Asas Pemilihan Masalah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asas Pemilihan Masalah as PDF for free.

More details

  • Words: 188
  • Pages: 1
ASAS PEMILIHAN MASALAH. Bahagian Perkhidmatan SPA dengan anggota berjumlah 86 pegawai adalah sentiasa komited dan tekun di dalam menjalankan tanggungjawab bagi melaksanakan urusan-urusan berkaitan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan kebajikan perkhidmatan semua pegawai-pegawai awam lantikan SPA secara amnya adalah terjaga dan teratur. Namun dengan pertambahan jumlah pelantikan pegawai-pegawai kerajaan demi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan awam yang semakin dinamik dan kompleks, secara tidak langsung cabaran dan tanggungjawab Bahagian Perkhidmatan SPA juga menjadi semakin besar. Urusan-urusan khasnya seperti pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen menjadi urusan yang perlu di beri perhatian secara khusus kerana kekerapan pegawai-pegawai yang memohon untuk menelefon atau datang sendiri ke Bahagian Perkhidmatan dan bertanya akan status urusan adalah sangat tinggi. Terdapat juga pegawai yang menggunakan mesin faksimili dan emel untuk mengetahui akan status urusan tersebut. Keadaan tersebut sedikit sebanyak boleh menjejaskan pegawai di Bahagian Perkhidmatan untuk melaksanakan kerja-kerja hikiki mereka seperti menyediakan surat-surat kelulusan dan jadual pertimbangan. Keadaan pengorbanan masa yang serius bagi menjawab pertanyaan status ini secara keseluruhannya sudah pasti boleh menggagalkan pencapaian piagam pelanggan di bahagian perkhidmatan dan pada masa yang sama menjejaskan kebajikan pegawai-pegawai kerajaan lantikan SPA sendiri.

Related Documents