KERATAN VERBATIM SESI KAUNSELING TEKNIK KAUNSELING PERNYATAAN MASALAH: Farida merupakan seorang kerani. Suaminya bernama Firdaus, seorang jurujual kereta. Mereka telah 15 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 2 orang anak iaitu Hana dan Hani (Autism). Farida sering mengalami stress kerana terpaksa bekerja dan pada masa yang sama menguruskan hal rumah tangga sendiri. Tambahan lagi mereka mempunyai seorang anak Autism yang bersekolah di sekolah khas. Apabila Farida cuba membawa perkara ini untuk berbincang dengan Firdaus, dia sering dipukul dan diherdik kerana Firdaus menyatakan itu adalah tanggungjawab isteri. Akibat daripada kesibukan bekerja dan menguruskan rumahtangga, layanan Farida kepada Firdaus menjadi hambar dan dingin. Farida sering mengadu masalah yang dihadapi ini kepada Warda, rakan sepejabatnya. Pada masa yang sama Firdaus mempunyai skandal dengan Fasha rakan sepejabatnya. Fasha dikatakan lebih memahami Firdaus yang terasa sunyi dan terpinggir tanpa layanan seorang isteri. Akibat tekanan yang dihadapi oleh Farida, ia telah menjejaskan prestasi dan disiplin kerjanya. Dia sering datang lewat, tidak bermaya dan tidak menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya. Bagi mengatasi masalah Farida, Aina yang merupakan Bos Farida telah merujuk Farida kepada Pn Atie, kaunselor di tempat Farida bekerja.
SESI PERTAMA Farida mempunyai masalah rumahtangga yang menyebabkan dia merasa stres. Keadaan Farida telah memberi kesan kepada prestasi kerja. Farida telah dirujuk kepada kaunselor untuk berbincang masalah yang dihadapi olehnya. Farida bersetuju untuk menjalani sesi kaunseling dengan kaunselor. Kaunselor cuba mendapatkan maklumat daripada Farida berkaitan masalah yang dihadapinya. Farida menjawab satu soal selidik yang berkaitan dengan Stress. Farida juga diajar teknik relaksasi dalam menguruskan stress. PERANAN Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor
PERBUALAN KONSEP Assalamualaikum.. Farida.. Apa khabar Farida hari ini? Rapport Waalaikumussalam Puan..Alhamdulillah baik je.. Sebelum kita mulakan sesi, pernah tak Farida menghadiri mana-mana sesi kaunseling sebelum ini? Tak pernah lagi puan Okey..Sesi ini akan mengambil masa selama 45 minit hingga ke satu jam. Apa yang dibincangkan dalam sesi ini akan menjadi kerahsiaan saya. Akan tetapi sekiranya ada perkara-perkara yang dikongsikan membahayakan diri Huda dan individu lain, saya terpaksa berpandu kepada limitasi kerahsiaan seperti yang telah dinyatakan dalam
Klien Kaunselor Klien
Kaunselor Klien
Kaunselor Klien
Kaunselor Klien
Kaunselor Klien Kaunselor
Klien Kaunselor
borang persetujuan termaklum yang telah dibaca dan ditandatangi Farida sebentar tadi. Baik puan, saya jelas dan faham Ohh… Apa yang saya boleh bantu Farida? Sebelum itu, boleh tak Farida perkenalkan diri dulu? Nama saya Farida. Saya berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.. Saya ada masalah lah Puan.. Berkaitan dengan keluarga saya.. Saya rasa sangat stress sekarang.. Nak buat kerja pun tak boleh… hmmm..dengan urusan anak-anak lagi..anak bongsu saya autism puan.. Boleh kongsikan apa yang menyebabkan Farida merasa Penerokaan begitu? masalah Payahlah nak cerita…saya rasa badan saya tak bermaya..serabut...sesak nafas..teruk lah puan..diri saya teruk Saya faham yang perkara ini amat berat bagi Farida Refleksi Perasaan Macam ni Puan.. saya tertekan dengan sikap suami saya..langsung tak ambik peduli tentang hal rumah tangga.. yang dia tahu semua saya uruskan.balik nak makan.nak pakai baju kena siap iron..stoking kena siap dalam kasut..sedangkan saya banyak lagi nak kena urus. Anak-anak saya..kerja lagi Ok.. saya faham Farida stress kerana tiada sokongan Refleksi isi suami dalam urusan di rumah Saya ni selalu kena pukul dengan suami bila saya minta tlg.. Sedangkan saya hanya minta bantuan sikit je untuk tengokkan anak kami bila saya nak masak..Hmmm tak tau lah puan. Salah saya juga sebab dari mula kahwin saya memang uruskan seorang diri tugasan rumah..tapi itu dulu sebelum ada anak.. Ohh Maksudnya.. Farida menyesal apa yang terjadi Konfrontasi sekarang kerana sikap Farida dahulu? Hmmm.. ntahla puan… Okey Farida, sebelum kita teruskan sesi..saya ada borang Ujian DASS-21 yang akan mengukur tahap stress Farida.. Saya pengukuran minta Farida jawab soalan-soalan dalam borang ini ya psikologi Baik puan Okey Farida, memang keputusan ujian menunjukkan Teknik relaksasi Huda dalam keadaan stress.. Sekarang saya akan ajar
Klien
Farida mengenai teknik relaksasi. Farida perlu aplikasi dan buat apabila pulng nanti untuk membantu Farida mengendalikan stress dan lebih tenang Ok terima kasih Puan.
