"Tanaman industri sub-sektor yang didominasi oleh estet yang juga menjadi tulang belakang industri pertanian di Sabah, mungkin berada dalam posisi yang lebih baik untuk menghadapi cabaran AFTA," tambah beliau. Bagaimanapun keadaan ini mungkin tidak sebegitu bagi sub-sektor pertanian makanan yang sangat bergantung kepada subsidi dari kerajaan negeri dan didominasi oleh pekebun-pekebun kecil yang berpendapatan rendah, kata beliau lagi. "Implikasi terhadap sektor ini dan ekonomi negeri secara keseluruhan adalah lebih luas," kata Dr. Mohd. Yaakub. Pada dasarnya AFTA memberi lebih akses kepada pasaran, menggalakkan penyaluran keperluan sumber import dan pengeluaran produk yang berkualiti dengan harga yang kompetitif untuk pasaran dunia. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kos transaksi perniagaan dan mempromosikan ruang yang lebih luas untuk jalinan perindustrian serta peluang pelaburan di kalangan negara-negara ASEAN melalui liberalisasi perdagangan dengan menghapuskan sekatan tarif serta bukan tarif di kalangan ahli-ahli ASEAN. Dengan demikian seminar ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menilai kesan-kesan AFTA dan memastikan bagaiman sektor pertanian di Sabah boleh menempatkan dirinya untuk menangkis ancamanancaman AFTA, kata beliau."Dalam masa yang sama Sabah juga boleh menggunakan peluang yang terbuka kesan pelaksanaan perjanjian perdagangan ini dengan sebaiknya," tambah beliau. Objektif seminar ini adalah seperti berikut: • untuk memberi kefahaman yang lebih tentang isu-isu liberalisasi perdagangan dalam konteks AFTA • untuk memberi kesedaran tentang faedah, peluang, ancaman dan cabaran kesan dari penyegeraan pelaksanaan AFTA terhadap sektor pertanian di Malaysia; dan, • menilai kesan AFTA terhadap sektor pertanian di Sabah akibat dari persaingan serantau yang semakin meningkat dan mencadangkan tindak balas-tindak balas yang sesuai. Seramai 80 orang peserta jemputan yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan, ahli akademik, para penyelidik, pengeluar, pengurus ladang, pengilang dan wakil dari persatuan pengguna akan menyertai seminar ini. AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat. Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan tarif AFTA. Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran. Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA. Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkaraperkara yang disentuh adalah: •
•
Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010. Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.
AFTA telah ditubuhkan pada Januari 1992 di Singapura dengan termeterainya Deklarasi Singapura dan Rangka Perjanjian Mengenai Pemantapan Kerjasama Ekonomi ASEAN. Pada dasarnya, pelaksanaan
AFTA bererti membuka pasaran yang lebih luas bagi ASEAN, untuk menggalakkan perolehan intra-import dan pengeluaran barangan eksport yang berkualiti dan berdaya saing untuk pasaran dunia. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kos transaksi perniagaan dan mempromosi skop rantaian industri yang lebih luas. Selain itu, ia juga mempromosi pelaburan di negara-negara ASEAN melalui perdagangan bebas dengan penghapusan halangan tarif dan bukan tarif di kalangan negara anggota ASEAN. Pada tahun 1998 keenam-enam signatori awal CEPT atau ASEANEnam(6) yang terdiri daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand akan mempercepatkan pelaksanaan AFTA yang sepatutnya bermula pada tahun 2003 ke awal tahun 2002. Terpulang kepada komponen dan jumlah import dan eksport, kesan AFTA terhadap Sabah boleh memberi kesan positif atau negatif. Sabah adalah pengeluar komoditi pertanian yang terdiri dari kelapa sawit, koko dan getah serta