Agama Islam - Tenangkan Jiwa

  • Uploaded by: b'lalang biru
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Agama Islam - Tenangkan Jiwa as PDF for free.

More details

  • Words: 2,512
  • Pages: 8
agama islam - tenangkan jiwa

agama islam - tenangkan jiwa sama sama lah kito cari kebenaran sesungguh kebenaran sajalah yg akan membatalkan yg batil dlm kehidupan kita seharian...

Tuesday, December 04, 2007

About Me

klik di gambar untuk tengok perjalanan gerhana - gambar ihsan http://

Name: bebasPMas Location: kb, kelate, Malaysia

www.falak-online.net

View my complete

gerhana - kekuasaan Tuhan

profile

Pautan kegemaran ●

Bernama



Berita Harian



Utusan Malaysia



Harakah Daily



Harian Metro



Akhbar Sinar Harian



Akhbar Star Melayu



Siasah Online Melayu



MalaysiaKini



Agenda Daily



Cikgu Nuri Online



Jiwo Kelate

Tuesday, November 27, 2007



Akhbar Detik

petua orang tua-tua



Blog Anwar Ibrahim



Blog Tun Dr M



Kelate daily



my masjid



sejarah Nabi Muhamamad saw-

posted by bebasPMas @ 5:00 AM 0 comments

Bagitahu kami jika anda ada sebarang masalah, banyak lagi petua yang dpt d'kongsi bersama.. dari hujing kaki hingga hujung kepala, baik dalaman atau luaran.. Kita hanya berikhtiar, kuasa Tuhan yang menyembuhkan. Petua mengatasi ilmu. Ntah la..

Menghilangkan Kelemumur Caranya; parut nenas muda kemudian lumurkan pada kepala. Sapu rata-rata hingga ke kulit. Biarkan seketika sebelum di basuh.Amalkan selalu, anda akan dapati kelemumur akan hilang. Melembutkan Tangan Ambil serbuk kopi yang telah digunakan, dan lumurkan pada tangan dan gosok dalam beberapa minit. Setelah itu bilas tangan anda dengan air bersih, Anda akan dapati tangan anda terasa lembut .Ulangi selalu. Ubat Senggugut

http://babagama.blogspot.com/ (1 of 8)9/8/2008 5:17:39 PM

heakal ●

kisah-kisah sufi



kisah nabi-nabi



Salsilah Nabi Muhammad saw



al-islam



Jakim



Bacaan Al-Quran



Abim



Jemaah Islah Malaysia

agama islam - tenangkan jiwa

Cara mengatasi; Ambil secekek pucuk senduduk dan cuci bersih. Ibu kunyit sebesar jari manis dibuang kulit dan di rebus bersama daun senduduk dengan tiga cawan air. Apabila air tinggal lebih kurang satu cawan, tapis dan baca selawat tiga kali. Minum ketika masih suam tiga pagi setiap kali haid.



e-Fatwa



info islam - al-azim



Kuliah Agama-Video/Audio



ceramah dan kuliah agama-video/

Atasi Badan Berbau Cara mengatasinya, ambil kulit oren dan rebus di dalam periuk dengan sedikit air selama lima minit. Sejukkan sebentar dan selepas itu sapu pada badan. Amalkan selalu insya-allah usaha anda akan mendapat hasil yang memuaskan. Hilang Kedut Muka Ambil sebiji lobak merah, parut hingga hancur. Kemudian ambil satu susu tepung jagung dan sebiji kuning telur. campurkan semua ramuan itu dan kacau sehingga sebati. sapukan pada tempat berkedut itu. Biarkan 20 minit dan basuh.. pakai malam, cuba lah. Mulut Berbau Ambil tujuh (7) daun sirih, kemudian ramas dengan semangkuk air suam dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan berkumur setiap pagi.. InsyaAllah Atasi Masalah Bulu Ketiak cabut semua bulu ketiak, selepas itu celup ubi kunyit "kunyit hidup" kedalam kapur sirih. dan gosok2 hingga rata selama beberapa minit.. Amalkan beberapa kali mudahan masalah akn selesai.. bulu ketiak tak akan tumbuh lagi..

