Asignment Pai

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asignment Pai as PDF for free.

More details

  • Words: 838
  • Pages: 5
MAKSUD KEHIDUPAN DALAM ISLAM. Kehidupan boleh didefinisikan sebagai bermulanya kehidupan seseorang manusia di dunia ini. Selain itu, kehidupan di dunia ini juga hanyalah sementara dan semua manusia akan mati dan tidak ada yang akan hidup kekal abadi. Hal ini dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quranul Karim pada surah Ali ‘Imran:185; "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan baru pada hari kiamatlah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

MAKSUD KEMATIAN. Kematian ini merupakan salah satu bahasan ilmu Eskatologi yang termasuk cabang Teologi. Menurut Eliade, Eskatalogi termasuk bagian dari agama dan filsafat yang menguraikan secara runtut semua persoalan dan pengetahuan tentang akhir zaman, seperti kematian, alam barzah, kehidupan surga dan neraka, hukuman bagi yang berdosa, pahala bagi yang berbuat baik, hari bangkit, pengadilan pada hari itu, dan sebagainya. Secara ringkas Barnhart menjelaskan Eskatologi ialah ajaran tentang akhir segala sesuatu, khususnya kematian, pembalasan, syurga, dan neraka. Kematian itu sesuatu yang mesti terjadi pada seseorang, walaupun ia berusaha menghindari kematian atau berusaha bersembunyi dan berlindung di tempat yang dikira aman. Seseorang tidak dapat lari dan menjauhi kematian. Hal ini secara tegas dikemukakan oleh Allah Swt. dalam firman-Nya, S. An-Nisa: 78; "Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkanmu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh."

ALAM ROH. Alam roh ialah satu alam dimana sebelum manusia memasuki alam janin. Disinilah tiap-tiap roh itu berjanji pada tuhan mereka akan beriman kepadaNya lalu roh-roh yang telah berjanji itu telah ditiupkan kedalam rahim ibu. ALAM JANIN. Semua manusia melalui alam ini selama 9 bulan. Pada usia 1 bulan ia dipanggil zigot. Selepas beberapa bulan ia akan menjadi sedikit sempurna yang dinamakan embrio.sebelum dilahirkan, ia dipanggil fetus. ALAM KEHIDUPAN. Kehidupan manusia bermula dari dilahirkan daripada perut ibu. Selepas itu, manusia di didik dan diberi kasih sayang oleh ibu bapa mereka. Dalam proses pembesaran itu, manusia mengalami pelbagai cabaran dan dugaan. Apabila manusia semakin membesar akan bertambahlah tanggungjawab yang patut mereka pikul. Contohnya:  tanggungjawab menunaikan perintah Allah  tanggungjawab menjadi manusia yang berguna.  Tanggungjawab untuk menggembirakan hati kedua ibu-bapa.  ALAM KUBUR. Alam kubur bermula apabila seseorang itu meninggal dunia dan akan diazab dalam kubur jika mereka tidak beriman kepada Allah. Dan jika mereka beriman kepada Allah, mereka akan dikecualikan daripada azab kubur contohnya kubur mereka akan menjadi lebih aman. ALAM AKHIRAT. Semua manusia dibangkitkan dari alam kubur dan dikumpulkan untuk dihisab di satu tempat iaitu Padang Mashyar. Di sini manusia dibangkitkan dengan tidak memakai seurat benang pun. Kemudian manusia dihitung amalannya dan akan ditentukan akan masuk ke syurga atau neraka.

Tanggungjawab manusia meliputi bidang-bidang berikut:  IBADAH. Mengabdikan diri kepada Allah.meliputi ibadat umum seperti belajar dan ibadat khusus seperti solat 5 waktu.  KHILAFAH. Membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah allah dan sistem hidup yang berteraskan pengabdian diri kepada Allah.  AL-IMARAH Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara maju , hidup dalam kemakmuran dan selamat.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI.    

Menjaga kesihatan diri untuk beribadat kepada Allah Menjaga kebersihan diri Belajar bersungguh sungguh. Menjaga nama baik diri sendiri.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA. Menjaga nama baik keluarga. Menaggung keluarga. Membantu ibu bapa yang telah tua. Menjaga mereka jika mereka sakit. Sentiasa mengambil berat tentang keluarga. TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA. Memartabatkan agama Menjadikan agama islam sebagai agama yang mulia. Menunjukkan bahawa islam bukan agama paksaan. Menunjukkan islam bukan agama yang membebankankan umatnya. Memelihara agama TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT.  Menjaga kebajikan bersama.  Menjaga silaturahim antara satu sama lain.  Sentiasa ziarah menziarahi.  Membantu masyarakat yang kurang upaya. TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA Menjaga keamanan negara daripada ancaman luar Menjaga kestabilan dan keharmonian sejagat. Berusaha memartabatkan maruah bangsa dan negara di persada antarabangsa Berusaha modal insan kepada negara negara lain. Mengeratkan perpaduan negara.

kita jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia ini sehingga lalai dan lupa akan akhirat, sedangkan akhirat itulah tempat kekal abadi. Di sinilah perlunya kepada peringatan, tetapi apakah manusia sedar akan peringatan-peringatan Allah Subhanahu Wataala itu atau senghaja tidak mahu sedar. Di antara peringatan Allah Subhanahu Wataala itu ialah seperti umur tua, beruban, kurang penglihatan, kurang pendengaran dan bermacammacam lagi. Tetapi berapa banyakkah manusia yang mengambil peringatan daripadanya? Kerana ada juga yang masih lalai dan alpa dengan kehidupan dunia ini, sedangkan sepatutnya kita melazimkan diri melakukan amal ibadat dan perkara berkebajikan. Di antara langkah-langkah untuk menjaga diri kita dari terus lalai dengan dunia, kita digalakkan untuk sentiasa mengingati mati kerana dengan jalan demikian, hati akan sentiasa merasa takut akan azab seksa, baik ketika ajal tiba, ketika di dalam kubur mahupun di Hari Kiamat kelak. Jika perasaan takut akan azab Allah Subhanahu Wataala ada pada diri seseorang sudah tentu akan menggerakkan hati kita untuk mentaati perintah Allah Subhanahu Wataala dengan sentiasa beramal ibadat. Kerana itu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menggalakkan umatnya untuk ingat pada kematian sebagaimana sabda Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : “Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Hendaklah kamu banyak-banyak mengingati pemutus kematian (mati).”Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah.

Related Documents

Asignment Pai
October 2019 19
Asignment
May 2020 12
Ibm Asignment
May 2020 3
Ellipsoid Asignment
May 2020 5
Asignment 1
November 2019 15
Asignment Pi
May 2020 8