PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REKA BENTUK TEKNOLOGI
WAN NUR HASYMY BIN WAN MANSOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
JULAI 2014
v
ABSTRAK
Kecindan merupakan suatu unsur yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka unsur kecindan, mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan, mengenal pasti unsur kecindan yang dominan dan mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi di sekolah rendah di mana populasinya seramai 110 dan responden adalah 80 orang.
Data dianalisis menggunakan
pendekatan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrument dianalisis menggunakan program Winstep 3.69.1.11 yang mengaplikasikan model pengukuran Rasch. Melalui analisis yang dijalankan, dapatan skor min digunakan untuk menentukan meneroka unsur kecindan, mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan dan mengenal pasti unsur kecindan yang dominan. Sementara dapatan Differential Group Functioning (DGF) pula digunakan untuk mengenalpasti mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Hasil analisis menunjukkan penerapan unsur kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi adalah berada pada tahap yang sederhana.
Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara guru perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Hasil kajian ini diharapakan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada pelaksanaan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan profesionalisme guru di sekolah.
vi
ABSTRACT
Humour is an important element in the learning process. Therefore, this study aimed to explore the elements humour, identifying the elements humour application, identifying the dominant element humour and identify the different male and female teachers in the implementation of humour and element in the teaching and learning of
Design Technology. The sample consisted of teachers who teach Design
Technology in primary schools where the population is 110 and the respondent is 80. Data were analysed using the Rasch measurement model approach. A set of questionnaires were used as research instrument and the data obtained from questionnaires have been analysed using Winsteps3.69.1.11 program to do Rasch model analysis. Mean score value were used to explore the elements humour, identifying the elements humour application and identifying the dominant element humour. Meanwhile Differential Group Functioning (DGF) were used determine and identify the different male and female teachers in the implementation of humour and element in the teaching and learning of Design Technology. The analysis of the application of humour element in the teaching and learning of Design Technology is located at the medium level. The study also showed no significant differences between different teachers male and female teachers in the implementation of humour element in the teaching and learning of Design Technology. This study hoped to serve as a guideline for the implementation of the application humour element in teaching, learning and professional development of teachers in schools.
vii
KANDUNGAN
BAB 1
TAJUK
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI RAJAH
xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH
xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi
PENDAHULUAN
1
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar belakang masalah
5
1.3
Pernyataan masalah
7
1.4
Objektif kajian
8
1.5
Persoalan kajian
8
1.6
Skop kajian
9
1.7
Kepentingan kajian
9
1.8
Kerangka teori
10
1.9
Konsep kajian
12
1.10
Definisi terminology
14
1.10.1 Unsur kecindan
14
1.10.2 Pengajaran dan pembelajaran (P&P)
15
viii 1.10.3 Mata Pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT)
15
1.10.4 Penyampaian guru
BAB 2
2.5
16
KAJIAN LITERATUR
16
2.1
Pengenalan
16
2.2
Teori-teori berkaitan dengan kecindan
16
2.2.1 Teori inkongruiti (incongruity theories)
16
2.2.2 Teori pelepasan energi (relief theories)
17
2.2.3 Teori superioriti (superiority theories)
17
2.2.4 Teori Pembelajaran Sosial
17
2.2.5 Teori Pembelajaran Humanism
19
2.3
Kecindan
2.4
Jenis – jenis kecindan
21 21
2.4.1 Cerita Jenaka
22
2.4.2 Lawak
24
2.4.2.1 Lawak Bodoh
25
2.4.2.2 Lawak Slapstick
25
2.4.2.3 Lawak spontan
25
2.4.2.4 Lawak lucah
25
2.4.3
Bahasa sindiran
26
2.4.4
Kartun
28
2.4.5
Teka-teki
30
Kelebihan dan kekurangan penerapan unsur kecindan
31
dalam pengajaran pembelajaran 2.6
Pengajaran berkesan
36
2.6.1
Ciri-ciri guru sebagai pencerita dramatic
36
2.6.2
Teknik pengajaran guru
37
2.7
Kaedah pengajaran guru
2.8
Amalan kecindan di dalam proses pengajaran
39 39
dan pembelajaran 2.9
Penutup
40
ix BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
41
3.1
Pengenalan
41
3.2
Reka bentuk kajian
41
3.3
Populasi dan sampel kajian
3.4
Prosedur kajian
46
3.5
Instrumen kajian
47
3.6
Kajian rintis
50
3.7
3.6.1
Kebolehpercayaan
52
3.6.2
Indeks pengasingan item
53
3.6.3
Polariti item
54
3.6.4
Kesesuaian item dengan konstruk
3.6.5
Nilai kolerasi residual terpiawai
3.6.6
Ringkasan item kekal dan gugur
Analisis data 3.7.1
3.8
BAB 4
45
56 58 59 60
Ringkasan penganalisisan data
Penutup
61 62
ANALISIS DATA
63
4.1
Pengenalan
63
4.2
Statistik deskriptif
63
4.2.1
Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan
64
4.2.2
Persoalan Kajian 1: Apakah unsur kecindan yang
64
Diterapakan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ? 4.2.3
Persoalan Kajian 2: Apakah tahap penerapan unsur
66
kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ? 4.2.4
Persoalan Kajian 3: Apakah unsur kecindan yang
67
dominan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ? 4.3
Statistik inferensi
68
x 4.3.1
Persoalan Kajian 4:
Mengenal pasti perbezaan
69
guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. 4.4
BAB 5
Penutup
71
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
72
5.1
Pengenalan
72
5.2
Rumusan kajian
72
5.3
Perbincangan dapatan kajian 5.3.1
73
Rumusan dapatan kajian 1: Meneroka unsur kecindan
74
yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi 5.3.2
Rumusan dapatan kajian 2: Mengenal pasti tahap
75
penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi 5.3.3
Rumusan dapatan kajian 3: Mengenal pasti unsur
76
kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi 5.3.4
Rumusan dapatan kajian 4: Mengenal pasti perbezaan
77
guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi 5.4
Cadangan dapatan lanjutan
78
5.4.1
Pihak JPN dan PPD
78
54.2
Pihak pentadbir sekolah dan guru
79
5.5
Cadangan kajian lanjutan
5.6
Penutup
80 80
RUJUKAN
81
LAMPIRAN
86
xi
SENARAI JADUAL
Jadual 3.3: Populasi kajian mengikut sekolah
45
Jadual 3.2 : Cadangan pemilihan saiz sampel oleh
46
Linacre (2005) Jadual 3.3 : Pemarkahan item-Item Skala Likert
48
Jadual 3.4 : Soal selidik dan bilangan item bahagian A, B, C, D dan E Jadual 3.6: Garis panduan bagi penentuan saiz sampel
50 51
Jadual 3.7: Ringkasan statistik bagi kebolehpercayaan instrumen 52 Jadual 3.8: Indikator bagi kebolehpercayaan responden
53
Jadual 3.9: Ringkasan statistik bagi kebolehpercayaan responde 53 Jadual 3.10: Ringkasan statistik bagi indeks pengasingan item 54 Jadual 3.11 menunjukkan dapatan bagi analisis yang
54
dijalankan untuk menentukan polariti item Jadual 3.12 : Kesesuaian item dengan konstruk Jadual 3.13: Nilai korelasi residual terpiawai
57 58
Jadual 3.15: Ringkasan bagi item yang dikekalkan dan digugurkan 59 Jadual 3.16: Analisis item measure
60
Jadul 3.17: Interprestasibagi nilai skor min
60
xii Jadual 3.18 menunjukkan ringkasan bagi kaedah analisis
61
dan instrumen kajian berdasarkan kepada persoalan kajian yang dibina Jadual 4.1: Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 64 Jadual 4.2: Analisis keseluruhan bagi unsur kecindan yang