produk makanan. Tanaman industri sub-sektor yang didominasi oleh estet yang juga menjadi tulang belakang industri pertanian di Sabah, mungkin berada dalam posisi yang lebih baik untuk menghadapi cabaran AFTA. Bagaimanapun keadaan ini mungkin tidak sebegitu bagi sub-sektor pertanian makanan yang sangat bergantung kepada subsidi dari kerajaan negeri dan didominasi oleh pekebun-pekebun kecil yang berpendapatan rendah. Implikasi terhadap sektor ini dan ekonomi negeri secara keseluruhan adalah lebih luas. Pada 7 Ogos Institut Kajian Pembangunan Sabah (Sabah) IDS, telah menganjurkan satu seminar bertajuk Seminar mengenai Implikasi Pelaksanaan AFTA terhadap Sektor-sektor Pertanian di Sabah. Secara amnya, tujuan utama seminar ini ialah untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam dan meningkatkan kesedaran mengenai pelaksanaan AFTA serta melihat implikasinya dan mengambil peluangsepenuhnya pelaksanaan AFTA kepada negeri Sabah. Objektif seminar ini adalah seperti berikut: 1. Untuk memberi kefahaman yang lebih tentang isu-isu liberalisasi perdagangan dalam konteks AFTA 2. Untuk memberi kesedaran tentang faedah, peluang, ancaman dan cabaran kesan dari penyegeraan pelaksanaan AFTA terhadap sektor pertanian di Malaysia; dan, 3. Menilai kesan AFTA terhadap sektor pertanian di Sabah akibat dari persaingan serantau yang semakin meningkat dan mencadangkan tindak balas-tindak balas yang sesuai.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertania ndan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima (Dr.) Lajim Hj Ukin dalam ucaptamanya pada upacara perasmian berkata pelaksanaan AFTA akan memaksa Sabah bersaing dengan negara-negara pengeluar barangan kerana eksport mereka juga akan menembusi pasaran di negara ini tanpa dikenakan cukai atau pada kadar cukai yang minimum. Beliau yakin bahawa syarikat-syarikat dan pengusahapengusaha negeri berupaya untuk bersaing dan menembusi pasaran ASEAN berdasarkan pencapaian negara semasa krisis Asia 1997 dan 1998. Namun begitu Datuk Lajim meningatkan, sektor swasta, terutamanya, pengeluar, pengilang dan pengeksport harus memainkan peranan yang lebih proaktif dan bukan bergantung sangat kepada usaha kerajaan dalam menghadapi cabaran AFTA. Hampir 90 orang peserta jemputan yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan, ahli akademik, para penyelidik, pengeluar, pengurus ladang, pengilang dan wakil dari persatuan pengguna telah menyertai seminar sehari ini yang dibiayai oleh Yayasan Konrad Adenauer (KAF), Jerman. Wakil KAF di Malaysia, Encik Johannes Rey dalam ucapannya berkata kajian koprehensif tentang kesan dan impak liberalisasi perdagangan pertanian di Malaysia belum dibuat dan oleh yang demikian implikasi ekonomi dan sosialnya masih belum jelas. Walau bagaimanapun, beliau berkata Malaysia masih belum berupaya untuk mampu diri dalam mengeluarkan beberapa produk makanan, khususnya susu, daging bebiri dan lembu sementara makanan import utama termasuk gandum, jagung, gula, beras, produk tenusu, ikan, buah-buahan dan produk daging. Seminar ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu: Sesi I: AFTA dan Kesannya terhadap sektor Pertanian Malaysia dimana tiga kertas kerja telah dibentangkan; dan Sesi II: Menyususn semula Sektor Pertanian di Sabah dalam konteks AFTA, yang melibatkan diskusi panel.. Para peserta telah dibentangkan dengan pemahaman yang mendalam tentang AFTA dan perkembangan terbaru mengenainya. Fokus juga diberikan mengenai kesan AFTA terhadap komoditi utama seperti getah, kelapa sawit dan koko, dan sektor pemakanan di Malaysia. Sebelum perbincangan terbuka di sesi II, tiga orang ahli panel telah memberikan pandangan mereka mengenai perkara berikut: a. Peluang-peluang dan cabaran AFTA terhadap sub-sektor peladangan koko, kelapa sawit dan getah di Sabah;
