Akukah Yang Terlewat 1 Ika termenung di jendela. Fikirannya benar-benar kusut. Ah! Persetankan itu semua. Untuk apa aku harus menderita di atas kebahagiaan orang lain. Biarlah mereka dengan dunia mereka sendiri dan aku akan meneruskan kehidupan dalam duniaku sendiri. Ika berjalan menghampiri meja solek. Ika merenung wajahnya di cermin. Pantulan sesusuk tubuh jelas menunjukkan matanya mula membengkak kesan tangisan yang terlalu lama. Badannya sudah mulai susut. Muka pula pucat. Akibat terlalu runsing, Ika tidak dapat menguruskan dirinya dengan sempurna. Untuk apa aku terus merintih dalam tangisan? Mengharap pada yang tak sudi. Aku harus bangkit dari kekusutan hidup selama ini. Amran, aku akan buktikan aku mampu mengharungi hidup ini walaupun tanpa kau di sisi.... Ika bangun perlahan-lahan menghampiri katil. Dia terus menghempaskan tubuh langsingnya ke tilam empuk. Perlahan-lahan dia memejam mata. Kedinginan dan keheningan petang menyebabkan dia terlena dalam kesedihan.... Ika tersedar semula bila pintu biliknya diketuk berkali-kali. Di luar kedengaran suara Mak Odah melaung namanya. Ika mengerling jan di dinding. Dah pukul enam setengah. Ika melangkah malas ke pintu lalu tombol dipulas perlahan. " Tidur ke?" Mak Odah menegur anak tunggal majikannya. Ika angguk lemah. "Ada panggilan telefon untuk Ika." "Siapa?" Ika nampak kurang minat. Mulutnya ternganga,menguap. "Mak Odah tak tahu siapa yang telefon. Cepatlah,kawan Ika tengah tunggu tu!" Mak Odah terus berlalu. Tiba di meja telefon,gagang dicapai. "Helo!" "Helo...Ika ya?" Berderau darah Ika. Suara itu amat dikenalinya. "Buat apa you telefon I lagi?" "Ika, please...dengar dulu penjelasan I-" " Cut the crap, Amran! I tak nak dengar apa-apa lagi!" Terdengar keluhan berat daripada mulut Amran. "Ika...I tak berniat nak menyakiti hati you. I mula rapat dengan Sara sejak you tak hiraukan I lagi.You asyik sibuk dengan tugas you...I,you ketepikan!" "Jadi selama ini you membohongi I. Kononnya you hanya cintakan I seorang!" herdik Ika. "I'm sorry Ika.I betul-betul menyesal kerana membohongi you. Tapi kalau I diamkan diri, seolah-olah I membohongi diri I sendiri. Ika, semua ini berpunca dari you!" "Jangan cakap ikut sedap mulut, Amran! I tak pernah harapkan ini semua terjadi! Anyway, kenapa you tak ajak I berbincang dulu! You yang ambil tindakan melulu.Bila dah jadi begini, senang-senang you nak salahkan I!" bagaikan petir Ika melepaskan perasaanya. "Ika please.Tolonglah mengerti perasaan I." "Amran, I mengerti perasaan you...malah lebih daripada itu. I harap you dan Sara berbahagia hingga ke akhir hayat!" "Ika, I harap you tak marahkan Sara dalam perkara ni. I yang bersalah!" "I don't give a damn bout that and please,don't bother to call me again......Pengkhianat!!!!!" Pap! Gagang dihempas.Serentak dengan itu air matanya terhambur keluar tanpa dapat dibendung lagi. Hatinya terlalu sayu melepaskan orang yang amat disayangi keluar dari hidupnya Dia tekad untuk mencekalkan hatinya. Ika bingkas bangun dan menghala ke dapur.Mak Odah sedang menyiapkan hidangan makan malam. "Mana mama, Mak Odah?" Ika menarik kerusi lalu duduk memerhati Mak Odah bekerja. "Belum balik lagi...agaknya ada banyak kerja di pejabat." Suara lembut Mak Odah seakan memujuk Ika.Dia sudah masak dengan perangai anak gadis ini yang mudah tersentuh hatinya. Mungkin dia benar-benar rindu mama dan papanya yang sudah dua minggu tak bersua muka.Mak Odah simpati dengan keadaannya.Sering ditinggalkan sendirian dan tidak dihiraukan oleh mama dan papanya yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. " Mama dan papa selalu tak ada kat rumah. Agaknya mereka dah tak sayangkan Ika lagi. Ika bencilah! Semua orang dah tak sayang Ika!" Mata Ika mula berkaca. Wajahnya kian sugul. " Ika, tak baik cakap macam tu. Papa dan mama Ika kan sibuk. Lagipun Mak Odah kan ada...Mak Odah sayangkan Ika," Mak Odah sudah beralih ke tepi Ika dan membelai rambut lembut anak gadis itu. "Tapi Ika rindukan mama dan papa!" Ika meluru ke kamarnya.Matanya yang masih berkaca ditala ke siling.Rasa bosan dan sunyi menyelinap di sanubarinya. Kalau dulu, Amran ada untuk menemaninya tiap kali
