Akauntabiliti Dan Refleksi

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Akauntabiliti Dan Refleksi as PDF for free.

More details

  • Words: 2,457
  • Pages: 51
AKAUNTABILITI DAN REFLEKSI

AHMAD SUKRI BIN MUSTAFFA IPGM Kampus Darulaman

Secebis Renungan ‫• حاسب أنفسكم قبل أن تاسب‬ •



Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan oleh Allah swt

‫• إنا بعثت معلما‬

• •

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menjadi seorang guru

• Islam merangkumi akidah, ibadah, negara, bangsa, toleransi, kuasa, rohani, jasmani, pengetahuan dan undang-undang. Pegangan Islam yang ada pada seorang Muslim menuntutnya mengambil berat terhadap masalah umat Islam. Orang yang tidak pernah mengambil berat akan masalah umat Islam tidak dianggap sebagai orang Islam. Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah, di mana fungsinya untuk ta`at, patuh dan mengimarahkan bumi Allah I ini merupakan satu amanah dan kepercayaan Allah I yang mesti dilaksanakan seluruhnya. Seluruh tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang telah menunaikan amanahnya kepada Allah.

Definisi • Ø Akauntabiliti Sikap bertanggungjawab yang mendalam, jujur, telus dan amanah. Boleh jadi makna yang hampir sama dengan akauntabiliti ialah muhasabah. Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, muhasabah membawa maksud perbuatan menilai, meninjau perasaan (fikiran, pendirian) diri sendiri. Bermuhasabah pula bererti membuat penilaian terhadap diri sendiri.

• Al-Baghawi berkata: “Yakni pada hari pertanyaan.” Mujahid pula berkata: “Makananya ialah keputusan dan hari keadilan.” Sedangkan kebanyakan `ulama’ tafsir berkata: “Dikehendaki dengannya adalah timbangan segala amalan dengan mizan iaitu sejenis neraca.

Apa dia Akauntabiliti? • Pengasingan antara kuasa dan tanggungjawab • “ Public Interest” • “ Public Accountability” • “ Money Accountability” Pertanggungjawaban ke atas sesuatu yang diamanahkan – MEWUJUDKAN KOMITMEN DIRI

KOMPONEN AKAUNTABILITI • AKAUNTABILITI KEWANGAN • AKAUNTABILITI UNDANG-UNDANG • AKAUNTABILITI AWAM • AKAUNTABILITI POLITIK

AKAUNTABILITI BERSAMA • KEMAJUAN BERSAMA • TANGGUNGJAWAB BERSAMA • PENCAPAIAN OBJEKTIF BERSAMA • TANGGUNGJAWAB DALAMAN DAN LUARAN

AKAUNTABILITI DALAM ALQURAN

1. Tanggungjawab Kepada keluarga  

   



    

  

  



   

 

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan dirimu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatanmu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

• Sabda Rasulullah saw: ِ‫ع ّيتِه‬ ِ َ‫س ُؤوْلٌ عنْ ر‬ ْ َ‫كُلّكُمْ رَاعٍ و ُكّلكُمْ م‬. Maksudnya: Setiap di antara kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.

.

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari

2. Tanggungjawab Kepada masyarakat dan negara • Imam al-Syahid Hasan al-Banna melalui kitabnya Majmu`ah al-Rasa’il berkata: “Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah cintakan tanah air, rasa kasih dan rindu atau seumpamanya, perasaan ini sememangnya sedia tertanam dalam fitrah manusia dan betepatan

• Surah al-Muddathir: Ayat 38.    

• Maksudnya: Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,



3. Amanah akan dipersolaknan    



Mufassir berkata: “Setiap individu memikul masalah dan tanggungjawab dirinya sendiri. Setiap orang boleh meletakkan dirinya di mana dia suka, sama ada hendak meletakkannya di tempat yang maju atau mundur, sama ada dia mahu memuliakan dirinya atau menghinakannya. Dia tetap terikat dan bertanggungjawab terhadap perbuatan yang telah dilakukannya. Allah I telah menerangkan kepada manusia jalan yang diredhai-Nya supaya mereka mengikutinya dengan penuh kesedaran dan hati-hati. Allah I membuat pengumuman supaya manusia meneliti pemandangan Neraka Saqar yang

4. Setiap peringkat jawatan dan kedudukan ada tanggungjawab tersendiri mengikut kategori masing-masing. 

   

 









  

      

  

   



 Dan Dialah yang menjadikanmu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak mengujimu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

HUBUNGAN AKAUNTABLITI DENGAN HARI PEMBALASAN

1. Tanggungjawab menunaikan amanah. 

  

 

  



       

 

      

 

   

    

 

   

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

• Syed Qutub berkata: Inilah tugastugas kelompok Muslimin dan inilah akhlak mereka, iaitu menunaikan amanah-amanah dan tanggungjawab-tanggungjawab kepada orang-orang yang berhak menerimanya dan menjalankan pengadilan di antara manusia dengan adil mengikut peraturan Allah SWT dan pengajarannya.

