Agenda 21

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Agenda 21 as PDF for free.

More details

  • Words: 4,654
  • Pages: 17
LOCAL AGENDA 21 1.0

PENDAHULUAN

Agenda 21 merupakan Pelan Tindakan Global ke Arah Pembangunan Mampan Untuk Abad ke-21. Ia dihasilkan melalui deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri oleh 178 buah Negara termasuk Malaysia. Pelan Tindakan Global tersebut mengandungi 40 bab yang menghuraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan kearah pembangunan mampan. Agenda 21 merupakan komitmen dunia terhadap pembangunan yang berpusat pada manusia, mengembangkan sebuah konsep “ berfikir global, bertindak local”. Local Agenda 21(LA21)Bab ke-28 Agenda 21 menekankan

peranan

Pihak

Berkuasa

Tempatan(PBT)

dalam

melaksanakan

pembangunan mampan di peringkat tempatan menerusi Program Local Agenda 21(LA21). Oleh yang demikian LA21 adalah Agenda 21 yang dilaksanakan di peringkat tempatan. Local Agenda 21 merupakan suatu program yang menekankan penglibatan tiga pihak, iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Melalui LA21 masyarakat tempatan boleh melibatkan diri utnuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu Pendekatan asas program ini ialah pendekatan bottom-up, atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing Sebagai contoh, penduduk tempatan terlibat scara langsung mengenai perbincangan, bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan. Antara contoh isu yang boleh dibangkitkan adalah seperti isu banjir dan sistem perparitan, isu pencemaran alam sekitar, isu pengangkutan dan lalulintas, isu perumahan dan isu sosial dalam komuniti serta isu-isu lain

2.0

PELAKSANAAN PROGRAM LA21 DI MALAYSIA 1

Projek Perintis LA21(2000) ini dimulakan pelaksaannya di Malaysia pada tahun 2000 melalui Projek Perintis LA21 yang melibatkan 4 buah PBT, iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ), Majlis Bandaraya Miri(MBM), dan Majlis Daerah Kerian(MDK). Projek Perintis ini dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kejasama Unit Perancangan Ekonomi(EPU), Jabatan Perdana Menteri dan United Nations Development Programme(UNDP). Projek perintis LA21 telahpun dilancarkan oleh YB. Dato Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 17 Oktober 2000 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Program LA21 Fasa 2(2002) merupakan kesinambungan kepada Projek Perintis LA21 dan ia telah pun dilancarkan di MS Garden, Kuantan, Pahang pada 11 Jun 2002 oleh YB. Datuk Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program LA21 Fasa 2 ini akan melibatkan seluruh Dewan/Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di Negara ini. Buku Panduan LA21 mempunyai dua buah buku panduan LA21, iaitu Buku Panduan dan Kajian Kes LA21 Malaysia dan Manual Latihan LA21 Malaysia telahpun

dihasilkan melalui Projek

Perintis LA21. Kedua-dua buku panduan ini akan menjadi panduan utama kepada PBT untuk

melaksanakan

PELAKSANAAN

LA21

Program

LA21

PRINSIP-PRINSIP

masing-masing.PROSES-PROSES LA21

Penyertaan

dan

Ketelusan:

Melibatkan PBT, masyarakat dan sektor swasta serta agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kerja Raya(JKR), Jabatan Parit dan Saliran(JPS), Pejabat Daerah, Pejabat Pendidikan dan lain-lain. Maklumat mengenai pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan. Usahasama: Wujudkan

usahasama dan

tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan ataupun stakeholders di semua peringkat. Kebertanggungjawaban: Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil. Pendekatan Yang Menyeluruh: Menangani punca-punca masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara bersepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. Peka Kepada Keupayaan Alam Sekitar: Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan adalah selaras dengan keupayaan alam sekitar. Kesaksamaan: Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan tanpa membezakan kaum, usia, status sosioekonomi dan latarbelakang diwakili. Mementingkan Masa Hadapan: Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini 2

