ADIK BERJASA A. Rahman Hanafiah Sinopsis Babak 1 : Ahmad membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan bekerja sebagai pelayan pejabat di sebuah kilang. Tindakan Ahmad adalah untuk menyara keluarganya kerana ayahnya diserang penyakit lumpuh.Adik Ahmad,iaitu Midah dan Murad bersedih atas keputusan abang mereka itu. Babak 2: Murad bermuafakat dengan Nazim dan Hassan untuk menyelamatkan anak seorang jutawan yang diculik oleh sekumpulan penjahat. Murad percaya bahawa tempat persembunyian penjahat-penjahat itu ialah di dalam hutan sekitar kawasan perkhemahan pengakap. Mereka akan berkhemah di situ kesokannya. Babak 3: Murad, Hassan, dan Nazim meninjau tempat persembunyian penjahat-penjahat itu. Mereka mendapati ada kesan tapak kaki manusia di situ. Mereka percaya bahawa penjahat-penjahat itu bersembunyi di dalam gua. Babak 4: Pada keesokan harinya, mereka meneruskan siasatan. Mereka menghampiri pintu gua. Malangnya Hassan dan Nazim dapat ditangkap oleh Penjahat I dan Penjahat II. Murad berjaya melarikan diri. Babak 5: Tujuan Murad hendak menyelamatkan anak jutawan itu adalah untuk mendapatkan hadiah wang tunai bernilai seratus ribu ringgit.Dengan wang tersebut, dapatlah abangnya, Ahmad meneruskan persekolahan. Ahmad akan membantu Murad menyelamatkan anak jutawan itu. Babak 6: Murad masuk ke dalam gua dan membuka ikatan Nazim, Hassan, dan anak jutawan pada pukul 3 pagi. Penjahat-penjahat tersebut sedar akan kehilangan tawanan mereka lalu mereka berusaha mencari budak-budak yang telah melarikan diri itu. Babak 7: Murad, Hassan, Nazim, dan anak jutawan bersembunyi di suatu tempat. “Jutawan”(polis) dating dengan membawa wang satu juta ringgit. Penjahat meminta wang itu tetapi “Jutawan” mahu melihat anaknya terlebih dahulu. Pada masa yang sama, pihak polis sampai dan menangkap semua penjahat itu. Murad mendapat ganjaran yang dijanjikan, iaitu sebanyak seratus ribu ringgit. Dengan wang tersebut, abangnya, Ahmad dapat meneruskan persekolahanya semula. Pemikiran Permikiran drama ini adalah keberanian dan kepintaran remaja hingga memungkinkan mereka menyelesaikan sesuatu masalah. Murad dan Ahmad berani menyelamatkan anak jutawan yang diculik oleh penjahat. Tindakan Ahmad yang bijak itu membolehkan misi menyelamat itu berjaya. Murad mendapat ganjaran wang seratus ribu ringgit. Wang tersebut dapat menyelesaikan masalah kemiskinan keluarganya dan masalah persekolahan abangnya. Persoalan (i) Kesanggupan berkorban demi keluarga Ahmad sanggup berhenti sekolah dan bekerja sebagai pelayan pejabat di kilang sds setelah ayahnya tidak dapat bekerja kerana berpenyakit lumpuh. Ahmad terpaksa dsd bekerja untuk menyara keluarga dan menyekolahkan adik-adiknya.
(ii) cdv scs vjck (iii)
Bekerja secara muafakat membawa berkat Murad, Nazim, dan Hassan bermuafakat untuk membebaskan anak jutawan yang diculik oleh penjahat. Walaupun Nazim dan Hassan dapat ditangkap oleh penjahat tetapi dengan bantuan Ahmad semua tawanan dapat dibebaskan. Penjahat dapat ditangkap oleh polis dan Murad mendapat ganjaran yang dijanjikan. Kegiatan badan beruniform dapat meningkatkan sahsia pelajar. Murad adalah ketua kumpulan pengakap di sekolahnya. Melalui kegiatan tersebut, sifat berani, berhati-hati, dan bertanggungjawab tersemai dalam diri Murad. Hal ini terbukti apabila Murad dengan beraninya menyelamatkan anak jutawan yang diculik. Murad juga terdidik dengan sifat bertanggungjawab untuk menghapuskan penjahat.
Watak (a) Watak utama ialah Murad. (b) Watak sampingan terdiri daripada Ahmad, Hassan, Nazim, Pak Kamis, Jutawan, Penjahat I dan Penjahat II.