65
diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi Jadual 4.3: Dapatan analisis bagi tahap penerapan unsur
66
kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi Jadual 4.4: Analisis unsur kecindan yang dominan yang
67
diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi Jadual 4.5: Analisis DGF
70
xiii
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada
11 12
Teori Pembelajaran Sosial Yang Diataptasi Daripada Teori Bandura (1986) Rajah 3.1 : Kerangka Reka Bentuk Kajian Rajah 4.1: Skala min logit (Sumber: Keeves & Alagumalai, 1999)
44 69
xiv SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
IPG
-
Institut Pendidikan Guru
JPN
-
Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM
-
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
RBT
-
Reka bentuk Teknologi
KPM
-
Kementerian Pendidikan Malaysia
KSSM
-
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
KSSR
-
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
LPM
-
Lembaga Peperiksaan Malaysia
P&P
-
Pengajaran Dan Pembelajaran
Bil
-
Bilangan
DGF
-
Differential Group Functioning
DIF
-
Differential Item Functioning
-
alpha
-
nilai yang lebih kecil
-
nilai yang lebih besar atau sama dengan
xv
SENARAI LAMPIRAN
A
Carta Gantt
86
B
Borang soal selidik kajian rintis
88
C
Borang soal selidik kajian sebenar
98
D
Pengesahan soal selidik
108
E
Surat kebenaran kajian
111
F
Persoalan Kajian 1: Apakah unsur kecindan yang
115
Diterapakan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ? G
Persoalan Kajian 2: Apakah tahap penerapan unsur
117
kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ? H
Persoalan Kajian 3: Apakah unsur kecindan yang dominan
119
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ? I
Persoalan Kajian 4:
Mengenal pasti perbezaan
guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi
121
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Kecindan atau ‘sense of humor’ di istilahkan sebagai satu jenaka, lawak, dan kata-kata atau perbuatan yang kelakar. Kecindan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang manusia, objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau terhibur. Unsur kelakar atau lawak ini boleh digunakan dan diterapkan oleh guru semasa mengajar di dalam kelas. Menurut kajian yang dilakukan oleh Frymier et al. (2008), jenaka dalam bilik darjah membantu berlakunya interaksi guru dan murid dengan lebih lancar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Suasana kecindan boleh berlaku apabila kelucuan yang ditunjukkan oleh seseorang yang boleh menyebabkan oang lain kecewa. Suasana yang wujud ini dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang dengan segera. Plato pernah menulis “We laugh when we see the weakness of another” Salah satu peranan penting seseorang guru adalah membina hubungan baik guru dan murid. Hampir setiap hari seorang guru bercakap dan berinteraksi dengan muridnya. Oleh itu bercakap atau berinteraksi adalah sebahagian daripada kerja guru. Bagi mewujudkan hubungan baik antara guru dan murid, seharusnya seseorang guru itu berkebolehan melakukan jenaka atau kecindan. Menurut oleh Barry and King (1990), guru harus menunjukkan sifat baik hati, adil dan ramah mesra kerana murid memerlukan kawan selain seorang guru, terutamanya bagi sesetengah murid yang tidak mempunyai ramai kawan dan terpencil. Dengan cara itu guru dapat mendekati mereka, menggalakkan mereka bertanya dan berkongsi lawak jenaka membolehkan murid merasai guru sebagai seorang kawan.
2 Kelas yang tidak ada jenaka dianggap membosankan dan juga dikatakan sebagai kurang mesra. Sebaliknya, kelas yang dipenuhi dengan jenaka yang relevan dianggap menarik oleh murid. Berdasarkan kepada Garner (2006), guru yang mengamalkan jenaka diklasifikasikan oleh murid dan rakan setugas sebagai lebih positif dan membantu. Malikow (2007) pula menyatakan bahawa 59% pelajar menyatakan guru yang mempunyai ciri-ciri jenaka adalah guru yang berkesan. Hubungan baik yang terjalin antara guru dan murid akan dapat membantu mengawal masalah disiplin dan salah laku dalam kalangan murid. Sebagai seorang guru guru perlu mengamalkan kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana hidup tanpa kecindan atau jenaka adalah amat membosankan, manakala dengan melakukan sedikit jenaka atau kecindan akan membantu tugas kita bagi merangsang pembelajaran, membolehkan pengajaran dan pembelajaran mudah diingati. Kajian menunjukkan kecindan dalam bilik darjah membantu interaksi guru dan murid berlaku dengan lebih lancar dan menambahkan kuantiti serta kualiti masa bercakap pelajar. Sejak 25 tahun kebelakangan ini sahaja penyelidikan mengenai kecindan dalam pendidikan telah dilakukan. Berdasarkan kepada penemuan penyelidikan pendidikan dalam bidang ini sehingga kini, adalah benar untuk dirumuskan bahawa kecindan boleh mewujudkan suasana yang membantu pembelajaran, meningkatkan perhatian dan keseronokan belajar, membantu pembelajaran menahan pelajar untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran berfikir. Unsur kecindan sebagai salah satu daripada enam kunci penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Unsur kecindan boleh membantu seseorang itu menjadi guru yang baik dan berjaya. Unsur jenaka yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat mengurangkan situasi tegang dalam bilik darjah. Amalan kecindan dalam kalangan guru juga akan membolehkan murid merasa lebih seronok dan membantu murid menumpukan perhatian kepada pelajaran. Manakala manfaat dalam kalangan guru pula, mereka akan dapat menikmati situasi kerja dengan lebih seronok dan terhibur apabila melihat reaksi anak didik seronok dan ketawa. Ini menyumbang kepada kehidupan yang lebih gembira dalam menghadapi situasi kerja yang kadang kala menimbulkan ketegangan (stress). Kadang kala guru boleh membuat lawak yang di istilahkan sebagai lawak “bodoh” semasa mengajar yang mana akan ditertawakan oleh murid, kadang kala
3 kecindan dapat dikongsi bersama murid dan kadang kala pula kecindan yang dihasilkan oleh murid. Ini boleh membuatkan seseorang yang mempunyai sikap positif dan unsur kecindan akan sentiasa gembira sepanjang kariernya sebagai seorang guru. Menurut Fattah. A (2001), Rasulullah menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda (yang tidak keterlaluan) sebagai satu kaedah pengajaran. Baginda bergurau semasa mengajar para sahabat dan pengikutnya namun perkataan yang keluar daripada mulut baginda hanyalah perkataan yang benar. Menurut kajian yang telah dijalankan, kelas yang tidak ada kecindan dianggap membosankan dan kurang mesra. Kelas yang dipenuhi dengan kecindan yang relevan dianggap menarik oleh murid. Guru yang mengamalkan unsur kecindan yang tinggi dinilai oleh murid sebagai lebih positif dan membantu mereka dalam proses pembelajaran. Unsur kecindan boleh meningkatkan kreativiti dan pembelajaran. Beberapa kajian menunjukkan pelajar yang mendengar rakaman dan menonton filem yang mengandungi unsur kecindan dapat membantu meningkatkan pencapaian dalam skor secara signifikan dalam ujian kreativiti. Banyak manakah unsur kecindan yang harus dimasukkan ke dalam sesi pengajaran? Menurut seorang penyelidik, ‘rule of thumb’ bagi mengamalkan kecindan kepada pelajar antara adalah tiga (3) hingga lima (5) kali bagi setiap 50 minit waktu pengajaran. Menurut Desberg & Others (1981), Suasana kecindan dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang dengan segera . Jenaka atau kecindan yang diamalkan oleh guru akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan boleh membantu mengurangkan tekanan dan kerunsingan dalam kalangan murid semasa di dalam
bilik
darjah.
