Asas Akidah Islamiah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asas Akidah Islamiah as PDF for free.

More details

  • Words: 4,821
  • Pages: 24
PENGENALAN Umat islam perlu memahami maksud akidah islamiah kerana ia dituntut dalam AQuran dan as sunnah. Dengan kefahaman yang betul, umat islam akan dapat membuat perbandingan antara akidah sahih dan akidah fasad. Akidah ahli sunnah waljamaah adalah bersumberkan kepada Al-Quran dan hadis. Dengan akidah yang benar, akan menjadi umat Islam yang sentiasa berada di jalan yang benar. KONSEP AKIDAH Bahasa – Akidah diambil dari perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti menyimpulkan (sama ada hissi dan maknawi). Justeru, akidah Islam bererti simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi. Dari segi penggunaan perkataan ‘aqada’ sering dikaitkan dengan aktiviti jual beli seperti ‘aqdul bai’ yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli. Ia juga dikaitkan dengan ikatan nikah ikatan kahwin seperti ‘aqdun nikah’, malah perkataan ini dikaitkan juga dengan perjanjian seperti ‘aqdulahdi’. Perkataan akidah tidak terdapat penggunaannya di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun ada tujuh perkataan yang berakarkan perkataan “aqada” yang bererti simpulan tali, perjanjian dan lain-lain yang digunakan oleh Al-Quran. Sebaliknya, Al-Quran lebih popular menggunakan perkataan iman baik dalam bentuk kata nama iman dan juga kata kerja (kata nama iman adas 45 tempat, manakala kata kerja terdapat lebih dari 515 kali). Oleh itu, perkataan selalu dikaitkan denganperkataan iman seperti “aqaidul iman” yang bermaksud simpulan-simpulan iman atau kepercayaan.

Akidah atau ikatan kepercayaan mempunyai beberapa kategori iaitu: 1. Kepercayaan yang batil, palsu dan sesat. 2. Kepercayaan/akidah karut marut, bukan bersifat agama, dongeng dan legenda. 3. Kepercayaan yang benar dan sahih menurut ukuran A-Quran dan as sunnah.

Istilah – para ulama sepakat dalam memberikan definisi akidah sebagai suatu pegangan yang benar.

– Ibnu Taimiah menerangkan bahawa akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Terdapat banyak lagi definisi akidah dari segi istilah oleh para ulama tetapi yang secara ringkasnya adalah akidah ialah kepercayaan yang kuat dalam hati terhadap sesuatu yang benar dan hak. Akidah secara umum merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati, dan jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yaang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau keraguan. Akidah dalam islam merupakan asas di mana tumbuh cabang-cabang syariat darinya. Syariat pula ialah amalan-amalan yang berupa ibadat dan muamalat yang dianjurkan oleh Islam hasil dari akidah tersebut. Dengan sebab inilah ilmu akidah itu juga dinamakan sebagai usuluddin atau yang bermaksud ilmu usul agama. Dalam agama Islam, akidah merupakan suatu perkara yang telah ditetapkan malah wajib bagi pegangan akidah itu disertai dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan suatu keraguan (dzan) dan bukan akidah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

  

 

1.“Alif, Laam Mim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya. Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang bertakwa”.

Masalah-masalah akidah yang wajib diiktikadkan atau keyakinan di dalam hati merupakan perkara-perkara ghaib yang tiada dapat disaksikan dengan mata sepertimana yang diterangkan oleh Allah SWT ketika memuji orang-orang yang beriman. Firman Allah bahawasanya:



        3.“Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka”.

ASAS AKIDAH ISLAMIAH

Ismail Omar menegaskan bahawa tauhid terbahagi kepada beberapa bahagian 1 seperti: 1. Tauhid uluhiyyah atau tauhid ibadah iaitu mengesakan Allah SWT yang

berhak disembah atau diabadikan dalam segala jenis ibadat dan tidak kepada selain dari-Nya. Tuntutan Tauhid Uluhiyyah supaya kita bertawajuh atau menghadap kepada Allah SWT dalam setiap bentuk ibadat dan menuntut kita supaya membersihkan hati dari menerima pihak atau pengaruh lain2. Ibadat mengandungi pertalian yang luas, antaranya: •

