Aku Janji Selamanya

  • Uploaded by: Natasha Rosli
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aku Janji Selamanya as PDF for free.

More details

  • Words: 2,331
  • Pages: 5
Aku Janji Selamanya ’Ya Allah! Sesaknya!’desisku dalam hati. Aku mula menarik nafas dengan perlahan-lahan. Kesesakan dalam ruang komuter itu sungguh menyeksa pernafasanku. Bermacam-macam bau berlarilari masuk ke dalam rongga hidungku. Ditambah pula dengan saiz tubuhku yang agak kecil menyukarkan lagi pernafasanku. Komuter mula bergerak. Badanku bergoyang-goyang. Aku berpegang pada tiang komuter supaya tidak terjatuh. Pegangan yang kejap menyakitkan jari-jemariku. Aku menghela nafas. Sekejap-sekejap aku mengeluh. Apabila komuter sampai di stesen Subang Jaya, ramai yang meluru keluar dari komuter. Ada beberapa tempat kosong di hadapanku. Cepat-cepat aku duduk. Aku mula melunjurkan kakiku. Lenguh kerana terpaksa berdiri makin kejap. ’Nasib aku dapat duduk. Kalau tidak..’ getusan hati kecilku terhenti apabila tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Kawanku, Ain menelefon. “Hello. Kenapa?“ aku terus bertanya. Aku tahu dia pasti lelah menunggu kedatanganku. “Kau dah sampai mana ni? Lambatnya.“ Ain mula merungut. “Sekejap lagi sampailah. Kau ni, sabarlah. Sabar itu kan separuh daripada iman,” aku bergurau. “Yalah. Aku tahu tapi engkau janji pukul 10.30. sekarang ni dah pukul berapa? Lambatlah engkau ni. Sebab nilah aku malas nak keluar dengan kau.“ Ain membebel. Aku memekakkan telinga. Memang salah aku pun. Aku yang bangun tidur lambat. Mama pula tidak mahu menghantarku ke stesen komuter. Malas katanya. Terpaksalah aku memaksa adikku Amar menghantarku ke stesen komuter. Itupun puas aku memujuk, memaksa dan tidak ketinggalan mengugut. “Dian! Dian! Kau dengar tak ni?“ Ain menjerit-jerit di corong telefon memanggil namaku. “Ya. Aku dengar. Dahlah tu Ain oi. Sekejap lagi aku sampai la.“ Aku cuba menenangkan hati Ain. “Yalah. Aku tunggu. Bye.” Ain mematikan talian tanpa sempat aku mengucapkan ‘bye’. Aku membuka dompetku yang berwarna ungu. Sekeping gambar terjatuh dari celah-celah wang yang berada di dalam dompet. Aku membongkokkan sedikit badanku supaya aku dapat mencapai gambar tadi yang jatuh di lantai komuter. Hatiku rasa sebak apabila memandang gambar itu. Gambar kenangan aku dengan kakakku. Ingatanku mula menerawang pada kakak yang hidup di rantauan. Lima tahun sudah berlalu, kakak tetap tidak mahu pulang sama ada pada musim perayaan mahupun upacara pengebumian. Kakak sebenarnya makan hati dengan mama. Bagi aku, tindakan kakak salah. Bukankah itu akan dikira sebagai anak derhaka? Sebenarnya, bukan kakak saja yang makan hati dengan mama malah aku dan Amar turut merasa apa yang kakak rasa. Cuma kami cuba kuat. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu meninggalkan mama. Aku mahu sentiasa berada di sisi mama. Walaupun mama pernah mengguris hatiku, aku tetap sayang mama. Bagiku mama bukanlah insan biasa kerana kalau mama insan biasa sudah pasti mama tidak akan bangkit melawan ketika dia dipermainkan oleh Uncle Zaidi. Uncle Zaidi ialah bekas ayah tiriku. Dia 6 tahun lebih muda dari mama. Dia telah menggelapkan wang syarikat mama dan lesap begitu sahaja. Perniagaan mama hampir musnah. Nasib baik papa membantu. Kalau tidak, apalah yang akan jadi pada syarikat mama yang merupakan sebahagian dari hidupnya. Tindakan mama berkahwin dengan Uncle Zaidi itulah yang mengguris hati kakak. Kakak sudah cukup sedih apabila mama dan papa bercerai. Kesedihannya berlarutan apabila mama bercadang untuk berkahwin dengan Uncle Zaidi. Kakak sudah cuba menentang habis-habisan tetapi mama tetap berkeras. Masih kuingat bagaimana kecohnya rumah kami apabila kakak bergaduh dengan mama. Kadang-kadang terdengar bunyi kaca pecah diiringi dengan tangisan dan jeritan yang memecah keheningan malam. Aku dan Amar tidak masuk campur. Kami hanya bersendirian di dalam bilik.