Persekitaran
pembelajaran
yang
wujud
semasa
jenaka
dipersembahkan dapat membantu mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Persekitaran pembelajaran yang sihat dan menyeronokkan sentiasa diberikan perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sehubungan itu KPM telah memperkenalkan konsep pembelajaran yang menyeronokkan (fun learning) dalam kalangan guru-guru sekolah bagi menambah keberkesanan Amalan Jenaka dalam Pengajaran dan Pembelajaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Konsep ini boleh direalisasikan melalui pelbagai kaedah dan salah satu daripadanya ialah melalui amalan jenaka guru semasa mengajar. KPM telah menggubal satu standard kualiti sebagai mekanisme untuk memantau dan menguatkuasakan semua
4 program yang dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara (Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah merupakan suatu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh semua sekolah di bawah KPM. Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan standard kualiti di sekolah dan institusi pelajaran tercapai melalui penggunaan instrumen SKPM. Instrumen ini diguna pakai bagi menaksir keupayaan dan potensi pentadbir sekolah menyelia guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, mengurus sumber dan mengasuh kemenjadian setiap murid. Dalam Elemen 9: Pengajaran dan Pembelajaran, Item 9.13: Perwatakan Guru, standard ini telah menyatakan kepentingan amalan kecindan dalam kalangan guru sekolah. Elemen 9.13(a) (vi) tentang sumbangan guru terhadap suasana pembelajaran yang kondusif. Standard ini menegaskan bahawa guru perlu mewujudkan suasana riang yang merangsang pembelajaran (Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Suasana riang adalah merujuk kepada amalan kecindan guru semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu peranan penting seseorang guru adalah membina hubungan baik guru dan murid. Hampir setiap hari seorang guru itu bercakap dan berinteraksi dengan muridnya. Oleh yang demikian, bercakap atau berinteraksi adalah sebahagian daripada tugas guru. Bagi mewujudkan hubungan baik antara guru dan murid, seharusnya seseorang guru itu berkebolehan dan mempunyai ciri-ciri kecindan. Guru harus menunjukkan sifat baik hati, adil dan ramah mesra kerana murid memerlukan kawan selain seorang guru, terutamanya bagi sesetengah murid yang tidak mempunyai ramai kawan dan terasing. Barry & King (1990), dengan cara guru mendekati mereka, menggalakkan mereka bertanya dan berkongsi lawak jenaka membolehkan murid merasai guru sebagai seorang kawan. Hubungan baik yang terjalin antara guru dan murid akan dapat membantu mengawal masalah disiplin dan salah laku dalam kalangan murid.
5 1.2
Latar Belakang Masalah
Sekolah menjadi institusi yang sangat terikat dengan peraturan dan tatacara sehingga menjadikannya suatu tempat yang "menakutkan". Suasana sekolah dan bilik darjah yang begitu tegas dengan pelbagai peraturan dan disiplin serta pendekatan pengajaran guru yang serius akan menyebabkan murid merasa tertekan. Tekanan yang dihadapi oleh murid semasa berada di rumah dan di sekolah akan menyebabkan prestasi mereka merosot dan motivasi untuk belajar berkurangan. Guru dan murid menyatakan sekolah dan pembelajaran tidak menyeronokkan. Pelbagai masalah disiplin timbul daripada situasi tekanan ini seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, vandalisme dan sebagainya. Sekiranya suasana pembelajaran dalam bilik darjah dapat diseimbangkan dengan jenaka dan gelak ketawa, maka sudah pasti tekanan yang dihadapi oleh murid akan berkurangan. Paterson (2006) menyatakan jenaka perlu digunakan dengan sebaik mungkin kerana dalam kajian, beliau mendapati ianya dapat membantu mengatasi beberapa masalah personal yang timbul di sekolah. Banyak faktor menyebabkan pelajar tidak minat dengan cara pengajaran guru antaranya; (i) guru yang tidak mahir, (ii) guru mngajar secara teori sahaja, (iii) guru tidak menggunakan ABBM, (iv) sikap negetif terhadap mta pelajaran, (v) guru yang kurang ilmu; dan (vi) penyampaian guru yang membosankan. Penyampaian guru yang membosankan boleh mengakibatkan prestasi pelajar merosot. Penyampaian guru yang tidak fokus dan bersahaja mempengaruhi embelajaran pelajar. Hubungan antara guru dan murid yang tidak mesra menyebabkan pelbagai masalah wujud dalam bilik darjah, umpamanya murid malu dan segan untuk berinteraksi atau bersoal jawab. Hal ini juga boleh menyebabkan murid tidak menyukai guru mereka. Menurut kajian oleh Malikow (2007) murid menyukai guru yang pandai berjenaka. Namun ramai guru yang tidak dapat melakukannya semasa dalam bilik darjah. Manakala Frymier, Wanzer dan Wojtaszczyk (2008) menyatakan terdapat amalan jenaka yang sesuai dan tidak sesuai dilakukan oleh guru. Jenaka yang tidak sesuai akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada murid. Kajian tersebut juga melaporkan bahawa terdapat guru yang menggunakan jenaka yang tidak sesuai. Oleh itu, kajian ini akan melihat penerapan unsur kecindan di dalam pengajaran dan pembelajaran
6 Reka Bentuk Teknlogi yang berlaku dalam kalangan guru dan pandangan mereka serta murid terhadap amalan kecindan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru yang tidak menerapakan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga mempengaruhi pembelajaran pelajar. Pelajar akan mudah berasa bosan dengan pengajaran guru dan menanam sikap tidak minat pada pelajaran. Sekaligus menyebabakan prestasi pelajar merosot. Jenaka atau kecindan yang diamalkan oleh guru akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan boleh membantu mengurangkan tekanan dan kerunsingan dalam kalangan murid semasa di dalam bilik darjah. Charles (2002) mendapati amalan jenaka dapat mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan murid. Kecindan adalah suatu perkara yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Punca yang mengakibatkan guru tidak menerapkan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah guru tidak minat kecindan. Semasa proses pengajaran guru tidak menerapkan unsur kecindan. Ini kerana guru tersebut tidak meminati cerita jenaka. Selain daripada cerita jenaka guru itu juga tidak meminati sindiran, kartun mahupun teka-teki. Sebenarnya di dalam kelas pelajar sangat suka kepada teka-teki. Sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit tekanan ketika belajar mereka. Guru yang tidak tahu bagaimana membuat kecindan juga mempengaruhi kemerosotan prestasi pelajar. Guru yang kurang arif atau tidak tahu membuat cerita jenaka, tidak tahu melukis kartun, tidak tahu membuat sindiran dan tidak tahu membuat teka-teki mengakibatkan suasana di dalam kelas sangat tegang walaupun tidak bising. Ini kerana pelajar sebenarnya merasa bosan dengan pengajaran guru tersebut. Menurut kajian oleh Malikow (2007) murid menyukai guru yang pandai berjenaka. Guru yang tidak menerapakan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran juga kerana guru tidak tahu apa itu kecindan. Guru perlu tahu apa itu kecindan. Guru juga perlu tahu jenis-jenis kecindan yang biasa digunakan di bilik darjah. Oleh yang demikian, guru perlu mengenalpasti jenis kecindan yang sesuai digunakan di bilik darjah sama ada erita jenaka, kartun, sindiran atau teka-teki. Personaliti juga faktor yang menyebabakan guru tidak menerapkan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru memainkan peranan
7 kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Personaliti guru yang garang sukar untuk menerapkan unsur kecindan. Ini kerana guru yang garang tidak akan melakukan kecindan terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Personaliti juga di pengaruhi oleh faktor keluarga atau keturunan. Bagi guru yang berketurunan yang memang tidak gemar kepada kecindan tidak akan membuat kecindan. Keadaan ini memberi kesan kepada pembelajaran pelajar.