Wajib ikhlas dalam mencintai Allah SWT: Seseorang hamba janganlah mengadakan “Nidd” yang setanding dengan Allah SWT dalam mencintai, dengan erti kata ia mencintakan “Nidd” itu sama dengan ia mencintakan Allah SWT, atau ia mengutamakan cinta kepada “Nidd” itu lebih dari Allah SWT. Sesiapa berbuat demikian, ia termasuk dalam golongan kaum musyrikin.Firman Allah SWT:

“Dan di antara manusia, ada yang menjadikan selain dari Allah akan (Nidd) itu seperti cinta mereka kepada Allah manakala orang-orang mukmin pula lebih cintakan kepada Allah”. (Surah Al-Baqarah: 265) •

Wajib

Mengesakan

Allah

SWT

dalam

berdoa,

bertawakal dan mengharapkan sesuatu kerana Allah SWT Maha Berkuasa. 1 Ismail bin Omar. 1999. Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Shah Alam:Access Infotech (M) Sdn Bhd. 2 Muhammad Naim Yasin, Dr. 2001. Al-Iman Wa Arkahanu Wahakiqatuh (terjemahan) Abdul Rahman Abdullah Wan Nasyri Wa Attauzi’

Firman Allah SWT:

                 106. dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja Yang lain dari Allah, Yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan Yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang Yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri Dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus:106)



Wajib mengesakan Allah SWT dalam takut: sesiapa beriktikad bahawa setengah-setengah makhluk boleh memberi mudarat dengan iradahnya sendiri, lalu ia takut kepadanya maka ia telah mempersyirikkan Allah SWT dengan yang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud:

                         107.

dan

jika

Allah

mengenakan

Engkau

Dengan

sesuatu

Yang

membahayakan, maka tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannya melainkan dia; dan jika ia menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun Yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang dikendakiNya dari hambahambaNya, dan Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah Yunus:107) •

Wajib mengesakan Allah SWT dalam melakukan segala jenis ibadat badaniah seperti sembahyang, rukuk, sujud,

puasa, sembelih dan tawaf;serta dalam segala ibadat qauliyyah (perkataan) seperti nazar, istighfar dan lain-lain. Segala ibadat badaniyyah dan qauliyyah ini wajib dikerjakan semata-mata kerana Allah SWT. Sesiapa yang mengerjakan dengan niat lain dari Allah SWT, sudah tentu ia mempersyirikkan Allah SWT dengan yang lain. Firman Allah:

                      48. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar”.(Surah An-Nisa’:48)

1. Tauhid Ma’rifah (mengetahui) dan membenarkan iaitu membenarkan

hakikat zat Allah SWT serta segala nama-nama, sifat-sifat dan perbuatanNya. Bahagian ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, iaitu Tauhid rububiyyah dan tauhid nama-nama dan sifat-sifat (Tauhid al Asma’ Wassifat). •

Tauhid

Rububiyyah

ialah

iktikad

yang

kukuh

bahawasanya Allah SWT itu adalah Tuhan (ar-Rab) bagi segala sesuatu dan tiada tuhan selain dari-Nya3. Dari segi bahasa

Arab,

perkataan

“ar-Rab”

bermakna

“yang

mengatur”. Tauhid rububiyyah ialah mengakui bahawa sesungguhnya Allah SWT pencipta segala makhluk, pemilik

segala-segalanya,

yang

menghidup

dan

mematikan mereka, yang mendatangkan manfaat dan 3 Ismail bin Omar. 1999. Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Shah Alam:Access Infotech (M) Sdn Bhd.

mudarat, yang menyahut doa mereka ketika dalam kesempitan, yang maha berkuasa ke atas mereka, yang memberi dan melarang, serta segala ciptaan dan perintah adalah kepunyaannya. Termasuk dalam jenis tauhid rububiyyah ini ialah beriman dengan kekuasaan Allah SWT iaitu beriman bahawasanya segala perkara baru adalah berlakudan berpunca dari pengetahuan, kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Pengakuan terhadap tauhid rububiyyah merupakan fitrah semula jadi yang hampir kesemua manusia mengakuinya.