ruang hatinya kosong.Tapi kini... Ah, dia lagi! Tak boleh jadi ni.... Ika melompat bangun. Dia menuju ke almari dan mengeluarkan sepasang gaun biru paras paha. Dia senyum. Tak tunggu lagi,baju segara disarung. Ika menayang tubuh di cermin. Dia senyum lagi. Puas dengan ketrampilan diri yang anggun dan menawan setelah mengenakan baju yang amat sesuai dengan potongan badannya yang langsing.Rambut yang melepasi bahu dubiarkan terurai.Selesai, Ika mencapai kunci kereta di dalam laci almari dan meninggalklan bilik. " Ika nak ke mana?" Mak Odah kebetulan baru keluar dari dapur nampak Ika menuju ke pintu besar. "Ika nak keluar." "Habis, siapa yang nak makan lauk yang Mak Odah masak ni?" "Mak Odah ajelah yang makan..Ika tak ada selera," Ika terus capai kasut dan melangkah keluar.Mak Odah tak dapat menghalang. Biarlah Ika keluar mengubati hatinya yang lara. Menderum enjin kereta sport milik Ika keluar dari perkarangan banglo do pinggir bukit itu. Setelah puas berlegar-legar tanpa haluan,akhirnya kereta Ika berhenti di sebuah disko.Ika melangkah masuk dan memilih untuk duduk di suatu sudut.Setelah memesan minuman,Ika menumpukan perhatiannya ke dance floor.Dia leka menonton gelagat anak muda yang melonjakkan badan mengikut rentak muzik rap yang menjadi kegemaran muda-mudi sekarang.Segala kepahitan dan kelukaan hidupnya dilupa seketika. "Hai! Sorang je?' sapa seorang jejaka yang tak dikenali. "Mmm...." balas Ika tanpa memandang. "Boleh I ajak you menari?" "Sorry,I tak berminat." Ika menolak lembut. " Come on, buat apa datang disko kalau setakat nak duduk saja!" "I'm very sorry.I'm not interested," Ika masih mampu mengawal suara walaupun timbul rasa geram dengan sikap lelaki miang itu. "Gadis secantik you ni tak layak duduk di sini seorang diri..."lelaki itu terus menarik tangan Ika. "Let go of me!!" bentak Ika,marah. Malangnya lelaki yang tak reti bahasa itu tak melepaskan tangan Ika. "Come on,let's have fun!" Ika cuba melawan tapi dia tidak mampu.Ika meronta-ronta. "Lepaskan tangan dia!" jerkah seorang lelaki. Ika menoleh ke arah lelaki yang bersuara itu.Dia lega kerana masih ada insan yang sudi membantunya di saat genting ini. Tapi lelaki itu...........Izzad Yusri,teman sekolej!
Akukah Yang Terlewat 2 Ika jadi tergamam memandang lelaki tampan yang hadir untuk membantunya. Izzad menghampiri mereka dengan wajah yang bengis. Lelaki yang sedang memegang pergelangan tangan Ika,dengan segera melepaskan Ika. "Sorry brother! Ingatkan awek single tadi," terketar-ketar mulut lelaki biadap itu memohon maaf. "Lain kali tengok oranglah dulu!" tempikan kuat Izzad membuatkan banyak pasang mata yang ada di dalam disko itu menoleh ke arah mereka bertiga. "Okey! Okey!" lelaki itu angkat kedua-dua belah tangannya dan cepat-cepat berlalu. Badan Ika terasa seram sejuk.Kepalanya nak berpusing dan tubuhnya lemah hingga tak mampu berdiri.Akhirnya Ika rebah. Mujurlah Izzad cepat menyambut. Ika dipimpin ke sofa.Setelah berehat seketika, Ika menyedut perlahan minuman yang diberikan Izzad. Dia menarik nafas. Walaupun tidak pulih sepenuhnya,Ika rasa badannya segar sedikit.Dia bingkas bangun. "Are you okey now?"Izzad kerut dahi melihat Ika bangun. Ika tak mengendahkan pertanyaan Izzad.Peristiwa yang baru menimpanya tadi membuatkan hatinya tak tenteram. Dia meluru keluar tanpa mengucapkan terima kasih kepada Izzad Yusri yang telah membantunya. "Syafika....tunggu sekejap!" Ika terdengar orang memanggil namanya ketika die sudah menghampiri keretanya. Dia menoleh. Izzad berlari-lari anak mendapatkannya. "Nah! Beg awak tertinggal kat dalam tadi," Izzad menghulurkan tas tangan kepada Ika. Ika merenggutnya dengan kasar. Dia terus membuka beg dan mengeluarkan kunci kereta. "Maafkan saya. Saya harap awak tak marah kalau saya cakap sesuatu," Izzad masih mampu berlembut
walaupun dilayan dengan kasar. Ika tak jadi masuk ke dalam kereta.Dia memandang Izzad dengan ekor matanya sambil mengerutkan kening. " Apa dia?" Dia meninggikan suaranya. "Sya rasa tak elok gadis seperti awak masuk ke tempat seperti ini. Lagipun cara awak berpakaian lebih menggalakkan lagi lelaki menggangu awak." Ika rasa tercabar. Kemarahannya makin meluap-luap. "Hei! What I do in my life is my own business. Siapa you nak menasihatkan I? Tolong jangan jaga tepi kain orang lain...." "Look lady! Saya cuma nak menolong awak. Kalau awak tak sudi nak tolong diri awak sendiri,terpulanglah!" Izzad jadi berang dengan kelakuan Ika yang langsung tak mengenang budi. "Kalau you rasa diri you tu malaikat,buat apa you pun masuk sama ke dalam disko tu,"sindir Ika,tajam. "Bila masa pulak saya kata saya ni malaikat?Untuk pengetahuan awak,saya masuk sebab nak jumpa seseorang." "Alasan!" Ika mencebik. "Saya rasa awaklah perempuan paling ego yang pernah saya jumpa.Kalau tahu jadi macam ni,tak teringin saya tolong awak tadi!" Izzad berpusing dan melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Ika masih tercegat di ditu.Hatinya berperang antara rasa geram dan kesal.Tak patut aku buat dia macam tu.Susah payah dia tolong aku.But.... ah..go to hell with him. Ika masuk ke dalam perut kereta dan menghempas kuat pintu,seakan melepas geram. Di kolej, Ika cuba berlagak seperti biasa biarpun hatinya luka apabila terpandang Amran dan Sara yang asyik berkepit ke hul ke hilir. Sejak Ika tahu tentang perhubungan mereka,pasangan itu tidak lagi