1.3
Pernyataan Masalah
Penyelidik berpendapat bahawa satu kajian perlu dijalankan untuk mengkaji kaedah atau cara penyampaian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diamalkan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi. Kaedah atau cara penyampaian guru adalah sangat penting kerana ia boleh menarik minat pelajar kepada pembelajaran. Kemerosotan akademik pelajar juga adalah berpunca daripada faktor guru. Ini kerana pelajar tidak berminat dengan cara pengajaran guru. Oleh itu, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyelitkan unsurunsur kecindan. Dengan itu secara tidak langsung dapat menarik pelajar untuk minat terhadap pembelajaran. Lantaran daripada pelbagai masalah disiplin tersebut, guru akan dibebankan dengan cara untuk mengatasi masalah tersebut. Murid pula sentiasa terbeban dengan tugas pembelajaran dalam kelas semasa di sekolah. Semasa berada di rumah, murid terbeban dengan tugasan atau kerja rumah. Di samping itu, murid juga dihantar oleh ibu bapa mereka ke kelas al-Quran, kelas tambahan dan tuisyen. Situasi ini boleh menimbulkan ketegangan dan boleh menyebabkan murid tertekan. Oleh itu, aspek keceriaan daripada segi emosi perlu diberikan perhatian khusus seperti amalan dan pergaulan guru dengan murid dan murid dengan murid perlu diwujudkan. Salah satu daripada keceriaan aspek emosi ini dapat diwujudkan melalui amalan jenaka atau kecindan dalam kalangan guru terhadap murid sama ada semasa sesi pengajaran dan pembelajaran atau semasa interaksi dengan murid secara tidak formal. Charles (2002) mendapati amalan jenaka dapat mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan murid.
8 Amalan jenaka akan dapat mengurangkan batasan darjat atau formaliti antara guru dengan murid. Dengan itu, murid akan lebih "berani" berjumpa guru untuk berbincang dan berinteraksi. Hidup tanpa jenaka adalah amat membosankan dan jenaka boleh merangsang pembelajaran. Ia membolehkan pengajaran dan pembelajaran mudah diingati.
1.4
Objektif Kajian
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk melihat penerapan unsur kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi di kalangan guru di sekolah rendah. Objektif penyelidikan ini adalah untuk:
(i) Meneroka unsur kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.
(ii) Mengenal pasti
tahap penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. (iii)Mengenal pasti unsur kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. (iv) Mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.
1.5
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa soalan kajian seperti berikut:
1. Apakah unsur kecindan yang diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ?
9 2. Apakah tahap penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ?
3. Apakah unsur kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ?
4. Apakah perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ? 1.6
Skop Kajian
Skop kajian ini ialah untuk mengenalpasti penerapan unsur kecindan yang diamalkan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi. Skop kajian ini juga akan meneroka unsur kecindan dan mengenalpasti tahap penerapan unsur kecindan serta mengenalpasti unsure kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Di samping itu juga, skop kajian ini akan mengenalpasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. 1.7
Kepentingan Kajian
Dengan berhasilnya kajian ini, diharap ia dapat memberikan kepentingan kepada beberapa pihak di antaranya ialah :
(i)
Dapat memberikan informasi dan data kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
berkenaan
penerapan
unsur
kecindan
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran. (ii)
Dapat memberikan program pelaksanaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tentang penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran.
(iii)
Dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentu Teknologi tentang penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran.
10 (iv)
Dapat memberikan sumbangan dan idea kepada pengkaji dalam penerapan unsur kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya mata pelajran Reka Bentu teknologi.
1.8
Kerangka Teori
Di dalam kajian ini, pengkaji merujuk kepada teori yang terlibat atau yang berkaitan dengan unsur kecindan ialah Teori incongruity. Teori incongruity oleh Berlyne dalam Frymier, Wanzer, & Wojtaszczyk (2008) menyatakan terdapat dua fasa proses. Fasa pertama ialah apabila sesuatu mesej atau rangsangan yang dikatakan incongruity ialah mesej yang tidak kena pada tempatnya atau tidak sesuai pada tempatnya. Mesej ini pada permulaannya mesti dikenalpasti dan diterjemahkan oleh penerima sebagai bahan jenaka atau kecindan untuk diertikan sebagai sesuatu yang menggelikan hati. Fasa kedua ialah apabila sesuatu mesej berjenaka diproses dan dinilai sebagai menggelikan hati, maka sesuatu kandungan mesej yang incongruity itu perlu dikenalpasti dan make sense kepada penerima sepert yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1. Sesuatu mesej atau rangsangan yang dikatakan incongruity ialah mesej yang tidak kena pada tempatnya atau tidak sesuai pada tempatnya. Mesej ini pada mulanya mesti dikenal pasti dan diterjemahkan oleh penerima sebagai bahan jenaka atau kecindan untuk diertikan sebagai sesuatu yang menggelikan hati. Oleh itu, untuk sesuatu mesej jenaka diproses dan dinilai sebagai menggelikan hati, maka kandungan mesej yang incongruity itu perlu dikenal pasti dan munasabah kepada penerima. Sekiranya incongruity itu terlalu janggal dan tidak masuk akal atau terlalu kompleks, maka penerima tidak akan merasa mesej tersebut sebagai menggelikan hati. Terdapat juga teori-teori lain yang berkaitan dengan kecindan seperti Teori Pelepasan Energi (relief theories) dan Teori Superioritas (superiority theories). Teori pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan kepentingan jenaka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidaklah begitu rapat. Namun teori pembelajaran yang berasaskan motivasi seperti Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory) oleh Bandura dan juga Teori Pembelajaran Humanism yang diasaskan oleh Abraham Maslow, Carl Rogers dan Malcolm Knowles didapati mempunyai kaitan dengan amalan
11 jenaka yang dapat mencetuskan situasi pembelajaran yang berkesan. Gurtler (2002) mengaitkan teori oleh Bandura terhadap sindrom "burnt-out" yang wujud dalam kalangan guru. Menurut beliau, peranan jenaka adalah untuk mencegah sindrom burntout dalam kalangan guru di samping boleh membantu meningkatkan pencapaian seseorang murid. Ini adalah kerana jenaka dapat menghasilkan suasana atau persekitaran pembelajaran yang lebih baik. Sementara itu, Teori Humanism pula menekankan kepada persekitaran yang menyokong pembelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Humanism, pembelajaran adalah berpusatkan pelajar (student centered) dan bersifat individu (personal). Persekitaran yang menyokong pembelajaran adalah diperlukan untuk perkembangan afektif dan kognitif. Dalam hal ini, amalan jenaka atau kecindan dapat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membantu menyokong perkembangan afektif dan kognitif pelajar.
