Al-zuhri Dan Ya

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Al-zuhri Dan Ya as PDF for free.

More details

  • Words: 932
  • Pages: 9
AL-ZUHRI DAN SUMBANGANNYA Di sediakan oleh: Syamsiah Binti Ismail ( 023102 ) Siti Ruhani Binti Ismail ( 023122 ) Norlailatul Azira Binti Sidek ( 023104 ) Norazniza Binti Rosman ( 023083) Siti Mahfuzah Binti Musa ( 023082 ) Norhaslinda Binti Mohd Ridzuan

RIWAYAT HIDUP •

Nama beliau ialah Muhammad bin Muslim bin Ubaidullah bin Abdullah bin Shihab bin Abdullah Al-Hafiz bin Zuhrah bin Kilab bin Marrah Al-Qurashi Al-Zuhri. • Beliau juga di kenali dengan panggilan Abu Bakar, namun gelaran Al-Zuhri lebih terkenal kerana ia di sandarkan kepada keturunannya iaitu Bani Zuhrah, salah satu dari kabilah Quraysh. • Al -Zuhri adalah seorang ahli hadith, ahli fiqh, mempunyai daya ingatan yang kuat dan juga seorang sejarawan ulung. • Beliau dilahirkan di Kota Al-Madinah, akan tetapi ahli-ahli sejarah berselisih pendapat mengenai tarikh kelahirannya.Ada yang meriwayatkan pada tahun 50H / 670M, ada pula yang mengatakan pada tahun 51H / 671M.



Sewaktu pemerintahan Abdul Al-Malik bin Marwan pada tahun 80H, Al-Zuhri telah pergi ke Damsyik.Ketika beliau di sana timbul suatu masalah yang berkaitan dengan pemberian harta pusaka yang berhak di terima oleh ibu. • Di dalam majlis yang diadakan, Al-zuhri telah mengemukakan pendapat dan hujah untuk menyelesaikan masalah yang timbul.Khalifah Abdul Malik berasa amat kagum dengan kebolehan dan ilmu Al-Zuhri yang telah dapat menjawab segala persoalan yang dikemukakan. • Dari Damsyik Al-Zuhri berpindah ke Adama iaitu sebuah tempat di sempadan Hijaz berhampiran dengan Sham.Dengan itu, beliau dapat pergi ke Hijaz dan juga Damsyik untuk menuntut ilmu.Khalifah Umar bin Abdul Al-aziz amat menghormati Alzuhri dan beliau dianggap sebagai tempat rujukan mengenai hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W dan peristiwa-peristiwa sejarah. • Mengenai tempat kematiannya terdapat tiga pendapat ahli sejarah.Pengarang Kitab Wafayat Al-Ayan mencatatkan bahawa Al-Zuhri meninggal di Adama iaitu tempat tinggalnya.Pendapat kedua mengatakan di Shaghb.Sementara pendapat ketiga pula mengatakan di Shaghba iaitu perkampungan di Hijaz.Tetapi pendapat ketiga ini riwayat tidak kukuh.

SIFAT PERIBADI • • • • • • •

Al-Zuhri mempunyai tubuh badan yang rendah, bermata kabur dan sentiasa berair.Ini mungkin disebabkan beliau terlalu banyak membaca dan menulis. Beliau juga mempunyai rambut yang panjang hingga mencecah ke paras bahu serta mempunyai sedikit janggut. Beliau dikurniakan lidah yang fasih dan dapat bertutur dengan lancar dan baik.Di samping itu. Al-Zuhri suka memakai bau-bauan seperti kasturi ketika keluar rumah. Sebagai seorang, alim Al-Zuhri memiliki akhlak yang terpuji, seperti tawadduk dan tidak menonjolkan sebarang kelebihan yang ada pada dirinya untuk mengatasi kawan-kawan yang sezaman dengannya. Beliau adalah seorang yang penyabar dan tabah terutamanya dalam menuntut ilmu pegetahuan.Kesabarannya jelas terlihat dimana beliau sanggup belajar selama lapan tahun dengan Said A-Musayyab tanpa perasaan jemu dan bosan. Begitu juga dengan guru-guru yang lain termasuklah Urmah Al-Zubir. Untuk menuntut ilmu beliau snggup pergi ke mana sahaja.Al-Zuhri berulang alik dari kawasan Hijaz ke Bandar-bandar Sham dan sebaliknya selama 45 tahun semata-mata untuk menuntut ilmu dan mendapatkan hadith-hadith dari guru-guru ditempat tersebut.Beliau juga sanggup mengikut gurunya dengan penuh kesungguhan demi memperolehi ilmu dari mereka.

