Asig Hbsc2103

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asig Hbsc2103 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,947
  • Pages: 10
HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

1. BAHAGIAN A Sebagai seorang guru sains, anda menyedari tentang keperluan diet seimbang kepada kesihatan fizikal dan rohani pelajar anda. Oleh kerana itu, anda bercadang untuk menyampaikan satu sesi ceramah mengenai amalan diet seimbang di kalangan pelajar semasa sekolah anda menyambut minggu sains. Ceramah anda mesti mengandungi pengenalan, fakta-fakta, penjelasan setiap fakta, ringkasan/penutup dan disokong oleh bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Rajah, carta dan gambar berkaitan yang dapat menerangkan fakta-fakta anda dengan lebih jelas perlu dilampirkan. (20 markah) Jawapan Amalan Diet Seimbang di Kalangan Pelajar Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Punan, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan pelajar sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Minggu Sains sekolah ini, izinkan saya menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Amalan Diet Seimbang di Kalangan Pelajar”. Diet seimbang adalah diet yang boleh membekalkan nutrien yang mencukupi mengikut umur, jantina, keadaan fizikal dan keperluan tertentu untuk memenuhi keperluan ketumbesaran dan memelihara kesihatan. Hadirin yang dihormati, Diet yang seimbang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan pada kadar yang betul (NCCFN, 2005). Diet ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara, namun demikian ia harus mengandungi amaun karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, serat dan air yang mencukupi (NCCFN, 2005). Jadual 2.1 menunjukkan secara ringkas senarai nutrien dan fungsinya.

-1-

HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

Jadual 1.1: Nutrien dan Fungsinya Nutrien Fungsi Lemak dan karbohidrat Sumber tenaga Protein Membina blok otot Vitamin dan mineral Diperlukan untuk fungsi badan (Sumber: National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 2005) Makanan mengandungi tenaga, zat makanan (nutrien) dan komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan. Tenaga dan zat makanan yang penting sebab badan tidak dapat mengeluarkan sendiri dan mesti diambil dari makanan. Terdapat lebih 40 zat makanan yang di kumpul dalam enam jenis zat makanan utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air. Guru-guru dan pelajar sekalian, Karbohidrat, lemak dan protein adalah zat yang membekal tenaga, sebab mereka terdiri dari bahan kimia dikenali sebagai bahan organik yang mengandungi karbon dan boleh membakar. Protein, garam galian dan air adalah sebahagian dari komposisi tisu badan dan sangat penting untuk membina dan membaik pulih sel dan tisu. Vitamin adalah bahan dari pelbagai jenis organik terdapat dalam kandungan sedikit dalam makanan, tetapi amat penting untuk pembesaran dan kesihatan. Fungsi utama vitamin ialah mengawal proses badan seperti proses metabolisme, fungsi urat dan otot dan kesihatan tisu. Air adalah bahan pengawal, membawa bahan-bahan dalam bentuk cairan dalam jus pencernaan penghadaman, darah dan tisu, membantu mengawal suhu badan, perkumuhan, pengaliran darah, dan lain-lain. Makanan juga mengandungi serat (fibre) berfungsi dengan air bagi menjaga proses pembuangan, membersihkan usus dan mengelak dari sembelit. Walaupun setiap nutrien berfungsi secara spesifik dalam badan, gabungan kesemua nutrien adalah perlu untuk penjagaan kesihatan. Kandungan nutrien juga berbeza dalam makanan dan tiada satu-satu makanan pun mengandungi semua nutrien yang diperlu, kecuali susu ibu yang lengkap untuk bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan. Untuk memperoleh diet seimbang satu perancangan diet yang teliti harus dilakukan. Perancangan diet boleh dilakukan berasaskan kumpulan makanan atau nutrien.

-2-

HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

Jika perancangan diet berasaskan kumpulan makanan, pemilihan makanan perlu mengikut jumlah hidangan yang sesuai daripada kumpulan makanan dan jika berasaskan nutrien, sesuatu diet dirancang mengikut keperluan kalori. Peratusan kalori yang disyorkan daripada karbohidrat, protein dan lemak menjadi asas perancangan dan ditokok tambah dengan sumber nutrien lain seperti vitamin dan mineral. Hadirin yang dimuliakan, Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang seimbang. Makanan diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada nilai nutrien utama (NCCFN, 2005). Makanan dengan nilai nutrien tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan. Jumlah amaun makanan yang dibenarkan adalah berbeza di antara individu, oleh itu pemilihan makanan harus mengikut bahagian yang dinyatakan dalam panduan piramid makanan (NCCFN, 2005). Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid mengikut turutan; pilihan terbaik dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada aras satu atau dasar piramid, dan makanan dari aras puncak piramid makanan perlu diambil dengan kadar paling sedikit (NCCFN, 2005).

