Amalan Terbaik Disiplin ( Stard Negeri Kedah).docx

  • Uploaded by: Sarud Rud
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amalan Terbaik Disiplin ( Stard Negeri Kedah).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,116
  • Pages: 9
AMALAN TERBAIK DISIPLIN SISTEM TERBAIK AMALAN REKOD DISIPLIN STARD

En. Mohd Shukor Bin Salleh En. Muhammad Sarud Bin Iwan En. Abdul Rahim Bin Din Unit Disiplin Dan Kaunseling SMK Tunku Abd Aziz, Simpang Empat, 06650, Alor Setar, Kedah

Abstrak

Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan

bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar sekolah.

Latar Belakang STARD Saya mula bertugas di SMKTAA pada tahun 1997 sebagai Ketua Guru Disiplin. Sekarang ini saya sudah bertugas sebagai ketua Guru disiplin selama 20 tahun sehinggalah pada tahun 2017. Pada awal 4 tahun saya bertugas di SMKTAA , keadaan disiplin pelajar sekolah amatlah tidak memuaskan hati saya dan pihak pengurusan sekolah. Pergaduhan antara kaum sering kali berlaku sehingga melibatkan 4 kes hingga 6 kes sebulan. Kes salah guna dadah terutama melibatkan ganja adalah berjumlah 0.06 % daripada 1200 orang pelajar hingga 1800 orang pelajar. Budaya vandalisme melibatkan 8 % daripada keseluruhan jumlah pelajar seramai 1800 orang telah menganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tandas tersumbat , cermin tingkap sengaja dipecahkan, lampu dalam kelas dipecahkan berserta wayar di tarik keluar dan dipotong , kerusi meja di rosakkan dan dipatahkan, papan hitam dan white board di rosakkan dengan cara menumbuk dan banyak lagi kes vandalisme yang berlaku menyebabkan sekolah kerugian berpuluh ribu ringgit setiap tahun. Cuba anda bayangkan, pelajar seramai 1800 orang hanya 2 mangkuk tandas sahaja yang boleh digunakan setiap hari. Sudah tentu menimbulkan kesulitan kepada semua pelajar. Sikap tidak kisah dan sambil lewa yang ada di dalam diri kebanyakan setiap pelajar ,menyebabkan masalah disiplin tidak dapat di atasi sepenuhnya. Kebanyakan pelajar tidak berani untuk melaporkan kepada unit disiplin walaupun mereka mengetahui maklumat setiap kejadian yang berlaku. Dapatlah saya katakan kejadian salah laku yang berlaku di dalam kawasan sekolah saya adalah disebabkan kerana ada ruang dan peluang untuk melakukan perlanggaran disiplin oleh pelajar. Dengan kata mudah “Yang Bermasalah tidak ramai ,Yang Baik Hati tidak melaporkan kejadian salah laku sangat ramai” maka peluang dan ruang salah laku disiplin pelajar terbuka sangat luas. Suasana iklim kerjasama antara ibu bapa dan guru untuk membantu membentuk sahsiah disiplin yang baik di kalangan pelajar di sekolah saya pada waktu itu tidaklah memuaskan berbanding sekarang. kebanyakan Taraf sosial ekonomi dan pendidikan ibu bapa dan latar belakang keluarga pelajar sekolah saya , rata-ratanya tidaklah tinggi taraf pendidikan dan ekonomi keluarga. Kebanyakan ibu bapa pelajar di sekolah saya hanya bekerja sebagai petani atau pesawah , buruh rendah dan kasar . Hanya 15 % sahaja ibu bapa yang bekerja dalam sektor kerajaan dan badan bukan berkanun kerajaan seperti MADA , Pejabat Pos, SADA , TM ,BERNAS dan Idaman Holding (kontraktor penyelenggaraan kebersihan MBAS). Taraf pendapatan yang kecil menyebabkan suasana persekitaran perumahan untuk pembelajaran dan keselesaan pembesaran anak yang baik tidak dapat disediakan. Keseronokan berada di rumah sendiri seperti “Rumah ku Syurga ku” tidak berlaku sebaik yang diharapkan. Tambahan pula masalah kewangan dan masalah hutang isi rumah menyebabkan sering kali berlaku pertengkaran antara ibu bapa pelajar sehingga menyebabkan perceraian. Kesan dan akibat kepada pelajar atau anak mereka sendiri ialah tidak berminat dan sentiasa bersifat murung di sekolah. Akhirnya pelajar yang bermasalah sebegini akan bertindak melanggar salah laku disiplin pelajar demi untuk “mendapat perhatian” ibu bapa mereka sendiri. Kedudukan kawasan penempatan serta budaya tidak mesra antara kaum akan menyebabkan masalah dalam hubungan sosial antara pelajar . Sekolah SMK Tunku Abdul Aziz merupakan sekolah pilihan utama di dalam kawasan Simpang Empat

