Aplikasi Komputer dalam Komuniti Masyarakat 1.0
Pengenalan
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia mula menunjukkan penerapan gaya hidup digital dalam rutin kehidupan masing-masing samada disedari atau sebaliknya. Fenomena ini bukan hanya membabitkan kelompok yang mudah menerima teknologi seperti remaja, peljar dan pekerja malah termasuk juga suri rumah tidak terkecuali. Ini membolehkan dibuktikan apabila setiap kali pesta jualan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti komputer dan telefon bimbit orang ramai berpusu-pusu datang. Antara faktornya produk ICT bukan lagi barangan mewah tetapi sudah menjadi keperluan yang mampu dimiliki. Apa yang kiita lihat setiap kali pameran berdasarkan konsep teknologi maklumat diadakan, kebanyakan pengeluar memperagakan produk-produk yang berbentuk perkakasan. Namun apa yang terselindung di sebalik perkakasan itu adalah aplikasi, perisian, atau program yang membolehkan ia berfungsi seperti yang diingini. Contohnya, tanpa sistem operasi (OS) sesebuah komputer tidak akan berfungsi. Ini secara tidak langsung memaksa pengguna memahirkan diri mereka menggunakan perisian berkenaan. Seiring dengan kerancakan pembuatan perkakasan, pelbagai pihak egiat memajukan perisian atau aplikasi termasuk yang percuma dan yang boleh diakses menerusi internet.
1
2.0
Gaya Digital Melibatkan Peranti dan Aplikasi
Berikut adalah kategori perkakasan dan perisian yang sering dikaitkan dengan gaya hidup digital masa kini. 2.1
Kategori Satu
Sedar atau tidak, kebanyakan pengguna masa kini mula menunjukkan peralihan daripada PC desktop kepada notebook. Ini berpunca daripada beberapa faktor, antaranya sebuah notebook kini boleh didapati dengan harga mampu, mudah alih, dan ciri-cirinya setanding dengan PC. Kini sebuah notebook turut dilengkapi pemproses (CPU) berkuasa dan cip grafik terkini. Bahkan, sifat mudah alih ini membolehkannya dibawa ke mana-mana, termasuk mengakses internet di pusat WiFi. Namun PC yang yang dilengkapi casis kecil dan skrin LCD masih diminati kerana reka bentuknya yang menarik. 2.2
Kategori Dua
Satu daya tarikan penggunaan PC mahupun notebook adalah kebolehannya mengendalikan pelbagai fail media yang meliputi data, foto, audio, video, permainan, dan perisian. Tanpa ciri-ciri multimedia, penggunaannya tidak menceriakan. Malah konsep cerianya diperluaskan lagi dengan kemunculan pemain media mudah alih yang boleh digunakan bersama PC mahupun notebook. Kini terdapat pelbagai jenis pemain media di pasaran seperti pemain MP3, MP4, iPod, atau peranti yang menyokong audio dan video. Apa yang menarik, pengguna boleh mencipta fail audio serta video dengan sendiri atau dimuat turun dari internetuntuk diisikan ke dalam peranti ini. 2.3
Kategori Tiga
Ramai pengguna sedia maklum bahawa gajet seperti PC, notebook, pemain media, pembantu peribadi digital (PDA), kamera digital, dan telefon bimbit juga dilengkapi storan untuk menyimpan data. Tetapi peranti yang direka untuk menyimpan data seperti pemacu USB flash, storan luaran USB atau Firewire dan kad memori flash juga makin laris di pasaran. Kini, harganya bukan menjadi penghalang untuk memilikinya, malah semakin murah dengan kapasiti yang semakin besar. Selain boleh diisikan dengan fail data,
2
muzik, dan video,ia boleh dimuatkan dengan pelbagai perisian mudah alih dan percuma ke dalamnya. 2.4
Kategori Empat
Gaya hidup digital dilhat lebih bermakna jika gajet-gajet yang dimiliki boleh digunakan untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Penampilan ketika menggunakannya mungkin nampak lebih bergaya atrau ranggi di mata orang ramai. Bayangkan ketika bersantai di kafe, anda boleh menghantar e-mel atau melayari laman web menerusi PDA. Begitu juga ketika bersesak dalam kenderaan awam, anda masih sempat mengirim SMS, MMS, atau video menerusi telefon bimbit. Jika anda tidak membawa kamera digital anda masih berpeluang merakamkan saat menarik melalui telefon bimbit atau PDA yang dilengkapi kamera. 2.5
Kategori Lima
Tiada makna jika foto, muzik, dan video yang dimiliki hanya terperap dalam perantinya. Bukankah lebih baik jika ia dikongsi bersama teman dan keluarga? Ini tidak mustahil jika anda memiliki paparan seperti monitor, LCD, atau TV. Terdapat juga rumah yang dilengkapi set teater ataupun projektor di ruang tamunya. Dengan adanya kemudahan seperti ini anda boleh menghubungkangajet yang dimiliki unutk memindah kandunganya. Contohnya, foto yang dirakam boleh ditonton menerusi TV manakala video boleh disunting menggunakan PC untukmencipta movie sendiri sebelum disalin pada VCD atau DVD. 2.6
Kategori Enam
Rasanya tidak lengkap jika mengenepikan komunikasi masa kini, yang membolhkan anda terus berhubung tanpa mengira tempat. Perhatikan di sekeliling anda, sudah terdapat kemudahan jalur lebar (broadband), WiFi, 3G/GPRS, dan Bluetooth. Melalui kemudahanjalur lebar contohnya, internet boleh diakses pada kelajuan tinggi di rumah-rumah.anda juga masih boleh menikmati kemudahan ini tetapi dalam bentuk tanpa wayar di lokasi yang menawarkan kemudahanWiFi atau 3G/GPRS. Mereka yang memiliki peranti yang menyokong Bluetooth boleh memindahkan fail tanpa menggunakan kabel.
