Amalan Oleh
Jahiliyyah :
Tuan
Disangka
Guru
Ruangan
Haji
Nik
Ajaran Abdul
Tazkirah,
Agama
Aziz
Nik
Mat.
Harakah.
Kesetiaan insan terhadap ALLAH swt diikat dengan sebuah perjanjian dua kalimah syahadah, dengan itu manusia seolah-olah seorang kontraktor yang telah menandatangani perjanjian untuk sesuatu tender bagi melaksanakan suatu projek yang besar. Kesempurnaan projek yang telah dipersetujui bergantung sejauh mana ia memenuhi syarat-syarat dan juga plan yang telah ditetapkan. Dalam ertikata lain bahawa keimanan seseorang hanya akan diiktiraf oleh ALLAH apabila ia melaksanakan ikrar. Dengan melaksanakan segala peraturan yang ditetapkan di dalam syariat islam. Sekiranya perlaksanaan tidak memenuhi syarat rukun yang digariskan oleh syariat, bererti mereka tidak melaksanakan ikrar sebagaimana kontraktor yang melakukan kerja binaan tanpa
merujuk
kepada
plan
dan
syarat-syarat
yang
telah
ditetapkan.
Setiap orang mukmin bukan sahaja mereka menghayati kehendak kedua kalmah syahadah yang telah diikrarkan tapi juga mereka sentiasa membaharui ikrar disetiapkali mendirikan solat. Mereka bersumpah setia bahawa segala urusan kehidupan mereka samaada dalam urusan ibdah, siasah, muamalah, nikah kawin dan lain-lainnya. Hatta kepada perkara yang bersangkutan dengan mati, hubungan orang yang hidup dengan orang yang telah mati. Manusia berjanji akan menguruskannya menurut kehendak ALLAH yakni dengan mematuhi syariat
ALLAH.
Jesteru itu dalam memperkatakan hal-hal yang berhubung dengan soal kematian iaitu penyelenggaraan dan hubungan dengan penghuni alam berzakh, maka manusia tidak perlu mengambil atau meniru tradisi dan budaya jahiliyyah. Segala kaifiat dan cara menguruskan jenazah
telah
dijelaskan
oleh
sunnah
Nabi
s.a.w.
Adalah sangat malang bagi masyarakat pak turut mereka sering melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai alasan Nas atau Dalil samaada dalil al-Quran atau sunnah. Mereka melakukan perkara yang bercanggah dengan petunjuk Rasulullah, mereka melakukan secara turun temurun, berdasarkan bahawa perkara itu dilakukan oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka. Terdapat orang yang berusaha dan membelanjakan wang yang banyak untuk menunjukkan
bukti kasih sayang mereka terhadap ibu bapa mereka yang telah mati atau suami serta isteri yang meninggal dunia, ada diantara mereka mendirikan bangunan atau binaan dari batu marmar yang mahal lalu mereka menganggap bahawaitu bukti kasih sayang mereka. Padahal binaan yang mereka dirikan itu tidak memberi sebarang erti kepada orang yang telah mati, ia bukan sahaja suatu perbuatan sia-sia yang membazir, malah perbuatan itu dianggap oleh
islam
sebagai
perbuatan
jahiliyyah.
Panduan Islam telah menggariskan panduan yang sangat mudah bagi seorang anak, suami atau isteri yang hendak menyatakan rasa kasih sayang terhadap mereka yang telah berada di alam Barzakh itu dengan cara mendoakan mereka semoga ALLAH ampunkan dosanya, dihindarikan dari segala pancaroba dan huru hara di alam kubur. Mudah-mudahan ALLAH s.w.t. kurniakan ke atas ruhnya sepenuh rahmat agar tanah perkuburan itu menjadi tempat istirehat yang aman sebelum
mereka
dimasukkan
ke
dalam
syrga
ALLAH
di
akhirat
kelak.
Pengarang kitab at-Tazkirah iaitu al-Qurtubi dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah. Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan. Sesungguhnya
ia
adalah
dari
perbuatan
jahiliyyah.
Kenyataan ini mungkin agak keras dan pahit boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah. Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh
penganutnya
yang
sedia
kembali
kepada
al-Quran
dan
Sunnah.
Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan
amalan
agama
yang
mesti
dilakukan
setiap
kali
berlaku
kematian.
