Aku Punya Tesco

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aku Punya Tesco as PDF for free.

More details

  • Words: 2,123
  • Pages: 6
Tumpuan Tempatan Tesco Tesco yakin dan percaya terhadap hubungan perniagaan dengan syarikat syarikat tempatan, pihak kerajaan, pihak berkuasa serta pembekal. Hubungan erat ini telah dijalinkan di dalam semua operasi Tesco di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kerjasama seperti ini adalah penting bagi menjana strategi yang dibentuk oleh Tesco iaitu untuk menggabungkan pendekatan peruncitan bertaraf dunia dengan tumpuan tempatan di Malaysia. Tesco berhasrat untuk memaksimakan kebaikan serta peluang yang ada di dalam sumber tempatan. Di antara langkah - langkah penting yang telah diambil termasuklah : •

Bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi membangunkan Pak Komunikasi Tatacara Pembekal kepada pembekalpembekal berpotensi.



Menganjurkan seminar, bengkel dan secara proaktif membantu industri kecil dan sederhana untuk membekalkan produk-produk mereka kepada hypermarket seperti Tesco.



Membangunkan serta membantu pembekal tempatan untuk membekalkan produk berjenama Tesco kepada Hypermaket Tesco, tempatan mahupun di luar negara.



Mewujudkan peluang peruncitan bagi perniagaan tempatan melalui ruangniaga yang boleh disewa sebagai contohnya, lot kedai, medan selera, kios sementara dan sebagainya.



Bekerjasama dengan kerajaan Negeri, FAMA (sebuah subsidiari di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani) bagi memaksimakan peluang mendapatkan sumber tempatan.



Mewujudkan peluang kepada perniagaan kecil dengan memperuntukkan 30 % ruang medan selera kepada pembekal Bumiputra.

DASAR PRIVASI LAMAN WEB TESCO Tesco begitu komited untuk melindungi privasi anda. Dasar Privasi ini menjelaskan amalan pemprosesan data kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan tidak bersyarat kepada termaterma Dasar ini. Dasar ini hanya terpakai kepada pengguna di Malaysia. Maklumat yang dikumpul Tesco mengumpul butir-butir yang diberikan oleh anda apabila anda mendaftar bersama-sama dengan maklumat yang kami ketahui tentang anda daripada penggunaan perkhidmatan kami oleh anda dan lawatan anda ke laman web kami. Kami boleh mengumpul maklumat tambahan berkenaan dengan penyertaan anda dalam sebarang promosi atau peraduan yang ditawarkan oleh kami dan maklumat yang anda berikan apabila memberikan maklum balas kepada kami. Kami juga memantau pola trafik pelanggan dan penggunaan laman yang membolehkan kami memperbaiki perkhidmatan yang kami berikan. Keselamatan dan Ketepatan Maklumat Sila ingat bahawa meskipun tiada sistem teknologi yang benar-benar selamat, Tesco telah berusaha mengambil semua langkah yang munasabah untuk menghalang dan mengurangkan risiko akses tidak dibenarkan kepada maklumat anda, penggunaannya secara tidak wajar dan ketidaktepatannya.