posted by bebasPMas @ 1:46 PM 0 comments

Monday, November 26, 2007 Petua Mencuci Hati Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosadosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, http://babagama.blogspot.com/ (2 of 8)9/8/2008 5:17:39 PM

audio ●

Kuliah Agama Terpilih



TV Free



Ilmu Falak

Previous Posts ●

gerhana - kekuasaan Tuhan



petua orang tua-tua



Petua Mencuci Hati



sifat-sifat Allah ( sifat 20 )



Bab Mandi Wajib - Hadas Besar



Bab Najis



Takwin Hijrah



Amalan seseorang Islam



doa-doa



99 Asma Allah

Archives ●

September 2005



October 2005



January 2006



August 2006



October 2007



November 2007



December 2007

agama islam - tenangkan jiwa

penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X. 5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) 7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya CUBALAH!!). 8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkaraperkara kejahatan. 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). 10. Kekalkan wuduk. 11. Bersedekah. 12. Belanja orang makan. 13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat. 14. Berkawan dengan ulama. 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 16. Pesan pada orang, jadi baik. 17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat

posted by bebasPMas @ 1:07 PM 0 comments

Tuesday, October 30, 2007 sifat-sifat Allah ( sifat 20 ) Sifat Wajib - Maksud Sifat - Sifat - Mustahil - Maksud 1. Wujud - Ada - Nafsiah - Adam - Tiada 2. Qidam - Sedia Ada - Salbiah - Haduth - Baharu 3. Baqa - Kekal - Salbiah - Fana - Akan binasa 4. Mukhalafatuhu lilhawadith - Menyalahi atau berlainan bagi-Nya dengan suatu yang baru - Salbiah - Mumathalatuhu lilhawadith - Menyamai atau bersamaan bagiNya dengan suatu yang baru 5. Qiamuhu binafsih - Berdiri-Nya dengan sendiri - Salbiah - Qiamuhu bighairih http://babagama.blogspot.com/ (3 of 8)9/8/2008 5:17:39 PM

agama islam - tenangkan jiwa

- Berdiri-Nya dengan yang lain 6. Wahdaniat - Tunggal - Salbiah - Ta'addud - Berbilang-bilang 7. Qudrat - Berkuasa - Ma'ani - Ajzun - Lemah 8. Iradat - Berkehendak menentukan - Ma'ani - Karahah - Benci iaitu tidak menentukan 9. Ilmu - Mengetahui - Ma'ani - Jahlun - Bodoh 10. Hayat - Hidup - Ma'ani - Al-Maut - Mati 11. Sama' - Mendengar - Ma'ani - As-Summu - Pekak 12. Basar - Melihat - Ma'ani - Al-Umyu - Buta 13. Kalam - Berkata-kata - Ma'ani - Al-Bukmu - Bisu 14.Kaunuhu qaadiran - KeadaanNya yang berkuasa - Ma'nawiyah - Kaunuhu ajizan - Keadaan-Nya yang lemah 15. Kaunuhu muriidan - KeadaanNya yang berkehendak menentukan - Ma'nawiyah - Kaunuhu kaarihan - Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan 16. Kaunuhu 'aliman - KeadaanNya yang mengetahui - Ma'nawiyah Kaunuhu jahilan - Keadaan-Nya yang bodoh 17. Kaunuhu hayyan - KeadaanNya yang hidup - Ma'nawiyah - Kaunuhu mayitan -Keadaan-Nya yang mati 18. Kaunuhu sami'an - KeadaanNya yang mendengar - Ma'nawiyah Kaunuhu asamma -Keadaan-Nya yang pekak 19. Kaunuhu basiiran - Keadaan-Nya yang melihat - Ma'nawiyah - Kaunuhu a'maa -Keadaan-Nya yang buta 20. Kaunuhu mutakalliman - Keadaan-Nya yang berkata-kata - Ma'nawiyah Kaunuhu abkam -Keadaan-Nya yang kelu

posted by bebasPMas @ 1:00 PM 0 comments

Saturday, August 05, 2006 Bab Mandi Wajib - Hadas Besar PENGERTIAN MANDI Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan. Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu. PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI 1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani. 2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi. 3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu. 4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah). 5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.

