Asal-usul Dan Perkembangan Bahasa Melayu

  • Uploaded by: hafiz azman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asal-usul Dan Perkembangan Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,422
  • Pages: 5
Kenegaraan Tugasan semester Asal-usul bahasa melayu, perkembangan dan statusnya kini. Asal-usul dan sejarah: >menjejaki akar bahasa melalui penjejakan akar bangsa (penduduk kepulauan melayu) Bermulanya keturunan Melayu atau bani Adam adalah dengan hidupnya manusia pertama di bumi ini, nabi Adam a.s., atau dikenali hanya dengan nama adam dikalangan bangsabangsa penganut kristian, yahudi, dan lain-lain. nabi Adam dikatakan diturunkan ke bumi di tanah arab atau India mengambil kira percanggahan pendapat ulama-ulama. Dari sudut penemuan saintifik pula, mayat-mayat tertua ditemui menunjukkan pula penempatan awal manusia di rantau merangkumi negeri-negeri antara afrika utara (history of human race??, where?? state country name of oldest corp - use as ref) hingga ke asia selatan (india-sri lanka). Permulaan penempatan manusia di rantau nusantara seterusnya kepulauan melayu bermula dengan, sudah pastinya, laluan penghijrahan manusia dari penempatan awal (arab / india) ke nusantara. Penempatan rantau nusantara dijejak dari kegiatan pembukaan kawasan oleh pendatan dari dua arah. Satu golongan pembuka penempatan datang dari India selatan yang pada hari ini diduduki bangsa India manakala golongan pendatang kedua dari tanah China. Dari satu teori, pentutur-pentutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunnan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara (ref: Nik Safiah Karim dan dll. Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka 2006). Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua dari asia selatan (india) menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro Kedatangan dari dua tanah ini mendatangkan kesan asimilasi antara kaum dan budaya India dan China. Asia tenggara kemudiannya dikenali "tanah Indocina" yang pada segi bahasanya istilah bermaksud tanah kaum berkebudaya india dan cina. Asimilasi dan kacukan kuat berlaku antara dua kebudayaa dan cara hidup dua kaum tersebut menyebabkan terbentuknya kerajaan-kerajaan agung awal, seperti kerajaan Majapahit, yang menganut agama kacuk hindu-budha. Datangnya dua kaum awal bangsa india dan bangsa cina yang membentuk penduduk awal nusantara juga membawa sistem-sistem bahasa awal, bahasa Sanskrit (india) dan bahasa-bahasa agama budha lain. Memandangkan bahasa Sanskit juga bahasa pengantar budha selain menjadi bahasa pengantar hindu (state reference footnote http//en.wikipedia.org/buddhist_hybrid_sanskrit) ia mendominasi bahasa lain, e.g. bahasa Jawa lama, seterusnya berperanan menjadi bahasa utama kerajaan awal e.g. kerajaan Majapahit (M.C. Ricklefs, A History of Modern Indonesia Since c. 1300, 2nd ed. Stanford: Stanford University Press, 1991 and http//en.wikipedia.org/majapahit).

Walaubagaimanapun bahasa-bahasa ini kemudiannya mengalami kacukan, perubahan dan perkembangan majmuk menjadi sistem bahasa Melayu terawal iaitu bahasa melayu lama walaupun mengekalkan sistem-sistem tulisan sanskrit-jawa lama iaitu tulisan Pallava. Bahasa Melayu kini dirujuk kepada sekumpulan bahasa yang berkait rapat antara satu sama lain ke tahap boleh-diiktirafan sesama tetapi pembahasa-pembahasa itu dikira sebagai bahasa yang berbeza/berlainan.Ia semua dikumpulkan sebagai kumpulan "bahasa melayu tempatan" (state ref :http://www.ethnologue.com/show_family.asp?subid=91217), sebahagian dari kumpulan besar "Malayan" dibawah keluarga bahasa Austronesia. Bahasa Melayu ditutur dalam pelbagai bentuk di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Selatan Thailand. Dokumen bertulis tertua dalam bahasa Melayu, bertarikh dari hujung abad ke-7, dijumpai di Pulau Bangka, di pesisir tenggara Sumatera dan di Palembang, selatan Sumatera. "Malayu" merupakan nama sebuah kerajaan lama, berkedudukan di daerah Jambi, timur Sumatera. Ia dikenali dalam teks China lama sebagai "Mo-Lo-Yo" dan disebut dalam Nagarakertagama, sebuah epik Jawa lama ditulis pada 1365, sebagai salah satu "negeri naungan" kerajaan Majapahit, timur Jawa, yang perlu membayar ufti. Sejarah membahagikan bahasa Melayu kepada empat edaran: melayu lama, zaman peralihan, zaman kesultanan Melaka, dan melayu moden lewat (ref: The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar (2004)) Melayu lama tidak boleh difahami oleh pentutur bahasa Melayu moden. Ia dipengaruhi berat oleh bahasa Sanskrit (ref: http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/bahasamelayu-kuno.html). Inskripsi terawal deketahui dalam bahasa melayu ditemui di Sumatera, ditulis dalam tulisan Pallava dan bertarikh balik ke abad ke-7 - dikenali sebagai Batu Kedudukan Bukit. Ia ditemui M. Bratenburg, seorang berbangsa Belanda, pada 29 November 1920 di Kedudukan Bukit, selatan Sumatera, di tebing sungai Tantang. Batu tersebut berukuran 46 x 80cm. >satu bahasa bersama sasteranya Pada sejarahnya, bahsa melayu telah ditulis dengan pelbagai tulisan. Sebelum pengenalan tulisan arab di kepulauan melayu, bahasa melayu ditulis menggunakan tulisan Pallava, Kawi dan Rencong dan sehingga kini asih digunakan oleh masyarakat melayu Champa di Vietnam dan Kemboja. Bahasa Melayu lama ditulis menggunakan tulisan Pallava dan Kawi, sebagai bukti dari beberapa batu bersurat di kepulauan Melayu. Bermula dari era kerajaan Pasai ke zaman keemasan kesultanan melayu melaka, tulisan jawi secara berperingkat menggantikan tulisan-tulisan seperti Pallavi dan Kawi sebagai tulisan paling banyak digunakan di kepulauan melayu. Bermula dari abad ke-17 dibawah pengaruh penjajah Inggeris dan belanda, tulisan jawi secara berperingkat digantikan dengan tulisan Rumi.