(Sumber: National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 2005) Rajah 1.1 : Panduan piramid makanan -3-

HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

Kebanyakan makanan mengandungi lebih dari satu nutrien, tetapi tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan dalam amaun yang betul untuk mengekalkan kesihatan yang baik (NCCFN, 2005). Lebih kepelbagaian makanan, maka kurang kecenderungan seseorang untuk mengalami kekurangan atau berlebihan nutrien. Jadual 1.2: Panduan Asas Piramid Makanan Aras piramid Aras 1 atau

Jenis makanan Bijirin, ubi

Penerangan - sumber terbaik untuk

dasar

Bijirin, nasi, bubur,

karbohidrat kompleks

- makan paling

mee, roti, bijirin

- gunakan makanan berkanji

banyak

sarapan pagi, pasta,

sebagai asas untuk setiap

capati, thosai, ubi

hidangan dan snek - pilih semua jenis, tetapi adalah disarankan memilih bijirin atau mil penuh kerana membekalkan lebih serat dan vitamin

Aras 2

Buah dan sayur

- Pilih dari pelbagai jenis

Makan lebih

Sayuran berdaun,

- Makan yang segar

banyak

semua jenis buah-buahan

berbanding yang ditinkan - Makan sebiji buah keseluruhan adalah lebih baik berbanding meminum jusnya kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat - Pastikan memakan sekurangkurangnya lima hidangan sayur-sayuran dan buahbuahan dalam sehari - Ambil satu hidangan buahbuahan setiap kali makan, ia membawa jumlah

-4-

HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

dua hingga empat kali dalam Aras 3

Susu dan yogurt

sehari. - Sumber yang baik untuk

Makan

Susu segar, susu

kalsium dan protein

sederhana

tepung, susu sejat

- Orang dewasa harus memilih

dan yogurt

makanan yang kurang

Ikan,hasil dari

kandungan lemak

ayam,itik, daging

- Susu pekat manis tidak

dan kekacang

termasuk dalam kumpulan ini

Ikan, ayam, daging

- Daging dan hasil dari ayam

tanpa lemak, telur,

dan itik adalah kaya dengan

kacang, tempe.

protein, vitamin dan mineral

towkua

terutamanya zink dan zat besi - Kikis semua lemak yang kelihatan pada daging sebelum memasaknya - Kekacang adalah alternatif kepada daging kerana ia mengandungi lemak yang kurang di samping serat yang

Aras 4 atau

Lemak, alkohol,

tinggi - Makan sekali-sekala.

puncak

garam dan gula

Dianggap sebagai ’treats’

Makan paling

Semua jenis gula,

- Disarankan agar memilih

sedikit

kek, krim, lemak,

lemak yang tidak tepu

konfeksi, minyak

- Pengambilan garam yang

dan alkohol

berlebihan mengakibatkan tekanan darah tinggi - Kurangkan pengambilan garam - Berhati-hati dengan makanan yang diproses kerana mungkin kandungan garam adalah tinggi seperti sosej dan

-5-

HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

makanan dalam tin - Gula ringkas membekalkan kalori tanpa nutrien lain

(Sumber: National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 2005) Hadirin yang dihormati, Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai dalam mengubah tabiat pemakanan pelajar kerana sekolah mempunyai peluang untuk mendidik pelajar tentang amalan pemakanan seimbang. Sekolah juga dapat mendemonstrasikan kepentingan diet seimbang untuk kesihatan masa depan pelajar dengan menyediakan pilihan makanan yang menyihatkan di kantin sekolah selain daripada bekerjasama dengan ibu bapa pelajar. Kesihatan yang baik merupakan nikmat yang tidak ternilai harganya. Ia turut memberi kesan terhadap potensi pembelajaran dan pencapaian pelajar. Amalan diet seimbang merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar. Untuk merealisasikan amalan diet seimbang di kalangan pelajar, pelbagai langkah perlu diambil dan langkah-langkah tersebut memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat. Sekian dahulu ceramah saya pada hari ini. Saya sudahi dengan lafaz terima kasih.

2. BAHAGIAN B Negara kita mempunyai pelbagai sumber semula jadi seperti besi, timah, emas, dan petroleum. Sekolah anda bercadang mengambil bahagian dalam pertandingan inovasi saintifik peringkat negeri berhubung dengan eksploitasi dan kegunaan bahan-bahan

-6-

HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

semula jadi. Anda sebagai seorang penasihat kelab sains sekolah telah diminta oleh guru besar anda untuk membuat satu kertas kerja bersangkutan dengan pengkomesialan satu produk baru dari salah satu sumber semula jadi. Kertas kerja anda mesti mengandungi tajuk,

objektif,

pengenalan/rasional,

isi

kandungan/fakta-fakta,

penerangan,

diagram/carta-carta/gambar-gambar dan ringkasan/penutup. Penulisan anda juga mesti disokong oleh bahan-bahan rujukan yang berkaitan. (15 markah) Jawapan KERTAS KERJA PENGKOMESIALAN MARAKAS LOGAM. 1. Tajuk

: Marakas Logam

2. Objektif

:

Antara objektif pelaksanaan Marakas logam ini termasuklah: 1. Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru. 2. Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru 3. Mengetahui secara mendalam tentang alat muzik. 4. Mengatasi masalah kekurangan alatan muzik di sekolah 5. Mencipta alat muzik berdasarkan sumber semula jadi dan menjimatkan kos. 6. Menghasilkan marakas yang dapat berfungsi dengan baik

3. Pengenalan/ rasional : Secara umumnya sumber semula jadi seperti besi, timah, emas dan petroleum boleh diperoleh di negara kita. Oleh itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi mengkomersialkan marakas logam yang diperbuat daripada tin minuman aluminium yang mengandungi klip kertas bagi menghasilkan bunyi. Marakas logam ini boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah pengajaran muzik dalam mendapatkan tempo atau detik yang betul.

