PERATURAN 140
FASILITAS OLAHRAGA
• Sebarang permukaan yang kukuh dan rata, yang mematuhi spesifikasi dalam manual FASILITAS BALAPAN DAN PADANG IAAF, boleh digunakan untuk olahraga. • Pertandingan padang dan balapan yang dijalankan mengikut Peraturan 1.1 (a),(b),(c) dan (d) dan pertandingan yang dibawah kawalan terus IAAF hanya boleh dijalankan di atas balapan berpermukaan sintetik yang mematuhi spesifikasi prestasi IAAF bagi permukaan sintetik yang mempunyai sijil pengesahan IAAF semasa yang sah.
PERATURAN 141
KUMPULAN UMUR
Kumpulan Umur berikut terpakai bagi semua pertandingan IAAF: Remaja Lelaki dan Wanita: mana –mana atlet umur 16/17 tahun pada 31st Disember tahun pertandingan. Lelaki dan Wanita Junior : mana-mana atlet umur 18/19 tahun pada 31st Disember tahun pertandingan. Lelaki Master: seorang atlet lelaki yang mencapai umur 35 tahun pada hari lahir ke 35 nya. Wanita Master: seorang atlet wanita yang mencapai umur 35 tahun pada hari lahir ke 35 nya.
PERATURAN 142 • •
PENYERTAAN
Pertandingan di bawah peraturan IAAF terhad kepada atlet yang memenuhi syarat mengikut peraturan kelayakan IAAF. Seseorang atlet tidak dibenarkan bertanding di luar negaranya tanpa kelayakannya dijamin dan dibenarkan oleh Persekutuan Kebangsaannya.
Penyertaan serentak •
•
Refri yang berkenaan bagi acara padang boleh, untuk satu pusingan pada satu-satu masa, atau pada setiap percubaan dalam lompat tinggi atau lompat bergalah, membenarkan peserta tersebut membuat percubaannya tidak ikut giliran yang telah diputuskan sebelum pertandingan. Bagi Lompat Tinggi dan Lompat Galah, sekiranya peserta itu tidak hadir ketika gilirannya, percubaan itu akan dikira sebagai peserta itu memutuskan untuk meninggalkan pertandingan jika tempoh masa yang dibenarkan telah berlalu.
GAGAL BERTANDING Dalam semua pertandingan mengikut Peraturan 1.1 (a), (b), dan (c ), kecuali seperti ternyata di bawah seseorang peserta tidak akan dibenarkan untuk terus mengambil bahagian dalam acaraacara seterusnya, termasuk lari berganti-ganti, sekiranya: • Pengesahan terakhir telah pun dibuat yang atlet tersebut akan memulakan pertandingan tetapi gagal berbuat demikian, dan dalam keadaan ini tidak mungkin namanya dipotong secara rasmi dari daftar mula acara tersebut; • Beliau layak dalam pusingan awal atau saringan untuk ke pusingan selanjutnya tetapi gagal menyertainya;
• Pemberian sijil perubatan yang disahkan oleh pegawai perubatan yang dilantik atau yang disahkan oleh IAAF dan / atau Jawatankuasa Pengelola, boleh diterima sebagai alasan yang memadai untuk peserta tidak bertanding selepas pengesahan ditutup atau selepas bertanding dalam pusingan awal tetapi dapat bertanding dalam acara selanjutnya pada hari yang berikut. • Masa yang ditetapkan untuk membuat pengesahan terakhir hendaklah dihebahkan lebih awal. • Kegagalan mengambil bahagian termasuklah gagal menyertai dengan jujur dan semangat bersungguhsungguh. • Refri berkenaan akan memutuskan perkara ini dan catatan perlu dibuat sebagai rujukan dalam keputusan rasmi. • Situasi yang dinyatakan ini tidak melibatkan acaraacara individu dalam acara-acara bercampur.