Teori incongruity Berlyne (dalam Frymier, Wanzer, & Wojtaszczyk, 2008)
Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory) Bandura (1986)
sindrom "burnt-out" -cepat bosan -tiada fokus
Teori Humanism Abraham Maslow, Carl Rogers dan Malcolm Knowles
berpusatkan pelajar (student centered) -terima arahan -kerja kumpulan
individu (personal) -lebih tertumpu -berkesan
Penerapn Unsur Kecindan dalam P&P Reka Bentuk Teknologi Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian
12 1.9
Konsep Kajian
Di dalam kajian ini, pengkaji juga membentuk kerangka konsep kajian yang dijadikan sebagai rujukan yang diadaptasikan daripada Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura dan Pembelajaran Humanism oleh Abraham Maslow, Carl Rogers dan Malcom Knowles (1986) dipaparkan dalam Rajah 1.2. Berdasarkan kepada kajian literatur, faktor-faktor yang mengakibatkan pelajar tidak berminat dengan pengajaran guru seperti personaliti guru yang tidak menarik, guru yang tidak mempunyai ilmu yang cukup, guru yang tidak mahir, guru yang mengajar secara teori sahaja, guru yang tidak menggunakan ABBM, sikap yang negetif terhadap subjek, tidak prihatin dengan pelajar dan cara penyampaian guru yang membosankan.
Hasil Pembelajaran
Psikomotor
Kognitif
Rancangan P&P
Penaksiran
Pengukuhan & Maklum Balas
Guru menunjukkan teknik atau kemahiran Kepada pelajar
Pelajar melakukan dan mengulagi kemahiran yang ditunjukkan
Guru memberitahu kesilapan pelajar sekiranya ada
Pelajar memerhatikan dan meniru kemahiran yang ditunjukkan guru
Guru memerhatikan pelajar melakukan aktiviti yang diajar dan memperbetulkan kesilapan
Guru memberi pujian kepada pelajar yang berjaya mempratikkan kemahiran yang diajar
Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada Teori Pembelajaran Sosial Yang Diataptasi Daripada Teori Bandura (1986).
13 Model Pengajaran Sosial telah dirujuk oleh pengkaji dalan melakukan kajian ini. Rajah 1.2 menunjukkan Kerangka Konsep Kajian
yang berasaskan kepada Teori
Pembelajaran Sosial. Mengikut Teori Pembelajar Sosial ia terbahagi kepada dua iaitu Psikomotor dan Kognitif. Kedua-dua elemen tersebut adalah di bawah aspek hasil pembelajaran. Kognitif adalah kemampuan intelektual pelajar dalam berfikir, menegtahui dan memecahkan masalah. Menurut Bloom (1956) tujuan domain kognitif terdiri atas enam bahagian iaitu; (i) Pengetahuan (knowledge), (ii) Pemahaman (comprehension),(iii) Penerapan (application), (iv) Analisis (analysis), (v) Sintesis (syntesis) dan (vi) Penilaian (evaluation). Manakala psikomotor adalah kemampuan yang berkaitan kegiatan otot dan fisik. Menurut Davc (1970) klasifikasi tujuan domain psikomotor terbagi lima kategori iaitu a.Peniruan, b.Manipulasi, c.Ketetapan, d.Artikulasi dan e.Pengalamiahan. Di dalam perancangn pengajaran dan pembelaran guru akan menunjukkan teknik atau sesuatu kemahiran kepada pelajar. Ia bergantung kepada mata pelajaran yang diajar. Pelajar akan memerhati dan meniru kemahiran yang di tunjukkan guru. Disini wujud dua komunikasi dua hala. Di dalam kajian ini, untuk menyokong kesahihan terhadap permasalahan yang dikaji, pendekatan secara kualitatif digunakan. Pengkaji menemu bual responden yang terlibat secara langsung dalam mengurus dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentu Teknologi. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar. Semasa membentangkan proses P&P, guru boleh dikatakan modelling dengan demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) hendaklah bermutu tinggi. Pelajar-pelajar akan timbul minat untuk melihat dan menjana pemikiran kreatif terhadap penghasilan yang lebih baik berbanding yang telah guru pamerkan. Pelajar-pelajar akan mempunyai kecenderungan meniru guru mereka dan menganggap guru sebagai role model.
Selain itu, guru boleh menggunakan rakan
sebaya yang cemerlang sebagai model. Cara ini boleh dilakukan dengan melakukan pembelajaran secara pembelajaran koperatif yang merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap
14 pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakanrakan yang lain. Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya rakan-rakan mereka yang terbaik dan cemerlang sebagai role model. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi. Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita. Semasa bercerita, guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang menarik perhatian para pelajar untuk mendengarnya.
1.10
Definisi Terminologi
Terdapat beberapa istilah yang sering digunakan dan di bawah ini diterangkan dengan jelas pengertian terhadap definisi terminologi yang penting yang terdapat di dalam kajian ini.
1.10.1 Unsur Kecindan
Menurut Desberg & Others (1981), kecindan ialah sesuatu perkara yang membuat seseorang ketawa. Kecindan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang manusia, objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau terhibur. Suasana kecindan boleh berlaku apabila kita ketawakan kepada sesuatu situasi seperti kelucuan yang ditunjukkan oleh seseorang. Suasana diwujudkan hasil daripada kecindan dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang dengan segera. Bagi mewujudkan hubungan baik antara guru–murid, seharusnya seseorang guru itu berkebolehan melakukan jenaka atau kecindan. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Barry and King (1990), guru harus menunjukkan sifat baik hati, adil dan ramah mesra kerana murid memerlukan kawan selain seorang guru, terutamanya bagi sesetengah murid yang tidak mempunyai ramai kawan dan terpencil. Di dalam kajian ini, unsur kecindan ialah perkara atau hal yang boleh membuatkan terhibur dan dapat melepaskan tekanan.
15 1.10.2 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pengajaran ialah menurut Garner, R. L. (2006), sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Di dalam kajian ini, pengajaran dan pembelajaran guru bermaksud sesuatu yang diajar oleh guru dan diterima oleh pelajar.
1.10.3 Mata Pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT)
Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan tentang usaha manusia dalam mencipta sesuatu dengan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik, dan sistem untuk mengurus kehidupan di samping meluaskan potensi manusia. Menurut PPK (2004), RBT ialah sesuatu mata pelajaran yang berteraskan teknologi maklumat. Sebelum ini mata pelajaran ini dikenal sebagai Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini akan diajar bermula tahun 2014 iaitu kepada murid-murid tahun empat. Di dalam kajian ini, RBT bermaksud mata pelajaran yang bercirikan teknologi maklumat dan di serasian dengan perkembangan terkini.
