Aduan Terhadap Menu Makan Dan Minum Dewan Makan Ilpkbpp

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aduan Terhadap Menu Makan Dan Minum Dewan Makan Ilpkbpp as PDF for free.

More details

  • Words: 339
  • Pages: 2
MAJLIS PEWAKILAN PELAJAR INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA RUJUKAN :ILPKBPP/MPP(KBJ)/100/005

TARIKH : 23 APRIL 2008

PERKARA

ADUAN TERHADAP MENU MAKAN DAN MINUM DEWAN MAKAN ILPKBPP

DARIPADA

AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN (BIRO KEBAJIKAN)

KEPADA

PENYELIA ASRAMA

SALINAN : PPL

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Saya seperti nama di atas merujuk pada pihak tuan/puan untuk membuat aduan berkenaan menu makan yang di sediakan di dewan makan ILPKBPP. Ini kerana terdapat menu makanan yang tidak disediakan sewaktu makan tengahari dan malam iaitu sambal belacan ulam kerana menu ini telah di tetapkan di dalam menu makan JTM. Perkara ini berlanjutan sejak awal semester lagi. Pihak dewan makan juga tidak menyediakan sos pada setiap waktu makan sepertimana yang tertera dalam menu makan JTM. Tetapi kicap telah di sediakan pada setiap waktu makan namun telah di masukan kedalam 1 mangkuk yang besar untuk pelajar ambil tetapi ianya berada di tempat yang sama setiap ketika. Pelajar mula rungsing dengan kicap tersebut kerana di khuatiri di masuki oleh serangga-serangga kecil. Permohonan ingin di buat agar menyediakan kicap dalam bentuk botol. Bagi masalah minuman yang dihadapi oleh pelajar ialah air yang di sediakan kurang sejuk pada waktu tengahari. Ramai pelajar tidak minum minuman yang di sediakan di dewan makan kerana tidak membawa cawan atau gelas sewaktu makan. Ini kerana pihak dewan makan tidak menyediakan cawan kepada pelajar sepertimana semester lepas. Ini membolehkan pihak dewan makan mengambil kesempatan mengurangkan kuantiti air yang perlu di sediakan kepada pelajar.

Bagi minum malam yang di sediakan pada waktu makan supper pula tidak mencukupi kerana pada waktu tengahari air yang di sediakan untuk pelajar ialah 2 tong bagi pelajar lelaki tetapi pada waktu supper malam hanya di sediakan 1 tong sahaja untuk pelajar lelaki. Diharapkan pihak tuan/puan dapat mengambil serius dengan masalah yang dihadapi. Segala kerjasama dari pihak tuan kami akhiri dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK PELAJAR DAN INSTITUT” “PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT PROAKTIF” Di sediakan oleh, (AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN) BIRO KEBAJIKAN, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ILPKBPP, JTM

Related Documents