Artikel_khutbah - Isra' Mikraj

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Artikel_khutbah - Isra' Mikraj as PDF for free.

More details

  • Words: 2,239
  • Pages: 10
! "# $ % & ' ( )( *+,# ( . /-#0& 1( 2* 3* 45 5 4 2* 3* 2 6 7. 8 0 ' & #9* : ;-#0 & 1( <& ' ( )9 -= 7'& 0* ? 5; 2& > ' …2 0C 1 * 45-8 8 4 8 & B 8" B 8A $& . &@ Saudara Kaum Muslimin Sekalian, Moga kita semua sentiasa dirahmati serta diberkati ALLAH. Bersama-samalah kita mengenangkan sejenak akan keadaan diri kita, dari segi keimanan kita kepada ALLAH dan RASULNYA, , dan

kepatuhan

dan

ketaatan

kita

kepada

ALLAH

dan

RASULNYA. Jika kita dapati semakin hari semakin jauh kita dari ALLAH dan RASULNYA, maka segeralah kita kembali ke jalan ALLAH, segeralah kita bertaubat dan menuju ke jalan yang diredhainya, segeralah kita memulakan perjalanan kita ke arah ketaqwaan kepada ALLAH. Adapun jika kita dapati bahawa semakin hari semakin bertambah ketaatan kita kepada ALLAH, segeralah kita memanjatkan kesyukuran kita kepada ALLAH, dan sentiasalah kita mengingati akan kasih sayang ALLAH pada hambanya, dan cinta RASUL kepada umatnya

1

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama

meningkatkan

ketaqwaan

kita

kepada

Allah

dengan

melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' : 0

D

& D '+, EF G H

5 # H

0

. 7'% (*+, #. ( E. I J1 5& D CK Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tandatanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting di mana pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya nabi di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu singkat.

2

Peristiwa ini telah menapis dan menyaring keimanan dan keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah dan kebenaran risalah nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra’ dan Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat di mana ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.Ini berlaku semata-mata kerana peristiwa ini amatlah menongkah arus aqal manusia .Inilah gambaran yang akan berlaku apabila umat keliru dalam meletakkan sumber ambilan dalam membuat satu-satu kesimpulan . Umat Islam hari ini harus waspada dengan ledakan arus untuk meletakkan aqal mengatasi sumber Al Quran dan Sunnah .Islam tidak sama sekali menolak peranan yang dilakukan oleh aqal tetapi harus ditundukkan dengan bimbingan wahyu dan sunnah . Perkara seperti inilah juga yang terpaksa dihadapi oleh kita pada hari ini apabila usaha dalam melaksanakan semula semua sistem Islam maka di sana timbulnya beberapa golongan iaitu golongan pertama yang seratus peratus yakin dengan kemampuan Islam serta berusaha dengan kemampuan yang ada untuk melaksanakannya. Golongan yang kedua terdiri daripada mereka yang tahu tentang kemampuan sistem Islam tetapi sentiasa mencari jalan agar ia tidak dapat dilaksanakan dengan memcari pelbagai alas an an atas alas an kebebasan berfikir cuba mempengaruhi orang lain agar sama-sama ragu seperti mereka juga.. Golongan ketiga iaitu golongan pelampau terdiri daripada mereka yang 3

menolak terus sistem Islam Jika umat dahulu berasa pelik apabila nabi menceritakan tentang Isra’ dan Mikraj maka umat zaman kini merasa pelik apabila disebut tentang sistem hidup Islam yang menyeluruh sedangkan sistem ini pernah dilaksanakan di negara ini pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu sebelum datangnya penjajah.

Kita harus mempelajari dari peristiwa ini bahawa Iman itulah merupakan pengukuran yang sebenarnya di dalam Islam. Dan bagaimana kita mempraktikkan ajaran Baginda selepas beriman dengannya. Sesungguhnya, Imanlah yang membezakan Sayyidina Abu Bakar r.a. dan menempatkan beliau pada suatu kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh sahabat Rasulullah s.a.w. yang lain. Beliau lebih dikenali sebagai As-Siddiq yang bererti “yang membenarkan” lebih dari namanya sendiri kerana beliau terus percaya dan beriman dengan khabar dari Baginda Rasulullah s.a.w. ketika diceritakan peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Tolib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal maka Islam pasti akan terkubur tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi

4

telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah. Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif. Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam di mana kekayaan bukanlah satu-satunya faktor dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan hasil mahsul negara yang banyak tetapi ia tidak membantu pelaksanaan sistem Islam dan tidak pula membantu untuk umat Islam bersatu dalam menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Kekayaan hanya dibolot oleh segolongan tertentu sedangkan sebilangan yang lain terus menderita Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri. Islam juga bukan tersebar atas paksaan tetapi ia mampu menawan hati manusia dengan keadilan dan keindahan seluruh sistemnya sehingga tawaran kesenangan dunia dengan sendiri akan ditolak apabila semangat Islam telah menguasai diri seseorang. Kekuatan aqidah inilah yang menjadi musuh kepada mereka yang melawan Islam daripada golongan kuffar dan munafik. Kita perlu ingat bahawa tiada istilah menang mudah

5

dalam memperjuangkan Islam kerana ia menuntut kepada kesabaran dan istiqamah sebelum datangnya janji kemenangan daripada Allah Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan yahudi di mana keganasan yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan. Kuasa Kristian yang dibeli oleh yahudi terutama Amerika Syarikat turut menggalakkan pembunuhan umat Islam malah kuasa kristian atas nama memerangi keganasan terus menjadikan umat Islam sebagai sasaran kepada senjata milik mereka. 2 kuasa besar masa kini iaitu kuasa Kristian dan yahudi seumpama 2 kuasa besar Rom dan Parsi yang pernah dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat pada zaman itu di mana akhirnya turut tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam. Kemenangan Islam dalam menakluki 2 kuasa besar tersebut telah diperolehi samada melalui perang atau pun perdamaian. Sebagaimana kuasa Rom dan Parsi memandang rendah kepada Daulah Islamiah yang dibina oleh nabi di Madinah pada awalnya tetapi akhirnya mereka sendiri merasa gerun melihat kehebatan sebuah pemerintahan Islam yang diasaskan atas aqidah dengan membina kemajuan tamadun kebendaan tanpa mengabaikan pembangunan insan. Begitulah terjadi pada hari ini di mana selepas penjajahan dan negara-negara umat Islam diberikan kemerdekaan maka kuasa penjajah terutama kristian begitu mengambil berat tentang kepimpinan yang sedang dan akan memerintah di negara jajahan 6

mereka sebelum ini agar pemimpin yang dilantik mestilah meneruskan dasar penjajah walau dengan apa cara sekali pun termasuk cara kekerasan dengan menekan rakyat agar tidak kembali kepada pemerintahan Islam. Dunia kini secara keseluruhan mula kembali semula kepada Islam terutama selepas serangan terhadap 2 bangunan di Amerika pada 11 September 2001 yang lepas. Kuasa yahudi dan kristian berasa gerun dengan perubahan yang mendadak lalu mengambil tindakan lebih ganas dan kejam dengan menggelarkan umat Islam sebagai pengganas yang mesti dihapuskan dari muka bumi ini. Mereka

menekan seluruh negara umat Islam seperti

Palestin, Afghanistan, Kashmir, Iraq, Indonesia dan lain-lain. Kita ingatkan kuffar bahawa dunia Islam tidak selamanya ditimpa gerhana tetapi ia akan kembali bercahaya dengan syarat seluruh umat Islam kembali bersatu atas dasar Islam dengan menolak semangat kebangsaan yang memecahbelahkan kesatuan umat Islam sebelum ini. Islamlah nescaya kita akan beroleh kemenangan bersama kerdehaan Allah di dunia dan akhirat. Renungilah firman Allah dalam ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang merupakan ayat yang diterima oleh nabi semasa bertemu Allah pada malam Isra’ Mikraj selain daripada kewajipan solat lima waktu sehari semalam:

*& D 125& 1 ,LM84& D ' N.C & 0& N. & 0& &7( 45&O 1 P 4 4& 0& D #84 & D ' & D. F0 , C & 95& D ) #84 & D ' & 1 Q RL* O B & 1E1 & @& D S 0N1 *& D & DO T & DP '& DF & U Maksudnya : Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau bebankan ke atas kami

7

bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.