Anda hendaklah memastikan bahawa semua butir peribadi yang diberikan kepada Tesco adalah tepat semasa menghantarnya dan bahawa Tesco dimaklumkan dan dikemaskinikan tentang apa-apa perubahan dalam butir-butir peribadi anda. Jika anda percaya tidak kira apa sebabnya bahawa maklumat peribadi anda yang diberikan kepada Tesco tidak tepat atau anda ingin meminda dan mengesahkan semula maklumat peribadi anda, anda boleh berbuat demikian dengan menaip nama dan nombor kad pengenalan anda di muka surat pendaftaran. Penggunaan maklumat anda Tesco akan menggunakan maklumat anda untuk menyediakan dan menyesuaikan perkhidmatannya. Tesco juga akan menggunakan butir-butir hubungan anda untuk berkomunikasi dengan anda. Tesco boleh menggunakan maklumat anda untuk menghantar kepada anda tawaran dan berita tentang produk dan perkhidmatan Tesco yang dirasakan mungkin anda berminat untuk mengetahuinya. Tesco mungkin menghubungi anda melalui pos, e-mel atau telefon bagi tujuan ini. Sila ingat bahawa walau bagaimanapun, mungkin akan timbul keadaan di mana kami mungkin perlu berhubung dengan anda atas sebab-sebab pentadbiran atau pengendalian berkaitan dengan perkhidmatan kami. Pendedahan maklumat anda Maklumat anda hanya akan digunakan secara dalaman oleh Tesco. Tesco tidak akan mendedahkan atau memberikan data peribadi kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran anda, kecuali sebarang pewaris hakmilik kepada perniagaan kami yang diberikuasa atau dikehendaki oleh undang-undang. Kami juga mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat secara agregat (jadi pelanggan individu tidak akan dikenal pasti) bagi tujuan pemasaran, promosi, perkembangan strategik, penyelidikan dan khidmat pelanggan. Modifikasi Dasar Privasi Tesco merizab hak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu. Anda bertanggungjawab untuk menyemak Dasar Privasi ini secara tetap. Penggunaan berterusan Laman Web Tesco adalah merupakan persetujuan anda terhadap perubahan sedemikian.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT LAMAN WEB TESCO 1. Pemilikan Laman web ini ("Laman Web Tesco") dimiliki dan dikendalikan oleh Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd ("Tesco"). 2. Akses & Penggunaan Akses anda kepada Laman Web Tesco, dan penggunaan bahan yang terkandung dalam Laman Web Tesco adalah tertakluk kepada penerimaan dan pematuhan oleh anda terhadap terma, syarat, notis dan penafian yang terkandung dalam dokumen ini atau di mana-mana bahagian lain dalam Laman Web Tesco ("Terma-terma dan Syarat-syarat"). Dengan menggunakan Laman Web Tesco, anda bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 3. Pindaan Tesco merizab hak untuk meminda Terma-terma dan Syarat-syarat tanpa notis pada bila-bila masa. Penggunaan Laman Web Tesco kami oleh anda selepas perubahan sedemikian bererti anda bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat baru. 4. Pendaftaran

Untuk mendaftar dengan Laman Web Tesco, anda mesti berusia lebih daripada lapan belas (18) tahun. Anda mesti memastikan bahawa butir-butir yang diberikan oleh anda semasa mendaftar atau pada bilabila masa adalah betul dan lengkap. Anda mesti memaklumkan kami dengan serta-merta tentang sebarang perubahan pada maklumat yang anda berikan semasa mendaftar dengan mengemaskinikan butir-butir peribadi anda. 5. Maklumat Yang Dikumpul & Penggunaan Maklumat Tesco mengumpul butir-butir yang diberikan oleh anda semasa mendaftar bersama-sama dengan maklumat yang kami ketahui tentang anda daripada penggunaan perkhidmatan kami oleh anda dan lawatan anda ke Laman Web Tesco. Dengan menggunakan Laman Web Tesco, anda dengan nyata menerima dan memberikan kebenaran tidak bersyarat anda bahawa kami boleh menggunakan apa-apa maklumat dan/atau mendedahkan maklumat tentang demografi anda dalam apa-apa cara yang tidak mendedahkan identiti anda bagi tujuan pemasaran, promosi, perkembangan strategik, penyelidikan dan khidmat pelanggan. 6. Terma-terma dan Syarat-syarat Standard eCoupon (Peruntukan ini terpakai sekiranya eCoupon ada tersedia.) Penggunaan eCoupon oleh anda menandakan persetujuan anda untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat eCoupon ini. Tesco merizab hak untuk menarik balik atau membatalkan suatu eCoupon atas apa-apa sebab pada bila-bila masa. Tesco tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pelanggan atau keluarga bagi sebarang kerugian kewangan berbangkit daripada keengganan, pembatalan atau penarikan balik mana-mana eCoupon atau jika mana-mana pelanggan atau keluarga gagal atau tidak dapat menggunakan eCoupon atas apa-apa sebab jua. 7. Keselamatan dan Fraud (Peruntukan ini terpakai sekiranya eCoupon ada tersedia.) Apabila anda menggunakan eCoupon anda menjamin kepada Tesco bahawa anda adalah penerima yang diberikuasa sewajarnya bagi eCoupon tersebut dan bahawa anda menggunakannya dengan niat baik. Jika anda menebus, cuba menebus atau menggalakkan penebusan eCoupon untuk mendapatkan diskaun terhadap mana anda atau pihak ketiga tidak berhak anda mungkin melakukan kesalahan sivil atau jenayah. Jika kami secara munasabah mempercayai bahawa sebarang eCoupon digunakan secara salah atau menyalahi undang-undang kami mungkin menolak atau membatalkan mana-mana eCoupon dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan terhadap kami bagi sebarang penolakan atau pembatalan. Tesco merizab hak untuk memgambil sebarang tindakan lanjut yang dianggapnya suaimanfaat dalam keadaan sedemikian. 8. Harta Intelek Kandungan Laman Web Tesco dilindung oleh hak cipta, cap dagang, pangkalan data dan hak-hak harta intelek lain. Anda boleh mendapatkan kembali dan mempamerkan kandungan Laman Web Tesco di atas skrin komputer, menyimpan kandungan sedemikian dalam bentuk elektronik di dalam disk (tetapi bukan dalam mana-mana pelayan atau peranti simpanan lain yang bersambung kepada rangkaian) atau