http://babagama.blogspot.com/ (4 of 8)9/8/2008 5:17:39 PM

agama islam - tenangkan jiwa

6. Mati, kecuali mati syahid. FARDU MANDI 1. Berniat pada permulaan kena air pada badan. Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut: Maksudnya:“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”. atau Maksudnya:“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”. Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut: Maksudnya:“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”. atau Maksudnya:“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”. 2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan. 3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu. PERKARA SUNAT SEMASA MANDI Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya: 1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz 2. Berwudhu’ sebelum mandi. 3. Membasuh dua tapak tangan.4. Menggosok seluruh bahagian badan. 5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri. 6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali. 7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain. MANDI-MANDI SUNAT Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut: 1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq. 2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu. 3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’). 4. Mandi kerana gerhana bulan. 5. Mandi kerana gerhana matahari. 6. Mandi kerana memandikan mayat. 7. Mandi kerana masuk agama Islam. 8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya. 9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya. 10. Mandi ketika hendak ihram. 11. Mandi kerana masuk Makkah. 12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah. 13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah. 14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina. 15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘. 16. Mandi kerana sa‘i. 17. Mandi kerana masuk ke Madinah.

posted by bebasPMas @ 7:02 AM 0 comments

Bab Najis

http://babagama.blogspot.com/ (5 of 8)9/8/2008 5:17:39 PM

agama islam - tenangkan jiwa

PENGERTIAN NAJIS Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi. Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.

PEMBAHAGIAN NAJIS Najis dari segi ‘ainnya terbahagi kepada dua: 1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga: i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada keduaduanya atau salah satunya. ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun. iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya. Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya. 2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu’ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air.

NAJIS YANG DIMAAFKAN Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan: 1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing. 2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah. 3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat. 4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis.

CARA MENYUCI NAJIS Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak. Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut: 1. Najis mughallazah (berat) Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah http://babagama.blogspot.com/ (6 of 8)9/8/2008 5:17:39 PM

agama islam - tenangkan jiwa

dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa). 2. Najis mutawassitah (pertengahan) Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa). 3. Najis mukhaffafah (ringan) Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya. · Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.

posted by bebasPMas @ 6:35 AM 0 comments

Monday, January 30, 2006 Takwin Hijrah Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwin yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran islam . Ia merupakan sejenis kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Sejarah Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsabangsa lain pada zaman itu. Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam. Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil-Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata http://babagama.blogspot.com/ (7 of 8)9/8/2008 5:17:39 PM

agama islam - tenangkan jiwa

lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

posted by bebasPMas @ 4:47 AM 2 comments

Amalan seseorang Islam 1. Mengucap Bismillah, pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah, pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah, jika lidah terselit perkataan yang tidak patut diungkapkan. 4. Mengucap Insya Allah, jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah ,jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, jika menghadapi dan menerima musibah. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah, sepanjang siang & malam sehingga tak terpisah dari lidahnya,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan.

posted by bebasPMas @ 3:57 AM 0 comments

Friday, October 14, 2005 doa-doa Doa Ketika Hendak Makan

Ertinya: Ya Allah! Berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari seksa api neraka. Doa Sesudah Makan

Ertinya: Segala puji bagi Allah yang memberi makanan kami dan peliharakanlah kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang beriman.

posted by bebasPMas @ 7:46 PM 4 comments

http://babagama.blogspot.com/ (8 of 8)9/8/2008 5:17:39 PM

Related Documents

Islam Agama
November 2019 54
Agama Islam
June 2020 41
Agama Islam
June 2020 44
Agama Islam
May 2020 35
Agama Islam
June 2020 33

More Documents from ""

Surah Al Fatihah
July 2020 8
Bab Agama
July 2020 15
Kehebatan Surah Al
July 2020 12
Dunia Punya Hal
July 2020 13