# , V&W 0 @&' & 5 XD 7O 1 !7 2:B X@ X <& ' Y & X !7 O ZC ( 7 I- J 1 58 8 D 0 XD 0 ). B 8 \& H1& O ZC [ @&@ O ZC (& @V& D 0M D 0M V& . Y & C -

Saudara Kaum Muslimin Sekalian, Moga kita semua sentiasa dirahmati serta diberkati ALLAH. Bersamasamalah kita mengenangkan sejenak akan keadaan diri kita, dari segi keimanan kita kepada ALLAH dan RASULNYA, , dan kepatuhan dan ketaatan kita kepada ALLAH dan RASULNYA. Jika kita dapati semakin hari semakin jauh kita dari ALLAH dan RASULNYA, maka segeralah kita kembali ke jalan ALLAH, segeralah kita bertaubat dan menuju ke jalan yang diredhainya, segeralah kita memulakan perjalanan kita ke arah ketaqwaan kepada ALLAH. Adapun jika kita dapati bahawa semakin hari semakin bertambah ketaatan kita kepada ALLAH, segeralah kita memanjatkan kesyukuran kita kepada ALLAH, dan sentiasalah kita mengingati akan kasih sayang ALLAH pada hambanya, dan cinta RASUL kepada umatnya Jika kita singkap kembali lembaran sejarah sebelum berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj ini, akan kita dapati bahawa beberapa tahun sebelum berlakunya peristiwa ini, Baginda Muhammad s.a.w. dan mereka yang 8

beriman dengan Baginda telah melalui beberapa keadaan yang menyedihkan dan kesusahan serta penderitaan. Baginda pertamanya kehilangan isterinya yang tersayang, Sayyidatina Khadijah r.a., yang merupakan orang yang pertama yang beriman dengan Baginda, dan teman sejatinya, serta pendukung Baginda, seorang yang mengorbankan segala hartanya untuk dakwah Baginda. Kemudian, Baginda kehilangan pemeliharaan dari semua kekasaran dan tentangan penduduk Mekkah dengan kematian pakcik Baginda, Abu Talib. Selepas kematian pakcik Baginda ini, mereka yang beriman terpaksa melarikan diri ke sebuah lembah berdekatan Mekkah, di mana tiada makanan atau tempat berteduh di situ. Bahkan, Baginda begitu sedih apabila Baginda ke Taif dengan harapan agar penduduknya menerima Baginda, namun mereka bukan setakat menolak Baginda, tetapi mencederakan badannya yang mulia. Ramai dari mereka yang beriman terpaksa berhijrah ke Habsyah dan yang kekal bersama Baginda berada di dalam keadaan lemah dan lapar. Apa yang benar-benar mendukakan Nabi ialah kaum Quraisy mengenali Nabi sebagai seorang yang sentiasa jujur, namun mereka enggan beriman dengannya. Di dalam segala kesedihan ini, ALLAH menganugerahkan Kekasihnya Rasulullah s.a.w. dengan perjalanan Isra’ dan Mikraj ini demi untuk menjadi inspirasi serta sumber kekuatan bagi Baginda dengan memperlihatkan kepada Baginda apa yang tidak pernah dianugerahkan kepada seseorang pun sebelum Baginda. Baginda diperlihatkan tanda-tanda Keagungan ALLAH, serta jaminan bahwa ALLAH akan mengurniakan kejayaan kepada Baginda ke atas segala musuh Baginda. Sesungguhnya, peristiwa Isra’ Mikraj ini 9

telah membuktikan kepada Baginda bahawa jika bumi serta semua penduduknya mendukakan dan menyempitkan Baginda, maka segala pintu langit sentiasa terbuka untuk Baginda, dan sekiranya ada makhluk yang ingin mencederakan Baginda, maka segenap penduduk langit akan membantu dan mempertahankan Baginda. Begitulah tingginya derjat Nabi bagi Ummat ini. Kita harus mempelajari dari peristiwa ini bahawa Iman itulah merupakan pengukuran yang sebenarnya di dalam Islam. Dan bagaimana kita mempraktikkan ajaran Baginda selepas beriman dengannya. Sesungguhnya, Imanlah yang membezakan Sayyidina Abu Bakar r.a. dan menempatkan beliau pada suatu kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh sahabat Rasulullah s.a.w. yang lain. Beliau lebih dikenali sebagai As-Siddiq yang bererti “yang membenarkan” lebih dari namanya sendiri kerana beliau terus percaya dan beriman dengan khabar dari Baginda Rasulullah s.a.w. ketika diceritakan peristiwa Isra’ dan Mikraj.

10

Related Documents

Isra' Mikraj
June 2020 19
Isra'
May 2020 26
Isra
June 2020 22
Israk Mikraj
May 2020 38