mencetak sesalinan kandungan sedemikian bagi kegunaan peribadi anda yang bukan secara komersil, dengan syarat anda mengekalkan supaya tidak terjejas semua dan sebarang notis hakcipta dan keempunyaan. Sebaliknya anda tidak boleh menghasilkan semula, memodifikasi, menyalin atau mengedarkan atau menggunakan bagi tujuan komersil mana-mana bahan atau kandungan di Laman Web Tesco tanpa kebenaran bertulis daripada Laman Web Tesco. Tidak ada lesen diberikan kepada anda dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini untuk menggunakan sebarang cap dagang Tesco. 9. Batasan Anda tidak boleh menggunakan Laman Web Tesco bagi mana-mana tujuan berikut: •

menyebarkan sebarang bahan yang menyalahi undang-undang, mengganggu, mengandungi libel, mengandungi bahasa kesat, mengugut, berbahaya, kasar, lucah, atau sebaliknya menjelikkan;



menghantar bahan yang menggalakkan kelakuan yang merupakan kesalahan jenayah, mengakibatkan liabiliti sivil atau sebaliknya memungkiri mana-mana undang-undang, peraturan atau tatatertib amalan yang relevan;



mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada sistem komputer lain;



mengganggu penggunaan atau penikmatan Laman Web Tesco oleh mana-mana orang lain;



memungkiri mana-mana undang-undang yang melibatkan penggunaan rangkaian telekomunikasi awam;



membuat, menghantar atau menyimpan salinan elektronik bahan yang dilindung oleh hak cipta tanpa kebenaran pemiliknya.

Anda akan menanggung rugi kami terhadap semua kerugian, liabiliti, kos dan perbelanjaan yang secara munasabah dialami atau ditanggung oleh kami, semua gantirugi yang diawad terhadap kami di bawah sebarang penghakiman oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten dan semua jumlah penyelesaian yang dibayar oleh kami akibat daripada sebarang penyelesaian yang dipersetujui oleh kami berbangkit daripada atau berhubung dengan: •

sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa penggunaan Laman Web Tesco oleh anda adalah memfitnah, menyakitkan hati atau kesat, atau bersifat lucah atau pornografi, atau menyalahi undang-undang atau merupakan kemungkiran sebarang undang-undang, peraturan atau tatatertib amalan yang terpakai;



sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa penggunaan Laman Web Tesco oleh anda melanggar hak cipta pihak ketiga tersebut atau hak harta intelek lain pihak ketiga tersebut tidak kira apa sifatnya; dan



sebarang denda atau penalti yang dikenakan oleh sebarang badan atau pihak berkuasa kawal selia, pengiklanan atau perdagangan berhubung dengan penggunaan Laman Web Tesco oleh anda.

10. Adanya Laman Web Tesco Meskipun matlamat Laman Web Tesco ialah untuk menawarkan anda perkhidmatan terbaik mungkin, Laman Web Tesco tidak berjanji bahawa perkhidmatan di Laman Web Tesco akan memenuhi keperluan anda. Laman Web Tesco tidak dapat menjamin bahawa perkhidmatan tersebut bebas daripada kerosakan. Sekiranya kerosakan berlaku dalam perkhidmatan tersebut anda patut melaporkannya melalui e-mel di [email protected] dan kami akan cuba memperbaiki kerosakan tersebut secepat mungkin. Akses anda kepada Laman Web Tesco mungkin kadang kala dibataskan untuk membolehkan kami melakukan pembaikian, penyenggaraan atau untuk memperkenalkan kemudahan atau perkhidmatan baru. Laman Web Tesco akan cuba memulihkan perkhidmatan secepat mungkin.