Sebenarnya golongan manusia yang ingkar kepada tauhid rububiyyah terbahagi kepada 2 golongan iaitu golongan yang ingkar akan kewujudan tuhan dan dengan itu mengingkari tauhid rububiyyah dan golongan yang mengakui wujudnya tuhan tetapi mensyirikkannya dalam sebahagian tauhid rububiyyahNya. Golongan yang mengingkari kedua-dua wujudnya tuhan dan tauhid rububiyyah merupakan golongan “ad-dahriah” sepertimana firman Allah SWT:

                      24. dan mereka berkata: "Tiadalah hidup Yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah Yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. (Surah Al-Jathiah:24)

Di zaman ini, bolehlah kita tafsirkan golongan-golongan yang menyerupai fahaman ini sebagai golongan-golongan ateis, teori Darwin, sosialismedan lain-lain lagi. Ada golongan yang mengakui akan wujudnya tuhan, tiada seorang pun dari

mereka yang sebenarnya mengingkari atau mensyirikkan Allah SWT dalam rububiyyah-Nya.

Pengertian Rububiyyah Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Syahadah Laa ilahaillallah menyatakan perkataan al-Rabb mengandungi beberapa erti4. Antaranya, tuhan (al-sayyid) pemilik sesuatu, pencipta sesuatu, penguasa sesuatu, yang mendidik dan mengasuh orang lain, yang menjaga muslihat insan, yang mempunyai sultan (kuasa), yang menjadi tuan, yang melaksanakan perintahnya kepada orang lain. Erti al-rububiyyah tidak boleh disifatkan atau dimiliki sebenar-benarnya dan sempurna melainkan hanya Allah SWT. Allah SWT adalah Rabbul’alamin dan tiada tuhan selain daripada-Nya. Dia ialah pencipta yang menghidupkan dan mematikan, melaksanakan perintah dan hukum-hukum kepada semua makhluk. Allah SWT menguasai pemerintahan dan berkuasa atas segala sesuatu. Allah SWT mengurus dan mentadbir alam menurut kehendak-Nya dan berkuasa atas segala sesuatu. Allah SWT mengurus dan mentadbir alam menurut kehendak-Nya dan berkuasa memberi manfaat serta mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT:

                            107. dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu Yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannya melainkan dia; dan jika ia menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun Yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah Yunus:107)

4 Abdul Karim Zaidan, 1984. Usul ad-dakwah, Kuala Lumpur: Pustaka al-Ameen.

Hanya Allah SWT saja yang tunggal, yang memberi dan yang menahan, yang mengurniakan manfaat dan mendatangkan mudarat. Makhluk selain daripada Allah SWT adalah semuanya fakir dan berkehendakkan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

             15. (oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah Al-fatir:15)

Cara-cara Beriman Kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah Beriman kepada Allah SWT ialah percaya bahawa Allah SWT menjadikan alam dan mentadbirkan hal ehwal alam. Begitu juga segala apa yang berlaku dalam alam ini adalah dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah SWT dan juga kehendak-Nya. Allah SWT mengutuskan

para rasul dan menurunkan kitab-kitab dengan tujuan

untuk menolong hamba-Nya, menyeru mereka untuk kebaikan mereka sendiri. Oleh itu, manusia tidak boleh melakukan syirik kepada-Nya dalam apa perkara pun. Orang-orang yang beriman kepada Allah SWT mengakui bahawa Allah SWT itu ada dan Maha Esa, juga perlu mengetahui sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Antara sifatsifat kesempurnaan ialah Allah SWT mengetahui segala-galanya, tiada yang tersembunyi bagi-Nya barang suatu pun. Firman Allah:

                          

        59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata. (Surah Al-An’am:59)