SESI KEDUA Farida, suami dan dua orang anak mereka telah hadir untuk sesi yang kedua. Farida dan suami kelihatan tidak selesa untuk berbincang bersama. Pada sesi ini, Kaunselor cuba menerangkan apa yang dibincangkan dengan Farida pada sesi yang lepas pada awal sesi. Kaunselor telah mengaplikasikan beberapa teknik dalam kaunseling keluarga bagi membantu masalah Farida
PERANAN Kaunselor
En Firdaus
Kaunselor En Firdaus
Farida
Aisyah
PERBUALAN Assalamualaikum En Fidaus dan semua.. Pasti En Firdaus tertanya-tanya tentang apa yang ingin dibincangkan pada hari ini. Sebenarnya begini, Farida ada berjumpa dengan saya dan menyatakan dia berasa tertekan dengan masalah di rumah kerana terpaksa menguruskannya seorang diri. Jika dia meminta bantuan En Firdaus, dia akan dipukul. Jadi sesi kali ini, kita akan cuba lihat kembali dari mana datangnya masalah itu. Jadi saya buka peluang kepada anda berdua dan anak-anak untuk luahkan apa sahaja yang terbuku dalam fikiran masing-masing. Saya masih tertanya-tanya. Kenapa saya pula yang kena datang.. sedangkan yang bermasalah tu Farida.. Itu memang tanggunajawab isteri..dia pun memang dingin dengan saya… Saya banyak lagi benda lagi yang nak kena buat. Ok teruskan tuan.. Entahlah saya pun tak tahu dah nak buat apa dengan Farida ni… Apa yang penat sangat nak uruskan anak-anak dan rumahtangga..dulu okey je pun. Abang tak faham apa yang saya rasa…saya penat bang..kerja seharian..nk uruskan si im ni ke sek khas..makan pakai semua..yang abang tahu nak rumah kemas..makan tersedia..baju siap iron.. Mama, papa kenapa gaduh? Kita datang ni nak selesaikan masalah bukannya nak tambah masalah. Tolong lah.. kat
KONSEP Observing family dance
Penolakan
Dorongan minima
Kaunselor
En Firdaus
Farida
Aisyah Kaunselor
En Firdaus
Farida
En Firdaus Kaunselor
rumah pun macam ni…sini pun macam ni..sampai bila nak habis Ok.. Bertenang En Firdaus.. Farida.. Kita boleh selesaikan masalah ini dengan baik. Tujuan kita bincang adalah untuk baik pulih hubungan anda semua. Ini juga untuk masa depan keluarga anda. Jadi saya mengharapkan kerjasama daripada anda semua. Dia ni haa Puan.. Saya rasa dia hanya focus kerja dan anakanak..sy ridukan kasih sayang isteri..dia dah tak layan saya sebagai seorang isteri.. saya balik kerja dia dah tidur..pagipagi dah keluar..walaupun dia memang siapkan makanan dan sarapan..tapi saya rasa itu tak cukup..saya rasa sunyi Saya pun dah tak tahu nak buat apa dah.. Semua yang saya buat tak kena. Lepas tu saya dengar cerita daripada kawan, abang ada skandal dengan Fasha. Apa salah saya bang..Hodoh dan buruk sangat ka saya berbanding Fasha tu.. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Remuk hati saya ni bang. Mama… Tak baik cakap macam tu..Papa tu sayang mama sangat-sangat. Mama je yang tak tahu.. Ok.. Saya faham apa yang berlaku sekarang.. Di sini saya dapat lihat bahawa hubungan En Firdaus dan Farida ada konflik dan perselisihan faham. En Firdaus ada masalah dengan Farida sehinggakan Farida rasa penat menguruskan urusan rumahtangga seorang diri dan mencurigai hubungan en Firdaus dengan Fasha. Hal ini telah menyebabkan Huda berasa stress. Habis tu, apa yang Puan nak kami buat sekarang? Saya malas nak fikir benda-benda kecik ni.. Banyak benda lain lagi yang saya hendak fikir. Tindakan abang membuatkan saya rasa tertekan dan betul-betul terluka..sampai hati abang buat saya macam ni.. Tindakan apa yang buat awak sangat tertekan..cuba bagitau saya sekarang Ok.. sekarang boleh tak Farida cakap terus apa yang terbuku dalam hati kepada En Fidaus
