Analisis Pest

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Analisis Pest as PDF for free.

More details

  • Words: 576
  • Pages: 4
5.0

ANALISIS PEST

Analisis ini berkaitan dengan faktor-faktor peringkat makro iaitu politik, ekonomi, sosio-budaya dan teknologi. Kesemua faktor ini berada diluar kawalan syarikat dan ia memainkan

peranan

penting

dalam

menentukan

kejayaan

sesebuah

syarikat.

Pengaplikasian analisis ini boleh dijalankan keatas setiap syarikat samada besar ataupun kecil bagi membolehkan syarikat dapat bersaing dan bertahan lama.

5.1

Politik

Faktor ini merujuk kepada keadaan politik sesebuah negara. Ini merupakan perkara terpenting kepada syarikat terutama syarikat yang ingin atau sedang beroperasi di negara luar. Negara yang sedang menghadapi masalah politik tidak akan dapat menarik minat pelabur asing ataupun pelabur dalam negara sendiri. Bagi syarikat Yeo’s sebelum memasuki sesuatu pasaran antarabangsa mereka akan menilai dan menyiasat terlebih dahulu latar belakang sesebuah negara itu. Samada negara tersebut sesuai ataupun tidak untuk dipasarkan produk mereka itu. Kebanyakan produk Yeo’s hanya terdapat di kawasan Asia kerana keadaan politik di negara Asia agak selamat berbanding negara asing yang lain. Ini kerana matlamat Yeo’s adalah ingin menjadi pengeluar minuman utama di Asia.

5.2

Ekonomi Faktor ini penting kepada syarikat tempatan dan luar negara untuk

melabur di sesebuah negara itu. Tidak dinafikan bahawa negara yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh iaitu dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang tetap mampu menarik syarikat-syarikat besar untuk datang melabur kerana pelabur sering melihat kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara sebagai petunjuk dalam membuat sebarang pelaburan. Bagi syarikat Yeo’s keuntungan syarikat merupakan motif paling utama. Ini dapat dilihat pada tahun kewangan 2007 telah berlaku peningkatan sebanyak 7.9% berbanding tahun 2006. Selain itu syarikat Yeo’s juga mempunyai pelabur yang terdiri daripada syarikat yang mempunyai latar belakang ekonomi yang kukuh. Ini bagi menjamin syarikat tidak akan mengalami masalah dikemudian hari jika dibandingkan syarikat yang mempunyai beban kewangan. Pasaran eksport syarikat juga terus memperlihatkan pertumbuhan yang menggalakkan terutamanya di Indonesia. Pada masa ini syarikat berjaya menarik dan meyakinkan banyak syarikat untuk melabur. Peningkatan ekonomi yang besar telah membantu Yeo’s menjadi sebuah syarikat minuman yang terunggul di Asia dengan kadar keuntungan yang meningkat setiap tahun.

5.3

Sosiobudaya

Faktor ini adalah berkaitan dengan demografi masyarakat di sesebuah negara itu.iMaklumat ini amat penting kepada syarikat kerana syarikat perlu

faham bahawa kehendak masyarakat antara satu negara dengan negara yang lain berbeza. Ini dapat dilihat melalui cara hidup dan juga sumber ekonomi di sesebuah negara itu. Yeo’s telah melihat bahawa masyarakat Asia amat mementingkan kesihatan dan oleh sebab itu syarikat telah memperkenalkan minuman Tropikal Yeo’s yang dirumus daripada jus buahan tropika asli. Selain itu produk baru telah diperkenalkan iaitu Justea Mangga Teh Hijau dengan cebisan aloe vera. Minuman ini bukan sahaja untuk golongan dewasa malah kanak-kanak juga sesuai. Masyarakat Asia juga amat pentingkan masa oleh sebab itu Yeo’s telah memperkenalkan mee segera Cintan yang dapat memudahkan para pengguna tanpa menggunakan masa yang banyak.

5.4

T eknologi

Faktor ini juga penting untuk memastikan syarikat dapat bertahan lama dan dapat mengekalkan keuntungan yang sedia ada. Teknologi yana ada pada masa sekarang telah dapat membantu syarikat untuk berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Kecanggihan sistem yang sedia ada telah menyebabkan lahirmya era perdagangan berasaskan internet. Banyak syarikat telah membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk memastikan mereka mampu bersaing dengan syarikat lain dari segi kemampuan memiliki teknologi yang paling canggih.

Yeo’s juga tidak ketinggalan dalam pembangunan teknologi yang sedia ada ini. Ini penting bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan syarikat sekaligus dapat mencapai keuntungan yang paling maksimum. Syarikat lebih banyak memberi penumpuan terhadap inovasi dan pengubahsuaian produk memandangkan keperluan untuk langkah yang tepat dan berani dalam arena baru untuk menghadapi persaingan yang lebih sengit di masa depan.

Related Documents

Analisis Pest
October 2019 23
Pest
October 2019 26
King Pest
October 2019 33
Pest Analysis
June 2020 9
Pest Analysis
June 2020 15