Apa Gunanya Sistem Multimedia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Apa Gunanya Sistem Multimedia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,066
  • Pages: 6
Apa gunanya sistem Multimedia? Sebuah komputer tanpa suara atau bunyi sudah tidak boleh diterima lagi. Permainan komputer tidak akan terserlah atau tidak boleh dimainkan langsung tanpa ada sokongan audio. Ada tiga jenis kad bunyi iaitu kad bunyi untuk slot ISA, slot PCI dan kad bunyi bersepadu. Kad bunyi jenis slot ISA sudah tidak ada lagi atau dengan lain perkataan sudah pupus. Untuk pengemar permainan komputer, kad bunyi seperti Sound Blaster Live Value dengan perisian yang canggih, menjadi pilihan. Perisian pihak ketiga dapat juga digunakan untuk perkara yang sama, terutama mendengar lagu dalam kumpulan MP3.

Pembesar Suara dan Mikrofon

Pembesar suara juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan kesan audio dalam sesebuah komputer. Sekitar 1000 watt ke atas dan mempunyai dua pembesar suara satelit dan satu sub-woofer sudah cukup berkesan. Jenama pembesar suara Altec Lansing atau Creative Cambridge SoundWorks sudah tidak asing lagi dalam dunia komputer. Mikrofon dilekatkan ke kad bunyi (mic) boleh digunakan untuk berkaraoke dan berbual dengan pengguna komputer lain melalui sambungan Internet.

Dua jenis kad ditunjukkan iaitu dalam rajah A kad bunyi jenis PCI dan rajah B jenis kad bunyi bersepadu. Berbagai-bagai jenama kad bunyi yang bersesuaian di hati boleh dipilih, hanya wang menjadi sempadan. Kad bunyi jenis bersepadu dibina untuk pengguna biasa dan kebanyakan kad bunyi kini dalam bentuk demikian. Kesan bunyinya cukup memuaskan dan boleh menandingi sesetengah kad-kad slot tambahan. Rajah C ditunjukkan manual dan driver CD-ROM yang dibekalkan.

Pemasangan Sistem Multimedia Perkakasan yang diperlukan Pemasangan sistem multimedia memerlukan Pemacu CD-ROM, sebuah. kad bunyi, sepasang pembesar suara, mikrofon sekiranya perlu dan perisian audio yang biasanya dibekalkan bersama kad bunyi. Sebelum ini, pemacu CD-ROM telah dipasang, dengan itu pemasangannya tidak akan dibincangkan di sini. Tutupkan suis komputer sebelum memulakan pemasangan. Pilih satu slot PCI yang kosong dan masukkan kad bunyi dengan cermat. Setelah itu skrukan kad bunyi agar ia kukuh di slotnya. Mulakan komputer semula, sistem akan mengesan kad bunyi yang baru dipasang sekiranya ia jenis PnP. Ikut arahan sistem, masukkan 'driver' dari pembekal kad di pemacu A atau di pemacu CD-ROM dan tunggu sehingga selesai.

Kad Plug and Play dan kad bukan Plug and Play PnP atau Plug and Play ialah satu teknik yang baik dan mudah untuk pemasangan sesuatu perkakasan. Sistem operasi seperti Win98 dapat mengesan komponen yang mempunyai daya PnP, pemasangan akan menjadi mudah, cepat dan tepat. Sekiranya kad bukan jenis PnP, pemasangan harus dilakukan secara manual. Mulakan dari Add New Hardware di Control Panel dan ikut arahan komputer dari mula hingga akhir. Sediakan pemacu dari pembekal untuk mendapatkan pemasangan perisian yang tepat. Tutup komputer dan pasang semula bagi sistem menerima pemasangan kad tadi. Dalam proses komputer memulakan program, akan terdengar nada pendek (event sound Open Windows) menandakan pemasangan berjaya. Perhatikan bawah skrin kanan ada ikon pembesar suara sebagai mengesahkan kejayaan itu. Sebelum terlupa, pasangkan kabel audio dari kad bunyi ke pemacu CD-ROM bagi tujuan mendengar CD lagu. Tanpa kabel tersebut, lagu dari CD tidak akan kedengaran.