dan

masa hadapan diambilkira dalam semua peringkat perancangan ataupun

pelaksanaan.Hasil Yang Nyata: Membuahkan hasil yang nyata supaya faedahnya dapat dilihat dengan jelas bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan. FAEDAH LA21 KEPADA ANDA KEPADA PBT/AGENSI KERAJAAN· Meningkatkan kesefahaman, sokongan dan kerjasama dengan masyarakat dan sektor swasta dalam program-program yang telah dirancang ataupun yang akan dilaksanakan.· Imej sebagai badan kerajaan yang mengamalkan tadbir urus yang baik ataupun good governance yang bercirikan penyertaan awam ataupun ketelusan, kepekaan, kesepakatan, kecekapan dan kebertanggungjawaban dapat ditingkatkan.KEPADA MASYARAKAT · Pendapat dan sumbangan anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup. · Meningkatkan rasa tanggungjawab, cinta, bangga terhadap alam sekitar dan rasa sense of belonging. · Kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang lebih bersih, selesa, nyaman dan selamat.KEPADA SEKTOR SWASTA/SYARIKAT · Peluang untuk memberi bantuan, sumbangan dan khidmat bagi sama-sama menjayakan program yang telah dirancang. · Imej syarikat sebagai sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap alam sekitar dankeperluan masyarakat dapat ditingkatkan. · Juga memberi peluang untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat melalui tajaan ke atas aktiviti-aktiviti dalam Program LA21.

3.0

Pemuliharaan alam sekitar Perlindungan alam sekitar merupakan agenda kerajaan pada masa kini iaitu abad

yang ke 21, ia sebenarnya melibatkan 4 bidang utama iaitu tanah, udara, sungai dan laut. Di samping itu isu alam sekitar juga membabitkan perlindungan kepada kepelbagaian biologi (biodiversity) kerana ia juga mempunyai kaitan secara langsung dengan 4 bidang .Hasil dari pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh badan-badan Kerajaan dan bukan Kerajaan di seluruh dunia berhubung perlindungan alam sekitar mendedahkan beberapa fakta yang sangat membimbangkan. Antaranya adalah seperti berikut:-

3

a. Lebih kurang 20% kawasan tanah hijau dirosakkan oleh aktiviti penternakan dan pertanian manakala hakisan tanah dianggarkan berjumlah 25 bilion tan setahun. b.Kadar kepupusan hutan dianggarkan melebihi 14.6 juta hektar iaitu bersamaan saiz keluasan negara Nepal. c.Lebih 220 juta hektar hutan tropika dirosakkan akibat aktiviti pengeluaran makanan yang tidak diurus dengan baik. d.Sebanyak 80 negara meliputi 40% penduduk dunia menghadapi kekurangan air yang serius pada pertengahan tahun 1990an. Dianggarkan pada tahun 2025, sebanyak 2/3 daripada penduduk dunia akan tinggal di negara yang menghadapi masalah air yang serius. e.Lubang ozon semakin membesar sehingga mencecah saiz 3 kali ganda negara USA pada September 2000. f.Lebih kurang 30-40% kes penyakit asma dan 20-30% penyakit berkenaan pernafasan telah dikaitkan dengan pencemaran udara. g.Lebih kurang 1/3 daripada terumbu batu karang akan lenyap daripada muka bumi dalam tempoh 30 tahun akan datang. Apa yang amat mendukacitakan ialah kebanyakan fenomena ini berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh manusia sendiri. Keghairahan dan sifat tamak serta rakus manusia yang berselindung di sebalik nama pembangunan telah memusnahkan kebanyakan warisan alam sekitar yang sangat berharga. Sesetengah bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat berkait rapat dengan sifat kegelojohan manusia yang berterusan merubah bentuk semula jadi muka bumi. Kilang-kilang melepaskan asap dan gas “rumah hijau” ke udara mengakibatkan peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon. Ini diikuti dengan penghijrahan besar-besaran penduduk desa ke bandar besar bagi menyahut arus pembangunan yang menyebabkan bukit digondol bagi membina rumah kediaman. Air sungai dan laut mula tercemar oleh sisa toksik menyebabkan kemusnahan sumber flora dan fauna. Tidak dapat dinafikan proses perindustrian ini merupakan keperluan untuk tamadun manusia. Malangnya usaha pemodenan ini tidak diseimbangkan dengan pemuliharaan alam sekitar. 4