PERATURAN 143
PAKAIAN, KASUT & NOMBOR
PAKAIAN: • • • • • • •
Bersih dan tidak menjolok mata Tidak menampakkan kulit / susuk badan walaupun basah Tidak menghalang penglihatan hakim Warna yang sama bagi depan dan belakang baju Mematuhi peraturan pengiklanan IAAF Upacara meraikan kemenangan dan sebarang upacara tabik hormat dianggap sebagai sebahagian daripada pertandingan bagi tujuan menguatkuasakan peraturan pakaian ini Diluluskan Persatuan Kebangsaan masing-masing
KASUT: • • • • • •
Untuk perlindungan, kestabilan dan mewujudkan cengkaman yang lebih mantap Tidak wajib (boleh berkaki ayam, memakai kasut pada sebelah atau dua belah kaki) Tidak boleh beri bantuan tambahan Tali kasut yang melilit kekura dibenarkan Tidak mempunyai spring atau alat serupa dilekatkan kepada kasut Semua jenis kasut yang digunakan mesti disahkan oleh IAAF
BILANGAN PEPAKU • Maksimum 11 batang di tumit dan tapak DIMENSI PEPAKU. • Di atas permukaan sintetik panjang maksimum tidak melebihi 9mm. Bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing, panjangnya tidak melebihi 12mm • Bagi permukaan bukan sintetik, panjang maksimum pepaku dibenarkan sehingga tidak melebihi 25mm • Diameter pepaku maksimumnya tidak melebihi 4mm TAPAK DAN TUMIT KASUT • Tebalnya tapak bagi acara lompat tinggi dan lompat jauh, maksimumnya 13mm. Tumit kasut untuk acara lompat tinggi, tebal maksimumnya tidak melebihi 19mm • Lain acara tidak terhad
ALAT-ALAT TAMBAHAN KASUT • Tidak dibenarkan menambah apa-apa alat sama ada di luar atau di dalam kasut, yang memberikan kesan kepada ketebalan kasut melebihi had maksimum atau yang boleh memberikan kelebihan yang sepatutnya tidak diperolehi pada kasut asalnya BIB NOMBOR • • • •
Hendak memakai di belakang dan di dada kecuali acara lompat tinggi dan lompat bergalah di mana satu nombor dibenarkan Nombor tambahan di sisi seluar diperlukan bila alat foto penamat digunakan Nombor hendak dipakai dalam keadaan ia diterima; tidak boleh dipotong, dilipat atau terlindung semasa memakainya Tidak dibenarkan mengambil bahagian tanpa memakai nombor pengenalan
TDK
6CM
7453
6 – 10 CM
ATHENS 2004
3 CM
20 CM
24 CM
Peraturan 144
BANTUAN KEPADA ATLET
PEMAKLUMAN MASA PERANTARAAN •
Masa perantaraan dan masa kemenangan pusingan awal boleh diumumkan atau ditayangkan secara rasmi. Jika tidak masa-masa tersebut tidak boleh disampaikan kepada athlet tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran refri
MEMBERI BANTUAN •
PERKARA-PERKARA BERIKUT TIDAK DIKIRA SEBAGAI BANTUAN Perhubungan antara atlet dengan jurulatih yang tidak berada di dalam kawasan pertandingan. Untuk memudahkan perhubungan ini dan tidak mengganggukan perjalanan pertandingan, satu kawasan di tempat duduk berdekatan dengan setiap kawasan pertandingan acara padang dikhaskan bagi jurulatih-jurulatih atlet
• Fisioterapi dan/atau rawatan perubatan yang diperlukan untuk seorang atlet menyertai atau meneruskankan penyertaannya setelah berada di kawasan pertandingan oleh personel yang dilantik atau disah oleh wakil perubatan dan/atau wakil teknikal khas bagi tujuan ini, dibenarkan asalkan ia tidak akan melambatkan perjalanan pertandingan atau mengganggu giliran percubaan peserta yang telah ditetapkan itu. Sebarang rawatan atau bantuan seterusnya oleh orang lain semasa atau sebelum pertandingan, setelah peserta-peserta sudah bertolak dari bilik panggilan adalah dianggap sebagai bantuan.
UNTUK TUJUAN PERATURAN INI, PERKARA BERIKUT DIKIRA SEBAGAI BANTUAN, TIDAK DIBENARKAN • Menentu rentak (pacing) oleh orang-orang yang tidak bertanding, oleh pelumba atau pejalan yang tertindih atau bakal ditindih atau sebarang bentuk peralatan teknikal • Penggunaan alat perakam kaset atau video, radio, cakera padat, alat pemancar radio, telefon bimbit atau alat-alat serupa oleh atlet ketika di arena • Seseorang atlet yang memberi atau menerima bantuan dari kawasan pertandingan semasa acara sedang berjalan boleh ditegur oleh Refri dan diberi amaran jika berulang akan dibatalkan daripada pertandingan acara itu
MAKLUMAT ANGIN Sebuah sarong angin hendaklah diletakkan berhampiran tempat bermula semua acara lompatan dan acara-acara cakera dan lembing, supaya peserta dapat mengetahui lebih kurang arah dan kelajuan tiupan angin