Jenis-jenis kabel audio

Kabel audio atau boleh juga dipanggil kabel signal data audio dibekalkan bersama pemacu CD-ROM. Ada dua jenis sambungan kabel audio, pilih atau tukar kabel berkenaan bersesuaian dengan perkakasan yang digunakan. Anggaran harga kabel ialah RM10.00. Sebuah komputer yang tidak mempunyai sistem multimedia, seolah-olah sudah ketinggalan zaman. Tren sekarang, sebuah komputer harus dilengkapi dengan set multimedia yang secanggih-canggihnya. Kad bunyi yang baik seperti SoungBlaster PCI 128 3D berserta pembesar suara Altec Langsing terpilih dapat mengubah sebuah PC kepada satu sistem audio yang paling hebat. Sekiranya ingin menukarkan kad bunyi dengan yang baru, pastikan dibuang fail pemacu (driver) kad lama sebelum membuat pemasangan untuk mengelakkan masalah konflik. Klik My Computer, klik Control Panel, klik System dan akhir sekali klik Device Manager. Tanda komponen dan buang driver dari tetingkap Device Manager berkenaan. Pasang semula driver kad baru seperti yang telah ditunjukkkan sehingga berjaya.

Pemasangan kad bunyi jenis bukan PnP Pemasangan kad bunyi jenis bukan PnP harus dilakukan secara manual. Setelah kad dimasukkan di slot papan induk, hidupkan komputer dan buat tindakan yang seterusnya.

Ada dua kemungkinan di peringkat ini, iaitu sama ada sistem mencari perkakasan atau

pengguna memilihnya sendiri. Sekiranya terdapat perkakasan dalam senarai, buat pilihan dan terus ikut arahan sistem. Seandainya tiada, ambil tindakan dengan menandakan satu titik dalam bulatan seperti nombor 6 di bawah.

Klik Have disk dan tetingkap 'Install from disk' akan terpapar. Masukkan driver yang diberi oleh pembekal kad bunyi berkenaan di pemacu A atau D (disket atau CDROM) dan lakukan seperti berikut: Taip A:\ atau D:\ dan klik Browse. Pilih pemacu kad dan ikut arahan sistem sehingga selesai. Klik Finish untuk tamatkan pemasangan dan restart komputer. Nota:

Panduan di atas akan berubah mengikut sistem operasi yang digunakan. Yang penting membaca arahan demi arahan dengan berhati-hati dan membuat tindakan mengikut yang diperlukan.

Pemasangan kabel audio dari kad bunyi ke pemacu CDROM

Pemasangan kabel audio dari kad bunyi ke panel belakang audio pemacu CD-ROM perlu bagi mendengar lagu dari CD. Permainan VCD tidak memerlukan sambungan kabel audio ini sebaliknya suara terus dipancarkan dari kad bunyi ke pembesar suara.

Salah satu kabel audio jenis C atau D dipasang terus ke papan induk bagi kad bunyi bersepadu seperti dalam rajah A dan B. Kabel audio yang dibekalkan bersama pemacu CDROM kadang kala tidak sesuai digunakan. Kabel audio lain terpaksa dicari ganti dengan anggaran kos di antara RM5 hingga RM10.

Ikon Pembesar Suara Windows Setelah selesai membuat pemasangan kad bunyi, restart komputer, satu ikon pembesar suara akan dipaparkan bawah kanan monitor seperti dalam bulatan C. Sekiranya ikon tiada, pemasangan dibuat dengan mengklik ikon Multimedia di laman Control Panel dan tanda D seperti dalam rajah B. Kalau tidak bedaya dan petak D nampak kelabu, bererti pemasangan kad bunyi tidak betul dan terpaksa diulang sekali iagi.

Masalah bunyi

Tiada

Rajah paparan Desktop A Windows dan sebahagian tetingkap Master Volume E ditunjukkan Tiada bunyi Sekiranya tiada bunyi dari pembesar suara, ada dua tempat yang boleh diperiksa untuk membetulkan keadaan. Sebelum itu, pastikan suis pembesar suara telah dipasang dan kabel signal audio pembesar suara dilekatkan dengan kemas di laluan audio out kad bunyi.

Pertama sekali, klik kanan tetikus di atas ikon pembesar suara B, satu tetingkap kecil Volume akan keluar seperti dalam rajah A. Pastikan tidak ada tanda di petak Mute C dan kalau ada, harap buangkan. Kedua, klik kiri tetikus di atas ikon pembesar suara, satu panel D kecil akan muncul dan klik pula ruangan Open Volume Controls untuk satu panel tetingkap E. Pastikan sernua petak Mute tidak ditanda dan kalau ada buangkan seperti di atas tadi.

Related Documents

Multimedia
October 2019 31
Multimedia
October 2019 43
Multimedia
November 2019 34
Multimedia
June 2020 29