Adab Membaca Dan Menghafal Al-quran

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Adab Membaca Dan Menghafal Al-quran as PDF for free.

More details

  • Words: 1,057
  • Pages: 6
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Ikhlaskan niat. Bersabar. Mulakan bacaan dengan Bismillah. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t. Bersih dari hadas kecil dan besar. Sebaiknya menghadap kiblat. Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat. Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal. 9. Memberikan tumpuan sepenuhnya. 10. Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap. 11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angin. 12. Menghormati Al-Qur'an. 13. Menghormati guru. 14. Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.

* "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari) * "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca AlQur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) * "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim) * "Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

* "Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi) * "Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca AlQur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi) * "Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)

Sebelum menghafal 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mempunyai azam dan minat untuk menghafal Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal. Berada dalam keadaan tenang. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. 7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal. 8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal. Teknik Menghafal A. Teknik "Chunking" 1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. 2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai. 3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita. 4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya. 5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang 1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya. 2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. 3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua. 4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. 5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya. C. Teknik Tumpu dan Ingat 1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran. 2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. 3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. 4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup. D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 1. Pilih seorang teman yang sama minat. 2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. 3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. 4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain. E. Teknik Mendengar Kaset 1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al- Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. 2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. 3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. 4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. 5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan. F. Teknik Merakamkan Suara 1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.

2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanakkanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya. G. Teknik Menulis 1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. 2. Kemudian semak semula dengan mashaf. 3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas. H. Teknik "Pointers" dan "Keyword" 1. Buat beberapa kotak. 2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. 3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. 4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan. I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur 1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. 2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. 3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita. J. Teknik "Mindmaping" 1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. 2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'. 3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'. Mengekalkan Hafalan 1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. 2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. 3. Kerjakan solat hajat kepada Allah. 4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz. 5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. 6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. 7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.

6. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

(MENGUATKAN HAFALAN) Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal Al-Quran, agar mengerjakan solat sunat Taqwiyatul Hifzi. Kaedahnya: 1. Mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahiyat akhir. 2. Mengerjakannya pada malam Jumaat, sebaik-baiknya selepas tidur. 3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut. 4. Membaca pada rakaat pertama Surah Yaasin. 5. Membaca pada rakaat kedua Surah Ad-Dukhan 6. Membaca pada rakaat ketiga Surah As-Sajadah. 7. Membaca pada rakaat keempat Surah Muluk. 8. Setelah solat, bacalah doa ini:

[email protected]

Related Documents