Allah Maha Bijaksana, mencipta segala sesuatu tidak dengan sia-sia melainkan semua teratur dengan baik. Alam semesta ini menjadi saksi kenyataan tentang itu dan juga malaikat-malaikat. Asyahid Qutub dalam hubungan ini menjelaskan bahawa pengabdian yang mutlak kepada Allah Yang Maha Esa adalah dalam bentuk mempertuhankan Allah SWT sahaja dari sudut akidah, ibadat dan juga syariat. Setiap muslim tidak boleh beriktikad bahawa sifat ketuhanan (uluhiyyah) itu ada pada yang lain daripada Allah SWT, tidak boleh beriktikad bahawa ibadat itu perlu dilakukan kepada sesiapa pun dari kalangan makhluk-Nya, tidak boleh percaya bahawa kekuasaan memerintah dan membuat undang-undang itu adalah kepunyaan yang lain daripada Allah SWT. Sesiapa yang melakukan sedemikian bererti mereka telah melakukan syirik kepada Allah SWT kerana telah menyabitkan sekutu-sekutu dalam urusan (hakimiah) Allah. Allah SWT adalah maha esa, baik dalam zat-Nya, sifat-Nya serta af’al-Nya. Esa dalam zat bermaksud bahawa zat Allah SWT tidak tersusun dari beberapa bahagian yang terpotong dan bahawa Allah SWT itu tidak ada sekutu bagi-Nya dalam pemerintahan dan menguasai kerajaan itu. Wajib tidak ada sekutu bagi Allah SWT dalam ketuhanannya kerana jika Allah SWT mempunyai sekutu , maka peraturan alam ini akan rosak binasa. Daripada huraian di atas, setiap orang islam wajib memutuskan di dalam hati serta meyakini bahawa tiada yang menjadikan melainkan Allah SWT, tiada yang memberi rezeki melainkan Allah SWT, tiada yang menghendaki selain daripada Allah SWT, tiada yang menurunkan hujan selain daripada Allah SWT dan begitulah seterusnya. Oleh itu, sesiapa yang beriktikad selain daripada Allah SWT maka ia telah KUFUR.



Tauhid Asma’Wassifat ialah beriktikad dengan kukuh bahawa Allah SWT disifatkan dengan segala sifat kesempurnaan, bersih dari segala sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifat-Nya itu hanya khusus bagi-Nya tanpa menyerupai sifat-sifat makhluk5.

Asas Tauhid Asma’Wassifat Menjelaskan bahawa bertitik tolak dari pengertian tauhid asma wassifat, ianya berdasarkan kepada tiga asas6. Sesiapa yang menyeleweng darinya sudah tentu ia tidak mentauhidkan Allah SWT dari segi asma’ dan sifat. Asas Pertama: mensucikan sifat-sifat Allah SWT dari menyerupai sifat-sifat makhluk. Asas ini berdasarkan firman Allah SWT:

                        11. Dia lah Yang menciptakan langit dan bumi; ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); Dengan jalan Yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah Al-Syura:11)

           

5 Ismail bin Omar. 1999. Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Shah Alam:Access Infotech (M) Sdn Bhd. 6 Muhammad Naim Yasin, Dr. 2001. Al-Iman Wa Arkahanu Wahakiqatuh (terjemahan) Abdul Rahman Abdullah Wan Nasyri Wa Attauzi’

74. oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu Yang sebanding Dengan Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah An-Nahlu:74)

Iman al-Qurtubi menyebut ketika menafsirkan ayat yang bermaksud “tiada pun yang sebanding dengan Allah dan yang mengiktikadkan pada Allah SWT ialah Allah maha mulia nama-Nya dalam keagungan-Nya, kebesaran-Nya, pemerintahan-Nya, keelokan nama-Nya dan ketinggian sifat-sifat-Nya tidak serupa sama sekali dengan makhluk dan sifat-sifat makhluk pula tidak serupa dengan sifat-sifat Allah SWT. Apa yang telah ditetapkan oleh syarak pada al-Khaliq (pencipta) dan makhluk tidaklah serupa pada maknanya yang hakiki, kerana sifat-sifat Allah SWT yang qadim bersalahan dengan sifat-sifat makhluk yang baharu”.

Asas Kedua: memadai dengan nama-nama dan sifat-sifat sekadar yang disebut dalam Al-Quran dan al-hadis. Asas ini menuntut dari Muslim supaya mencukupi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT sekadar mana yang dinaskan di dalam Al-Quran dan al-hadis, kerana nama-nama dan sifat-sifat itu sabitnya daripada Allah SWT dan rasul-Nya., bukan melalui fikiran manusia. Justeru, kita tidak boleh menyifatkan Allah SWT melainkan dengan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sendiri dan oleh rasul-Nya. Nama-nama Allah SWT juga tidak boleh kita menamakannya kecuali dengan nama-nama yang diberi oleh Allah SWT kerana pengetahuan manusia yang sangat terhad tentang zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan nama-nama-Nya. Firman Allah SWT:

                                  140. "Atau Patutkah kamu mengatakan, Bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang

Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu Yang lebih mengetahui atau Allah? dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang Yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) Yang telah diberikan Allah kepadanya?" dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang telah kamu lakukan. (surah al-baqarah:140)