(Farida dan Firdaus meluahkan perasaan sesama sendiri)
Memberi penjelasan
Refleksi perasaan
Refleksi isi
Person to Person Relationship (Bowen)
Farida : Saya dah penat tanggung semua ni.. dan saya nak awak tahu.. saya kecewa dengan sikap awak.. Firdaus : Sikap apanya? Apa yang saya dah buat? Farida : Selama ni tanggungjawab menguruskan rumah tangga.. uruskan anak2 semua awak letakkan atas bahu saya.. awak langsung tak peduli.. saya penat.. dengan sikap awak yang cuba main kayu tiga belakang saya.. apa salah saya pada awak? Firdaus : habis awak ada ambil tahu kebajikan saya? Awak ada layan saya sebagai suami? Awak xpedulikan saya pun.. asyik sibuk je dengan anak2.. Saya ingatkan awak mampu nak uruskan semuanya.. dah memang tanggungjawab isterikan.. saya fikir awak terlalu jaga anak sampai tak bagi saya layanan langsung.. saya boring.. bosan.. saya sunyi.. tahu tak? So buat apa saya duduk rumah? Baik saya keluar je.. lagi jiwa tenang.. Farida : Kenapa awak taknak faham saya? Awak sendiri nampak apa yang saya buat kat rumah. Semua benda saya yang uruskan sorang2.. saya penat.. sekarang awak tambahkan tekanan saya.. awak cari perempuan lain.. sedangkan awak tahu.. masa saya habiskan uruskan rumah tangga dan kerja.. Firdaus : Habis saya ni apa dalam rumah tu? Tunggul? Kaunselor : Baiklah sekarang cuba Pn nyatakan pada suami, apa yang Pn yang Puan ingin kan pada suami. Farida : Abang, saya sangat sayangkan abang.. Cuma saya tak cukup tengan nak buat semua benda. Saya mahu abang sama2 bantu untuk uruskan keluarga kita (Menangis).. Firdaus : Yelah.. selama ni awak tak pernah nak terus terang dengan saya. Bila awak dah cakap ni.. baru saya tahu awak xcukup tangan nak uruskan keluarga (nada sedih) Farida : Anggapan awak pada saya amat salah sekali.. awakkan suami.. ketua keluarga.. memimpin saya sebagai
isteri. Kalaulah itu kelemahan saya…. Kenapa abg tak nasihatkan saya? Tak tegur saya dengan baik. Ni tak, balik rumah pn tak pandang saya. Apakah itu semua salah saya? Awak yang buat saya macam tunggul sebenarnya.. maca tak da hati dan perasaan.. Firdaus : Yelah2.. lain kali awak terus teranglah dengan saya.. manalah saya tahu semua benda. Saya pun manusia juga.. ada kelemahan.. saya pn sayang keluarga kita ni.. (sedih).. Kaunselor Alhamdulillah.. Pn Farida dan suami telah meluahkan semua yang terbuku dalam hati. Diharapkan tiada lagi sebarang rasa tidak puas hati yang disimpan. Berterus terang adalah sangat penting dalam sebuah perhubungan. Jadi, ada siapa yang mahu luah atau mahu berkata apa2? Farida & Tak ada Puan. (sedih) Firdaus Kaunselor Kalau tak ada. Saya akan tamatkan sesi untuk hari ini. Diharapkan ada perubahan yang lebih baik pada masa akan datang.. itu sahaja rasanya. Kita jumpa lagi pada sesi akan datang. Assalamualaikum. Semua Waalaikumussalam.. Terima kasih Puan.