11. Hak Laman Web Tesco untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran anda Laman Web Tesco boleh menggantung atau membatalkan pendaftaran anda dengan serta merta menurut budi bicara munasabah kami atau jika anda memungkiri mana-mana obligasi anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Anda boleh membatalkan perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memaklumkan kami secara bertulis. Jika anda berbuat demikian, anda mesti berhenti menggunakan Laman Web Tesco. Penggantungan atau pembatalan pendaftaran anda dan hak anda untuk menggunakan Laman Web Tesco tidak akan menjejaskan hak atau liabiliti mana-mana pihak. Perenggan 8, 9 dan 12 dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan terus berkuatkuasa meskipun berlaku pembatalan. 12. Liabiliti Laman Web Tesco Laman Web Tesco disediakan oleh Tesco tanpa sebarang waranti atau jaminan tidak kira apa sifatnya sama ada secara nyata atau tersirat, termasuk tanpa had, waranti tentang hakmilik atau waranti tersirat tentang kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan khusus. Anda mesti menanggung risiko berhubung dengan penggunaan Internet. Tesco akan memastikan bahawa maklumat atau bahan yang dimasukkan dalam Laman Web Tesco adalah betul, bereputasi baik dan bermutu tinggi. Tesco tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kesilapan atau peninggalan atau bagi hasil yang diperolehi daripada penggunaan maklumat atau bagi sebarang masalah teknikal yang mungkin anda alami dengan Laman Web Tesco. Jika Tesco dimaklumkan tentang sebarang ketidaktepatan dalam maklumat atau bahan di Laman Web Tesco , Tesco akan cuba membetulkan ketidaktepatan tersebut secepat mungkin. Khususnya, Tesco menafikan semua liabiliti berhubung dengan perkara berikut: •

ketakserasian Laman Web Tesco dengan mana-mana peralatan, perisian atau pautan telekomunikasi anda;



masalah teknikal termasuk kesilapan atau gangguan pada Laman Web Tesco;



ketaksesuaian, ketidakbolehpercayaan atau ketidaktepatan Laman Web Tesco;



kekurangan Laman Web Tesco untuk memenuhi kehendak anda.

Sehingga takat penuh yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda /atau mana-mana pihak ketiga bagi sebarang gantirugi berbangkit atau sampingan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian hasil, kerugian keuntungan, kerugian simpanan yang dijangka, perbelanjaan yang membazir, kehilangan privasi dan kehilangan data) atau sebarang gantirugi tidak langsung, khas atau punitif lain pun jua yang berbangkit daripada atau berkait dengan Laman Web Tesco. 13. Undang-undang Terpakai Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian akan diselesaikan secara eksklusif oleh Mahkamah Malaysia. 14. Penggunaan Antarabangsa Tesco tidak berjanji bahawa bahan di Laman Web Tesco adalah sesuai atau ada tersedia untuk digunakan di lokasi di luar Malaysia, dan mengakses Laman Web Tesco daripada wilayah di mana kandungannya menyalahi undang-undang atau salah adalah dilarang. Jika anda memilih untuk mengakses laman ini daripada lokasi di luar Malaysia, anda berbuat demikian menurut inisiatif anda

sendiri dan adalah bertanggungjawab bagi pematuhan dengan undang-undang tempatan. 15. Pelbagai Anda tidak boleh menyerah hak, melesenkan ('sub-license') atau sebaliknya memindahkan mana-mana hak anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Jika sebarang peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini didapati tidak sah oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidangkuasa kompeten, ketaksahan peruntukan itu tidak akan menjejaskan kesahan peruntukan selainnya dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini, yang akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. Jika anda memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan Laman Web Tesco tidak mengendahkan perkara ini, Tesco masih berhak menggunakan hak dan remedinya pada tarikh selepasnya atau dalam mana-mana keadaan lain apabila anda memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Tesco tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kemungkiran Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang diakibatkan oleh keadaan di luar kawalannya.

Related Documents

Aku Punya Tesco
November 2019 5
Tesco
November 2019 24
Tesco
October 2019 21
Tesco
November 2019 17
Aku
June 2020 38