berjumpa secara sembunyi-sembunyi seperti dulu. Habis kuliah,Ika cepat-cepat mengemas bukunya.Dia ingin segera keluar dari kelas.Dia tak mahu terserempak dengan Sara,Amran apatah lagi.Dia merasakan dirinya bagaikan dipanahi halilintar apabila berhadapan dengan mereka. Sara rapat ke meje temannya. "Ika!' Ika tak mempedulikan.Dia terus menghayun langkah keluar.Entah mengapa,hatinya jadi sebak.Sara mengekor dan berjalan beriringan dengan Ika. "I tahu you marahkan I kan. I'm sorry.Takkanlah you nak putuskan hubungan persahabatan kita hanya kerana perkara kecil ni?" Langkah Ika terhenti.Muka Sara ditenung. "Perkara kecil? Hei...dengar sini! Aku tak perlukan seorang kawan yang pandai bermuka-muka tapi menikan dari belakang.One more thing..don't you ever talk to me again..." Ika menarik nafas panjang sebelum berlalu dengan pantas. Di belakang bangunan,Ika menekup muka ke lutut.Ika menahan tangis bagi melepaskan sebak di dada. Maafkan aku Sra! Aku tak dapat meneruskan persahabatankita yang telah lama terjalin.Aku tak dapat terima kenyataan ini.Kau telah mengkhianati aku! Seketika,Ika mengangkat muka dengan esak tangis yang masih bersisa.Kelibat seorang jejaka menangkap deria pandangnya.Ah,dia ni....benci aku tengok muka seposen ni.Tak sedar diri..nak bagi nasihat konon. Ika cepat-cepat mengesat air matanya.Dia menundukkan wajah agar tidak dilihat.Izzad berlalu tanpa menghiraukan Ika.Ika menarik nafas lega.Bertemankan hati yang parah,Ika meneruskan perjalanan pulang,Dia cuba melupakan kenangan semalam tapi pertemuan dengan Sara menyebabkan kedukaan itu menerpa kembali. "Ika... Ika..."sayup-sayup terdengar suara Lia melaung.Ika berpaling dan menghadiahkan senyum untuk Lia yang semakin menghampirinya. "Dah nak balik ke?' Lia tercungap-cungap berlari mendapatkan Ika. "Ha'ah..aku dah tak ada kelas.Kau ada kelas lagi ke?" "Aku pun dah habis.Jomlah balik sama-sama!" Mereka beriringan ke tempat menunggu bas. "Ika,kalau aku tanya,kau jangan marah ya!"Lia seakan meminta kebenaran untuk tidak menyiggung temannya. "Depends...if it isn't too sensitive!" "Emm... I don't think so!" "So,what's up?" "Malam semalam kau jumpa Izzad kan?" "Ha'ah...kenapa?" "Izzad ada cerita kat aku apa yang terjadi sebab dia tahu aku nir kawan kau.Aku rasa kau tak patut buat dia macam tu!"
"Oh...Izzad mengadu kat kau la ye!"Ika senyum sinis. "Bukan begitu tujuan dia.Dia cume nak lahirkan rasa kecewa dengan sikap kau.Kau langsung tak menghargai pertolongan dia.Aku harap kau pikirlah masak-masak perkara ni.Ika..cuba kau letak diri kau di tempat dia,apa perasaan kau?" "Aku sendri tak tahu kenapa aku buat macam tu semalam," Ika melepaskan keluhan. "Eh Ika,bas aku dah sampai la.Aku balik dulu ya..bye!"Lia berlari-lari nanak mendapatkan basnya. Ika menoleh sekilas pergelangan tangan.Lambatnya bas ni,dia merungut dalam hati.Pandangan Ika terarah pada sebuah teksi yang sedang menghalanya.Dia bingkas bangun dan menahan.Teksi berhenti dan Ika segera masuk. "Damansara Height!" dia memberitahu sebaik berada dalam perut teksi. Belum sempat teksi berlalu,seorang jejaka menahannya.Teksi berhenti. Sebaik pintu dibuka...mata Ika terbeliak. Izzad Yusri?? ~bersambung~
Akukah Yang Terlewat 4 "Damansara Height!" Izzad memandang pemandu teksi. " Bolehlah,dua-dua satu jalan." Izzad terus ambil tempat di sebelah Ika. Teksi meluncur laju. Penumpang di dalam perut teksi buat-buat tak nampak,masing-masing melayan perasaan. Sampai di destinasi,teksi berhenti. Memandangkan mereka turun di tempat yang sama,tambang teksi dibahagi dua. Ika kemudiannya terpaksa berjalan pantas untuk mengatasi langkah panjang Izzad yang sudah pun jauh ke hadapan. Dia perlu berbicara dengan anak muda itu. "Izzad!" Ika akhirnya melaung. Izzad tidak menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti. Suara Ika lenyap dibawa angin. Ika menghentikan langkahnya. “Izzad,saya nak mintak maaf pasal hari tu. Saya tak berniat nak sakitkan hati awak,” Ika menelan liur.Amat payah kalimat itu hendak diucapkan. Izzad yang berdiri di bahu jalan untuk melintas masih buat tidak tahu. Ika naik angin apabila kata-katanya tidak dipedulikan. Berlagak nak mampus. Dah kita mintak maaf dia nak jual mahal pulak. “Hei….awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Ika meninggi suara mengatasi deruman enjin kereta yang baru saja lalu. Namun Izzad tetap begitu. Macam orang bodoh lagaknya. Ika yang berdiri di belakang tidak ada pilihan lain. Dia menarik lengan Izzad. “Saya nak mintak maaf ni!” Izzad memandang tepat ke dalam bola mata Ika.Ika lemas menerima tenungan itu. Akhirnya pegangan tangan dilepaskan perlahan-lahan. Izzad tersenyum, menampakkan lesung pipit yang menawan di kedua belah pipinya. Tanpa sepatah kata dia mengalih semula ke arah jalan sambil bibirnya mengukir senyum – dapat juga dia mempermainkan gadis ini! Dalam asyik melayan fikirannya yang berjaya mengenakan Ika,Izzad terus membuka langkah dan melintas tanpa menoleh ke kiri dan kanan. “Izzad!” Ika menjerit ketika sebuah kereta meluncur jauh ke arah Izzad. Izzad yang mendengar jeritan itu sempat mengelak. Dia melontarkan badannya ke bahu jalan lalu jatuh tersembam. Pemandu kereta itu memberhentikan keretanya dan meluru keluar untuk melihat keadaan Izzad. “Bagaimana keadaan dia?” dia bertanya pada Ika yang sudah meluru mendapatkan Izzad. “Saya tak apa-apa…Cuma luka ringan saja!” “ Boleh saya tolong apa-apa yang patut?’ pemuda itu tampak cemas. Ika melihat tangan Izzad yang luka. “Tolong hantar kami ke rumah saya di sana,” Ika menuding ke jari ke sebuah banglo putih di hujung jalan. “Mak Odah! Mak Odah!” Terkocoh-kocoh Mak odah datang membuka pintu. “Ya Allah…kenapa ni?” muka Mak odah nampak cemas. “Kawan Ika kemalangan. Mak Odah tolong ambil kotak first aids dalam bili mama ye!” Ika mengarah sambil membantu Izzad duduk. Mak Odah patuh. Ika pula bergegas ke dapur dan kembali semula dengan sebesen air suam. Seketika Mak Odah kelam-kabut muncul dengan kotak putih yang diminta Ika.
“Ada apa-apa yang Mak odah boleh tolong?” “Tak apalah Mak odah..Ika boleh uruskan sendiri,”Ika senyum pandang Mak odah sekejap sebelum pandangan di arah kembali pada Izzad yang nampak keruh di muka menahan sakit. “Kalau macam tu, biar Mak odah ke dapurlah ye.” Ika angguk. Mak odah berlalu pergi. Ika membasahkan tuala kecil lalu membersihkan luka pada lengan Izzad. Dengan berhati-hati dia menyapu ubat dan membalut luka Izzad. Dalam pada itu Izzad pula leka menatap dengan penuh minat seraut wajah yang berada di hadapannya. “Dah siap. Macam mana rasa sekarang?” Ika mengemas kotak first aids. “Kalau gadis secantik Ika yang merawat tentulah sakitnya tak terasa,” Izzad berseloroh. “Sakit-sakit pun boleh bergurau lagi.Kita ni punyalah risaukan dia….” Ika memasamkan muka. “Ika risau? Dulukan Ika bencikan saya?” Izzad menduga. “Haaa,pasal malam tu…saya mintak maaf. Sya terlalu ikutkan perasaan waktu tu,” Ika kembali mengingat permasalahan yang belum selesai. “Dah lama saya maafkan.” “Betul ni?” “Betul!” Izzad tersengih. “Amboi..rancaknya berbual!”tegur Mak Odah dari belakang.Dah puas berbual..mari kita makan,” Mak Odah mengajak. “Emm….tak payahlah. Saya nak mintak diri..nanti sepupu saya ternanti-nanti pulak,” Izzad menolak pelawaan untuk makan tengahari. “Sepupu?” Ika menyoal kembali. Izzad mengangguk. Namun Mak odah tetap mengajak. Izzad akhirnya akur untuk mejamu selera di rumah Ika. Selesai makan, Izzad meminta diri setelah mengucapkan terima kasih kepada Mak odah. “Biar saya hantar awak!” Ika menawar khidmat. “Tak payahlah.Rumah sepupu saya bukannya jauh sangat…biar saya berjalan saja,”sekali lagi Izzad menolak. “Let me take you there. Lagipun tangan awakkan luka lagi..” Ika terus mencapai kunci kereta. “Kaki yang berjalan,bukannya tangan!” Izzad sengih. Ika menjeling dan memasamkan muka. “Thanks a lot!” Izzad berbahasa. “Don’t mention it!” Ika tersenyum. Izzad masih membatu di dalam kereta.Ada sesuatu yang ingin diberitahu tapi entah kenapa kerongkongnya rasa tersekat.Ah,aku lelaki….mesti berani.Izzad berpaling memandang Ika. “Can I be your friend?” Izzad telan air liur. Betul ke aku telah ucapkannya? “Yeah…we’re friends!” Ika engguk. “I mean…..” “Jangan teruskan kata-kata awak tu. Saya belum bersedia…”Ika memutuskan. Memang hatinya menyukai Izzad tapi masih terlalu awal untuk serius. Luka berpisah dengan Amran sendiri belum terubat,masakan dia boleh mencari pengganti. “Saya faham..saya akan tunggu hingga tiba saat tu. Bukan baru hari ini saya perhatikan awak..sudah lama!” Izzad terus membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Ika terpaku.Pantas ingatannya menerawang mata yang memandangnya di kafe. Siapa lagi kalau bukan Izzad. Dia tidak tahu Izzad ada maksud lain di sebalik renungan itu tapi apakan daya…hatinya telah diserahkan kepada Amran,jejaka yang berjaya menghancurkan hatinya. Ika memejam mata.Adakah ini ujian dariMu,ya tuhanku! Izzad begitu faham keengganan Ika menjadi teman istimewanya. Soal hati dan perasaan mana boleh dipaksa. Bermula dari saat itu mereka berkawan biasa tapi Izzad sering mengharapakan Ika akan berubah hati dan menerimanya. Sudah sekian lama dipendamkan hasratnya untuk mendampingi gadis itu tapi dia menghindar diri apabila melihat Amran terlebih dahulu berjaya mendekati gadis itu. Sekarang keadaan sudah berbeza kerana mereka tidak lagi bersama. Sebabnya,Izzad tidak tahu. Yang pasti dia mendekati Ika bukan kerana mengambil kesempatan.Andai gadis itu tidak dapat menerima dirinya,Izzad bersedia untuk mengundur diri.