Tiba-tiba Amar masuk ke dalam bilikku dengan linangan air mata. Hidungnya merah. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Aku memeluk Amar. Aku memujuknya dan menenangkannya. Aku memberitahunya bahawa pergaduhan ini tidak lama. Keadaan ini pasti akan pulih. Namun ternyata sangkaanku meleset. Kakak menerima tawaran untuk belajar di luar negara dan tidak mahu pulang lagi. “Stesen KL Sentral! Stesen KL Sentral!“ pengumuman tersebut mematahkan lamunanku. Aku bangun dan menuju ke kaunter tiket. Setelah membeli tiket aku menuju ke Platform 6. Semua penumpang yang menuju ke Mid Valley akan menunggu komuter disitu. Nasibku baik kerana sampai sahaja aku di Platform 6, komuter yang menuju ke Mid Valley sudah sampai. Setelah 10 minit, aku sudah menjejakkan kaki ke Mid Valley. Aku terus menuju ke panggung wayang dimana Ain menungguku. Setelah bersesak-sesak barulah aku berjumpa Ain. Ain menarik muka masam lalu aku pun memujuknya. Aku dan Ain berjalan masuk ke dalam panggung wayang untuk menonton video yang ditayangkan. ***************** “Kenapa kau lambat tadi?“ tanya Ain. Aku cuma tersengih. Malas mahu menjawab. Aku terus menikmati hidangan yang kubeli dengan Ain tadi. “Hei, kau dengar tak ni?!“ Ain meninggikan sedikit suaranya. Aku mengangguk saja. Aku terus makan tanpa mempedulikan Ain. “Dian, kau nak tahu tak? Aku ada surprise untuk kau.“ Aku yang sedang asyik makan terus terhenti. “Surprise apa? Kau nak belanja aku shopping ke hari ni?” aku tersengih. “Amboi, banyak duit aku! Sepatutnya kau yang belanja aku. Apa fasal pula aku yang kena belanja kau?“ Ain mencebik. Aku tergelak. “Kau kan baik.“ Aku cuba membodek. “Dah la kau ni. Dia dah datang la.“ Ain membuatkan aku makin tertanya-tanya. “Siapa?” Aku cuba mencari jawapan di wajah Ain. “Shh.. diamlah. Bising je.” Aku menarik muka. Aku terus makan tanpa menghiraukan Ain yang sibuk tersenyum kepada seseorang. Sangkaku Ain ingin mengurat. “Assalamualaikum.“ Suara garau tersebut berlumba masuk ke dalam corang telingaku. Aku menoleh sambil menjawab salamnya. Dia senyum kepada aku dan Ain. Dia menarik kerusi di sebelah Ain. Aku bertambah pelik. Aku memandang Ain dengan harapan dia memberitahuku siapa lelaki yang duduk di sebelahnya. “Nilah surprise yang aku kata tu.“ Dahiku berkerut. “Ni sepupu aku Iman. Dia baru balik dari Mesir. Study kat sana. Sekarang ni dah habis study. Dia boring duduk kat rumah. So apa salahnya aku ajak dia keluar sekali.“ “Oh, lain kali cakaplah.“ Aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengan Iman. Iman cuma menggeleng perlahan sambil tersenyum. Aku menarik balik tanganku. Aku perasan perubahan pada wajahku. Kelat. “Saya Dian.“ Aku memperkenalkan diri kepada Iman. “Iman. Abang harap Dian tak kisah abang join Dian dengan Ain hari ni.“ Aku menggeleng sambil tersenyum. “Abang Iman tinggal kat mana?“ aku cuba untuk beramah. Aku tidak mahu dikatakan hidung tinggi. “Panggil Abang Im aje la. Abang tinggal kat Damansara. Dian?“ “Shah Alam.“ Aku menjawab. Tiba-tiba Ain bangun. “Dian, Abang Im, aku nak pergi tandas la.“ Ain meminta izin. Aku dan Abang Iman cuma mengangguk. Ain cepat-cepat meninggalkan kami. “Abang Im dah makan ke?“

