PERSATUAN IBU BAPA-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG Jalan Merbau, Kg. Melayu Subang, 40150 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN Tel : 03-78464845 Faks : 03-78474624 ________________________________________________________________________________
Ruj Kami : SKS.100-7/1/7 Jld.2 ( ) Tarikh : 01 April 2019 Kepada: Puan Ooi Haw Voon Ahli Majlis MPP Zon 17 Pusat Khidmat Ahli Majlis MPP Zon 17, Dewan MBSA (Resak), Jalan Subang Perdana, Seksyen U3, 40150 Shah Alam Puan, JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DAN BUAL BICARA ILMU KEKELUARGAAN ANJURAN PIBG SK SUBANG Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG Sek Keb Subang buat julung kalinya akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal dan Bual Bicara Ilmu Kekeluargaan. Berikut adalah butiran majlis:
Nama Program : Majlis Makan Malam Amal & Bual Bicara Ilmu Kekeluargaan Tarikh : 16hb April 2019 (Selasa) Masa : 7.00 malam – 12.00 malam Tempat : Dataran Terbuka Sk Subang
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa sukacitanya ingin menjemput puan sebagai tetamu majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran puan akan lebih memeriahkan dan menjayakan lagi program ini. 4. Pihak kami dengan rasa rendah diri amat berharap pihak puan dapat mempertimbangkan permohonan kami. Semoga program ini lebih bermakna dengan kehadiran dan sokongan puan. Sekian, terima kasih. “MUSYAWARAH MEMBAWA BARAKAH” Yang Benar,
……………………………………………….. (ZULHISHAM BIN KAMARUDIN) Yang Dipertua PIBG Sek Keb Subang