Tanggungjawab bagi memulihara alam sekitar perlu penglibatan dan komitmen semua pihak daripada peringkat Kerajaan, sektor swasta, pertubuhan dan juga individu. Ianya mesti dilakukan dengan pembentukan budaya dan penghayatan nilai mesra alam dan mewujudkan keadaan yang saling memerlukan di mana setiap pihak memainkan peranan masing-masing. Di Malaysia, Kerajaan telah menerajui tanggungjawab ini dan merupakan agenda utama dengan mengambil tindakan proaktif menggalakkan penglibatan sektor swasta di samping meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Antara langkah yang telah diambil Kerajaan adalah seperti berikut:a.Meningkatkan usaha menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar; b. Menggubal Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998; Dasar Alam Sekitar pada Oktober 2002 dan Dasar Tanah Lembap Kebangsaan 2004; c.Menambah peruntukan kewangan untuk mengatasi masalah alam sekitar; d.Meningkatkan program kesedaran tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar. e.Penglibatan aktif dalam persidangan/konvensyen peringkat antarabangsa mengenai alam sekitar. Walaupun berbagai usaha dijalankan oleh pihak Kerajaan namun kesedaran dan komitmen pihak-pihak tertentu dalam menangani masalah ini masih rendah. Saban hari kita membaca dan melihat di kaca televisyen perbuatan seperti membuang sampah dan sisa toksik di merata tempat, penebangan pokok balak secara haram yang menjejaskan laluan air dan tanah runtuh serta pembakaran sampah secara terbuka. Ketidakberkesanan penguatkuasaan undang-undang. 4.0

Kesan perbincangan agenda kerajaan (Pemuliharaan alam sekitar) Manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan

kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api fosil(petrol dan diesel) menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang 5

yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri. Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang seterusnya akan di makan oleh manusia. Jika hendak disenaraikan punca pencemaran, amatlah banyak sehinggakan website ini tak cukup untuk menampung senarai tersebut. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan punca pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti manusia. Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar timbul. Antaranya ialah :a. Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita meningkat akibat

daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Rumah Hijau" (Green House Effect). b. Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas Klorofluorokarbon

(CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran U/V matahari menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit. Selain daripada masalah pencemaran, kehidupan juga sedang diancam oleh kekurangan sumber alam. Makanan, air, logam dan bahan api merupakan sumber alam yang kian berkurangan akibat daripada penuaian berleluasa dan penggunaan yang tidak terancang. Hutan ditebang untuk mendapatkan balak, kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Begitu juga usaha carigali bijih timah, besi, dan emas. Usaha mengambil tetapi tidak memberi ini menyebabkan keadaan iklim berubah. Selain masalah banjir, hakisan juga berlaku.Kawasan baru pula dibuka untuk dibina kilang. Pembinaan kilang perindustrian ini bukan sahaja memusnahkan alam semula jadi kawasan berkenaan tetapi juga menyebabkan pencemaran seperti pencemaran air. Sisa dari kilang yang dialirkan ke sungai menyebabkan air sungai berkenaan tercemar malah hidupan di air seperti ikan akan mati. Dalam pada itu, kereta yang meluncur laju di jalan dan menerbitkan asap dan bunyi, mencemarkan keadaan suhu di sesuatu kawasan itu tinggi.Contohnya: " Peristiwa tentang pencemaran udara di kawasan Lembah Kelang."