3
2.7
Kategori Tujuh
Kemunculan pelbagai aplikasi internet turut menyemarakkan lagi gaya hidup digital. Suatu ketika dahulu internet sering dikaitkan dengan aktiviti melayari laman web dan menggunakan emel. Kini ada lebih banyak aktiviti yang berasaskan internet antaranya memuat turun fail,membina tapak web atau blog dan menyertai khidmat jaringan sosial. Melalui khidmat membina blog contohnya, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah memahirkan diri dengan kod HTML dan perisian tertentu. Asalkan ada komputer dengan akses internet anda boleh mencipta kandungan sendiri unutk diisikan di dalam blog anda sebagai tatapan pengguna lain. 2.8
Kategori Lapan
Sekadar memiliki sebuah PC atau notebook barangkali tidak lengkap bagi sesetengah orang, lebih-lebih lagi jika ia digunakan unutk pelbagai tujuan. Selain untuk berhibur dan belajar, ia sering digunakan untuk tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti pejabat kecil di rumah (SOHO), contohnya sebagai sebagai pemasar internet. Jadi, aktiviti seperti ini biasanya memerlukan aksesori atau alatan tambahan seperti pencetak (inkjet/laser), pembesar suara, pengimbas, dan headset. Tambahan pula kini terdapat khidmat telefon internet (VolP) kos rendah seperti Skype. Jadi anda mungkin perlukan eset komunikasi yang dilengkapi mikrofon dan pembesar suaranya. 2.9
Kategori Sembilan
Sebenarnya anda boleh melaksanakan pelbagai tugas jika sudah memiliki sebuah PC/notebook. Seperti yang dinyatakan tadi, perisian menjadi teras perkakasan ICT. Anda tidak wajar berbelanja untuk memiliki pelbagai perisian komersial di pasaran. Sudah mencukupi jika anda meluangkan sedikit untuk memuat turun pelbagai perisian percuma dalam internet. Anda boleh menemui pelbagai kategori yang meliputi aplikasi pejabat, pengurus foto, pemain audio/video, atau antivirus. Malah ada perisian yang setanding fungsinya dengan perisian komersial. Paling penting tidak takut mencubanya.
2.10 Kategori Sepuluh
4
Tunjang operasi sesebuah PC/notebook ialah sistem operasi (OS) yang mengendalikannya. Barangkali ramai yang melonjak kegembiraan apabila OS baru ciptaan Microsoft dan Apple Machintosh, Windows Vista Beta 2 dan Mac OS X 10.4.6 Tiger, akhirnya memasuki pasaran, termasuk di negara ini. Pengguna selayaknya teruja kerana OS terbaru ini menampilkan kelainan berbanding versi terdahulu seperti penampilan grafik dan ciri keselamatan yang ditambah baik. Namun ini belim cukup ampuh untuk mengugat kesetiaan penyokong OS alternatif – seperti Linux. Jika anda sukakan kelainan, apa salahnya anda memasang Windows dan Linux dalam sebuah PC/notebook. 3.0
Penutup
Secara keseluruhannya, gaya digital menjadi asas kepada masyarakat hari ini. Walaubagaimanapun perkara terpenting dalammenghayati gaya digital ini adalah sumber maklumat yang mampu menghidupkan semangat untuk terus menjiwai gaya digital ini. Selain berhati-hati terhadap perisian yang mampu merosak dan memusnahkan sistem dan fail dalam PC/notebook atau perkakas lain seperti telefon bimbit. Contohnya seperti virus dan spyware yang kadang-kadang memasuki sistem komputer tanpa disedari.
5
4.0
Rujukan
Pelengkap gaya hidup digital pengguna ICT. (2007, March). Majalah PC, 123, 28-29. Majalah PC. (2007, February). Vista vs apple. (2006, July). Pc Pro Local Edition, 86-96.
6