2. Khianat merupakan jenayah dan melanggar etika. 



 

 

 

 



Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanahamanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).





   

 

• Pecah amanah atau khianat boleh menyebabkan kefasadan dan boleh juga dimaksudkan dengan pecah rahsia seseorang yang anda percayakannya adalah suatu pekerti buruk yang harus dibasmi dari dalam diri. Kelakuan ini timbul disebabkan jahil akan akibat kesudahannya, baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia dia dapat menimbulkan permusuhan orang yang dikhianatinya, dan dia akan menjadi marah, tidak dikembalikan bila dituntut; ataupun jika rahsianya dibocorkan kepada orang lain padahal dia amat mempercayaimu.

3. Setiap anggota tujuh dipertanggungjawabkan terhadap perbuatan yang dilakukan.  







 



  

  



Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

 

 

 

4. Tanggungjawab perlu dipikul sendiri.  

 

    



  

      

 

 

 

       

   

 

  

  

    

  

 

   

  



  

 

  

   



 

 



• Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

5. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab akan menyusahkan diri sendiri.           

 



Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan pulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.

  



6. Pahala dan dosa mengikut amalan manusia. 

   

 

 

  

   

 

  

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

7. Galakan akauntabiliti dengan kejayaan di dunia dan janji syurga di akhirat.  



   

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.





  



Surah Ali-`Imran: Ayat 198

 

   



  

    

     



    

Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) daripada Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang ta`at dan banyak berbuat kebajikan).

8. Amaran pecah amanah (penyelewengan) dengan kegagalan organisasi di dunia dan janji neraka di akhirat.



• Ali-`Imran: Ayat 161. 



 

 





 

 

     

   



Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

9. Nikmat dan ganjaran kepada ahli syurga (orang yang menjalankan tanggungjawab).   

 

  

 

 

 

Mereka bergembira dengan balasan nikmat daripada Allah dan limpah kurnia-Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman

Apa dia Refleksi? Refleksi merujuk kepada gambar atau bayangan dalam cermin, pembalikan, renungan, kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan. Kamus Dewan

What is reflection in the teaching context?

• Knowles, J.G., Cole, A. L dan Presswood, C.S ( 1994 ) state that: “ Reflection in the teaching context refers to the process of inquiring any habit/ behavoiur critically and continuously refining it.”

Dew ey (1975) Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh-sungguh terhadap kepercayaan atau sesuatu yang didakwa sebagai pengetahuan, berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu

Richard, J.C Refleksi merujuk kepada aktiviti atau proses yang melibatkan sesuatu pengalaman dikutip, diberi pertimbangan dan dinilai untuk sesuatu tujuan.

RUMUSAN

Refleksi merupakan usaha penuh sedar seseorang individu memaknakan pengalamannya ke arah membantu meningkatkan celik akal mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang melibatkan proses merenung, menganalisis, membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan dan tindakan untuk membaiki diri.

Proses P eni laian Kend ir i •Pengalaman / Peristiwa

(Pengajaran Pembelajara n •Perlakuan •Idea •Perasaan

Mengimbas kembali Pengalaman Peristiwa

Perspektif Baru/

Dan Bertindak balas kepada pengalaman

-Sikap

Perubaha n -Perlakua n -Kesediaa n berubah

Pengalaman atau peristiwa • Perlakuan pengajaran • Gerak balas, tindakan,perlakuan dan kefahaman murid

Imbas Kembali Pengalaman Imbas kembali episod pengajaran tanpa penjelasan/penilaian Meneliti maklumat-maklumat oleh rakan sebaya, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing

Bertindak Balas kepada Pengalaman/Peristiwa Gp memperinci pengalaman pengajaran Menyoal diri mengenai peristiwa tersebut Menilai peristiwa berdasarkan objektif - untuk itu: gp guna pengetahuan teori indikator pengajaran berkesan

Soalan-soalan refleksi

• Apakah perasaan saya tentang pengajaran yang baru lepas? • Sejauh manakah objektif tercapai? • Apakah contoh-contoh lain yang boleh membantu pembelajaran lebih berkesan? • Apakah perkara-perkara yang patut saya lakukan supaya dapat menarik dan mengekalkan minat murid?

Pembelajaran • Matlamat dan objektif pendidikan • Mata pelajaran diajar • Sifat, tingkah laku dan pembelajaran murid • Sumber pengajaran yang digunakan • Proses pedagogi yang diamalkan • Kebolehan, kelebihan, kekuatan dan batasan diri.

