Al-quran Menjana Kecemerlangan Hidup

  • Uploaded by: halieyna
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Al-quran Menjana Kecemerlangan Hidup as PDF for free.

More details

  • Words: 414
  • Pages: 12
Objektif Pengajaran Membaca ayat 1-5 dengan bacaan tadwir

Menjelaskan usahausaha untuk menjadi orang bertakwa

Menerangkan maksud takwa

Menerangkan kelebihan menjadi orang yang bertakwa

Menyatakan ciri-ciri orang bertakwa berdasarkan kandungan ayat 1-5

Merumuskan pengajaran ayat 1-5 surah al-Baqarah

AYAT KEFAHAMAN

Maksudnya (1) Alif, Lam, Mim. (2) Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa. (3) Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. (4) Dan orang yang beriman kepada kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat . (5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang yang berjaya.

Orang yang mengamalkan ajaran al-Quran dijamin keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat

Kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w

Al-Quran Panduan Hidup Mukmin Isi kandungan lengkap merangkumi hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia

Menjadi panduan hidup kepada umat manusia sehingga Hari Kiamat

Konsep Takwa Bertakwa kepada Allah: Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya. Mukmin bertakwa sentiasa melakukan perkara yang dituntut oleh Syarak iaitu :  Fardhu Ain  Fardhu Kifayah

Ciri-Ciri Mukmin Bertakwa Beriman dan beramal dengan ajaran al-Quran Beriman dengan Hari Akhirat Beriman dengan perkara Ghaib Menunaikan solat lima waktu Beriman dengan kitab-kitab asal yang diturunkan kepada Rasul-Rasul terdahulu yang tidak diubah

Kelebihan Orang yang Bertakwa Dikasihi dan diredhai oleh Allah

Melahirkan ahli perniagaan yang berdaya saing

Beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat

Sentiasa redha dan tabah menghadapi dugaan hidup

Menjadi orang yang berilmu dan beramal Menjadi pemimpin yang berjaya dan berwawasan

Tidak mudah terpengaruh dan terperdaya dengan unsur-unsur negatif

Ciri-Ciri Pelajar Bertakwa Rajin Mengulang kaji Pelajaran

Berakhlak Mulia

Sentiasa Menunaikan Solat Pada Waktunya

Membaca dan Memahami Al-Quran

Meninggalkan Perbuatan yang Boleh Mendorong Kita Melakukan Maksiat

Mempunyai Jati Diri dan Berdaya Saing

Orang yang bertakwa dapat membangun bangsa dan negara yang diredhai oleh Allah S.W.T

Al-Quran memimpin manusia ke jalan yang selamat dunia dan akhirat

Pengajar an Ayat Orang yang dikurniakan rezeki atau harta kekayaan hendaklah membelanjakan kejalan yang di redhai Allah

Solat fardhu wajib ditunaikan dengan sempurna dalam waktunya walau dalam keadaan apa sekalipun

Kuiz Yang manakah bukan ciri-ciri mukmin bertakwa? A- Menunaikan solat lima waktu B- Beriman dengan perkara Ghaib C- Melakukan maksiat D- Beriman dan beranal dengan ajaran al-Quran

Related Documents


More Documents from ""