HBMS3303_SEMMAY09/T_NA
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBMS3303 : PENGAJARAN MUZIK 6 SEMESTER : MEI 2009 TUGASAN KURSUS (35%)
ARAHAN
1.
Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.
2.
Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.
3.
Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.
4.
Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.
5.
Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.
6.
Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan tersebut.
HBMS3303_SEMMAY09/T_NA
SOALAN TUGASAN
Anda adalah seorang guru muzik dan juga jurulatih kumpulan koir yang baru ditubuhkan di sekolah anda. Guru Besar sekolah mencadangkan kepada anda supaya kumpulan koir ini membuat persembahan pertama kalinya di majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan dua bulan lagi.
1.
Huraikan dengan terperici tindakan atau langkah-langkah yang perlu diambil selaku jurulatih kumpulan koir bagi memastikan kumpulan koir yang anda latih dapat membuat persembahan yang terbaik di majlis tersebut. (20 markah)
2.
Bincang mengapa anda memilih lagu-lagu itu untuk dipersembahkan semasa majlis tersebut.
(15 markah)
(Jumlah: 35 markah)
HBMS3303_SEMMAY09/T_NA
PANDUAN PELAJAR
Anda dinasihatkan: 1.
Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.
2.
Buat pencarian di internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.
3.
Membincangkan dengan guru atau jurulatih koir sekolah anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.