1.10.4 Penyampaian Guru
Pengajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat, dan kemahiran kepada pelajar. Menurut Kerry, M. (1993), pengajaran yang berkesan pula adalah sesuatu yang memberikan yang memberikan impak. Penyampaian pengajaran berkualiti menekankan pengajaran yang dicirikan oleh persembahan yang koheren dan bahan'yang berurutan, peluang mencukupi bagi penglibatan pelajar dalam latihan bersepadu, penggunaan pengukuran yang kerap dan berkala serta maklum balas konstruktif kepada pelajar. Di dalam kajian ini, penyampaian guru bermaksud perkara yang disampaikan kepada seseorang murid untuk kebaikan bersama.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
Dalam bab ini menerangkan tentang kajian-kajian lepas yang dijalankan berkaitan dengan tajuk kajian. Di dalam bab ini juga akan membincangkan beberapa topik yng berkaitan seperti (i) pengenalan; (ii) teori yang berkaitan dengan kajian; (iii) kecindan; (iv) kelebihan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran; (v) pengajaran berkesan; (vi) kaedah pengajaran guru; (vii) amalan kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan (ix) mata pelajaran RBT;dan (x) penutup. Kesemua tajuk-tajuk tersebut di terangkan di dalam bab ini.
2.2
Teori-teori Berkaitan Dengan Kecindan
Terdapat tiga teori utama yang dapat menjelaskan terjadinya kecindan (Graham dalam Miller, 2003), iaitu:
2.2.1
Teori inkongruiti (incongruity theories)
Teori ini menyatakan bahawa unsur kecindan adalah bergantung pada bagaimana individu menerima kecindan (perceiving humor) dan bagaimana proses kognitif yang terlibat di dalamnya. Berdasarkan teori ini dikatakan bahawa kecindan dihasilkan apabila individu mengalami inkongruensi dalam diri, iaitu terdapat perkaitan antara harapan dengan kenyataan (Burt & Halseger, 2002). Teori inkongruitas ini didasarkan
17 oleh teori Freud (1986) yang menyatakan bahawa kecindan adalah proses mekanisme pertahanan diri yang tertinggi pada manusia. Menurutnya, kecindan menyediakan penghematan bagi energi emosional; esensi dari humor adalah bahawa seseorang dapat menghindari kemungkinan munculnya penampilan emosional yang buruk.
2.2.2
Teori pelepasan energi (relief theories)
Teori yang menyatakan bentuk-bentuk kecindan dan tertawa adalah merupakan bentuk pelepasan energi. Teori ini juga didasarkan pada teori Freud. Ditegaskan oleh Freud bahawa kecindan memiliki elemen pembebasan, ditandai oleh kemenangan ego sekaligus prinsip kesenangan yang cukup nyata dalam menghadapi kenyataan yang merugikan (Freud, 1986). Kecindan juga berfungsi untuk menekan kecenderungan agresi yang tidak diterima secara sosial, untuk mengalihkannya menjadi respon yang dapat diterima oleh masyarakat.
2.2.3
Teori superioriti (superiority theories)
Teori ini menekankan bahawa kecindan datang dari aspirasi seseorang untuk merasa lebih baik dibandingkan orang lain. Teori ini berkaitan erat dengan sudut pandang individu dalam bersosialisasi. Kita cenderung merasa menemukan hal yang lucu saat kita melihat kelemahan orang lain dan merasa lebih baik dari orang tersebut, misalnya berkaitan dengan ‘pencelaan’ terhadap etnis tertentu (Burt & Halseger, 2002). Walaubagaimnapun terdapat juga teori pembelajaran yang terlibat dalam kajian ini iaitu:
2.2.4
Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yang tradisional (behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori belajar perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan dari isyarat-isyarat pada perilaku, dan pada proses-proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial
18 kita akan menggunakan penjelasan-penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasanpenjelasan kognitif internal untuk memahami bagaimana kita belajar dari orang lain. Dalam pandangan belajar sosial “manusia” itu tidak didorong oleh kekuatan-kekuatan dari dalam dan juga tidak “dipukul” oleh stimulus-stimulus lingkungan. Teori pembelajaran sosial adalah perluasan. Teori ini mengatakan bahawa perilaku adalah sebuah fungsi dari konsekuensi. Teori ini juga mengakui keberadaan pembelajaran melalui pengamatan dan pentingnya persepsi dalam pembelajaran. Dalam pelaksanaannya teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yang tradisional (teori behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori belajar perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan pada aspek-aspek dari isyarat-isyarat pada perilaku dan pada proses-proses mental internal. Di dalam Teori Pembelajarn Sosial ini juga,guru memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi. Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan masalah semasa aktiviti di dalam kelas dijalankan atau latihan pengukuhan. Apabila pelajar yang dapat menyelesaikan dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti pujian, tanda simbol bintang di buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan lain-lain yang diberikan secara berterusan. Oleh itu, pelajar-pelajar akan bersaing dengan meniru pelakuan dan tingkah laku di persekitarannya yang mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran akan berlaku secara positif dan pelajar berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui peneguhan yang positif akan menimbulkan semagat motivasi dalam setiap diri pelajar. Teori pembelajaran sosial menekankan, bahawa lingkungan-lingkungan yang dihadapkan pada seseorang tidak random; lingkungan-lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh orang itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana yang dikutip oleh Kardi, S., (1997) bahwa “sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain”. Inti dari teori pembelajaran sosial adalah pemodelan (modelling), dan permodelan ini merupakan salah satu langkah paling penting dalam pembelajaran.
19 Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan (observational learning). Pertama, pembelajaran melalui pengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain atau vicarious conditioning. Misalnya seorang pelajar melihat temannya dipuji atau ditegur oleh gurunya karana perbuatannya, maka ia kemudian meniru melakukan perbuatan lain yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini merupakan contoh dari penguatan melalui pujian yang dialami orang lain atau vicarious reinforcement. Kedua, pembelajaran melalui pengamatan meniru perilaku suatu model meskipun model itu tidak mendapatkan penguatan atau pelemahan pada saat pengamat itu sedang memperhatikan model itu mendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari oleh pengamat tersebut dan mengharapkan mendapat pujian atau penguatan apabila menguasai secara terus apa yang dipelajari itu. Model tidak harus diperagakan oleh seseorang secara langsung, tetapi kita dapat juga menggunakan seseorang pemeran atau visualisasi tiruan sebagai model Nur, M. (1998).