b. Peluang-peluang dan cabran AFTA terhadap industri pemprosesan berasaskan makan di Sabah; dan c. Menyusun semula sektor pertanian bagi mencapai ekonomi yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing. Pelbagai isu dan cabaran untuk menyusun semula sektor pertanian di Sabah dalam konteks AFTA juga telah dibincangkan: a. Implikasi sosial dan politik terhadap penanaman padi; b. Kelemahan jentera pelaksana dan penguatkuasaan dasar kerajaan; c. Kurang pengawasan dan pertindihan fungsi antara organisasi kerajaan yang berkaitan pertanian; d. Kekurangan infrastruktur fisikal dalam sektor pertanian; e. Kelewatan mengalihkan teknologi dalam penanaman padi disebabkan oleh kekurangan jentera dan tiada kemudahan dan kurangnya pemuliharan pengairan; f. Kuranag pemodenan dalam sektor makanan disebabkan kekangan kewangan pengeluar untuk melabur dalam teknologi baru; g. Kos buruh pertanian yang tinggi; h. Kekurangan pengeluaran makanan untuk sektor ayamdan itik; dan i. Kekurangan infrastruktur pemasaran. Para peserta juga maklum terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah-langkah seperti berikut bagi memastikan kelangsungan perniagaan dalam suasana yang lebih bersaing: a. Meningkatkan keupayaan diri dan memberi fokus terhadap penuaian komersil dibanding pertanian tradisional bagi tanaman strategik seperti padi:; b. Mempelbagaikan atau mengintegrasikan aktiviti pertanian yang sesuai terhadap penanaman mono yang ada sekarang; c. Mengurangkan keluasan komoditi penanaman bagi mengurangkan kos; d. Memberi fokus terhadap industri pemprosesan hiliran nilai tambah tinggi/aktiviti pembuatan; e. Meningkatkan keupayaan produktif dalam sektor pembuatan dari segi kualiti, kuantiti dan harga; f. Memberikan penekanan terhadap peranan pembuatan dan pembangunan kelebihan kompetitif di sektor pertanian; g. Menempatkan semula kemudahan kelapa sawit dan koko dari Semenanjung Malaysia ke Sabah memandangkan negeri ini pengeluar terbesar kedua-dua komoditi; h. Membentuk kerjasama yang strategik antara sektor kerajaan dan swasta; i. Merubah minda mereka yang terlibat bagi menyedarkan untuk menjadikan kekangan sebagai peluang; dan
j. Mempraktikkan konsep, beri kesenangan pada jiran anda dan mendapat manfaat dari peluang perniagaan negara lain. Tidak dinafikan, kedua-dua kerajaan negeri dan swasta perlu menyedari pelaksanaan langkah-langkah ini bagi memastikan Sabah dapat mengekalkan dan meningkatkan kelebihan komparatifnya dan dapat bersaing secara berkesan dengan negara ASEAN yang lain. Langkah ini akan membolehkan negeri Sabah mendapat manfaat yang maksimum dari pelaksanaan AFTA. – Shirley Fung Krisis kewangan Asia telah menunjukkan kelemahan pentadbiran korporat di Malaysia sebagaimana terbukti apabila banyak syarikatnya yang disenaraikan di bursa saham mengalami masalah kewangan. Ketika perlu menangani isu persepsi , terdapat inisiatif daripada pihakpihak berkuasa yang bertujuan membina semula keyakinan terhadap pasaran modal Malaysia. Pengubahsuain Peraturan Penyenaraian BSKL (RLR) merupakan langkah utama ke arah itu yang mana dijangka dapat menempatkan semula Bursa Saham Kuala Lumpur sebagai modal pasaran bertaraf dunia. Satu daipada perubahan utama di dalam RLR yang diperkenalkan ialah Kod Pentadbiran Korporat Malaysia (Code). Kod ini mempunyai implikasi yang mendalam ke atas semua syarikat yang disenaraikan di bursa saham (PLCs) di Malaysia kerana ia menyentuh tentang pengawasan pengurusan oleh lembaga pengarah, tugas dan ganjaran pengarah, hubungan antara lembaga dan pemilik saham dan lain-lain keperluan berkaitan dengan akuantabiliti dan audit.