Berhubung dengan nama dan sifat Allah SWT, baik dari segi naif mahupun isbat wajib diserahkan kepada apa yang sabit dari Allah SWT dan rasul-Nya. Asas Ketiga: beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat tanpa menyoal tentang kaifiatnya. Asas ini menuntut dari hamba yang mukallaf beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT seperti yang dinaskan di dalam Al-Quran dan al-hadis, tanpa menyoal tentang kaifiatnya, kerana mengetahui kaifiat sifat-sifat itu bergantung kepada mengetahui kaifiat zat Allah SWT , sebab sifat sesuatu berlainan menurut berlainan mausuf (zat yang disifatkan). Adapun zat Allah SWT tidak harus disoal tentang hakikat dan kaifiat-Nya. Begitu juga sifat-sifat Allah SWT tidak harus disoal tentang kaifiatnya, lantaran itu, kebanyakan ulama pada masa dahulu ketika ditanya mengenai “istiwak” atau bersemayan Allah SWT di atas “aras” mereka menjawab: “Istiwak itu adalah diketahui, cara-caranya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib manakala bertanya tentangnya adalah bidaah”.

Manhaj untuk Memahami Nama-nama dan Sifat-sifat Allah SWT dengan Cara yang Sahih Untuk menghasilkan iktikad yang sahih, penting dijelaskan cara kefahaman atau manhaj yang betul terhadap tauhid nama-nama dan sifat-sifat yang pada dasarnya boleh dibahagikan kepada manhaj kefahaman yang dikehendaki. Syeikh Muhammad al-Amin telah menerangkan dalam muqaddimahnya pada risalah yang bertajuk “Manhaj Wa Dirasat Li Ayat Al-Asma’Wassifat seperti berikut: 1. Beriman hanya dengan apa yang Allah SWT dan rasul-Nya jelaskan atau tetapkan bagi dirinya. Segala nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT adalah diistilahkan sebagai tauqifiyyah. Ini bermakna bahawa dalil-dalil untuk menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT dan sunnah rasul-Nya. Penetapan ini kemudiannya boleh dibahagikan kepada tiga: •

Setiap nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan as-sunnah wajib diterima atau ditetapkan oleh setiap makhluk.



Setiap nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang dinafikan

dalam

keduanya

wajib

dinafikan

dengan

menetapkan sifat kesempurnaan lawan kepada sifat yang dinafikan itu. •

Adapun segala nama-nama dan sifat-sifat yang tidak ditetapkan dan tidak juga dinafikan dalam keduanya maka

wajib didiamkan berkenaan dengan lafaznya iaitu tanpa menetapkan atau menafikannya dalam Al-Quran dan alhadis berkenaan dengan nama-nama atau sifat-sifat tersebut. 1. Kesucian Allah SWT tiada suatu menyerupai-Nya. Sesungguhnya Allah SWT dalam segala nama-nama dan sifat-sifat yang telah ditetapkan pada diri-Nya tidaklah menyerupai atau mempunyai persamaan dengan

sesuatu

pun

dari

makhluk-makhluk-Nya.

Segala

sifat-sifat

kesempurnaan yang jelas tersebut dalam nas-nas sahih. Firman Allah SWT:

            74. oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu Yang sebanding Dengan Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya. (surah An-nahlu:74)

Ini pula tidak bermakna bahawa lafaz yang disebutkan untuk nama-nama dan sifat-sifat tidaklah bermakna penyamaan makna nama-nama atau sifat-sifat tersebut antara Allah SWT dan selain dari-Nya. Contohnya, nama atau sifat Allah SWT sebagai yang amat mengetahui, amat mendengar, amat melihat, amat berkata-kata dan seterusnya, tidaklah sekali-kali membawa erti bahawa ia adalah serupa atau menyamai sifat-sifat makhluk-Nya yang mengetahui, mendengar, dan berkata-kata. 2. Kesempurnaan-Nya menghindarkan daripada persoalan untuk mengetahui hakikat bentuk sepenuhnya. Seorang mukmin dikehendaki beriman dengan segala nama-nama dan sifatsifat Allah SWT yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan as-sunnah tanpa menyoal bagaimanakah hakikat bentuk zat atau sifat-sifat tersebut ataupun cuba mengkaji dengan meneliti secara mendalam berkenaannya. Pengkaji atau pengetahuan berkenaan dengan bentuk sesuatu sifat memerlukan pengetahuan berkenaan bentuk zat kepada setiap sifat tersebut. Tiada makhluk yang mengetahui hakikat zat Allah SWT yang sebenarnya.