• •



• •

• •

Di samping sifat-sifat tersebut,Al-zuhri juga mempunyai sifat amanah di dalam mencari ilmu. Beliau sering bertanya kepada guru-guru dan rakan-rakannya samaada yang tua atau pun yang muda apabila tidak mengetahui sesuatu perkara atau masih samar terhadap apa yang di dengarinya agar tidak tersalah. Al-Zuhri mempunyai daya ingatan yang kuat.Beliau mempelajari Al-Quran hanya dalam 80 hari sahaja dan dapat menghafalnya dengan baik.Hadith yang panjang dapat diingatinya dengan sempurna tanpa menulis seperti yang diriwayatkan oleh al-Uways dalam Tarikh Al-Kabir. Ahli sejarah mencatatkan, pada suatu ketika Khalifah Hisham bin Abdul Malik ingin menguki ingatan hafalan Al-Zuhri.Lalu beliau mendakwa kitab yang di tulis olehnya hilang. Kemudian ia menyuruh Al-Zuhri menulis semula.Setelah kitab tersebut siap, Khalifah Hisham membandingkannya dengan kitab dahulu.Didapatinya tiada sebarang perubahan atau perbezaan di antara keduanya walaupun satu huruf. Al-Zuhri suka meminim madu lebah kerana yakin amalan ini dapat menambah serta mengekalkan daya hafalan dan ingatannya. Sebaliknya beliau tidak gemar memakan epal kerana beranggapan amalan ini mewarisi sifat pelupa.Bagi orangorang yang menghafail Al-Zuhri menasihati memakan kismis .

NAMA GURU-GURU AL-ZUHRI… Dari kalangan sahabat :

Dari kalangan Tabiin:



• • • •

• • • •

Anas bin Malik bin AlNudar bin Damdam Ibnu Umar Al-Saib bin Yazid bin Said Kathir bin Al-Abbas bin Abdul Al-Mutalib Abdullah bin Amir bin Rubayah binMalik



Urwah bin Al-Zubayr Said bin Al-Musayyab Ubaidah bin Abdullah Aban bin Uthman Affan Salim bin Abdullah bin Umar Al-Khatab

SUMBANGAN BELIAU…. • Bidang penulisan al-Zuhri tidak hanya terbatas kepada sejarah rasul-rasul, sejarah Rasulullah ( s.a.w ) di Makkah dan Madinah yang merangkumi sejarah al-Maghazi dan alFutuh, sejarah Khulafa’ al-Rasyidin dan zaman Bani Umayyah tetapi termasuk juga sejarah keturunan Bangsa Arab ( Ansab ). • Contohnnya kisah fitnah terhadap Aishah,kisah nabi menerima wahyu,kisah zaman khulafa al Rasyidin dan sebagainya.

SUMBER PENYELIDIKAN 1. •

2. •

Al-Quran: menyelitkan beberapa sedutan ayat al-quran yang berkaitan dengan peristiwa dan kisah yang dikemukakan. Hadith: dipetik oleh al-Zuhri adalah hadishadis sahih yang diriwayatkan oleh para sahabat yang terkenal seperti Saydatina Aisyah, Abu Hurayrah, Usamah bin Zayd, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar dan seumpamanya.

3. •

4. •

Syair-syair arab: al-Zuhri turut memaparkan syairsyair arab yang ada kaitan dengan peristiwa sejarah yang diriwayatkannya. Masyarakat arab ketika itu tidak dapat dipisahkan daripada bidang seni syair. Israilliyat: terdapat juga sumber lain seperti cerita-cerita lisan atau cerita dongeng yang digunakan oleh alzuhri.Tujuannya untuk memberi maklumat dan menghibur para pembaca.

MOTIF PENULISAN…. • Motif utama yang mendorong al-Zuhri menulis dan mengkaji sejarah ialah al-Quran itu sendiri. Seperti yang tersebut di dalam alQuran surah Yusuf ayat 12. • Disiplin sejarah itu sendiri. Penulisan sejarah Islam dianggap penting dan perlu dilakukan kerana ia boleh membantu memahami alQuran, hadis-hadis dan ilmu-ilmu Islam yang lain seperti fiqh, tajwid, sejarah dan sebagainya.

Related Documents

Baca Dan Renungin Ya!!!!
November 2019 17
Al-zuhri Dan Ya
June 2020 18
Islam Pondasi Dan Ya
June 2020 16
Ya
November 2019 59
Ya
June 2020 29