Alor Setar. Sekolah yang berdekatan dengan kawasan SMKTAA di Simpang Empat Ialah SMK Simpang Kuala, SMK Wan Mohammad Saman, SMK Tokai Dan SMK Muadzam Syah. Terdapat banyak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina beroperasi di sekitar kawasan Simpang Empat. Antaranya ialah SRJK(C) Yih Min , SRJK(C) Aik Choon , SRJK © Boon Teik dan SRJK(C) Min Sin. Terdapat beberapa Sekolah Rendah Kebangsaan di sekitar dan berdekatan dengan SMKTAA . Antaranya SK Kangkung , SK Bukit Raya,SK Buluh Lima dan SK Kampung Rambai. Kebanyakan Pelajar dari kaum Cina dan Melayu akan memilih untuk masuk belajar di SMKTAA kerana tiada syarat kemasukan belajar di sini . Tambahan pula status Sekolah SMKTAA ialah sekolah aneka jurusan. Kedudukan rumah di kawasan perumahan sekitar SMKTAA adalah berbeza blok dan kedudukan rumah mengikut perbezaan kaum walaupun di dalam satu taman yang sama. Di sebabkan sistem budaya dan bahasa berbeza semasa belajar rendah SRJK(C) dan SK , rata-rata pelajar di sini tidak pernah berhubungan sosial dan komunikasi dengan baik. Perbezaan agama dan budaya serta bahasa merupakan salah satu daripada punca perselisihan salah faham berlaku yang mengundang kepada peluang dan ruang pergaduhan berlaku mengikut kaum. Masalah ponteng kelas dan sekolah seringkali di laku oleh pelajar sekolah SMKTAA. Boleh dikatakan begitu serius masalah ponteng kelas dan sekolah yang kami hadapi ini. Kehadiran pelajar datang sekolah adalah rendah sekitar 78% - 85%. Terdapat 2 Punca utama yang menyebabkan berlaku masalah ini. Punca pertamanya ialah kerana tidak berminat untuk belajar, tidak siapkan tugasan kerja sekolah yang diberi oleh guru, lari daripada tindakan disiplin akibat pelanggaran salah laku seperti berambut panjang dan berwarna dan keinginan untuk menghisap rokok dan melepak bersama rakan di sekitar kawasan sekolah. Punca kedua ialah ponteng mengikut musim. Apabila sahaja datang musim menuai padi, ramai pelajar sekolah ini sering kali ponteng sekolah kerana bekerja sambilan membawa traktor , menjahit guni serta mengangkat padi masuk ke dalam lori, menangkap dan menjala ikan di dalam petak - petak sawah dan mengambil upah membajak sawah. Pelajar yang berada dan menetap di pinggir pantai sering kali ponteng apabila musim mencandat sotong dan menjala udang. Ada juga di kalangan pelajar yang ponteng sekolah apabila tiba musim menangkap ketam terutama ketika ketam menyalin kulit. Masalah berpunca dari rakan sebaya merupakan salah satu daripada penyebab masalah salah laku di sekolah SMKTAA. Keinginan golongan remaja untuk berkawan ramai sememangnya menjadi lumrah naluri semula jadi mereka. Berkawanlah biar seribu , makin banyak kawan makinlah seronok bila dilihat dari sudut positif. Tetapi di kalangan rakan sebaya dan sahabat handai mereka terdapat beberapa jenis golongan seperti golongan menghisap rokok ,dadah dan perhubungan bebas. Masalah yang berlaku di kalangan pelajar SMKTAA ialah mereka masih lagi mentah dan tidak pandai menilai amalan serta sikap baik dan buruk di kalangan rakan - rakan sebaya mereka. Masalah percintaan dan hubungan bebas di kalangan pelajar tanpa kawalan oleh ibu bapa dan guru akan menimbulkan masalah berkaitan emosi seperti mudah putus asa dan hilang keyakinan diri sendiri. Contohnya mudah untuk melukakan atau mencederakan diri sendiri akibat kecewa dan putus asa dalam percintaan. Cubaan membunuh diri juga pernah berlaku di sebabkan hilang keyakinan diri akibat putus percintaan . Lebih parah lagi kebanyakan pelajar cina akan terlibat dalam pengambilan dadah dan minum minuman keras.

