AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN Ramadhan adlah bulan yang sangat penting bagi umat islam kerana di dalamnya terdapat berbagai-bagai kelebihan. Antaranya termasuklah bulan diturunkan al-Quran yang menjadi panduan bagi umat manusia untuk mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. Pada bulan ini juga Allah membuka pintu rahmat yang seluas-luasnya bagi memberi peluang kepada kita untuk bertaubat menyesali segala dosa dan kesilapan yang pernah kita lakukan. Sebagai makhluk Allah yang terbaik, selain dari berpuasa kita juga mempunyai kewajipan besar dalam menyambut kedatangan bulan ini. Kita harus mengetahui tentang tawaran-tawaran Allah sepanjang bulan ini dan tindakan yang sewajarnya kita lakukan bagi merebut peluang mendapatkan fadhilat yang telah dijanjikan Allah kepada kita.
PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN 1. Ulangkaji tentang rukun, syarat sah, sunat, makruh, adab, rahsia, serta fadhilat puasa. 2. Gembira dan senang hati dengan kedatangan bulan ramadhan. 3. Berdoa moga Allah mengurniakan tenaga, kelapangan dan kesempatan untuk mempertingkatkan amal ibadat. 4. Menguatkan semangat untuk melawan hawa nafsu serta sifat tamak dan amarah. 5. Banyak bersedekah kepada fakir miskin. 6. Basahkan lidah dengan zikrullah, membaca al-Quran dan bertahajjud. 7. Melatih diri berpuasa sunat pada bulan rejab dan sya’aban.
Sabda Rasulullah bermaksud; “Sesiapa yang berasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan maka Allah mengharamkan jasadnya dari apai neraka”. Sabda Rasulullah bermaksud;
“ Syurga merindui empat golongan manusia iaitu mereka yang membaca al-Quran, yang menjaga lidah, yang memberi makanan kepada orang yang lapar (miskin) dan orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan”.
PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH ISLAM YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN. 1. Bulan ramadhan tahun kesepuluh bulan kerasulan Nabi, wafatnya isteri nabi (Saidatina Khadijah) dan bapa saudar baginda abu Talib dan sebab itulah tahun ini dikenali sebagai tahun dukacita (am mul hazni). 2. 17 Ramadhan tahun kedua hijrah kali pertama berlaku perang badar al-Kubra antara kaum muslimin dan musyrikin. 3. Tahun kedua Ramadhan diwajibkan zakat fitrah. 4. Tahun kelima hijrah (bulan Ramadhan) bulan persediaan kaum muslimin menghadapi peperangan khandak. Ia berlaku pada bulan syawal berikutnya dengan kemenangan ke atas kaum muslimin. 5. Ramadhan tahun ketujuh hijrah berlaku peristiwa kaum muslimin meruntuhkan berhala di sekitar kota mekah. 6. 21 Ramadhan tahun kelapan hijrah, Allah member nikmat kepada rasulNya dan kaum muslimin dengan kejayaan menakluk kota Mekah. 7. Tahun kesepuluh hijrah Nabi Muhammad menghantar Ali bin Abi talib dan angkatan kaum muslimin ke negeri Yaman dan akhirnya ramai yang telah memeluk agama islam. 8. Tahun kesebelas hijrah wafatnya puteri Rasulullah (Siti Fatimah) 9. Tahun kesebelas hijrah orang musyrikin tewas dalam peperangan badar. – 7 syawal berikutnya tercetusnya peperangan Uhud. 10. Tahun kelima belas hijrah orang Islam menang dalam peperangan Qadisiah menentang orang Parsi. Dari peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas jelaslah bahawa Ramadhan bukan bulan yang menyebabkan umat Islam lemah, sebaliknya ia bulan yang meniupkan semangat berjuang untuk melawan musuh seperti memerangi hawa nafsu atau musuh luaran yang sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam dengan berbagai cara.
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN. 1. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. 2. Allah jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk beribadat. 3. Lailatul Qadar lebih mulia dari 1000 bulan. 4. Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan. 5. Semua pintu langit dan pintu syurga dibuka manakala pintu neraka ditutup. 6. Semua iblis dan syaitan dirantai, manusia dapat melakukan ibadat tanpa gangguan. 7. 17 Ramadhan berlakunya perang Badar. 8. Penaklukan Kota Mekah berlaku dalam bulan Ramadhan. 9. Menurut satu riwayat, ribuan ahli neraka dibebaskan pada tiap-tiap malam bulan ramadhan.