Maka mustahillah bagi mereka mengetahui hakikat nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang maha suci.

LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH Langkah-langkah memelihara akidah

Akidah tauhid menekankan umat islam supaya menetapkan pegangan, mengukuhkannya serta memeliharanya. Dalam hal ini, beberapa utama yang mesti dijaga oleh setiap mukmin yang mahu menjaga kesejahteraan imannya ialah: 1. Mengikhlaskan ubudiyyah kepada Allah SWT Keikhlasan ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah SWT dengan erti memberi hak uluhiyyah yang sempurna daripada sudut keagungan, kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT. Hal ini akan tercapai dengan: a) Jangan menjadikan yang lain sebagai tuhan selain Allah SWT. Firman Allah SWT bahawasanya jangan menjadikan selain daripada Allah SWT sebagai penolong (wali) dan mencintainya seperti mencintai Allah SWT. Adalah menjadi tuntutan tauhid supaya seseorang itu menjadikan cintanya tulen kepada Allah SWT yakni tidak mengambil dan mencintai wali dalam berhala seperti mencintai Allah SWT, kerana wilayah (kepatuhan) hanyalah kepada Allah SWT dan tidak kepada yang lain.

     

                           64. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu

."Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam (Surah Ali-Imran:64) b) Jangan mencari hakikat selain Allah SWT, memberi ketaatan seperti memberi ketaatan kepada Allah SWT. Sesungguhnya yang mempunyai hak penentu bagi segala urusan hamba-Nya serta hak menggubal perundangan (tasyrik) untuk mereka dalam urusan agama dan dunia hanya Allah SWT sahaja. Dia amat mengetahui tentang kejadian mereka, amat mengasihani hambaNya serta amat mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk hamba-Nya. 1. Mengkufurkan segala taghut Mengkufurkan taghut dan membersihkan hati dengan beriman kepada Allah SWT, sehingga terdapat ayat-ayat Al-Quran kadang-kadang didahului dengan mengkufuri taghut kemudian mengimani Allah SWT. Firman Allah SWT:

                  

         256. tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(Surah Al-Baqarah:256)

2. Memelihara diri daripada melakukan syirik kepada Allah SWT Umat islam mesti mengetahui tentang semua jenis syirik baik syirik kecil mahupun syirik besar, terang atau tidak dan membebaskan diri daripada setiap unsur syirik, serta berjaga-jaga terhadap pintu dan ruang yang boleh menjerumuskan diri ke dalamnya.

3. Menuntut Ilmu Orang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup untuk hari kemudian dan berniat untuk mencari keredaan Allah SWT sematamata termasuk golongan yang bakal memperoleh keselamatan dan kejayaan. 4. Mentaati perintah Allah Taat itu maksudnya ialah menuntut atau patuh kepada peraturanperaturan dan ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Perintah Allah SWT terdiri daripada amal-amal yang wajib dan yang sunat. Dalam mentaati perintah Allah SWT, seseorang mukmin mestilah menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah difardukan kepadanya seperti solat, puasa pada bulan Ramadan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat. Di samping melakukan perkara-perkara fardu, seseorang mukmin itu hendaklah meningkatkan dirinya dengan melaksanakan amalan-amalan sunat. Amalan-amalan yang sunat ini begitu luas lingkupnya. Oleh itu, perkara

yang paling penting dalam pelaksanaan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk daripada sunnah Nabi Muhammad SAW. 5. Menjauhi maksiat Seorang mukmin mestilah menjauhkan diriny daripada maksiat, memandang berat terrhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosadosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya. Iman AlGhazali memberi peringatan bahawa dalam tuntutan din terdapat dua perkara yang sangat penting iaitu pertamanya meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang dilarang dan diharamkan. Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala perintah, beribadat dan berbakti kepada Allah SWT. Untuk menjauhkan diri daripada pengaruh maksiat, seseorang mukmin itu mestilah menjaga adab-adab atau akhlak sepertimana ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini kerana, kebiasaannya syaitan menyerang manusia daripada pintu-pintu yang lemah dalam dirinya. Oleh itu, hendaklah membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan.