Perwatakan Murad (a) Murad adalah ketua kumpulan pengakap di sekolahnya. (b) Murad berani orangnya.Dia berani menyelamatkan anak jutawan yang diculik oleh penjahat. (c) Dia bersifat bijaksana dalam tindakan. Murad sanggup menunggu hingga pukul tiga pagi supaya penjahat tertidur dan tugas membebaskan kawan-kawannya serta anak jutawan menjadi mudah. (d) Dia berhati-hati dalam sebarang tindakannya juga. Baginya, persekolahan mesti diteruskan walaupun hidup dalam kemiskinan. Dia sanggup berkorban agar persekolahan abangnya, Ahmad dapat diteruskan. Ahmad (a) Ahmad ialah anak yang sanggup berkorban demi keluarga. Ahmad berhasrat untuk berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu ayahnya yang berpenyakit lumpuh. (b) Sebagai abang, Ahmad suka memberikan nasihat kepada adik-adiknya. Ahmad menasihati adiknya, Midah supaya berhati-hati dan pandai menggunakan masa. (c) Ahmad mementingkan pelajaran juga. Ahmad bercadang untuk mengikuti kelas malam sekiranya dia bekerja di kilang kelak. (d) Ahmad bersifat berani. Ahmad berani menyertai Murad untuk menyelamatkan anak jutawan, Hassan, dan Nazim. Pak Kamis (a) Ayah kepada Ahmad,Murad dan Midah. (b) Dia menduda selepas isterinya meninggal dunia. (c) Dia sudah dua bulan menghidap penyakit lumpuh. (d) Pak Kamis berpandangan jauh. Dia sedar betapa pentingnya kejayaan dan pelajaran. Baginya pelajaran dapat meninggikan taraf hidup seseorang dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
Plot (a)Permulaan : Drama ini dimulakan dengan memperkenalkan keluarga Pak Kamis dvdcdsc yang miskin dan anak-anaknya sebanyak tiga orang yang masih sscs bersekolah. (b)Perkembangan : Peristiwa Ahmad membuat keputusan berhenti sekolah menjadi dfwd titik tolak perkembangan cerita seterusnya. Ahmad sanggup dfdfdfd berkorban untuk keluarga dan Murad merancang untuk fdfdffdf d sd menyelamatkan persekolahan abangnya. (c)Perumitan : Hassan dan Nazim ditangkap oleh penjahat dan Ahmad turut serta bcvbvb membantu Murad untuk menyelamatkan Hassan, Nazim, dan anak jcfv jutawan. (d)Klimaks : Tawanan dapat diselamatkan dan penjahat diberkas oleh polis. (e)Peleraian : Murad mendapat wang seratus ribu ringgit yang membolehkan fdfdfdf abangnya, Ahmad meneruskan persekolahannya.
Latar Latar Tempat 1. Di ruang tengah sebuah rumah ,iaitu rumah Pak Kamis. 2. Di dalam hutan kawasan penjahat bersembunyi. 3. Di kaki gunung, ada gua tempat penjahat bersembunyi. Latar Masa a) Pada waktu petang,iaitu semasa Ahmad berbincang dengan kawan-kawannya. b) Pada waktu siang, iaitu ketika Murad dan kawan-kawannya meninjau kawasan persembunyian penjahat. c) Pada waktu malam hingga jam tiga pagi, iaitu ketika Ahmad dan Murad menyelamatkan Hassan, Nazim dan anak jutawan. Latar Masyarakat a) Masyarakat yang hidup dalam kemiskinan.Contohnya, keluarga Pak Kamis miskin hidupnya, Ahmad, anak Pak Kamis hendak berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara keluarganya b) Masyarakat pelajar yang bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, Murad dan kawan-kawannya bermuafakat untuk berkhemah dan merancang untuk menyelamatkan anak jutawan yang diculik. c) Masyarakat pelajar yang cerdik. Contohnya, Murad memilih masa yang sesuai, iaitu pada pukul tiga pagi untuk membebaskan kawan-kawannya kerana pada waktu itu penjahat-penjahat tersebut sudah tidur. d) Masyarakat yang sanggup berkorban demi keluarga. Contohnya, Ahmad sanggup berkorban untuk ayahnya, Pak Kamis, dan adik-adiknya, iaitu Murad dan Midah.
Gaya Bahasa a) Penggunaan dialog yang pendek dan berkesan.Cntohnya: MURAD: T:ugas kita ialah menyelamatkan anak jutawan yang diculik itu. NAZIM ;Juga, kalau mungkin menghapuskan kumpulan jahat itu. HASSAN :Soalnya, sekarang, bagaimana caranya? b) Pengulangan kata. Contohnya : MURAD : Saya faham, ayah. Kawan-kawan saya si Hassan dan si Nazim tu mesti tu mesti diselamatkan. Dan komplot jahat itu pula mesti dihapuskan. c) Penggunaan sinkope sesuai dengan gaya bahasa lisan(dialog) Contohnya, penggunaan singkatan kata kau,tak,tapi,nak dan tu. d) Penggunaan simile. Contohnya, macam diburu hantu siang saja. e) Penggunaan hiperbola. Contohnya, bermain dengan harimau f) Pengunaan pelbagai jenis peribahasa seperti : i) Kata- kata hikmat ii) Bidalan iii)Simpulan bahasa Nilai a) Berani. Contohnya, Murad, Hassan dan Nazim berani menyiasat kegiatan penjahat di dalam hutan. b) Bekerjasama. Contohnya, Ahmad membantu Murad untuk membebaskan Nazim, Hassan dan anak jutawan yang diculik. c) Penyayang. Contohnya, Murad sayang akan abangnya, Ahmad. Dia sanggup berusaha agar abangnya dapat meneruskan persekolahan. d) Bijaksana. Contohnya, Murad menunggu masa yang sesuai untuk membebaskan kawan-kawannya yang diculik. e) Sanggup berkorban. Contohnya, Ahmad sanggup berhenti sekolah dan bekerja demi membantu ayah dan adik-adiknya. Pengajaran 1) Kita hendaklah berani berusaha agar memperoleh kejayaan. Contohnya, Murad berjaya menyelamatkan persekolahan abangnya, Ahmad atas keberaniannya membebaskan anak jutawan yang diculik. 2) Kita hendaklah bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, Murad, Nazim, dan Hassan bermuafakat untuk membebaskan anak jutawan. 3) Kita hendaklah mengutamakan pelajaran walaupun hidup dalam kemiskinan. Contohnya, Ahmad akan belajar kelas malam sekiranya dia bekerja di kilang. 4) Kita hendaklah bijaksana dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan.Contohnya, Murad bijak mengatur strategi dan memilih masa yang sesuai untuk membebaskan Nazim, Hassan, dan anak jutawan. 5) Kita janganlah melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang negara kerana akibatnya merugikan diri sendiri.