Air Adalah Anugerah Daripada Allah S

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Air Adalah Anugerah Daripada Allah S as PDF for free.

More details

  • Words: 246
  • Pages: 1
Air adalah anugerah daripada Allah s.w.t kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 7/10 kandungan bumi ialah air. Tidak dinafikan, di sesentengah negara air mereka lebih berharga dari emas dan minyak. Manusia dan tumbuh-tumbuhan akan mati tanpa air kerana air adalah kandungan yang terbesar dalam badan. Negara kita sangat beruntung kerana beriklim khatulistiwa yang mana akan mendapat hujan sepanjang tahun. Pada zaman sekarang banyak sungai dan laut di dunia ini telah tercemar. Antara punca-puncanya ialah tumpahan minyak di laut. Banyak tumbuhtumbuhan dan hidupan di laut akan mati. Ini akan menyebabkan nelayan hilang punca pendapatan dan harga makanan laut akan menjadi mahal. Antara punca lain ialah pembuangan sisa toksid oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Yang kebanyakan di lakukan oleh kilang-kilang yang beroperasi secara haram. Bahan buangan mereka yang tidak dirawat dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan. Bahan ini akan di salirkan ke longkang-longkang, sungai dan akhirnya akan memasuki tempat-tempat tadahan atau takungan air. Manusia yang menggunakan air tersebut untuk keperluan harian berisiko untuk dijangkiti pelbagai jenis penyakit antaranya ialah kolera dan taun. Selain daripada sisa-sisa toksid yang dibuang ke dalam sungai, air juga tercemar disebabkan pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, sungai atau laut Ini akan menyebabkan air bertakung. Sekaligus pencemaran bau yang akan membuat kehidupan seharian kurang selesa. Ia juga akan membawa wabak deggi kerana air bertakung adalah pusat pembiakan nyamuk aedies. Akhirnya, semua penduduk haruslah bertanggugjawab terhadap sungai dan laut daripada tercemar. Semua pihak hendaklah memain peranan dan memperbanyakan atau memperlebihkan pameran-pameran tentang kesedaran pencemaran sungai.

Related Documents