Langkah-langkah Kembali kepada Iman Allah SWT maha pengampun lagi maha penyayang. Allah SWT sentiasa memberi peluang kepada makhluknya untuk kembali ke jalan yang benar, iaitu jalan Islam, sungguhpun seseorang itu telah melakukan dosa murtad. Terdapat firman Allah SWT:

                                   

                             217. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang Dalam bulan Yang dihormati; katakanlah: "Peperangan Dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orangorang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang Dalam bulan Yang dihormati). dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan Yang demikian); dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah

ahli

neraka,

kekal

mereka

di

dalamnya

(selama-lamanya).

(Surah Al-Baqarah:217)

Sesiapa yang percakapan atau perbuatannya telah merosakkan akidahnya (kufur), maka dia telah melakukan satu jenayah. Sekiranya dia mati sebelum bertaubat, maka dia tergolong sebagai matinya orang kafir. Kedudukannya di dunia ini sebagai seorang yang beriman akan luput dan di akhirat kelak dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama-sama orang kafir. Orang-orang yang rosak akidahnya seperti murtad dan ingin kembali beriman, hendaklah mengikuti langkah-langkah yang dianjurkan oleh Al-Quran. Firman Allah SWT:

          

                        159. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. 160. kecuali orang-orang Yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (Apa Yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Baqarah:159-160)

                146. orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan Yang demikian). (Surah Al-Baqarah:146)

Langkah-langkah untuk kembali beriman yang digariskan dalam keduadua ayat di atas ialah:

i. Bertaubat Orang yang murtad hendaklah bertaubat dengan sebenarbenar taubat. Dia mesti menyedari kesalahannya, menginsafi

keterlanjurannya,

berazam

untuk

tidak

mengulanginya dan menanamkan perasaan benci untuk kembali menjadi kafir semula selepas beriman. Wajib baginya mengucap semula Dua Kalimah Syahadat. ii. Mengadakan islah atau pembaikan Hendaklah mengadakan pengislahan yang sepenuhnya dalam hidupnya. Sekiranya dia rosak akidah (murtad) oleh kerana ucapannya yang dilandaskan kepada kejahilannya yang berterusan terhadap Islam, maka wajib baginya belajar dengan orang-orang yang berilmu. Sekiranya rosak akidahnya disebabkan oleh pengaruh cara hidup kawan-kawan atau kumpulannya, maka wajib dia menukar cara hidup tersebut serta meninggalkan kawan-kawan dan keluar dari kumpulannya yang disertainya sebelum itu. iii. Menerangkan kebenaran Wajib

baginya

menyatakan,

menerangkan

atau

mengisytiharkan taubatnya kepada kaum Muslimin. Hendaklah

dia

menyatakan

kesalahannya,

dan

membuktikan dalam hidupnya kemudian bahawa dia telah meninggalkan ucapan-ucapan atau perbuatan-perbuatan yang merosakkan imannya.

iv. Berpegang teguh kepada agama Allah SWT Hendaklah berpegang sepenuhnya kepada ajaran Islam, melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan

segala yang dilarang-Nya. Sekiranya dia tidak berpegang teguh dengan ajaran Islam, dikhuatiri dia akan kembali kufur semula. v. Mengikhlaskan diri kerana Allah SWT Hendaklah

mengikhlaskan

seluruh

amal

dan

tindakannya kepada Allah SWT. Friman Allah SWT:

                  5. pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar. (Surah Al-Bayyinah:5)

Setelah memenuhi kelima-lima langkah di atas, barulah dia tergolong semula di kalangan orang yang beriman. Firman Allah SWT:

                    146.

kecuali

orang-orang

Yang

bertaubat

(dari

perbuatan

munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka Dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka Yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang Yang beriman (di Dalam Syurga); dan Allah akan

memberikan orang-orang Yang beriman itu pahala Yang amat besar.

Jelas bahawasanya iman dan Islam sahajalah yang dapat menjamin akidah mereka. Oleh itu, ia mesti dipertahankan supaya dapat menjamin keselamatan akidah. Akidah sahih yang dipandukan oleh Al-Quran dan al-hadis menjadi panduan, ikutan dan keyakinan kepada kita. Kita mesti menolak mana-mana akidah yang menyeleweng, batil dan kufur samada di bawa oleh orang perseorangan, kumpulan, jemaah dan sebagainya. Kita juga mesti menolak mana-mana penjajahan yang dilakukan oleh kaum kafir khususnya penjajahan pemikiranmelalui media massa. Dalam hal ini, kita hendaklah berwaspada dengan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Related Documents