2.2.5
Teori Pembelajaran Humanism
Dalam teori humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan kepribadian manusia. Pendekatan ini melihat kejadian iaitu bagaimana dirinya untuk melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan pengajarannya pada pembangunan kemampuan yang positif. Kemampuan positif tersebut erat kaitannya dengan pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain afektif. Emosi merupakan karateristik
yang
sangat
kuat
yang
nampak
dari
para
pendidik
beraliran
humanisme. Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan proses yang dimulai
dan
ditujukan
untuk
kepentingan
memanusiakan
manusia. Dimana
memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai tujuan untuk mencapai aktualisasi diri, pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal. Dalam teori humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan kepribadian manusia. Pendekatan ini melihat kejadian iaitu bagaimana dirinya untuk melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan
20 pengajarannya pada pembangunan kemampuan yang positif. Kemampuan positif tersebut erat kaitannya dengan pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain afektif. Emosi merupakan karateristik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik beraliran humanisme. Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan proses yang dimulai dan ditujukan untuk kepentingan memanusiakan manusia. Dimana memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai tujuan untuk mencapai aktualisasi diri, pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal. Pendekatan
humanisme dalam pendidikan menekankan pada perkembangan
positif. Pendekatan yang berfokus pada potensi manusia untuk mencari dan menemukan kemampuan yang mereka punya dan mengembangkan kemampuan tersebut. Hal ini mencakupi kemampuan interpersonal sosial dan cara untuk pengembangan diri yang ditujukan untuk memperkaya diri, menikmati keberadaan hidup dan juga masyarakat. Ketrampilan atau kemampuan membangun diri secara positif ini menjadi sangat penting dalam pendidikan kerana keterkaitannya dengan keberhasilan akademik. Dalam teori belajar humanistic, belajar dianggap berhasil jika siswa memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Siswa dalam proses belajarnya harus berusaha agar ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya. Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Salah satu idea penting dalam teori belajar humanisme iaitu pelajar harus mampu untuk mengarahkan dirinya sendiri dalam kegiatan belajar mengajar, sehingga pelajar mengetahui apa yang dipelajarinya serta tahu betapa besar pelajar tersebut dapat memahaminya. Dan juga pelajar dapat mengetahui mana bagaimana mereka akan belajar. Dengan demikian maka pelajar di harapkan mendapat manfaat dan kegunaan dari hasil belajar bagi dirinya sendiri. Aliran humanisme memandang belajar sebagai sebuah proses yang terjadi dalam individu yang meliputi bagian/domain yang ada iaitu dapat meliputi domain kognitif, afektif, dan psikomotorik.
21 Dengan kata lain, pendekatan humanisme menekankan pentingnya emosi atau perasaan, komunikasi terbuka, dan nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap pelajar. Untuk itu, cara pembelajaran humanistik mengarah pada supaya untuk mengasah nilai-nilai kemanusiaan pelajar. Sehingga para pendidik/guru diharapkan dalam pembelajaran lebih menekankan nilai-nilai kerjasama, saling membantu, dan menguntungkan, kejujuran dan kreativiti untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran sehingga menghasilkan suatu proses pembelajaran yang diharapkan sesuai dengan tujuan dan hasil belajar yang dicapai siswa. 2.3
Kecindan
Keadaan hati (gembira, sedih, marah dan senang),kebolehan menyatakan sesuatu yang menggelikan hati mengkut Kamus Dewan, (2002) “..suatu persepsi kualiti yang membolehkan kita mengalami kegembiraan walaupun ketika menghadapi kesulitan. Kecindan mampu meransang sistem imunisasi, menambah fleksibiliti kepada tanggapan dan memulihkan tenaga dalaman.
2.4
Jenis – jenis Kecindan
Pendidikan atau pembelajaran merupakan proses sosialisasi dan interaksi nilai-nilai karakter budaya bangsa. Keberhasilan proses pembelajaran sangat dipengaruhi oleh kualiti interaksi dan komunikasi antara guru dengan pelajar. Interaksi dan komunikasi yang berkualiti ditandai oleh adanya harmonisasi diantara guru dan pelajar. Pelajar akan kelihatan ceria mengikuti kegiatan pembelajaran, dengan ekspresi gembira. Sikap guru yang disukai pelajar akan memberi motivasi tersendiri dalam belajar . Oleh kerana itu, guru sebagai motivator dan fasilitator, harus mampu merangka pembelajaran yang mendukung terjadinya interaksi dan komunikasi berkualiti antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru, iaitu pembelajaran yang efektif dan menyenangkan. Sebagaimana diungkapkan oleh De Porter dkk (dalam Darmansyah, 2010) yang berpendapat, jika guru ingin komuniti belajarnya menjadi tempat yang meningkatkan kesedaran, daya dengar dan pertumbuhan serta tempat emosi dihargai, maka suasana kelas termasuk bahasa yang dipilih, cara menjalin rasa simpati dan sikap terhadap
22 sekolah serta pandangan terhadap belajar, hendaknya merupakan suasana yang penuh kegembiraan. Dan guru harus memahami bahawa perasaan serta sikap pelajar akan berpengaruh kuat pada proses belajarnya. Walaubagaimanapun, terdapat jenis- jenis kecindan yang biasa diketahui dan ditemui. Antaranya ialah:
2.4.1
Cerita Jenaka
Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan / sastera rakyat. Cerita yang mengandungi unsur kecindan atau lucu. Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan. Terdapat unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira dan terhibur. Hampir keseluruhan cerita jenaka menggambarkan kebodohan watak utama. Sifat bodoh akibat daripada membuat sesuatu tafsiran yang salah menyebabkan watak jenaka itu melakukan aksiaksi yang menimbulkan kelucuan. Selain watak bodoh, terdapat juga watak pintar dan watak yang selalu mengalami nasib malang. Terdapat lima watak jenaka Melayu yang terkenal iaitu Pak Pandir, Pak Kaduk, Pak Belalang, Si Luncai dan Lebai Malang. Watak asli jenaka Melayu ialah Pak Pandir, Pak Kaduk, dan Lebai Malang. Selainnya adalah pinjaman dari luar sama ada dari India mahupun Arab-Parsi seperti Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Abu Nawas, dan Awang Kenit. Umumnya cerita jenaka terbahagi kepada dua jenis:
(a)
Cerita Jenaka Tempatan
Iaitu cerita jenaka yang lebih berorientasikan soal-soal yang berkaitan dengan isu tempatan dari segi watak, latar, persoalan dan sebagainya. Contohnya Cerita Pak Pandir, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Kaduk, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai.
(b)
Cerita Jenaka Pengaruh Asing / Luar:
Iaitu cerita yang mendapat pengaruh terutama Hindu dan Islam (Arab Parsi) kerana masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh-pengaruh tersebut. Contohnya Cerita Mat Jenin ( Hindu ), Cerita Abu Nawas dan Cerita Musang Berjanggut (Islam)
23 (a)
Ciri-ciri Cerita Jenaka
Dari segi watak dan perwatakan. Cerita Jenaka berkisar pada watak dalam kalangan rakyat bawahan yang lucu. Nama watak melambangkan sifat-sifat watak berkenaan, contohnya : watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Si Luncai dan Pak Belalang.
(i)
Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak itu sendiri.
(ii)
Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan. Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul daripada sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah apabila lempengnya digonggong oleh anjing.
(iii)
Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan, mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan. Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu mengambil tempatnya di dalam guni.
Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikaan kepada tiga golongan iaitu : (i) Watak bodoh-sial ( Cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk); (ii) Watak pintar-bodoh (Cerita Pak Pandir); dan (iii) Watak pintar (Cerita Pak Belalang dan Si Luncai).
(b)
Kisah Pak Kadok
Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai kata-kata raja. “Ayamnya” kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Hasilnya, Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk pulang bertelangang bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya menang. Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua
24 ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus. Setibanya dirumah, isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati. Dalam pelayaran ke rumah kawan, dia memasang layar perahu, tetapi angina berhenti meniup. Pak Kaduk membiarkan perahu hanyut sahaja.