6

Pembangunan pesat yang berlaku di Lembah Klang telah menimbulkan kegelisahan di kalangan penduduk. Hal ini kerana, pembangunan ini diiringi dengan pencemaran udara, bunyi, dan air. Kesan pencemaran ini bukan sahaja dialami oleh manusia, tetapi haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan jirim. Daripada kajian yang dibuat, pencemaran yang berlaku sekarang ini, melebihi tahap yang dihadkan.Contohnya:Di kawasan Lembah Kelang, punca utama berlaku pencemaran alam ialah banyaknya kenderaan dan pembinaan kilang yang begitu pesat. Menurut kajian pada 1975, jumlah pencemaran tahunan ialah 121 430 tan. Daripada jumlah ini, 90 peratus disebabkan oleh kenderaan dan industri. Punca seperti kuari, kerja pembinaan, stesen janakuasa elektrik, dan pembakaran sampah-sarap.Sementara itu, bagi memenuhi keperluan penduduk, empangan dibina untuk dijadikan kawasan tadahan dan bekalan elektrik. Membina empangan memerlukan kawasan yang luas. Akibatnya, berlaku pemusnahan sebahagian besar kawasan hutan, spesies haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.Kawasan yang luas juga diperlukan untuk membina lebuh raya. Pembinaan bertujuan memperbaiki sistem perhubungan. Bagaimanapun, kesan sampingannya tidak dapat dielakkan iaitu sebahagian kawasan hutan terpaksa dimusnahkan dan lereng bukit dipotong.Melalui krisis tenaga terutamanya tenaga nuklear,ianya banyak menimbulkan masalah kepada manusia.Ini kerana sumber tenaga ini boleh membahawa kehancuran kepada tamadun yang dibangunkan oleh umat manusia. Meskipun penemuannya masih baru, sekitar pertengahan abad kedua puluh, tetapi amat ditakuti oleh manusia yang cintakan kedamaian, sebaliknya disukai oleh manusia yang ingin menunjukkan kekuatan. Kajian menunjukkan tenaga nuklear mula ditemui pada tahun 1941. Penciptaannya di atas inisiatif Dr. Leo Szilard dan dibantu oleh Albert Einstein.Pada waktu itu Hitler, dengan kekuatan nuklear Jerman, bercita-cita ingin menguasai dunia. Negara lain mula bimbang akan nasib masing-masing. Oleh kerana tiada jalan lain untuk menyekat kemaraan tentera Hitler, pakar atom Britain bekerjasama dengan pakar atom lain seperti Niels Bohr, Joseph Rotblat, dan Enrico Fermi mencipta bom atom. Tindakan yang dilakukan oleh British inilah menyebabkan negara lain semakin dilanda kebimbangan. Dalam waktu yang singkat, bukan sahaja Jerman menjadi musuh, tetapi juga Britain. Akhirnya, langkah pembikinan tenaga nuklear semakin berlipatganda. Dalam waktu yang sama, Jepun pula bercita-cita mahu menguasai Asia dengan slogan "Asia Untuk Asia". Untuk menyekat kemaraan tentera Jepun, bom atom yang pertama 7

digugurkan di Hiroshima, kemudian di Nagasaki. Kesan pengguguran bom atom ini, seluruh bandar Hiroshima musnah. Mereka yang terselamat menderita sepanjang hayat kerana kesan pancaran radioaktif.Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, perlumbaan mencipta tenaga nuklear antara negara maju semakin giat dijalankan. Amerika Syarikat dan Rusia mendahului negara lain kerana teknologi yang mereka punyai lebih canggih. Negara yang lain khuatir arah masa depan yang akan ditunjukkan oleh Amerika Syarikat dan Rusia.Rasa bimbang dan curiga-mencurigai bukan sahaja di kalangan negara kecil, malah Amerika Syarikat dan Rusia sendiri. Masing-masing takut negara lain lebih kuat. Sebagai contoh, Jabatan Pertahanan Amerika kerap mengintip kekuatan tenaga nuklear Rusia, begitu juga sebaliknya. Oleh kerana keinginan menjadi jaguh, perlumbaan mencipta senjata daripada tenaga nuklear tidak henti-henti dilakukan.

5.0

Perlaksanaan kerajaan dalam aspek pemuliharaan Alam Sekitar Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat.

Pembangunan yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar juga turut terjejas. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk melindungi kualiti alam sekitar.Terdapat tiga cara utama yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk melindungi kualiti alam sekitar. Cara yang dimaksudkan ialah : a.Perundangan Kementerian Sains dan Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan akta ke atas orang raamai. Undang-undang mengenai pelbagai jenis pencemaran harus memberi panduan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mengawal kadar pencemaran, terutamanya dari kilang-kilang perindustrian.Contohnya: Kerajaan Malaysia telah menggubalkan pelbagai undangundang, peraturan dan akta untuk melindungi dan mencegah pencemaran alam sekitar. Malalui Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan) dijalankan iaitu bermatlamat :i.mula dikuatkuasa pada 1 April 1988. ii.Berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas kenderaan, kumbahan, efluen industri dan juga bahan-bahan buangan kilang. iii.Penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan alam Sekitar. 8

b.Penggunaan Teknologi Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencernaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana.Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar.Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesinmesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar. c.Pendidikan Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat 9

ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Adalah penting manusia menggunakan kebijaksanaan untuk mengurus sumber alam ini supaya ia kekal lebih lama untuk digunakan oleh generasi yang akan datang. Beberapa langkah yang praktikal ialah :a. Menghadkan aktiviti pembalakan dengan menuai kayu balak yang matang sahaja. Kayu kayan yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi tidak harus ditebang. b. Mengharamkan penggunaan pukat harimau yang boleh merosakkan terumbu karang (coral reef). c. Mengawal pembukaan tanah baru dengan melakukan kajian terperinci berkaitan kesannya kepada alam sekitar sebelum sesuatu projek dilaksanakan. d. Menghadkan aktiviti perlombongan dan mencari idea baru untuk menggunakan bekas lombong. Kehidupan manusia akan lebih sejahtera jika hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Ini dapat dicapai jika manusia mengubah sikap sendiri. Sebagai contoh kita hendaklah mengitar semula plastik dan kertas supaya kita tidak perlu menuai hasil petroleum dan kayu-kayan. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif. Dalam usaha memburu pembangunan, manusia tanpa disedari telah merosakkan alam sekitar, sedangkan alam sekitar amat penting dalam kehidupan . Contohnya.Ramai penduduk di kota besar mengeluh kerana keadaan persekitaran yang merimaskan. Bagi mengatasi masalah ini, pohon yang rendang di tanam di sepanjang jalan. Namun masalah ini tidak juga berkurangan. Meskipun harapan itu cuma impian, warga kota selalu menginginkan persekitaran yang menghijau. Bagi mereka, hidup akan menjadi kering dan lesu apabila alam sekitar musnah.Namun, mereka tiada pilihan lain untuk mencapai kemajuan. Suasana kampung yang damai tidak dapat diwujudkan di bandar besar. Oleh kerana itu, setelah penat bekerja, pada waktu kelapangan, warga kota bersama keluarga akan bersiar-siar di taman. Sesetengahnya pula memilih Taman Negara yang kaya dengan pelbagai jenis kehidupan sebagai tempat untuk 10

berehat. Dengan cara ini, mereka dapat melepaskan ketegangan emosi dan fikiran yang membelenggu diri mereka.Contohnya: Daripada statistik jabatan Alam Sekitar, kiraan kenderaan berdasarkan kegunaan bahan api terdapat pada 880 188 kenderaan. Mengikut purata mingguan, lebih kurang 1025 juta perjalanan telah dibuat. Kenderaan ini mengeluarkan karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida, iaitu pencemaran udara yang boleh mengurangkan kesuburan tumbuh-tumbuhan, mengganggu penglihatan, kesihatan, warna mudah luntur, dan besi mudah karat. Alam sekitar yang bersih dapat membekalkan oksigen kepada semua hidupan. Dengan keadaan iklim yang stabil, orang ramai akan berasa selesa dan bahagia. Udara yang bersih amat penting kepada kesihatan seseorang.Hutan yang keadaan semula jadinya masih terpelihara, menjadi sumber rezeki kepada para petani. Selain bergantung hidup kepada hasil pertanian, petani boleh menambahkan hasil pendapatan mereka dengan menjual rotan dan akar kayu untuk membuat ubat tradisional, yang banyak terdapat di hutan.Namun, alam yang sebegini indah, yang dicipta untuk manusia, malangnya manusia juga yang merosakkannya. Oleh kerana keseimbangan alam sekitar penting kepada kehidupan manusia dan pembangunan juga perlu selaras dengan tuntutan semasa, maka langkah yang wajar perlu dilakukan. Keghairahan dalam mengejar sesuatu yang dihajatkan hendaknya jangan sampai merosakkan sesuatu yang perlu dipertahankan. Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkahlangkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak.Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Tindakan yang tegas patut diambil ke atas mereka yang melanggar undang-undang ini.Sebagai pengusaha terutama sekali pengusaha kilang, dia patutlah memikirkan kesan jangka masa panjang aktiviti yang dijalankan olehnya. Jangka masa panjang di sini bukan bererti 30 atau 50 tahun tetapi jangka masa 100 tahun, ataupun 200 tahun. Kebanyakan pengusaha cuma mengambil kira kesan dalam jangka masa 30 hingga 50 tahun. Ini sebenarnya adalah tidak mencukupi kerana banyangkan jika beratus-ratus kilang sebegitu didirikan. Tentu kadar pencemarannya adalah jauh lebih tinggi. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. 11

Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.Antara lain aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah a.Pameran - Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. b.Kempen-kempen - Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap pesertapesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar trntang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain

12

membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai. c.Pertandingan - Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah abik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai.Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. d.Projek Riadah Alam Sekitar - Salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran ialah melalui Projek Riadah Alam Sekitar ( PRIAS ). Projek ini telah memberi kesan yang hebat.Melalui projek ini, mereka boleh membuat kajian yang mendalam tentang pencemaran udara, pencemaran air, penipisan ozon, kesan rumah hijau, sisa toksik, sisa pepejal dan kitar semula.Mereka yang terlibat menjadi lebih peka kepada isu-isu semasa dunia terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran. Oleh itu, saya rasa projek ini memang satu projek yang baik dan patut diteruskan. e.Pendedahan Media Massa - Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini tetapi adalah berkurang.