SESI KETIGA Pada sesi yang ketiga ini, kaunselor membuat follow up mengenai situasi Farida dan keluarga. Klien telah mendapat celik akal. Kaunselor turut menggunakan pendekatan dalam terapo keluarga Bowen pada sesi kali ini. Sesi telah ditamatkan kerana klien telah mendapat celik akal. PERANAN Kaunselor Semua Kaunselor Semua Kaunselor
Farida Kaunselor
PERBUALAN PROSES Assalamualaikum..En Firdaus, Pn Farida dan anak-anak… Waalaikumussalam Puan… Macam mana hari ini semua? Sihat? Alhamdulillah rasa ok je hari ini.. Alhamdulillah.. kelihatan semua lebih bersedia dan sihat. Saya lihat Farida pun seperti lebih okey berbanding sebelum ini muram sahaja. Alhamdulillah Puan.. Dah okey sikit Okey, pada sesi lepas Farida telah dirujuk kerana masalah Rumusan kecil
Firdaus Huda Kaunselor
prestasi dan disiplin.. Setelah penerokaan didapati Farida mengalami stress kerana masalah rumahtangga..Tuan diminta hadir menjalani sesi bersama bagi menyelesaikan masalah yang sedang menggangu..Jadi boleh kita mulakan sesi hari ni? & Boleh Puan…
Baiklah… Hari ini saya ingin maklumabalas En Fidaus dan Farida selepas menjalani sesi lepas Farida Terima kasih puan..banyak membantu..selepas sesi yang lepas..suami saya telah sedar yang dia langsung tidak membantu saya dalam urusan rumah tangga sehingga saya penat, stress dan mengabaikan tanggunajawab saya sebagai seorang isteri… saya juga sedar salah saya..tak endahkan suami..silap saya juga En Firdaus Betul puan..saya banyak abaikan isteri dan anak-anak saya..saya biarkan isteri saya menguruskan hal rumah tangga seorang saja..saya ingat dengan mencari keseronokan luar akan selesaikan masalah..rupanya tidak..malah tambah masalah lagi. Kaunselor Baik.. En Firdaus dan Farida telah sedar akan kesilapan masing-masing dalam menguruskan rumahtangga dan tidak pernah mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan perkara ini sebelum ini… En Firdaus & Ya puan…itu salah kami.. Farida Kaunselor Baiklah.. En Firdaus dan Farida serta Anak-anak telah faham apakah punca masalah ini berlaku dan bagaimana ia membentuk keluarga En Firdaus dan Farida. Jadi saya ingin memberikan tugasan kepada Puan dan anak-anak untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Supaya hubungan ini dapat dipulihkan semula. Farida Bagaimana Puan? Kaunselor Sebelum ini, En Fidaus pernah ada skandal di pejabat dengan rakan sekerja rumah disebabkan terlalu sikap dingin isteri. Malah, En Firdaus juga jadi seorang yang pemarah.. Jadi saya cadangkan En Firdaus tingggalkan hasrat untuk berkahwin lagi satu.. Kalau boleh En Firdaus dan Farida perlu banyak berinteraksi banyak supaya ia boleh memulihkan hubungan dengan keluarga. En Firdaus Langkah seterusnya Puan? Apa yang patut kami buat?
Meminta penjelasan Celik Akal
Celik Akal
Refleksi Isi
Homework
Going Again
Home
Kaunselor
Anda perlu kenal diri antara satu sama lain dengan lebih rapat. Setiap pertengkaran boleh diatasi dengan lebih mudah jika banyak bersabar. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. Ini juga akan membuatkan proses pembezaan dan memiliki kendiri yang lebih stabil. En Firdaus Baiklah Puan.. Insyaa Allah kami akan cuba terbaik untuk lakukan apa yang Puan sarankan pada kami. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Puan kerana sudi membantu kami sekeluarga dalam mengatasi masalah ini. Saya memang tidak berhasrat untuk berkahwin lagi satu..Cuma waktu itu saya rasa sunyi..saya sangat sayangkan Farida sebenarnya..Dialah cinta pertama dan terakhir saya. Farida Saya pun ingin ucapkan terima kasih sebab Puan berusaha nak membantu saya. Saya rasa lebih tenang sekarang. Saya akan cuba bertolak ansur dan lebih rasional kelak.Menjadi seorang ibu dan isteri yang baik.. Terima kasih Puan. Kaunselor Jadi ada apa-apa lagi yang ingin dikongsikan sebelum kita tamatkan sesi. En Firdaus Terima kasih puan kerana membantu kami dan Farida Kaunselor Okey.sama-sama...terima kasih En Firdaus, Farida dan anak-anak.. Saya simpulkan apa yang telah kita bincangkan pada sesi pertama sehingga sesi ini.. Pada sesi pertama Pn Farida hadir menjalani sesi kerana dirujuk atas sebab masalah disiplin dan prestasi..Pn Farida sedang mengalami stress kerana masalah rumah tangga daripada soal selidik DASS yang telah bibuat. Pada sesi pertama Pn Farida di ajar teknik relaksasi untuk menenagkan diri dan menguruskan stress. Pada sesi kedua semua ahli keluar Farida diminta untuk hadir menjalani sesi dan perbincangan telah dilakukan. Semua telah mendapat celik akal dan menyedari kesilapan masing-masing dan berusaha untuk mengubahnya. Farida Betul puan Kaunselor Jadi ada apa-apa lagi puan, en Firdaus Farida Tiada puan..(senyum) Kaunselor jika dah tiada apa-apa saya tamatkan sesi kita di sini..
Selfdifferentiation
Meminta penjelasan
Kesimpulan dan penamatan
Penamatan