(c)
Kisah Lebai Malang
Lebai Malang tidak dapat membuat keputusan yang betul bila beliau dijemput menghadiri kenduri orang mati, khatam Quran dan kenduri Maulud. Dia terlewat sampai untuk dua kenduri. Pada kenduri ketiga dia diberi lempeng untuk bekalan pulang. Dalam perjalanan pulang dia teringatkan nira kabungnya. Ditinggalkan bungkus lempeng di bawah pokok dan terus memanjat sigai. Lempeng dibawa lari oleh anjing. Semasa kejar mengejar dengan anjing, bajunya habis hilang dan dia pulang berbogel ke rumah. Dalam kisah Lebai Malang, perkara-perkara malang yang berlaku pun menimbulkan unsur kelucuannya.
(d)
Kisah Pak Pandir
Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa, dia menggunakan rusa yang sebenar, masakan mendapat ikan. Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kuku. Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat itu dikatakan mayat anak orang lain.
2.4.2
Lawak
Lawak adalah sesuatu perkara atau perlakuan yang membuatkan seseorang merasa gelihati. Seseorang itu akan terhibur. Terdapat pelbagai jenis lawak yang biasa di temui.
RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah, et., al.(2007). Humor dalam Pengajaran. USM: PTS Profesional Pendidikan. Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990). Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu. Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). “Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd. Ab. Rahman Abu Bakar (1992). Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Askildson, L. (2005). Effect of humor in the language classroom. Arizona Working Papers
in
SLAT,
Vol.
12.
Retrieved
15
May
2009
from,
http://www.coh.arizona.edu/awp/Volumes#vol12. Barry, K., & King, L. (1990). Beginning teaching – A developmental text for effective teaching. New South Wales: Social Science Press. Bryant, J., Comisky, P., Crane, J., & Zillman, D. (1980). Relationship between college teachers' use of humor in the classroom and students' evaluations of their
82
teachers. Journal of Educational Psychology, 72(4), 511–519 (ERIC Document Reproduction Series No. EJ235511). B.F. Skinner and radical behaviorism, Ali, Muh. (1978). Guru Dalam Proses Belajar Mengajar. Bandung: Sinar Baru. Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying The Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Science. Second Edition. New Jersey, London: Lawrence Erlbau Associates. Burt, C. D. B., & Halseger, E. (2002). Relationship between humor dimensions and bullying in the workplace. Charles, A. (2002). The use of humor in vocabulary instruction. Master of Arts Degree Thesis (ERIC Document Reproduction Series No. ED463537). Che Su Mustaffa dan Mohd Fo’ad Sakdan (1993), “Komunikasi Yang Efektif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran”. Kuala Lumpur:Jurnal Guru. Keluaran 5. Chua, Y. P. (2008). Asas Statistik Penyelidikan. Malaysia: McGraw Hill. Croft, P. (2007). Why humour? Retrieved 1 August 2008 from, http://www. humourausstralia.com/WhyHumour.htm. Desberg, P., & Others, A. (1981). The effect of humor on retention of lecture material. (ERIC Document Reproduction Series No. ED223118). Faridah Serajul Haq dan Lilia Halim (2002). “Development Of Interpersonal Skill Among Trainee Teachers”. Volume 1. Kuala Lumpur:Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Frymier, A. B., Wanzer, M. B., & Wojtaszczyk, A. M. (2008). Assessing Students' Perceptions of Inappropriate and Appropriate Teacher Humor. Communication Education, 57(2), 266–288. (ERIC Document Reproduction Series No. ED499080).
83
Gagne, E.D., (1985). The Cognitive Psychology of School Learning. Boston, Toronto: Little, Brown and Company Garner, R. L. (2006). Humor in pedagogy: How ha-ha can lead to aha! College Teaching, 54(1), 177–180 (Abstracts). (ERIC Document Reproduction Series No. EJ744358). Gurtler, L. (2002). Humor in Educational Contexts. Paper presented at the 110th annual Meeting of the American Psychological Association, (Chicago, IL, 22–25 August 2002. (ERIC Document Reproduction Series No. ED470470). Holloway, K. (2003). A Measure of Concern: Research-Based Program Aids Innovation by Addressing Teacher Concern. National Staff Development Council. Idris Mohd Radzi & Dahlia Janan (Peny). (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu: Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim: UPSI James, D. L. (2001). Split a gut and learn: Theory and research. (ERIC Document Reproduction Series No. ED458671). Retrieved 17 June 2008, from ERIC database. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia sekolah – Instrumen pemastian standard SKPM 1 – Edisi Disember 2004. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Joseph A. Devito (2002), “The Interpersonal Communication Book”, New Yor: Longman. Ninth Edition. Kerry, M. (1993). Laugh lines: Exploring humour in children's literature. (ERIC Document Reproduction Series No. ED362905). Linarce, J. M. (1994). Constructing Measurement with Many-Facet Rasch Model. Norwood: NJ. Ablex. Ling, W. Y. (2007). Keputusan Kerja Guru-guru Aliran Pendidikan Teknik dan
84
Vokasional di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana. Malikow, M. (2007). Staying motivated and avoiding burnout. Kappa delta pi record. (ERIC Document Reproduction Series No. EJ757352). Mansor, Rahman dan Shawaluddin (1998). “Penghantar Komunikasi”. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Medgyes, P. (2002). Launghing matters: Humours in the language classroom. Cambridge: Cambridge University Press. Micheal Langenbach, Courtney Vaughn and Lola Aagaard (1994), “An Introduction To Educational Research”, Allyn and Bacon. Miura, S., & Jones, R. (2005). LOL: The use of humor in secondary social studies classroom. In L. P. McCoy (Ed.), Studies in Teaching 2005 Research Digest (pp. 71–75). Winston-Salem, NC: Wake Forest University. Retrieved from http://www.wfu.edu/education/gradtea/forum05/proceedings05.pdf Mohd Amir Sharifudin Hashim. (1986). Pengurusan Bilik darjah: Interaksi GuruMurid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam. Mok, Soon Sang (2000). “Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran.” Shah Alam: Fajar Bakti. Murakami, N. (2006). Not just a humor"ous" text: Humor "as" text in the writing class. Teaching English in the Two-Year College, 34(1), 32–40. (ERIC Document Reproduction Series No. EJ752073).
85
Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan. Kuala Lumpur: DBP. Paterson, J. (2006). Did you hear the one about...? Humor in the classroom. (Abstracts). National Middle School Association, Middle Ground, 10(2), 43–45. (ERIC Document Reproduction Series No. ED497101). Pearson. J.C dan Nelson P. E (2000). “An Introduction to Human Communication Understanding dan Sharing”. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher Education. Eighth Edition. Richard A. Fiordo (1996), “Communication in Education”, Cannada: Detselid Enterprises Ltd. Calgary, Alberta. Sulaiman, Salleh dan Azlina (2002). “Komunikasi Dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd. Verderber R. P (1999). “Communicate”. United Kingdom: Wadsworth Publishing Company. Ninth Edition. Wina Senjaya. (2008). Strategi Pembelajaran: Berorientasi Standar Proses Pendidikan. Jakarta: Kencana Prenada Media Group. Wanzer, M. B., Frymier, A. B., Wojtaszczyk, A. M., & Smith, T. (2006). Appropriate and inappropriate uses of humor by teachers. Communication Education, 55, 178–196. (ERIC Document Reproduction Series No. EJ734558). Willard, M. (2006). Humor in the hands of seasoned montessorians. Montessori Life: A Publication of the American Montessori Society, 18(2) 50–53 2006. (ERIC Document Reproduction Series No. EJ742481). Zulkifli Yusof (2000)., “Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung dengan Orang Lain”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.