-7-

HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

4. Isi Kandungan

:

4.1 Proses pembuatan marakas. Pada peringkat ini reka bentuk akan dibaiki dan dilihat secara terperinci bagi menghasilkan prototaip. Peranannya ialah untuk menguji dan menilai keberkesanan dan kelemahan reka bentuk sebelum proses pembuatan produk dilakukan. Dalam mengkomersialkan marakas logam ini, peralatan yang diperlukan untuk mencipta marakas ialah tin minuman aluminium, klip kertas, cat poster berwarna dan pita penebat berwarna. Pada permulaannya, tin minuman di cat dengan poster berwarna. Kemudian dihias dengan pita penebat berwarna untuk menghasilkan marakas yang cantik. Seterusnya, segenggam klip kertas dimasukkan di dalam tin minuman tersebut. Bagi menghasilkan bunyi yang aneh, cuba olakkan klip-klip kertas di dalam tin. 4.2 Ciri-ciri marakas. Sesuatu reka bentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat berfungsi dengan baik dan cekap sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yg dikenakan. Marakas yang dicipta berdasarkan konsep kitar semula. Ianya ringkas dan boleh digunakan dalam pengajaran muzik dan dimainkan dalam persembahan ghazal dan sebagainya. Antara ciriciri marakas ini ia berfungsi sebagai tempo sesuatu muzik yang dihasilkan. Contoh marakas yang akan dibina seperti di bawah.

Daiman kertas merah yang kecil Jalur pita kuning

Daiman kertas biru yang besar.

4.3 Kepentingan. Marakas dianggap penting dalam mendapatkan tempo, tanpa marakas irama muzik yang dihasilkan tidak akan berkesan dan tidak menarik. Oleh itu, marakas logam -8-

HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

yang dihasilkan boleh memenuhi kehendak komersial satu produk baru. Ianya mudah dipasarkan untuk dikomersialkan sebagai satu produk yang baru. 5. Penutup/Rumusan. Keperluan kepada reka bentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna biasanya melibatkan produk yang belum ada di pasaran.

Perubahan teknologi pula

biasanya menghasilkan pembaikan kepada reka bentuk yang sedia ada.

Walau

bagaimanapun kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna dan juga pengenalan teknologi baru. Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih canggih dan selesa dan pengeluar pula memperkenalkan teknologi

terbaru untuk memikat hati

pengguna. Melalui penghasilan marakas yang berkonsepkan kitar semula, ianya dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan merupakan hasil produk baru dalam membentuk masyarakat yang kreatif dan inovatif.

Rujukan Blades, M., (2001). “Factors affecting what we eat.” Nutrition and Food Science, 21, 2.71-77.

-9-

HBSC2103 : TEACHING OF SCIENCE: LIVING AND MATERIAL PRIMARY SCHOOL NORIZAM BIN JAAMAN 820917-01-5719

Guthrie, H. A & Picciano, M. F. (1995). “Human Nutrition.: Mosby-Year Book Inc”., St. Louis, USA Helen Drew, (1995). “Buku Muzik Pertama Saya”. Kuala Lumpur : Tropical Press. Nawalyah Abdul Ghani dan Zamaliah Mohd Marjan, (2007). “Modul Diet Seimbang” . Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan Malaysia Rohizani Yaakub dan Aminah Ayob, (2002). “Persepsi ibu bapa terhadap amalan pemakanan kanak-kanak prasekolah”. School of Medical Science: Universiti Sains Malaysia. Abstrak Zainab Tambi (2000). “Amalan Pemakanan Sihat”. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak : Nota Panduan Diet Malaysia. (1999). Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.freedomtolive.com.my/livingwell/article.php? id=fc490ca45c00b1249bbe3554a4fdf6fb&c_id=70efdf2ec9b086079795c442636b55fb http://nutrition.moh.gov.my/nutrition/pdf/Panduan %20Pemakanan/DIET_SEIMBANG_EDISI2_2007.PDF http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ABDRAHMANBP000017D200 4TTP.pdf http://www.nutriweb.org.my/searchfood.php http://cempaka.edu.my:8866/blog/herneyahmad/wp-content/uploads/contoh-kerja-kursussejarah.pdf.

- 10 -

Related Documents

Asig Hbsc2103
July 2020 7
Asig 3
November 2019 19
Asig 4
November 2019 14
Asig Hbsc2203
July 2020 7
Problema Asig De Aulas.docx
December 2019 11
Asig 2c Exponential Growth
November 2019 10