ASMAUL HUSNA Allah: ( ) هللاLafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan. Lafadz ini disebut juga lafadz Jalalah, dan juga disebut Ismu Zat . Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam. Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia.
. .
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya: 1. Ar-Rahmaan: ( ) الرحمنMaha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. 2. Ar-Rahim: ( ) الرحيمMaha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. 3. Al-Malik: ( ) الملكMaha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri. 4. Al-Quddus: ( ) القدوسMaha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan. 5. As-Salaam: ( ) السالمMaha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya. 6. Al-Mu’min: ( ) المؤمنMaha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik. 7. Al-Muhaimin: ( ) المحيمنMaha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu. 8. Al-’Aziiz: ( ) العزيزMaha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya 9. Al-Jabbaar: ( ) الجبارMaha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya. 10. Al-Mutakabbir: ( ) المتكبرMaha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( ) الخالقMaha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu. 12. Al-Baari’: ( ) البارئMaha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya. 13. Al-Mushawwir: ( ) المصورMaha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya). 14. Al-Ghaffaar: ( ) الغفارMaha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan. 15. Al-Qahhaar: ( ) القهارMaha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya. 16. Al-Wahhaab: ( ) الوهابMaha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia. 17. Ar-Razzaaq: ( ) الرزاقMaha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya. 18. Al-Fattaah: ( ) الفتاحMaha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya. 19. Al-’Aliim: ( ) العليمMaha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya. 20. Al-Qaabidh: ( ) القابضMaha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya. 21. Al-Baasith: ( ) الباسطMaha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya. 22. AI-Khaafidh: ( ) الخافضMaha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan. 23. Ar-Raafi’: ( ) الرافعMaha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa. 24. Al-Mu’iz: ( ) المعزMaha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan. 25. Al-Muzil: ( ) المذلMaha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya. 26. As-Samii’: ( ) السميعMaha Mendengar. 27. Al-Bashiir: ( ) البصيرMaha Melihat. 28. Al-Hakam: ( ) الحكمMaha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu. 29. Al-’Adl: ( ) العدلMaha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu. 30. Al-Lathiif: ( ) اللطيفMaha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil. 31. Al-Khabiir: ( ) الخبيرMaha Waspada/ Maha Mengetahui. 32. Al-Haliim: ( ) الحليمMaha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan. 33. Al-’Adzhiim: ( ) العظيمMaha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan. 34. Al-Ghafuur: ( ) الغفورMaha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya. 35. Asy-Syakuur: ( ) الشكورMaha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil. 36. Al-’Aliy: ( ) العليMaha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir: ( ) الكبيرMaha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia. 38. Al-Hafidz: ( ) الحفيظMaha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya. 39. Al-Muqiit: ( ) المقيتMaha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani. 40. Al-Hasiib: ( ) الحسيبMaha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat. 41. Al-Jaliil: ( ) الجليلMaha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifatsifatNya. 42. Al-Kariim: ( ) الكريمMaha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian. 43. Ar-Raqiib: ( ) الركيبMaha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerakgeri segala sesuatu dan mengawasinya. 44. Al-Mujiib: ( ) المجيبMaha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya. 45. Al-Waasi’: ( ) الواسعMaha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu. 46. Al-Hakiim: ( ) الحكيمMaha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu. 47. Al-Waduud: ( ) الودودMaha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan. 48. Al-Majiid: ( ) المجيدMaha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan. 49. Al-Ba’ithu: ( ) الباعثMaha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat. 50. Asy-Syahiid: ( ) الشهيدMaha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk. 51. Al-Haq: ( ) الحقMaha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun. 52. Al-Wakiil: ( ) الوكيلMaha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu. 53. Al-Qawiy: ( ) القوىMaha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya. 54. Al-Matiin: ( ) المتينMaha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya. 55. Al-Waliy: ( ) الولىMaha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka. 56. Al-Hamiid: ( ) الحميدMaha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan. 57. Al-Muhshii: ( ) المحصىMaha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya. 58. Al-Mubdi’: ( ) المبدئMaha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud. 59. Al-Mu’iid: ( ) المعيدMaha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya. 60. Al-Muhyii: ( ) المحيMaha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup. 61. Al-Mumiit: ( ) المميتMaha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup. 62. Al-Hay: ( ) الحيMaha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu. 63. Al-Qayyuum: ( ) القيومMaha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: ( ) الواجدMaha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak. 65. Al-Maajid: ( ) الماجدMaha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid). 66. Al-Waahid: ( ) الواحدMaha Esa. 67. Al-Ahad: ( ) األحدMaha Tunggal. 68. Ash-Shamad: ( ) الصمدMaha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan. 69. Al-Qaadir: ( ) القادرMaha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya 70. Al-Muqtadir: ( ) المقتدرMaha Menentukan. 71. Al-Muqaddim: ( ) المقدمMaha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya. 72. Al-Muakhkhir: ( ) المؤخرMaha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya. 73. Al-Awwal: ( ) األولMaha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud. 74. Al-Aakhir: ( ) اآلخرMaha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud. 75. Azh-Zhaahir: ( ) الظاهرMaha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya 76. Al-Baathin: ( ) الباطنMaha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu. 77. Al-Waalii: ( ) الوالىMaha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya. 78. Al-Muta’aalii: ( ) المتعالMaha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan. 79. Al-Bar: ( ) البارMaha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya. 80. At-Tawwaab: ( ) التوابMaha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya. 81. Al-Muntaqim: ( ) المنتقمMaha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya. 82. Al-’Afuw: ( ) العفوMaha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya. 83. Ar-Rauuf: ( ) الرؤفMaha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya. 84. Maalikul Mulk: ( ) الملك المالكMaha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya. 85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ) واإلكرام ذوالجاللMaha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah. 86. Al-Muqsith: ( ) المقسطMaha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orangorang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya. 87. Al-Jaami’: ( ) الجامعMaha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan. 88. Al-Ghaniy: ( ) الغنىMaha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya. 89. Al-Mughnii: ( ) المغنىMaha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya. 90. Al-Maani’: ( ) المانعMaha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hambahambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan. 91. Adh-Dhaar: ( ) الضارMaha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( ) النافعMaha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri. 93. An-Nuur: ( ) النورMaha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya. 94. Al-Haadi: ( ) الهادىMaha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya. 95. Al-Badii’: ( ) البديعMaha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu. 96. Al-Baaqi: ( ) الباقعMaha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya 97. Al-Waarits: ( ) الوارثMaha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk. 98. Ar-Rasyiid: ( ) الرشيدMaha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya. 99. Ash-Shabuur: ( ) الصبورMaha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya. . https://shafiqolbu.wordpress.com