Izzad tidak akan mendesak. Bukan itu prinsipnya tapi dia tak akan berhenti mencuba. ~ bersambung daaaa ~
Akukah Yang Terlewat 5 “ Minum dulu,Ika , Izzad!” Suara Mak Odah mengejutkan lamunan singkat Izzad. Dilihatnya Ika masih tertancap kepalanya menghadap buku. Dia atas meja sudah terhidang dua gelas fresh orange dan sepiring kek pandan. Perlahan-lahan Ika mengangkat kepala. “Terima kasih Mak Odah. Kalau macam ni barulah ada semangat nak study,” Ika mencapai gelas dan meneguk rakus. Petang-petang macam ni cepat sangat tekak kering.Padahal sebelum Izzad datang tadi dah sebotol air mineral dia sental. “Kalau tak cukup,tambah lagi tu….”Mak Odah menjuih bibir pada sejag penuh frsh orange yang menanti untuk dihabiskan. “Kembunglah perut nanti Mak Odah,” Izzad menyampuk. “Dahlah…..melayan kamu berdua ni,tak jadi kerjalah jawabnya!” Mak Odah berlalu ke dapur. Bibirnya mengukir senyum, gembira dengan perubahan anak majikannya.Setiap masa terluang dihabiskan di rumah. Elok juga dia berkawan dengan Izzad,taklah merambu ke sana sini. Kalau ada depan mata,kuranglah sikit risau di hati. Mak Odah lega kerana tugasnya makin senang. Tak payah bersoal jawab dengan datin ke mana Ika pergi. Datin nie pun satu, balik jenguk anak pun tak nak. Asyik telefon saja.Bila ditanya ke mana Ika pergi,senang je jawapannya – Ika tengah belajar dengan kawan sekuliahnya. Izzad meletak gelas ke meja. Matanya memandang wajah gadis di depannya. “Assignment dah siap?” “Assignment yang mana?” Banyak juga assignment yang belum siap,kalau dikira,tak cukup tangan. “Assignment Puan Maimunah.Kata dulu susah sangat nak dapat bahan,” Izzad bersandar pada bangku putih yang menampung berat badannya. “Ooo..yang tu. Dah settle!” Ika angguk. Baru teringat assignment subjek Management yang memeningkan kepalanya. Kes study yang perlu diselesaikan agak merumitkan.Ika hamper putus asa. Pada Izzadlah dia melemparkan tension. Dia tahu Izzad tak mampu membantu kerana mereka berlainan bidang. Izzad lebih arif dalam bidang perundangan manakala Ika mengambil Association of Bussiness Excecutive. Mujur temannya itu memahami. Tak lokek masa menemani Ika ke lebrary. Tak cukup dengan itu, sering beri nasihat agar Ika terus berusaha dan tidak cepat mengaku kalah. “Nak balik ker?” Ika yang perasan perlakuan Izzad menegur. Izzad menggeleng. “Tak boleh nak baca dah..kepala ni dah tak boleh terima!” “Haahlah. Ika pun penat…” Ika menarik penanda buku dan diletakkan pada halaman terakhir yang dibacanya. “Kalau penat,kita kena bercuti…rehatkan fikiran,” Izzad bersuara. Ika angkat kening. Apahal dia ni…cakap benda yang tak ada kene mengena. Setakat penat baca buku,takkanlah sampai nak bercuti.Dapat tidur sejam dua, hilanglah penat. Tapi,betul juga…. “Ika nak ikut tak?’ “Ke mana?” “Pergi rumah nenek Iz hujung minggu ni,” ajak Izzad sungguh-sungguh. Hajat di hati biarlah gadis ni setuju. “Best ke kampong Iz tu?” “Tak tahulah best macam mana yang Ika nak…kalau nak berkenalan dengan pacat dan lintah..anytime..” Izzad gelak besar,gelihati dengan soalan Ika. Ika melontar buku ke arah Izzad. Bila Izzad pandang,sempat dia jelir lidah. Marah disakat konon.