“Dah.“ Jawabnya ringkas. “Jom jalan-jalan.“ Ajakku. Abang Iman mengangguk. ****************** Hari demi hari berlalu. Makin lama aku dengan Abang Iman makin rapat. Sikap Abang Iman yang peramah menyelesakanku. Kami berbual tentang banyak perkara. Tentang pembelajarannya di Mesir, keluarganya malah aku pernah menceritakan perihal keluargaku kepadanya. Ternyata Abang Iman seorang pendengar yang baik. Dia bukan sahaja menasihatiku malah menunjukkan usaha-usaha yang patut aku lakukan supaya keadaan ini tidak berterusan. Antaranya, Abang Iman menyuruh aku membuat solat hajat iaitu solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat. Dengan jujur aku memberitahu kepada Abang Iman bahawa aku tidak tahu untuk bersolat. Aku tidak pernah diajar untuk solat. Dengan rela hati, Abang Iman mengajarku solat. Bukan itu saja, kadang- kadang Abang Iman memberiku ceramah percuma. Pernah suatu hari Abang Iman menegurku. “Rambut Dian cantik sangat.“ Pujinya. Aku tersipu malu. Ketika itu aku dan Ain keluar bersama dengan Abang Iman di One Utama. “Pandai Dian jaga.“ Pujinya lagi. Berbakul pujiannya hari ini. “Tapi lagi cantik kalau Dian tunjukkan rambut Dian hanya kepada yang berhak.“ Tegurnya lembut. Meskipun tegurannya itu halus, ia terus sampai di hatiku. Menusuk jiwaku yang sudah lama kosong. Aku cuma menunduk. Perasaanku berbaur. Bercampur dengan kesedaran bahawa aku telah lama melupakan agamaku, Islam. Bukan aku saja yang telah lama meninggalkan Islam, mama dan Amar juga sudah lama melupakan Islam. “Abang Im..” suara Ain mengeras. Mataku terasa panas. Ya, aku marah. Tapi aku tidak marah akan Abang Iman. Aku marah akan diriku kerana melupakan Islam. Mengapa aku lupa pada Dia? Sedangkan dia yang banyak membantu aku. Aku sebak. Air mata sudah mula menitis tapi aku cepat-cepat menyekanya. Lantas aku meminta diri untuk pulang. Di rumah, aku fikir dalam-dalam akan teguran Abang Iman tadi. Ya, bukankah menutup aurat itu juga salah satu daripada tuntutan yang sudah termaktub dalm hukum agama Islam? Aku bertekad untuk cuba memenuhi tuntutan tersebut. Aku pasangkan azam dalam hati. Aku mahu jadi muslimah yang sempurna. Aku mahu mendapat keredaanNya. ****************** Aku berjalan-jalan di deretan kedai di Jalan Tun Abdul Razak. Berhelai-helai tudung aku beli untuk dipakai. Bermacam-macam warna dan fesyen aku pilih. Malah, pelbagai bentuk kerongsang aku beli untuk dipinkan di tudung-tudung tersebut. Sebelum itu, aku telah meminta pendapat seorang ustazah yang tinggal berdekatan dengan rumahku. Dia merasa gembira dan bersyukur kerana aku mahu berubah. Dia mengajarku tentang hukum-hakam agama Islam dan amalan yang selama ini aku lupa. “Allah menerima taubat hamba-hambanya. Dia Maha Pengampun. Alhamdulillah dia beri petunjuk kepada Dian. Betul ni Dian nak berubah?” kata Ustazah Salma. Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengangguk. Air mataku jatuh lagi. ******************* “Dian! Nak pergi mana tu?“ tanya mama dengan wajah berkerut. Amar yang berada di sebelah mama hanya tersengih. “Dian nak keluar mama.“ Jawabku lembut. “Pergi mana pakai macam ni? Dian nak pergi masjid ke?“ kata mama seolah-olah mempersendakan penampilan baruku. “Dian nak pergi belajar agama di rumah Ustazah Salma.“ Aku masih berlembut. Tidak mahu dikatakan anak derhaka.