6.0

Kesan dan laporan Alam Sekitar diperingkat global Menyedari mengenai kepentingan penglibatan masyarakat dan orang awam dalam

pemuliharaan alam sekitar, ASEAN telah bertindak untuk mempertingkatkan 13

pengetahuan pakar dan kepopularan alam sekitar, di samping memperbaiki perlidungan, pemuliharaan dan kesinambungan penggunaan serta pengurusan alam sekitar. Laporan Keadaan Alam Sekitar ASEAN Pertama, dengan dana yang ditanggung oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Rancangan Alam Sekitar, telah diterbitkan pada tahun 1997. Laporan berkenaan meliputi tajuk yang luas seperti mengenai daratan, udara, air, pertanian,

perindustrian,

tenaga,

pengangkutan,

perdagangan

antarabangsa

dan

pelancongan, perundangan, institusi dan orang. Ia juga menentukan hala tuju yang telah diambil oleh ASEAN dalam menangani kepentingan cabaran-cabaran dan menyediakan sukat-sukat bagi mengukur prestasi ASEAN dalam penggunaan berterusan sumber alam semula jadi dan juga pemuliharaan alam sekitar. Laporan Alam Sekitar Kedua telah diterbitkan pada tahun 2003. Usaha berkenaan juga menerima sokongan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Rancangan Alam Sekitar. Tahun Alam Sekitar ASEAN _ Tahun Alam Sekitar ASEAN telah dilancarkan pada 4 April 2000 di Bandar Seri Begawan. Rancangan ini dibentuk sedemikian rupa untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai isu-isu alam sekitar dan juga rancangan-rancangannya. Di setiap ibu negara anggota-anggota ASEAN, aktiviti-aktiviti Tahun Alam Sekitar ASEAN 2000 adalah antara lain memaparkan seminar-seminar, sesi latihan, bengkel-bengkel dan juga pameran-pameran serta peraduan-peraduan yang memperlihatkan penglibatan ASEAN terhadap pemuliharaan alam sekitar dan juga keperluan bagi satu tindakan bersepadu untuk menangani cabaran-cabaran alam sekitar. Rancangan Tindakan ASEAN Bagi Pendidikan Alam Sekitar ASEAN _ Menterimenteri Alam Sekitar ASEAN telahpun meluluskan Rancangan Tindakan ASEAN Bagi Pendidikan Alam Sekitar ASEAN (AEEAP) pada bulan Oktober 2000 yang mana meliputi pendidikan formal dan tidak formal, pembinaan keupayaan tenaga kerja, rangkaian kerja bersepadu dan berhubungan. Inisiatif berkenaan telah menjadi kenyataan dengan bantuan kewangan daripada Yayasan Hanns Seidil dan juga Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu Bagi Rancangan Alam Sekitar. Perlaksanaannya memerlukan komitmen dan sumber dari kedua-duanya dari ASEAN dan agensi dana dari luar. Pengharmonisan Undang-undang dan Piawaian _ Satu lagi komponen yang terpenting dalam Kerjasama ASEAN Mengenai Alam Sekitar ialah pengharmonisan undang-undang alam sekitar dan piawaian dalam rantau ini. Negara-negara anggota ASEAN secara individu telah merangka undang-undang yang menyeluruh untuk memberikan dasar rangakaian kerja 14