“Alaaa…usik sikit takkan tak boleh! Emm..macam mana,nak ikut tak?” Izzad buat muka serius. “Tengoklah dulu. Kalau ada mood!” “Eh, janganlah macam tu. Ika cakap betul-betul sebab Iz nak booking tiket!” Ika berfikir sejenak. “Tak naklah!” “Kenapa?” “Sebab….Ika tak biasa duduk rumah kampong.Aircond sure takde…panas..Ika rimaslah. Nyamuk banyak..kulit Ika ni sensitive. Lagi apa ya – “ Ika berkira-kira untuk menambahkan senarai alasan yang logik. Izzad bingkas bangun. “Kalau inilah alasannya..lupakan sajalah pelawaan Iz ni!” “Aik..tadi beria nak ajak kita pergi..sekarang tak bagi pulak. Tak baik tau..macam apa tu orang kata..buruk siku!” Izzad tegak berdiri. “Ika tak payahlah pergi!” “Eh,ikut suka oranglah. Kalau Ika kata nak pergi juga,Iz nak buat apa?”Ika bangun dan bercekak pinggang. Izzad geleng kepala. Menyesal aku ajak kau. Izzad capai bukunya dan dimasukkan ke dalam beg sandang. Tanpa sepatah kata, Izzad berlalu ke arah motornya dan menghidupkan enjin. Ika hanyan menghantar dengan mata motor Izzad yang menderum pergi. Ika terpinga-pinga. Cakap macam tu pun nak marah… Ika tersedar dari tidurnya awal dari hari-hari biasa.Selesai menunaikan solat subuh,Ika mengenakan sepasang baju kurung Johor berwarna kuning air.Warna baju itu memang kena dengan kulitnya yang cerah dan lembut. Ika yang siap berpakaian turun tangga dengan menjinjit beg pakaian sederhana besar.Malam tadi dia dah mengemaskan beberapa helai baju yang sesuai.Ika terus ke dapur bila melihat cahaya terang benderang di situ. Menyedari ada orang dibelakangnya,Mak odah menoleh. "Eh,Ika nak ke mana ni?" Mak Odah hairan melihat Ika memakai baju kurung.Takkanlah duduk di rumah pakai macam ni. Selalunya tak macam ni. Entah hantu apalah ynag merasuk budak ni.Mak Odah alih pula pandangan pada beg Ika di pintu dapur.Budak ni.....Mak pdah teringat sesuatu. "Siap dengan beg baju ni..Ika...Ika nak lari ke?" Mak odah tahu masalah Ika dengan kedua orang tuanya tapi takkanlah sampai begini tindakan Ika. Jangan-jangan Ika dan izzad sengaja tunjuk baik di depan dia. Dada Mak odah membuak-buak marah. Terburai ketawa Ika.Tak sangka Mak odah akan berfikiran sejauh itu. "Mak odah,Ika cuma nak ke kampung izzad..bukannya lari dari rumah!" ujar Ika setelah ketawanya reda. "Yalah,Mak odah faham!" Mak odah mengagguk. Tanpa belaian kasih sayang...siapalah kita di dunia ini. Biarlah Ika membawa diri seketika.Moga di kampung Izzad,ika akan bertemu sinar. Biarlah datin marah.Dia nak kata aku bersubahat ,tak halang Ika,aku tak peduli.Biarlah....demi Ika,Mak odah mengambil keputusan pasti. "Ika pergi dulu Mak Odah!" Ika bersalaman dengan mak odah. ~ bersambung daaaaa ~
Akukah Yang Terlewat 6 Perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam sampai juga ke destinasinya. Ika yang terlena sewaktu bas membelok ke perhentian bas,tersedar bila dikejutkan Izzad. Ika membetulkan rambut dan baju kurungnya yang berkedut . Izzad sudah berdiri dan mengambil beg yang diletakkan di bahagian atas kepala. Sampai di luar bas, Ika terus mengikut langkah Izzad yang dihala ke satu bahagian lain dipenuhi bas. Izzad melompat naik bas berjalur kuning dan merah. Ika turut sama dan mengambil tempat di sisi Izzad. Tak lama menunggu,drive dan konduktor mengambil tempat. "Kampung Permai. dua!" beritahu Izzad. Tiket dan syiling bertukar tangan. "Jauh ke?" Mulut bertanya sedangkan mata Ika menjenguk ke dalam tas tangan mencari sesuatu. Mana klip rambut ni. "Tak jauh sangat!" Izzad menjawab tanpa memandang Ika. Dalam hati Izzad rasa berdebar-
debar.Bagaimana penerimaan ika nanti? Tiupan angin yang kuat dari tingkap bas membuatkan Ika kurang selesa. Ika melurut rambut ke belakang dan disepit dengan klip. Ha,baru selesa. Tadinya Ika kasihan melihat Izzad yang terpaksa menolak rambut Ika yang mengerbang ditiup angin dan singgah ke mukanya.Kadang-kadang tu izzad terpaksa menoleh ke arah lain. Ika menunggu juga Izzad merungut tapi sepatah kata pun tak keluar dari mulut lelaki tu. Tak membebel pulak dia ni...hairan. Dari KL lagi izzad tak banyak bicara dengannya. Ika akur,Izzad masih marah dengannya. Izzad menekan loceng. Ika tergamam dari khayalannya. Dah sampai? Ika pula yang jadi berdebar. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampung. Swjak lahir hingga deasa,dia cuma hidup dalam rumah batu yang serba mewah. Tapi nanti...kaki ni akan memijak lumpur,pacat, lintah...Ika jadi tak tentu arah. Nak menyahut cabaran izzad dia sanggup ketepikan semua itu. Nak tunjuk terror konon. Dalam debar Ika melangkah turun dari bas. "Kita kena jalan sikit!" izzad menunjuk jalan merah yang kelihatan berdebu. Ika hanya mengangguk. Dalam terik panas negini,kenapalah aku tak teringat nak bawa payung...Langkah diatur laju. Mereka akhirnya tiba di sebuah rumah kayu yang nampak usang. Walaupun begitu.sejuk mata memandang lamannya yang bersih dan dilindungi pokok buah-buahan dari bahang panas. Ika yang sudah lenguh kaki terus melabuh duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Dia mengarah pandangan ke atas,wow... buah rambutan tengah masak ranum. Mukanya yang merah dan berpeluh itu sudah membuah senyum ceria. Izzad meletak beg di sisi Ika. "Inilah rumah nenek Iz.Rumah kampung..tentulah tak setanding dengan rumah Ika di bandar," Izzad menjeling ke arah Ika. Ika mula panas. Dia ni nak cari pasal lagi ke. "Haahlah..kecik. Berbeza betul dengan rumah banglo Ika- " namun Ika tak sempat nak terus meninggi diri kerana diganggu dengan suara yang begitu mesra. "Zad..kenapa tercegat di situ. Ajaklah kawannya masuk,"seorang wanita yang sudah jelas kedut di muka dan uban outih di kepala melaung dari pintu rumah yanh ternganga. Izzad mendahului Ika di muka pintu. Kepalanya tunduk menyalami Nek Wan. "Nek,inilah kawan yang Zad cakap tu..Ika nama dia!"Izzad menunjuk Ika. "Naiklah Ika..panas duduk di luar ni!" Ika menurut. Dia senyum menyalami Nek Wan. Kaki melangkah masuk membontoti Izzad. Ruang tamu yang agak luas dengan perabot tersusun kemas menjamah pandangannya kini. Nek Wan ni tentu kuat bekerja orangnya. Tak padan dengan umur,rumah bersih tanpa secalit habuk pun. Dalam diam Ika memuji tuan punya rumah. Izzad yang masih di bawah memanjangkan leher. "Nek,Zad nak pergi tengok dusun kejap!" laung Izzad dari bawah. Sekejap saja,tubuhnya lesap. "Macam tulah dia kalau sampai je di sini...tak sabar-sabar nak ke dusun.Jakun betul..macam tak pernah tengok pokok," Nek Wan menggeleng dengan gelagat cucunya itu. Ika turut sama tersenyum. Tentu izzad cucu kesayangan. Meriah hidup kau, Izzad.Ada orang yang menyayangi..tak macam aku.Ika menyesali suratan hidupnya. "mari Ika,kita ke bilik Nisha. Ika mandilah dulu..lepas tu Ika boleh berehat!" Nisha? Siapa gadis tu? Ika menurut dari belakang. "Eh,lupa pulak..Ika dah makan ke?" Nek Wan berhenti di pintu bilik. Laju Ika mengangguk. "Emm..kalau macam tu..Ika mandilah dulu!" Nek Wan meninggalkan Ika setelah menunjukkan bilik untuk tetamu istimewanya itu. Ika membuka zip beg. Tuala dan kain dikeluarkan dari perut beg. Satu masalah lagi ni..Ika mula berkira-kira dalam hati. Tengok pada rumah ni,sure mandi kat telaga. Macam manalah aku nak ceduk air. Silap haribulan aku pulak yang terpelanting kat bawah. Ika rasa seram sejuk. Takkanlah Nek Wan yang nak tolong cedukkan air untuk aku,buat malu je. Nak suruh izzad,dia kan lelaki? Tengok aku berkemban,dia pulak yang syok nanti. "Ika..nak mandi ke tak?" Ika terpisat-pisat bila mendengar laungan Nek Wan. Macam mana ni...dalam sedar Ika mengayun langkah keluar. "Bilik air mana nek?" Ika sudah tercegat di dapur. "Di belakang sana!"Nek Wan yang sedang mengopek pisang untuk dibuat pengat bagi sajian petang ini menjuih bibir ke luar.
Ika melangkah beberapa tapak dan berhenti. Dia berpatah balik lalu menhadap betul-betul di depan Nek Wan. "Kenapa Ika?" Nek Wan terhenti dari kerjanya. Nyata dia hairan dengan perlakuan gadis ini. Apa pulak yang tak kena. "Emm..saya tak pandai ceduk air dari telaga!" muka Ika merah menahan malu.Wajah tertunduk memandang lantai. "Mana ada telaga..bilik air tu ada paip!" Nek Wan kalut dengan pertanyaan Ika. Sepantas kilat Ika menghilangkan diri. Hanya deruman air mencurah-curah yang terdengar setelah beberapa ketika. Ika tersenyum sendiri meningat kebodohan diri. Sekarang ni zaman dah moden. Di kampung pun sudah ada kemudahan. Itulah tak pernah jenguk kampung seumur hidup. Ika menyabun badan sambil membayangkan perkara lain yang akan dialaminya sepanjang berada di sini. ~ bersambung ~
Akukah Yang Terlewat 7 Termengah-mengah Ika mengejar Nisha yang sudah jauh meninggalkannya. Kerana tidak tahan letih,dia berhenti. Ika mencangkung sementara nafasnya turun naik dengan pantas. Kalau berlari di tanah lapang,jangan harap kau boleh kalahkan aku.Ini,di batas bolehlah kau nak eksyen. Ika sudah tegak berdiri memerhati Nisha,adik Izzat yang nun jauh di sana. Ika menggigit bibir menahan geram bila gadis itu sampai pecah perut ketawakan dia. "Cepatlah Kak Ika,kata nak makan buah...karang habis!" Nisha melaung. Ika tak kuasa nak berlari. Baik aku jalan saja,sampai juga. Macamlah boleh habis buah kat atas pokok tu. Langkah yang diatur penuh hati-hati itu membolehkan Ika menikmati keindahan kampung itu.Pemandangan sawah yang menguning benar-benar menenangkan perasaannya. Bukit-bukau yang menggunung seolaholah memberi lambaian kedamaian buat Ika. Tidap beberapa depa lagi Ika akan sampai di tempat Nisha menunggunya. Baik juga hati dia nak tunggu