“Apa? Belajar agama?!“ wajah mama berubah. Kerutan di dahinya jelas kelihatan. Amar yang dari tadi tersengih-sengih tergamam mendengarkan niatku tadi. \ “Ya. Mama..Dian nak minta maaf kalau apa yang cakap ni buat mama marah.“ Suaraku lembut dan perlahan. Kupegang tangan mama erat-erat. Jari-jemarinya yang lembut itu kuelus perlahan. “Dian tak sanggup lagi hidup macam ni, mama. Selama ni kita hidup dalam dosa. Jomlah kita bertaubat.” Ajakku perlahan. “Mama, Dian dah tak ada siapa-siapa dalam hidup ni. Dian hanya ada mama, Amar..” ayatku terhenti. Niatku untuk menyebut nama kakak terbantut. Air mataku mengalir. Kulihat mama sudah tersedu-sedan. Aku memeluk mama erat. “Mama, Dian rindu kakak.” Kataku perlahan. Amar yang hanya memerhati dari tadi memeluk kami berdua. Aku dapat dengari tangisan Amar. ’Kakak, kami rindu sangat dengan kakak. Bila kakak nak balik?’rintihku dalam hati. ***************** Berbulan sudah aku tidak berjumpa dengan Abang Iman. Aku sibuk dengan kuliah, Abang Iman pula sibuk dengan kerjanya. Sejak peristiwa aku, mama dan Amar menangis bersama-sama, kulihat mama dan Amar sudah mula mendekati Islam kembali. Aku semakin gembira. Aku sangat berterima kasih kepada Abang Imran yang telah menyedarkan aku, Ustazah Salma yang telah membimbing aku dan keluargaku ke pangkal jalan. Hari ini, aku, Ain dan Abang Iman berjanji untuk berjumpa di Sunway Pyramid. Aku sudah lama sampai tapi kelibat Ain dan Abang Im masih belum kelihatan. Aku mula resah kerana mereka sudah lewat satu jam daripada waktu yang dijanjikan untuk bertemu. Berkali-kali aku menelefon mereka tetapi telefon bimbit mereka dimatikan. Waktu berjalan laju. Sudah dua jam setengah mereka masih tidak muncul, menelefon pun tidak. Aku mengambil keputusan untuk pulang. Keesekon paginya, ketika sarapan pagi di meja makan, mama menegurku sambil meletakkan surat khabar di meja makan. Aku mengajak mama untuk bersarapan denganku tapi mama menolak dengan baik. Katanya, sudah lambat ke pejabat. Aku cuma tersenyum mengangguk. Mataku menghantar mama ke pintu. Aku kagum dengan mama. Penampilan barunya langsung tidak mematahkan semangatnya untuk memajukan syarikatnya. Aku mencapai surat khabar yang ditinggalkan oleh mama. Aku tertarik akan tajuk utama akhbar tersebut.’MAUT DI JALAN RAYA’ Aku membaca isi beritanya. Aku tergamam apabila nama mangsa yang tertera ialah Siti Nurain binti Mokhtar dan Fazrul Iman bin Dahlan. Ya, mereka rakanku. Aku membaca nama tersebut berulang kali. Hati kecilku berdoa agar mereka selamat. aku terus menelefon mama untuk memaklumkan kepergianku ke hospital yang merawat Ain dan Abang Iman. Mama menawarkan diri untuk menghantarku. Aku bersetuju. ****************** Aku bersalaman dengan ahli keluarga Ain yang sudah lama mengenaliku. Aku mula merisik tentang Abang Iman. Berita yang kudengari sangat menyentak perasaanku. Kusangka Abang Iman selamat, rupa-rupanya Abang Iman telah dijemput untuk menghadapNya semalam. Wajahku tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tanpa kusedari air mataku mengalir. Kakiku rasa lemah. Aku memegang tangan mama kuat, erat. Mama memandangku dengan belas. Aku memeluk mama sambil menangis. Aku sayang Abang Iman. Ya, benar. Aku sayang Abang Iman. ’Mengapa orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku?!’hatiku menjerit. Pedih benar kurasakan. Aku cuba berselawat. Memohon ketenangan. Meminta supaya akidahku tidak terpesong. Aku bangun dan menuju ke cermin yng membolehkan aku melihat Ain dari luar. Tangannya dicucuk dengan jarum. Wayar-wayar berselirat di sekitar badannya. Kulihat nafasnya perlahan. Perlahan-lahan dia menuturkan sesuatu kepada ibunya. Ibu Ain, Puan Juriah mengangguk perlahan-lahan sambil mengesat air matanya. Puan Juriah yang berada di dalam wad tersebut keluar dan membisikkan sesuatu di telingaku. Air mataku berderai-derai jatuh. Aku berdoa supaya Ain tidak meninggalkanku sepertimana Abang Iman meninggalkanku. Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam wad. Aku dapat lihat senyuman kecil terukir di wajah Ain. Aku duduk di sebelahnya. “Di..an..“panggilnya dengan tersekat-sekat. Ada setitik air mata mengalir keluar dari tubir matanya. Aku mengangguk menandakan aku mendengarnya.