Mula di perkenalkan pada pada 2005 lagi. Sekarang ini sistem STARD masih lagi dilaksanakan di sekolah Sek. Men. Keb. Tunku Abdul Aziz lebih kurang 12 tahun. Tetapi Di dalam Program Amalan Disiplin (2017) kali ini, kami hanya mengambil data kajian selama 3 tahun bermula 2014-2017 sahaja untuk tujuan pembentangan . Pada awal idea STARD ini direalisasikan hanyalah dengan tujuan untuk menjemput waris dengan cepat , merekodkan salah laku pelajar, mendenda serta membayar ganti rugi atas kes vandalisme serta mempercepatkan proses penghantaran kepada unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk tindakan selanjutnya dengan menggunakan satu salinan surat yang lengkap dan bersistematik. Surat yang bersistematik dan lengkap perlu di perkenalkan . Surat ini perlu mempunyai ciri-ciri akan ‘mesra pelanggan’ (ibu bapa) dan memberi keyakinan dan kesungguhan ibu bapa untuk hadir serta berbincang dengan guru disiplin. Pihak unit disiplin mempunyai beberapa masalah berkaitan dengan denda atau bayaran ganti rugi terutama melibatkan kes vandalisme seperti pecah cermin sekolah. Mengikut peraturan sekolah setelah mendapat kelulusan PIBG pelajar yang memecahkan cermin tingkap dengan sengaja akan diminta membayar ganti rugi sebanyak rm 5.00 bagi setiap sekeping cermin tingkap yang pecah. Masalah akan timbul apabila pelajar atau waris membayar ganti rugi kepada guru disiplin kerana tidak ada resit atau sebarang bukti pembayaran ganti rugi tersebut. Oleh itu idea kewujudan Surat STARD amatlah perlu untuk dijadikan sebagai bahan bukti setiap pembayaran ganti rugi. Duit ganti rugi tersebut akan dikepilkan bersama satu salinan STARD berwarna kuning dengan nombor siri yang sama kepada kerani kewangan atau ketua kerani di sekolah untuk tindakan seterusnya. Persiapan perlaksanaan STARD perlu dipercepat apabila terlalu banyak kes rampasan telefon bimbit pelajar oleh guru-guru disiplin. Telefon bimbit yang dirampas itu akan disimpan di dalam peti besi sekolah untuk tujuan keselamatan. Masalah yang sering kali timbul ialah tidak ada surat atau bahan bukti bagi pihak pelajar , ibu bapa dan waris sekiranya telefon bimbit mereka dirampas dan di simpan di dalam peti besi sekolah. Pelajar dan waris hanya bergantung harap atas rekod yang ditulis oleh guru disiplin yang bertanggungjawab ketika itu. Sering kali pelajar menipu guru dengan mendakwa telefon bimbit mereka dirampas oleh guru tertentu . Kadangkala pelajar dan waris menuntut ganti rugi kepada guru atau guru disiplin atas tuduhan palsu. Begitu sukar pihak sekolah dan guru yang dituduh oleh waris dan pelajar untuk membela diri. Penyelesaian masalahnya ialah satu salinan surat yang bersistematik jelas dan diakui sah sebagai bukti dalam pembelaan ke atas guru disiplin dan pihak sekolah perlu di lakukan. Oleh itu idea merealisasikan surat STARD adalah amatlah bertepatan sekali dengan situasi yang dialami di sekolah ini. Dengan adanya surat STARD ini pelajar akan menerima salinan berwarna putih sebagai bukti rampasan barangan dengan nombor siri yang ditetapkan berserta tarikh pemulangan barangan rampasan itu. Telefon Bimbit itu akan di balut dengan salinan surat STARD berwarna biru dengan nombor siri yang sama tercetak . Salinan Surat STARD berwarna kuning dengan cetakan nombor siri yang sama