kebangsaan bagi tindakan ke arah kesinambugan pembangunan. Rangkaian Kerja Perundangan Alam Sekitar dalam negara-negara ASEAN mengandungi beberapa unsur yang bersamaan. i.Unsur pertama ialah pengiktirafan peralatan yang boleh dipasarkan sebagai alat utama bagi kelanjutan pemuliharaan alam sekitar melalui insentif bagi sektor awam. Idea berkenaan menyediakan asas bagi dasar-dasar inovatif yang membenarkan firma-firma perniagaan dan kerajaan untuk bekerjasama bagi mengurangkan pencemaran dengan lebih berkesan dan menjimatkan. ii.Unsur kedua, dalam kebanyakan perundangan negara-negara anggota ASEAN ialah pemusatan tanggungjawab bagi alam sekitar untuk setiap kerajaan. Badan pusat berkenaan diberikan pelbagai fungsi yang meliputi asas dasar, perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan juga tindakan-tindakan susulan. iii.Unsur ketiga ialah untuk mengawal pencemaran air. ASEAN telah berusaha mencari jalan bagi menguasai undang-undang pemantauan dan pengawalan yang akan memantau perlaksanaan aktiviti-aktiviti tertentu untuk melindungi alam sekitar dan memastikan keselamatan orang awam. Tindakan ini akan menentukan had terhadap kualiti pengeluaran sisa air kumbahan yang ditentukan dalam komposisi standard terhadap pencemar-pencemar tertentu. Setiap pelanggaran adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang ditentukan oleh peraturan-peraturan berkenaan, nilai piawaian berasaskan kepada jenis atau tujuan penggunaan yang dihasratkan terhadap air yang ditentukan dalam perundangan yang membenarkan. Mengenai pencemaran udara, negara-negara anggota ASEAN telah menentukan peraturan dan had tertentu terhadap pengeluaran daripada sumber seperti asap gas daripada kilang-kilang, loji-loji bergerak dan statik dan juga sumber pencemar yang lain. Had pengeluaran asap adalah berasaskan kepada pengeluaran pencemar udara yang kritikal seperti partikel yang terapung di udara, sulfur dioksida, karbon monoksida, plumbum dan yang lain. Kebanyakan negara-negara ASEAN juga telah mengambil langkah untuk mengatasi dan mengawal pencemaran berakibat daripada kenderaan bermotor. Contohnya:Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN yang bersidang di Kota Kinabalu, Malaysia pada 7 Oktober tahun 2000 dalam Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Alam Sekitar Ke-8, menilai semula kemajuan kerjasama alam sekitar 15

di bawah Pelan Tindakan Strategik dan memutuskan bahawa beberapa kemajuan telah dicapai tetapi isu-isu alam sekitar semakin kompleks dan mencabar. Untuk menangani cabaran-cabaran berkenaan, ASEAN perlu memperkukuh keupayaan institusi dan pertubuhannya; menggalakkan pemindahan teknologi; mempercepat maklumat rangkaian kerja dan menangani kesan-kesan negatif pensejagatan.

7.0

Kesimpulan Penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar merupakan satu perkara yang tidak

boleh dipandang ringan oleh masyarakat, dan perlu dilakukan dan ditangani dengan penuh tanggungjawab dan komitmen oleh setiap individu agar agenda yang diwawarkan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kebersihan dan keindahan adalah merupakan dua aspek yang amat dititikberatkan oleh Islam dan tidak terbatas kepada tubuh badan sahaja, malahan juga melewati keseluruhan tempat dan keadaan termasuk rumah kediaman, alam persekitaran yang merangkumi sungai, jalan raya, bandar, taman rekreasi, tempat awam dan sebagainya. Islam menggesa penganut-penganutnya supaya menjaga kebersihan tempat-tempat tinggal dan alam persekitaran mereka daripada segala kekotoran sama ada daripada sisa-sisa makanan, sampah sarap dan sebagainya supaya tidak menjadi pembiakan binatang-binatang dan serangga yang menjadi punca penyakit.

8.0

Rujukan

1.

Abdullah Haji Samsudin,1994.Isu-isu Semasa Dalam Geografi,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.

2.

Derek Gregory & Rex Walford,1989.Horizon in Human Geografi. Hong Kong: Mac Milan.

3.

Guy M. Robinson, 1998; Methods and Techniques in Human Geography, Wiley. 16

4.

Katiman Rostam,2002; Prinsip Asas Persekitaran Manusia,Penerbit UKM.

5.

Les Rowntree et.al, 2000; Diversity Amid Globalization in ASEAN: Worlds Region,Environment, Development. Prentice Hall.

6.

Woods, R, 1979, Population Analysis in Geography, London : Longman.

7.

http://www.jpbdjohor.gov.my/pautan_info/LocalAgenda21.pdf

8.

http://www.environment.gov.au/esd/la21/index.html

9.

http://www.gdrc.org/uem/la21/la21

17

Related Documents

Agenda 21
June 2020 15
Agenda 21
June 2020 11
Agenda 21
June 2020 10
Agenda 21
May 2020 9
Agenda 21
November 2019 13
Agenda 21
December 2019 15