MINUMAN/PEMBASAHAN Bagi acara-acara 5,000m atau lebih, pihak Jawatankuasa Pengelola boleh menyediakan kemudahan minuman dan pembasahan kepada peserta-peserta jika cuaca memerlukannya
Peraturan 145 PEMBATALAN • Sekiranya seseorang peserta dibatalkan dalam satu acara kerana melanggar peraturan teknikal IAAF, maka hendaklah dicatatkan kesalahan yang dilakukannya dengan merujuk peraturan IAAF yang berkaitan, di dalam keputusan rasmi. Namun demikian faktor ini tidak akan menghalang peserta itu dari mengambil bahagian dalam acara-acara selanjutnya • Seseorang peserta yang berkelakuan tidak bersemangat sukan(unsporting) atau berkelakuan tidak senonoh boleh menyebabkan beliau disingkirkan dari pertandingan; rujukan perlu dibuat dalam keputusan rasmi tentang sebab penyingkiran itu • Sekiranya salahlaku tersebut itu serious, Pengarah Pertandingan akan laporkannya kepada badan yang bertanggungjawab untuk tindakan disiplin selanjutnya
Peraturan 146 •
•
• •
BANTAHAN & RAYUAN
Bantahan mengenai status seseorang atlet yang mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan, hendaklah dikemukakan sebelum bermulanya kejohanan tersebut kepada Delegat Teknikal. Jika Delegat Teknikal membuat keputusan maka mereka yang berkenaan berhak membuat rayuan kepada Juri Bantahan terhadap keputusan atau cara perlaksanaan sesuatu acara perlu dibuat dalam tempoh 30 minit selepas pengumuman rasmi acara tersebut (Jawatankuasa Pengelola bertanggungjawab memastikan masa pengumuman dicatat) Sebarang bantahan, pada mulanya secara lisan, dibuat kepada Refri, sendiri atau oleh seseorang bagi pihaknya Untuk capai keputusan adil, Refri perlu rujuk kepada semua bukti difikirkan perlu, termasuk filem atau gambar rakaman video rasmi atau sebarang bukti rakaman video yang ada
• •
•
Refri boleh beri keputusan terhadap bantahan tersebut atau rujuknya kepada Juri Rayuan. Sekiranya Refri beri keputusan, masih berhak membuat rayuan kepada Juri Dalam acara padang, sekiranya seseorang atlet membuat bantahan secara lisan dengan serta-merta terhadap percubaannya yang difaulkan, Refri acara berkenaan hendaklah menggunakan budi bicaranya mengarahkan percubaan tersebut diukur dan direkodkan Dalam acara balapan, Refri Balapan dengan menggunakan budi bicaranya boleh membenarkan seseorang atlet bertanding di bawah bantahan sekiranya beliau membuat bantahan lisan segera selepas dikatakan buat salah mula(false start). Walau bagaimanapun bantahan mengenai salah mula tidak dapat diterima jika salah mula dikesan oleh alat pengesan salah mula
• Rayuan kepada Juri Rayuan mesti dibuat dalam tempoh 30 minit selepas pengumuman rasmi keputusan Refri dalam bentuk bertulis, ditandatangani oleh pegawai bertanggungjawab bagi pihak atlet dengan disertakan wang cengkeram USD100 atau setaranya. Sekiranya gagal bantahan tersebut, wang tersebut akan lupus • Juri Rayuan akan mendapatkan keterangan dari semua pihak yang berkenaan, termasuk Refri dan Hakim. Jika Juri Rayuan was-was, bukti–bukti lain yang diperolehi boleh dipertimbangkan. Jika bukti tersebut, termasuk bukti video, tidak dapat memberikan rumusan, maka keputusan Refri hendaklah dipakai
Peraturan 147
PERTANDINGAN CAMPURAN
Dalam semua pertandingan yang dijalankan sepenuhnya di dalam stadium, acara-acara campuran lelaki dan wanita tidak dibenarkan
Peraturan 148 PENGUKURAN • Bagi kejohanan mengikut Peraturan 1 (a) hingga dan termasuk (c) semua pengukuran hendaklah dibuat dengan menggunakan pita atau tolok pengukur keluli dengan tentukur yang disahkan, atau dengan alat pengukur saintifik • Dalam kejohanan lain, alat pengukur kaca gentian boleh digunakan • Ketepatan sebarang alat ukur hendaklah disahkan oleh Pihak Berkuasa Timbang dan Ukur yang sewajarnya
Peraturan 149
KESAHAN PENCAPAIAN
Sebarang pencapaian yang dibuat oleh seorang atlet tidak dikira sah melainkan ia dibuat dalam pertandingan rasmi yang dijalankan mengikut peraturan IAAF
Peraturan 150
RAKAMAN VIDEO
Adalah disarankan supaya rakaman video rasmi bagi semua acara dilaksanakan, di mana ketepatan pencapaian dan pelanggaran peraturan yang dirakamkan dapat digunakan sebagai dokumen sokongan
Peraturan 151 PENSKORAN Dalam pertandingan yang ditentukan dengan pungutan markah, cara penskoran ini hendaklah dipersetujui terlebih dahulu oleh negara-negara yang mengambil bahagian sebelum bermulanya pertandingan
link