“A..ku.. de..ngan.. Aba..ng I..m sa..ya…ng kau.” Air mataku sudah mengalir laju. Bahuku terhinggut-hinggut. “So..rry.. sebab tak da..pat jum..pa.. har..i t..u..” nafas Ain tersekat-sekat. Air matanya mengalir laju. Aku makin pilu. Doaku masih tidak putus. “Aba..ng I..m sa..yang ka..u..” pernyataan tersebut membuatkan aku terkedu. Aku menangis dengan lebih kuat. “Ain..jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau, Ain! Semalam Abang Im dah tinggalkan aku. Kau jangan pergi Ain.“ Aku memegang tangan Ain erat seakan-akan tidak mahu berpisah dengan Ain. “A..ku.. ta..k bo..leh.. la..ma. Di..a d..ah t..unggu..“kemudian Ain mengucapkan syahadah. Sejurus selepas itu, aku merasakan pegangan Ain kendur. Pernafasannya terhenti. Matanya terpejam rapat. Aku menangis dengan lebih kuat. Ahli keluarga Ain sudah menerpa masuk ke dalam wad. Mama cuba menenangkanku tapi tangisanku seakan-akan tidak mahu berhenti. ******************** Perlahan kualunkan bacaan Yaasin untuk arwah Abang Im dan Ain. Sekejap-sekejap air mataku mengalir. Usai membaca surah Yaasin, aku bangun dari tempat dudukku. Perlahan-lahan kakiku melangkah meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Tanganku dipegang erat. Aku menoleh. Kakak tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Ya, inilah kakakku. Aku bersyukur kerana seminggu selepas Ain meninggal dunia, tiba-tiba kakak muncul di hadapan rumah. Kami sekeluarga sangat bersyukur dengan kepulangan kakak. Mama dan kakak sudah pun berbaik-baik malah makin rapat. Ternyata pemergian kakak dikesali dan sesungguhnya tiada apa yang mampu memisahkan ikatan keluarga. Kata orang, air dicincang takkan putus. “Dahlah Dian. Jangan sedih-sedih lagi ya. Kakak tak suka la tengok Dian sedih macam ni.“ Pujukan kakak menguatkanku. ’Abang Im, Ain..Dian janji takkan tinggalkan Allah lagi.’ Janjiku dalam hati.

Related Documents


More Documents from ""

Aku Janji Selamanya
May 2020 10
Bases De Datos Teoria 7.pdf
December 2019 33
Natasha.pdf
December 2019 29