Elemen Penulisan Reflektif • Peristiwa/Pengalaman • Bisikan Hati • Persepsi dan Falsafah diri ke atas Peristiwa/Pengalaman • Kefahaman/Kesedaran Baru • Cadangan untuk Memperbaiki • Rancangan Tindakan akan Datang

Penilaian Kendiri Guru Pelatih Pengajaran Bahasa Melayu ini dijalankan di Tingkatan 4 (C)- sebuah kelas yang dikategorikan kelas lemah. Saya telah cuba menyesuaikan pengajaran saya ini dengan tahap kebolehan pelajar, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh guru tingkatan ini. Pada keseluruhannya saya kurang berpuas hati dengan pengajaran saya hari ini. Objektif pengajaran tidak tercapai sepenuhnya. Kebanyakan pelajar pasif dan ada yang tidak memberikan perhatian kepada pengajaran saya walaupun saya tahu mereka adalah pelajar yang sangat lemah. Saya telah cuba melibatkan mereka dengan menyoal mereka, mengarahkan mereka memberi perhatian serta memberi perhatian kepada mereka semasa membuat latihan dalam kelas; keadaannya tidak banyak berubah. Bagi saya memupuk minat pelajar dan menjadikan mereka terlibat secara aktif perkara mudah. Masa saya membuat pemerhatian guru pembimbing, saya lihat pelajar-pelajar aktif dan memberi perhatian kepada pengajaran guru. Keadaan yang saya alami ini mungkin kerana saya kurang mesra dengan pelajar berbanding guru pembimbing. Mungkin juga pengajaran saya kurang berkesan. Mungkin contoh-contoh yang saya berikan, persembahan isi pelajaran yang saya gunakan sukar difahami oleh kumpulan pelajar lemah. Saya rasa saya perlu memberikan contoh-contoh yang lebih banyak, memberikan bimbingan secara peribadi dan memberikan sedikit masa kepada mereka melaksanakan latihan yang diberi.



Saya bercadang untuk berbincang perkara ini dengan guru pembimbing saya dan pensyarah pembimbing. Melalui perbincangan ini mungkin saya mendapat bimbingan bagaimana membina contoh-contoh yang memudahkan pembelajaran pelajar, menggunakan aktiviti yang lebih menarik dan kalau perlu menyediakan sumber pembelajaran yang berbeza untuk kumpulan pelajar yang lemah ini.



Pertemuan saya dengan guru pembimbing akan dibuat sebelum saya masuk semula mengajar kelas ini pada Hari Selasa akan datang. Saya juga akan melaporkan perkara ini dan perkembangan-perkembangan yang berlaku selepas tindakan ini kepada Pensyarah Pembimbing saya dalam lawatannya yang akan datang.

Jenis Penulisan Reflektif

Penulisan Deskriptif Penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan mengenai sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan diri penulis – tidak bersifat reflektif.

• Refleksi deskriptif

Mengandungi penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa dan pengalaman secara jelas dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan-alasan terhadap perkara yang berlaku. Ia juga mempunyai ciri-ciri penerokaan terhadap kemungkinan yang sudah lepas dan akan datang.

Refleksi dialog

Penulisan refleksi yang mengandungi kata-kata bisikan hati penulis kepada peristiwa yang sedang direnungkan. Penulisan ini dapat dilihat dengan mudah bila penulis menyoal dan menjawab persoalan yang difikirkan. Ia seakan-akan berbincang dengan diri sendiri. Pernerokaan sebegini akan membantu penulis meneroka hal-hal di luar dirinya sendiri dan membawa kesedaran diri dan pengetahuan baru dengan lebih cepat dan bersifat lebih terbuka

• Reflektif Kritikal Penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa atau pengalaman dengan hal-hal di luar rutin seperti falsafah diri, isu-isu masyarakat dan moral. Dalam penulisan ini, penulis kerap memberikan makna terhadap peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya dan peranannya sebagai insan guru. Penulisan jenis ini perlu dilatih kerana ia boleh menjadi alat yang berkesan dalam pendidikan guru untuk menjadikan guru permulaan lebih terbuka kepada nilai-nilai

Soalan-soalan yang membantu pelajar membuat refleksi

Apakah perasaan saya berkaitan p dan p hari ini?

Sejauh mana objektif tercapai?

Apakah perkara yang patut saya lakukan untuk menarik minat murid

PENUTUP

• Akhirnya suka ditegaskan di sini amanah terhadap masyarakat mempunyai kaitan rapat dengan tanggungjawab manusia terhadap masyarakatnya yang anggotaanggotanya saling bergantungan dan memerlukan. • Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan dalam susunan dan kepentingan yang

• Perkhidmatan yang dilaksanakan secara jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama. • Masyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya

Related Documents

Ulasan Akauntabiliti
April 2020 14
Akauntabiliti Keguruan
November 2019 16
Refleksi Dan Tindakan
November 2019 19
Refleksi
June 2020 35
Refleksi
June 2020 30