aku. Bagai nak rak aku mengejar tadi takut dia tinggalkan aku. "Kak Ika!" "Apa dia?" "Pacat!" Nisha menjerit. Ika tergamam. Terbayang di ruang mata pacat yang sedang merayap memanjat kkakinya. Pantas Ika melompat. Kakinya tergelincir dan pelepup! Ika terjatuh ke dalam petak sawah. Sekejap saja air lumpur sudah meresap ke dalam baju. Rambut takusah cerita la,habis basah kuyup. Ika bangun dan duduk di batas sawah. "Seronok, kak?" Nisha tercegat di sisi Ika. Melihat Nisha tersengih-sengih,Ika pasti gadis itu telah mempermainkannya. Jaga kau...nanti aku gelakkan kau puas-puas pulak.Ika membulat mata. Seronok? Seumur hidup tak pernah bergelumang dengan selut. Kalau mama nampak aku macam ni,panjanglah syarahannya. Ika tersengih,tp...memang seronok pun. "Jomlah balik!" Ika mengajak. "Nak balik macam ni? Teruk Nisha kena marah dengan Nek Wan nanti!" "Alaa,takkan Nek Wan nakmarah.Jomlah balik!" Ika membuang selut yang melekat dibajunya. Sengaja dia ajak balik,untung-untung Nek Wan marah. Baru padan muka dia! "Dekat sini ada air terjun..Kak Ika nakpergi tak?" Nisha membuat usul. Mendengar perkataanair terjun,langsung tak jadi mengenakan gadis ini.Laju Ika mengangguk. Best juga,boleh aku cuci rambut aku ni. "Boleh ikut?" Izzad mencelah dari belakang. Dah berapa lama dia tercongok di situ,merera tak sedar. "Tak boleh..sibuk!!" Nisha menarik tangan Ika. "Nak ikut jugak!" Izzad mengekor. Bibir Ika terketar-ketar menahan kesejukan. Dari tadi lagi Nisha dah ajak naik tapi Ika menolak. Puas berenang Ika duduk bersandar di batu. Air terjn yang terbit dri celahan batu begitu menyegarkan. Tapi bila dah lama-lama,baru terasa sejuknya. Akhirnya Ika mengalah. Tapak tangannya putih macam tak berdarah. Perlahan-lahan Ika menyusur batu dan naik ke atas. Mata Ika meliar. "Mana Izzad?" Baru perasan Izzad tak ada. Tadi sibuk nak ikut. Nisha menjungkit bahu. Dia sendiri seronok main air hingga lupa tentang abangnya yang turut mandi
bersama mereka tadi. "Jomlah balik!" Nisha ajak. Masing-masing menyarung selipar. "Hoi!" satu teriakan mengejutkan mereka. "Itu suara Abang Zad tu!" Nisha meneka. "Apa dia nak?" "Entah..jomlah kita tengok!" Nisha mula mengatur langkah diikuti Ika. Mereka berhenti betul-betul di bawah pokok manggis. Buah manggis yang sudah masak bertaburan. Nisha mendongak ke atas pokok. "Abang Zad panggil kenapa?" "Tu...makanlah.Dah puas berendam,tentu lapar!" suara Izzad jelas dari atas pokok. Nisha mengangguk. Baru dia nak mempelawa dilihatnya Ika dah bersila menghadap manggis. Entah dah berapa biji masuk dalam perut. Nisha menggeleng.Tak tolak rezeki betul! Merasakan sudah banyak buah yang dipetik,Izzad menyusur turun. Dia turut sama menikmati keenakan manggis yang manis itu. Nisha yang tengah laju mengopek manggis terhenti tiba-tiba. Dia bingkas bangun. "Kenapa ni?" Izzad hairan. "Balik....sakit perut!" Nisha lari lintang-pukang. Ika ketawa panjang.Mulanya Izzad turut gelak sama tapi bila Ika dah lebih-lebih,timbul rasa pelik. Macamnak gelakkan adik aku jer! "Nisha...Nisha...kecoh memanjang!"Izzad menggeleng melihat kelakuan adiknya itu. "Sedap?" Izzad cuba mengalih perhatian Ika yang sudah kembalik normal. Ika mengangguk dan mengangkat ibu jari-best! "Hingga tak terkata ya..benda free memanglah macam tu. Bagi manggis buruk pun sedap!" Izzad sengih. 'Nakkutuk pun kutuklah..Ika tak kisah!" Ika terus menyumbat isi manggis yang putih melepak ke dalam mulutnya. Izzad memandang gadis di depannya. lepas sebiji, sebiji manggis mengisi mulut mungil itu. Kalau orang kampung tengok, mesti dia kata budak ni jakun habis. Ika mengesat tangannya yang merah terkena kulit manggis ke baju. "kenyang?" "Tak..boleh isi lagi,banyak kosong lagi ni!" Ika menepuk perutnya. "Betul ni..Iz nak ambik ni!"Izzad bingkas bangun. Pantas Ika menarik tangan Izzad,kuat hingga Izzad terduduk di sebelahnya. "Ika acah jer!" Ika tergelak. "Pandai ye nak kenakan orang!" Izzad menjeling. "Ika seronok tinggak di sni?" Izzad memandang Ika. "Seronok. Suasana di sini tenang dan damai. Lupa segala masalah!" "Ika ada masalah?" Izzad ingin mendalami hati kecil Ika. "Setiap orang tak lari dari masalah Iz. Cuma kita perlu pandai mencari jalan untuk menyelesaikannya!" "Kerana itu Ika pergi ke disko?" Ika membuang pandang ke depan.Wajahnya jelas nampak muram. "Mungkin Iz pikir Ika selalu ke sana. Sebenarnya Ika pernah ikut kawan kelas ke sana sekali. Ika rasa tempat tu tak sesuai untuk Ika. Ika tak ke sana lagi selepas itu tapi hari tu Ika rasa tertekan sangat...tak tahulah kuasa apa yang menarik Ika ke sana!" Ika menghurai perkara sebenar kepada Izzad. Izzad tekun mendengar. "Imran...dia tak call Ika?" Izzad seolah-olah dapat meneka punca sebenar masalah Ika. ~ bersambung ~