kesihatan, persekitaran yang sihat dan emosi yang stabil (Healthy Lifestyle, t.t.). Persoalannya, bagaimana untuk menguruskan gaya hidup sihat? Kita berhadapan dengan pelbagai cabara dan permasalahan yang bakal dihadapi. Jesteru, langkah yang prokatif perlu diambil bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Cabaran Menguruskan Gaya Hidup Sihat
1. Tabiat Pemakanan Seimbang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Ainon Kuntom menyatakan tabiat pemakanan yang seimbang penitng untuk gaya hidup sihat (Hanizan Hassan, 2008). Pemakanan Seimbang (t.t.) merupakan tabiat memilih makanan yang mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protien, lemak, vitamin dan garam galian. Masalah Malnutrisi akan berlaku sekiranya kita kekurangan nutrien (Malnutrisi, t.t.). Perkembanggan teknologi makanan yang kian maju telah banyak menghasilkan produk makanan yang mampu bertahan lebih lama. Misalnya, penemuan produk Makanan Terubahsuai Genetik (GMF) hasil kaedah Pengubahsuaian Organisma Secara Genetik (GMO). Bakshi (2003) menyatakan, kira-kira 3% kanak-kanak dan 2% remaja di Amerika mengalami alahan terhadap makanan yang menggunakan kaedah GMO. Hal ini disebabkan oleh nutrien dalam makanan terbabit iaitu protien terjejas atau rosak semasa proses pengubahsuaian berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, kita seharusnya merancang jadual dan menu pemakanan kita dengan mengutamakan makanan segar berbanding makanan segara. Kita perlu ambil peduli dengan kandungan nutrien dalam hidangan yang kita makan. Di samping itu, tabiat berhenti sebelum kenyang juga salah satu cara untuk kekal sihat (Nurafika, 2015). 2. Kekangan Masa Selain daripada pengurusan masa yang kurang efektif, faktor kerja lebih masa juga merupakan cabaran menguruskan gaya hidup sihat. Pekerja dalam bidang profesional di Malaysia bekerja lebih masa sehingga waktu bercuti mereka menjadi pendek (Fairus Kassim, 2013). Hal ini secara tidak langsung telah menjadikan mereka sukar untuk menguruskan gaya hidup sihat akibat dari kekangan masa yang tidak mencukupi. Langkah bagi mengatasi masalah ini adalah dengan melakukan aktiviti ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Antara aktiviti yang kita boleh lakukan termasuklah berjalan kaki, aktiviti berkebun ringan, berbasikal, berlari-lari anak dan apa sahaja aktiviti yang sesuai (Amalkan Cara Hidup Sihat, t.t.). Walaupun kita mempunyai kekangan masa
untuk menguruskan gaya hidup sihat, dengan melakukan aktiviti ringan tersebut dapat juga mengeluarkan peluh. 3. Halangan dalaman individu Halangan dalaman merupakan salah satu cabaran untuk menguruskan gaya hidup sihat. Halangan dalam individu merujuk kepada halangan yang disebabkan oleh individu itu sendiri. Hal ini merujuk kepada kurang keyakinan untuk beriadah dan tiada motivasi untuk bersenam. Prof. Madya Dr. Hairul Anuar Hashim (2016) mencadangkan aktiviti riadah yang digemari boleh dilakukan sebagai motivasi kepada diri sendiri. Kita lebih cenderung melakukan sesuatu perkara yang kita minati. Contohnya pada kaum hawa, mereka boleh jadikan tabiat membeli belah sebagai salah satu aktiviti riadah. Biasakan diri dengan tangga di pusat membeli belah. Secara tidak langsung, mereka telah menguruskan gaya hidup sihat dengan baik. Kesimpulan Kita hendaklah menjaga kesihatan kita dengan pengamalan gaya hidup sihat. Pilihan untuk menghindari pelbagai penyakit adalah pilihan kita sendiri. Meskipun terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, namun setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Persoalan utama, adakah kita bersedia menyahut cabaran ke arah kehidupan yang lebih sihat. Kita mestikan memastikan kesihatan kita dijaga rapi demi mengecapi kualiti hidup yang lebih terjamin. Selaku rakyat Malaysia yang prihatin, kita boleh mengurangkan kadar penyakit berjangkit dan penyakit kronik dengan mempromosikan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pengamalan ini bukan sahaja menjadikan kita lebih sihat, malah kita turut akan menjana persekitaran yang lebih kondusif. 749 patah perkataan
Rujukan 1. Muhammad Hilmi Jalil, dan Fakhrul Adabi Abdul Kadir (2013). Kepentingan Kesihatan Diri dalam Pembangunan Insan : Analisa Karya Falsafah Hamka. Jurnal Hadhari, 5(2), 53-66. https://www.ukm.my/jhadhari/makalah/V5n2201314.MJH%201813.pdf 2. Kesihatan. (t.t.). Dlm. Wikipedia. Dicapai Ogos 5, 2017, dari https://ms.m.wikipedia.org/wiki/kesihatan 3. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014). Petunjuk Masalah Kesihatan Khusus. Dlm. Petunjuk Kesihatan 2014 : Petunjuk Bagi Pemantauan dan Penilaian Strategi Health For All (edisi 2015 & 2016). Putrajaya, Malaysia : penerbit 4. Norlaila Hamima Jamaludin. (2014, Disember 15). Kesedaran, Amalan Tak Seiring. MyMentro. Dicapai pada Ogos 5, 2017, dari https://www.hmmetro.com.my/node/16234 5. Hanizan Hassan. (2008, Ogos 2). Cabaran Untuk Kekal Sihat. Utusan online. Dicapai pada Ogos 5, 2017, dari https://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&s ec=johor&pg=wj_01.html 6. Dr Wan Muhd Riduan Bin Jaffar. (2015, Januari 7). Penyakit Bawaan Air dan Makanan. I-Medikkelantan. Dicapai dari https://imedikkelantan.wordpress.com/2015/01/07/Penyakit -bawaan-air-dan-makanan-2/ 7. Healthy Lifestyle (t.t.). Dlm. Wikipedia. Dicapai Ogos 5, 2017, dari https://simple.wikipedia.org/wiki/Healthy-lifestyle 8. Pemakanan Seimbang (t.t.). Dlm. Wikipedia. Dicapai Ogos 5, 2017, dari https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pemakanan-seimbang 9. Malnutrien (t.t.). Dlm. Wikipedia. Dicapai Ogos 5, 2017, dari https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Malnutrien 10. Bakshi, A. (2003). Potential Adverse Health effects of Genetically Modified Crops. Journal of Toxicology and Environmental Health, Bahagian B (6), 211-225. 11. Fairus Kassim (2013, Julai 8) Pekerja Malaysia Kuat Bekerja. Utusan Online. Dicapai pada Ogos 5, 2017, dari https://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130708/ek_02/Pekerja-Malaysia-KuatBekerja
12. Amalkan cara hidup sihat (t.t.). Dlm MyHealthportal. Dicapai Ogos 5, 2017, dari www.myhealth.gov.my/amalkan-cara-hidup-sihat 13. Prof. Madya Dr. Hairul Anuar Hashim (2016, April 03). Memahami Aspek Halangan Untuk Bersenam. Utusan Online. Dicapai pada Ogos 5, 2016. Dari https://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/memahami-aspek-halangan-untukbersenam-1.208000