Amalan Kebersihan Budaya Kita

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amalan Kebersihan Budaya Kita as PDF for free.

More details

  • Words: 721
  • Pages: 4
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

"AMALAN KEBERSIHAN BUDAYA KITA" (20 Februari 2009 / 24 Safar 1430H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenarbenar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “AMALAN KEBERSIHAN BUDAYA KITA". Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Pendedahan dalam media massa dan aduan awam mengenai isu pencemaran persekitaran, perumahan, tempat ibadat, perparitan, sungai, laut, air dan udara amat membimbangkan kita. Isu-isu pencemaran ini telah menjejaskan kualiti hidup manusia kerana pencemaran itu amat kotor dan menjijikan. Baru-baru ini negara kita dikejutkan pula dengan peningkatan penyakit demam denggi, chikungunya, 1

dan pelbagai jenis penyakit lain. Peningkatan kes demam ini adalah petunjuk bahawa amalan kebersihan tidak diambil peduli oleh sesetengah masyarakat. Sama ada disedari atau tidak, perbuatan yang tidak berakhlak ini menyebabkan perbelanjaan mengurus meningkat. Justeru, bagi mengurangkan masalah ini masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan menurut lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undangundang serta peraturan yang ditetapkan. Jangan nanti 'Sudah Terhantuk Baru Tengadah'. Sikap membudayakan amalan kebersihan adalah bukti kekuatan akidah seseorang dan disukai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:

Maksudnya: " Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri". Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Kajian sebuah syarikat penyelidik antarabangsa telah menyenaraikan hanya 25 buah negara paling bersih di dunia telah dikenalpasti. Antaranya Switzerland, Sweden, Norway, Finland, Jerman, Jepun, Denmark dan Perancis; malangnya tidak satu pun negara Islam menduduki tangga tersebut. Persoalan besar timbul di sini ialah, mengapakah umat Islam tidak boleh mengamalkan kebersihan yang dituntut oleh Islam sendiri sebagai lambang ketamadunan?. Berdasarkan pemerhatian, negara-negara maju mempunyai budaya menjaga kebersihan yang tinggi. Walaupun tidak beragama Islam tetapi mereka lebih mengambil berat aspek kebersihan sepertimana dianjur oleh Islam. Jadi, amalan kebersihan ini adalah amalan mulia berbentuk menyeluruh kerana Islam amat mementingkan kebersihan sama ada zahir atau batin.

2

Prinsip kebersihan di dalam Islam seperti yang ditekankan dalam berwudhuk dan bersuci dalam ibadat, sepatutnya dihayati dan dijadikan budaya dalam aktiviti hidup yang lain. Mimbar suka mengingatkan jemaah bahawa membudayakan atau mentabiatkan amalan hidup bersih ini adalah bermula dari rumah. Oleh itu, mimbar menyeru ibu bapa supaya membimbing dan mengajar ahli keluarga tentang aspek kebersihan. Berdasarkan pemerhatian didapati terdapat perkaitan yang kuat bahawa mereka yang mementingkan kebersihan adalah mereka yang bertamadun. Atau dengan kata lain, keluarga yang bertamadun adalah keluarga yang mementingkan kebersihan. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Kita juga perlu menyoal diri kita sendiri, apakah kita telah menjadi ibu bapa yang bertamadun?. Istilah “tamadun” di sini boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi. Oleh itu, sewajarnya umat Islam dituntut untuk menjaga kebersihan. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas'ud:

Mafhumnya: "Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih." Hadith ini membuktikan bahawa kebersihan boleh menjadi faktor penentu untuk mendapat perhatian dan kasih sayang Allah SWT. Allah SWT tidak menyukai kekotoran. Justeru, kita tidak boleh bersifat pengotor. Pengabaian sikap ini sebenarnya akan membawa banyak musibah atau masalah kepada manusia keseluruhannya. 3

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Mengakhiri khutbah, mimbar yang mulia ini menyeru semua pihak, marilah samasama kita menghayati erti kebersihan dalam kehidupan ini. Kebersihan menjadi lambang kepada ketamadunan umat Islam di negara ini sampai bila-bila. Mimbar mencadangkan agar kita mematuhi beberapa perkara berikut: Pertama:

mendidik ahli keluarga dan masyarakat menjadi orang yang suka kebersihan dan benci pencemaran,

Kedua:

menghayati amalan kebersihan sebagai budaya hidup muslim sejati,

Ketiga:

mengenakan hukuman yang lebih tegas ke atas individu atau kumpulan yang melakukan pencemaran atau kekotoran, dan

Keempat: meningkatkan kerjasama setempat dan pihak berkuasa tempatan dalam aktiviti menjaga kebersihan. Firman Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 41:

Maksudnya: " Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

4

Related Documents