salinan surat yang pertama dan kedua akan di simpan di dalam fail pengurusan disiplin untuk rujukan dan tindakan guru bertugas. Keperluan inovasi surat STARD ini ialah membantu dan memudahkan semua peringkat bermula dari Pengetua , Penolong kanan HEM , Kerani Sekolah, Ketua Guru disiplin, Kaunselor dan semua guru-guru disiplin untuk mengambil tindakan tanpa bergantung hanya kepada ketua guru sahaja. Oleh itu urusan disiplin dapat berjalan

dengan lancar ,bersistematik dan memuaskan hati pelanggan (ibu bapa dan Pelajar). Contohnya Tindakan waris apabila datang ke sekolah berjumpa pengetua hanya perlu membawa salinan surat STARD kemudian diserahkan kepada pihak pengetua atau mana-mana guru disiplin untuk tindakan selanjutnya berpandu pada nombor siri surat tersebut dan maklumat tujuan dan sebab surat itu di keluarkan. Berdasarkan sebab-sebab ini maka surat STARD di laksanakan di sekolah SMKTAA pada tahun 2005. Pada awalnya kos cetakan surat STARD ini mendapat sumbangan daripada pihak swasta sehingga ke hari ini.

METODOLOGI KAJIAN

Keberkesanan STARD telah diuji berpandukan dengan rekod penggunaan buku saman atau STARD selama tiga tahun iaitu bermula dari tahun 2014 sehingga tahun 2017. Unit disiplin telah menjadikan jumlah murid sepanjang tiga tahun ini dan puratnya adalah kira-kira 1000 orang murid. Kajian berterusan dijalankan dan STARD menjadi bahan kajian untuk menentukan sama ada berlakunya kesan negatif ataupun positif sepanjang tiga tahun perlaksanaan STARD. Sasaran kajian menggunakan keseluruhan pelajar kerana unit disiplin mahu melihat sejauh mana perubahan dalam pelbagai kesalahan disiplin dapat diatasi. Unit disiplin menganggap jika sesuatu kumpulan sahaja dijadikan fokus dalam kajian ini maka tidak begitu berkesan STARD ini.

DAPATAN KAJIAN

IMPLIKASI

RUMUSAN

Penggunaan STARD dilihat sangat berkesan dan mampu untuk mengurangkan masalah yang pelbagai di SMK Tunku Abd Aziz.Pendekatan STARD sangat membantu dalam membantu unit disiplin mengurangkan masalah disiplin kerana jika satu masa dahulu masalah disiplin disini sangat berat tetapi Unit Disiplin SMKTAA telah berjaya mewujudkan satu sistem yang berkesan. Walaupun perubahan mengambil masa namun hasil yang dicapai adalah sangat membanggakan kerana bukan mudah untuk mengatasi masalah seperti kes buli, perkauman, tidak minat hadir ke sekolah dan sebagainya. Unit Disiplin SMKTAA berharap agar sistem STARD ini dapat menjadi inisiatif terbaik untuk sekolah-sekolah di Malaysia menyelesaikan masalah disiplin yang dihadapi.

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007) Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication Sdn Bhd.

Pangkalan Data Murid APDM.

Related Documents


More Documents from "Roszelan Majid"