Disediakan oleh: Amjad Radhi Hakim Sham Amir Aminuddin Ariff Nordin Afiq Saat Qisty Mohd
Sistem Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sistem ini diamalkan sejak tahun 1957. Raja dikekalkan sebagai pemerintah tertinggi negara yang disebut Yang di-
Pertuan Agong dan timbalannya, Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Kedua- dua jawatan ini diisi secara bergilir- gilir melalui pemilihan daripada
kalangan sembilan raja Melayu yang memerintah sembilan negeri Melayu. Dalam melaksanakan pemerintahan negara, Yang di-Pertuan Agong tidak
boleh membuat keputusan secara sendirian. Segala keputusan berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri
Majlis Raja- raja Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. Majlis Raja- raja dianggotai oleh semua Sultan Negeri- negeri Melayu, Yang
Dipertua bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Majlis Raja- raja bersidang 3 atau 4 kali setahun. Mesyuarat ini dipengerusi oleh salah seorang raja Melayu secara bergilir-
gilir. Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan dengan dasar negara, Yang di-
Pertuan Agong diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masingmasing. Dalam mesyuarat tentang hal yang lain, Perdana Menteri, Menterimenteri Besar dan Ketua- ketua Menteri tidak perlu hadir.
Memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong melalui pengundian Menimbangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan dasar negara,
contohnya perubahan dalam dasar imigresen. Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan
adat istiadat Melayu serta agama Islam. Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang- undang yang menurut
Perlembagaan memerlukan persetujuannya, misalnya yang berkaitan dengan persempadanan semula negeri, kedudukan Raja- raja, pindaan perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta Kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Majlis Raja- raja harus juga dibawa berunding tentang hal yang
berkaitan dengan pelantikan Ketua Hakim Negara, Ketua Audit Negara, ahli Suruhanjaya- suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pilihan Raya, Pendidikan dan kereta api. Majlis Raja- raja mempunyai seorang setiausaha yang dikenal sebagai Penyimpan Mohor besar Raja- raja. Pelantikannya dilakukan sendiri oleh Majlis Raja- raja. Setiausaha ini merupakan jurucakap rasmi yang mengumumkan sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Raja- raja.
Melantik Perdana Menteri Melantik dan melucutkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri
atas nasihat Perdana Menteri Mengampunkan, meringankan dan menangguhkan hukuman atas
nasihat Jemaah Pengampunan Negara Memelihara keistimewaan orang Melayu dan kaum bumiputera di
Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perlembagaan Memanggil, menangguhkan dan membubarkan Parlimen atas
nasihat Perdana Menteri Melantik Ketua Hakim dan semua Hakim Memperkenankankan undang- undang yang diluluskan oleh
parlimen Menganugerahkan gelaran dan bintang kebesaran
Ketua Negara Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak
bersultan atau tidak beraja.
Tiupan Nafiri menandakan keberangkatan masuk Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah ke balairung seri. Keberangkatan Duli- duli Yang Maha Mulia didahului oleh Seri Maharaja Lela. Duli- duli Yang Maha Mulia diapit oleh pegawai- pegawai yang membawa Cogan Agama dan Cogan Alam dan di belakang mereka ialah pegawai- pegawai yang membawa cokmar dan pedang. Di belakang Duli- duli Yang Maha Mulia ialah Juruiring dan Dang Perwara. Selawat dilafazkan sebaik sahaja tiupan nafiri berakhir dan seterusnya nobat “Raja berangkat” dipalu. Duli- duli Yang Maha Mulia bersemayam di singgahsana. Seri Maharaja Lela memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memulukan istiadat. Pegawai- pegawai meletakkan alatan pertabalan mengikut tertib di atas meja khas di hadapan astaka. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri melafazkan ayat- ayat Al- Quran. Menteri Besar membaca surat Pengisytiharan Pertabalan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan membaca surat Titah Diraja. Seri Maharaja Lela mengangkat sembah dan mempersembahkan keris kebesaran negeri kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan menerima keris kebesaran negeri yang
menghunusnya, kemudian menyarungkannya semula. Sekalian hadirin berdiri dan seterusnya Seri Maharaja Lela menyebut
“Daulat Tuanku” tiga kali berturut- turut, diikuti oleh para hadirin. Nobat “Raja Bertabal” dipalu dan diikuti tembakan meriam 21 das sesudah
seruan “Daulat Tuanku” yang pertama dan payung obor- obor dikembangkan. Lagu “Allah Selamatkan Sultan” dinyanyikan oleh kumpulan koir. Menteri Besar membawa surat Ucapan Taat Setia dan mengucapkan
tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri diapit oleh Kadi Besar dan Imam
Besar Masjid Zahir melafazkan doa selamat. Seri Maharaja Lela menghadap memohon limpah perkenan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan untuk menamatkan istiadat. Nobat “Raja Berangkat” dan Duli- duli Yang Maha Mulia berangkat turun
dari singgahsana meninggalkan majlis dengan diiringi pengiring- pengiring diraja mengikut tertib dan disusuli oleh Wakil Raja- Raja dan Ketua – ketua Negeri yang lain.
Jawatan Yang Di- Pertuan Agong akan digilirkan dalam kalangan sultan dan raja negeri- negeri melayu. Penggiliran jawatan Yang di- Pertuan Agong ini dibuat menurut urutan yang berikut: Negeri Sembilan Selangor Perlis Terengganu Kedah Kelantan Pahang Johor Perak
Apabila seseorang sultan atau raja sesebuah negeri dilantik menjawat jawatan Yang di- pertuan Agong, seorang kerabat baginda akan dilantik sebagai pemangku sultan atau pemangku raja di negeri berkenaan.