Elok juga dijelaskan di sini bahawa tidak ada manusia lebih mengasihi dan sayang terhadap orang lain yang mengatasi kasih-sayang Nabi s.a.w. terhadap umatnya. Carilah di dunia ini jika
ada manusia yang lebih sayang terhadap orang lain atau terhadap ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan kasih sayang Nabi terhadap umatnya. Walaupun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya
r.a
yang
mati.
Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w. ? jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat
maka
dari
manakah
punca
amalan
itu
diambil.
Sejarah menunjukkan bahawa sebelum Islam datang ke tanah melayu, orang-orang melayu telah menganut agama hindu. Jesteru itu terdapat banyak tradisi dan budaya hindu yang masih terdapat
dalam
amalan
orang
melayu.
Contohnya apabila orang Islam mengadakan upacara nikah, mereka lakukan menurut islam berdasarkan rukun nikah seperti yang ditetapkan oleh syariat. Tapi selepas itu mereka mengadakan upacara persandingan dengan upacara menepung tawar, menabur beras kunyit dan sebagainya, sedangkan persandingan dan segala tradisi tersebut adalah dari kebudayaan hindu. Demikianlah samaada disedari atau tidak sebahagian besar orang melayu telah mencampur adukkan Islam dan kebudayaan hindu dalam urusan nikah kahwin adalah menjadi perkara lumrah dalam masyarakat melayu. Maka demikian juga orang melayu telah secara sedar atau tidak
telah
mengambil
tradisi
jahiliyyah
dalam
pengurusan
mayat.
Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya. TAZKIRAH-PERINGATAN AKHBAR HARAKAH Oleh Tuan Guru Hj. Nik Abd.Aziz HANTAR JAMUAN & BANTUAN KEPADA KELUARGA SI MATI
Ahmad bin Hambal rahimahullah berpendapat bahawa mengadakan jamuan untuk mayat (kenduri arwah) dan juga membaca al-Quran di sekeliling mayat tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang meninggal dunia. Begitu juga sebaliknya, para sahabat tidak pernah membacakan al-Quran untuk jenazah Rasulullah s.a.w ketika Rasulullah s.a.w wafat. Oleh yang demikian perbuatan tersebut disifatkan oleh Ahmad bin Hambal sebagai perbuatan Jahilliah. Oleh yang demikian, apakah yang mendorong sesetengah orang [peny: termasuk ahli Jamaah Islam] mengadakan amalan yang tidak bersumberkan dari ajaran Rasulullah s.a.w? Tidak lain kerana mereka beranggapan bahawa mengadakan bacaan ayat-ayat al-Quran di sekeliling mayat dan juga mengadakan jamuan (kenduri arwah) itu dianggap perkara baik. Sesungguhnya baik buruknya sesuatu amalan itu bukanlah berdasarkan ukuran sendiri, tetapi segala bentuk ibadah itu mestilah mempunyai asas yang kukuh bersumberkan kepada syariat Allah SWT. Ia hanya dianggap baik jika yang mengadakan syariat iaitu Allah SWT sendiri dan juga Rasul-Nya yang mengatakan baik, jika tidak, maka ia akan menjadi sebaliknya. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Isna’ull Aall Ja’farin to’aman yang bermaksud: “Hendaklah kamu (para sahabat) mengadakan (menghantar) makanan untuk keluarga Ja’far. Rasulullah s.a.w bersabda demikian ketika Ja’far bin Abu Talib, sepupu Nabi s.a.w syahid di dalam satu peperangan. Hadis tersebut dengan jelas menganjurkan supaya orang ramai bersimpati kepada balu dan juga keluarga si mati, dengan menghantar makanan ke rumah keluarga Ja’far yang sedang bersedih di atas kematian Ja’far bin Abu Talib itu. Adalah menjadi kewajipan jiran tetangga dan ahli masyarakat bukan sekadar mengucapkan ta’ziah dan turut merasai sedih di atas kematian tersebut, tetapi turut meringankan beban tanggungan balu dan keluarga tersebut yang dalam kesukaran baru ditinggalkan oleh suami dan bapa-bapa mereka. Dalam keadaan bersedih disebabkan kematian itu, adalah tidak wajar mereka pula terpaksa mengadakan jamuan untuk jiran tetangga dan anggota masyarakat, apatah lagi sesetengahnya terpaksa menyediakan wang upah untuk sembahyang jenazah. Ia bukan sahaja membebankan keluarga berkenaan tetapi ini seolah-olah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, sudahlah mereka kehilangan seseorang dalam keluarganya, ditambah pula dengan beban mengadakan jamuan untuk orang ramai.
http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=164