Perkembangan:

Penggunaan Bahasa Melayu dipelosok asia tenggara dikaitkan dengan pembangunan kerajaan islam dan penyebaran Islam, ia sendiri sebagai kesan perkembangan perdagangan serantau. Bahasa ini telahpun digunakan sebagai Lingua Franca dipelosok nusantara sejak abad ke-15. Lingua Franca rantau Nusantara Salah satu sinonim Lingua Franca adalah bahasa pengantar. Dimana bahasa vernakular digunakan sebagai bahasa ibunda dalam sebuah masyarakat pentutur, bahasa pengantar maju melebihi sempadan kelompok masyarakat asalnya, dan diganakan sebagai bahasa kedua bagi komunikasi antara komuniti. Sebagai contoh, Bahasa Inggeris adalah bahasa vernakular di England tetapi digunakan sebagai bahasa pengantar (iaitu sebagai Lingua Franca) di Filipina. Bahasa Melayu digunakan secara meluas sebagai bahasa perdagangan di zaman kesultanan Melaka (1402 - 1511). Pada ketiku itu, bahasa melayu berkembang pesat di bawah pengaruh kesasteraan islam. Perkembangan tersebut menukar sifat bahasa melayu dengan berlakunya perlakuran besar bersama tatabahasa bahasa arab, parsi dan hindu. Dibawah kesultanan melayu Melaka, bahasa Melayu berkembang menjadi satu bentuk bolehdikenal pentutur bahasa melayu moden. Di Malaysia, istilah Bahasa Malaysia dan bahasa Melayu sama digunakan. Berdasarkan artikel 152 Perlembagaan Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia. Bersamaan dengan Malaysia, "Bahasa Melayu" didefinisikan sebagai bahasa rasmi Brunei dalam Perlembagaan 1959 negaranya. Walaupun bahasa melayu dan bahasa indonesia berasal dari akar yang sama, keduaduanya dipisahkan oleh beberapa abad perkembangan tatabahasa yang berbeza, disebabkan sebahagiannya oleh pengaruh bahasa penjajahan yang berbeza; Bahasa Belanda dalam kes Indonesia, dan bahasa Inggeris dalam kes Malaysia, Singapura dan Brunei, dimana dahulunya dibawah penjajahan British. Walaubagaimanapun, bahasa ditutur golongan Peranakan (bangsa cina di selat Melaka, kacuk penetap cina dari dinasti Ming dengan Melayu tempatan) adalah satu gabungan unik bahasa Melayu dengan loghat Hokkien cina, yang ditutur banyak di kejiranan selat Melaka. Sepanjang pasca-zaman kesultanan melayu melaka kepulauan melayu mengharungi tidak kurang dari empat penjajahan asing berasingan, dari barat mahupun timur. Ia bermula dengan penaklukan Portugis diketuai oleh wizurai alfonso alburqueque ke atas melaka pada awal abad ke-16. Melaka berjaya didiami Portugis dan penempatan mereka berterusan dengan sekian lamanya sehinggakan membawa pengaruh kekal ke atas kebudayaan dan terutamanya bahasa melayu di kepulauan melayu. Sepanjang pendudukannya di melaka, beberapa perkataan Portugis beransur serap ke bahasa melayu, antaranya: Bahasa Portugis Armario

Bahasa Melayu Almari

Garfo

Garpu

Igreja

Gereja

Limao

Limau

Toalha

Tuala

Janela

Jendela

Escola

Sekolah

Sapato

Sepatu

Penjajahan Portugis atas negeri kepulauan melayu kemudiannya diganti dengan penjajahan Belanda diikuti dengan penjajahan Inggeris.Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah konotasi (connoctation), kompromi (compromise) dan siri (series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata. Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima. Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Book

Buku

Lamp

Lampu

Ball

Bola

Mind

Minda

Cheque

Cek

Bus

Bas

Taxi

Teksi

Kepulauan melayu juga menyaksikan penjajahan Jepun ke atas negeri-negeri rantau nusantara ketika perang dunia ke-2. Penguatkuasaan bahasa Jepun secara meluas terutamanya apabila berurusan dengan kakitangan dan pentadbiran Jepun memberi saingan pada pengamalan bahasa melayu. Keterusan kewujudan bahasa melayu lebih terancam dengan dasar niponisasi dilancarkan pemerintahan jepun di tanah melayu. Walaupun penjajahan kuasa-kuasa asing memberi kesan peminjaman/penyerapan katakata bahasa ibunda kuasa tersebut ke bahasa negeri dijajahnya, polisi diamalkan kuasa penjajah juga boleh membawa kesan yang lebih besar ke atas satu-satu bahasa negara terjajah.

Related Documents


More Documents from "Ardiluiz Sembiring"