2.1surat Permohonan Penubuhan

  • Uploaded by: shii ngie
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 2.1surat Permohonan Penubuhan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,377
  • Pages: 7
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST JALAN TUN ABANG HAJI OPENG PETI SURAT 68 No. Telefon 96007 SIBU Pejabat Am SARAWAK Pejabat Pengetua

: 084-330414 : 084-347529 Faks : 084-333421 E-mel: [email protected]

______________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : JPS(W)/SMM(KK)/153/05/02/09/08/2019 (1) Tarikh : 02 Januari 2019 Jawatankuasa Kelab Frisbee, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, 96000 Sibu Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, 96000 Sibu. Melalui: Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Kelab Frisbee Tuan, Permohonan Pembaharuan Kelab Frisbee Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. 2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, Chieng You Wei berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab Frisbee SMK METHODIST, SIBU mulai 2hb Januari , 2019. 3. Bersama-sama ini disertakan : Draf Perlembagaan. Draf Aktiviti Asas. Senarai Nama Jawatankuasa Penaja. 4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas, …………………………..................... (Chieng You Wei) Setiausaha, b.p. Jawatankuasa Kelab Frisbee, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist. s.k.

1.

Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist

PERSATUAN/KELAB FRISBEE SMK METHODIST DRAF PERATURAN-PERATURAN ( PERLEMBAGAAN ) PERSATUAN/KELAB Pada mematuhi Subperaturan 5 (1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah ) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan ) Kelab Frisbee SMK Methodist Sibu yang selepas ini disebut sebagai “Persatuan” sahaja. PERATURAN 1

NAMA DAN ALAMAT

a.

Nama Persatuan/Kelab: Kelab Frisbee

b.

Alamat: SMK Methodist, Jalan Tun Abang Haji Openg Peti Surat 68 96007 Sibu Sarawak

PERATURAN 2

MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi diri secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. PERATURAN 3 3.1

3.2

OBJEKTIF

Supaya ahli dapat menganggotai Sukan & Permainan Frisbee dengan terpimpin dalam mengasah bakat serta kemahiran estetika dan psikomotor serta memupuk semangat bertanggung jawab dan diplin diri. Ahli Persatuan/Kelab Frisbee akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi seperti mewakili sekolah ke peringkat zon atau pun bahagian.

PERATURAN 4

KEAHLIAN

4.1

Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2

Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3

Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

PERATURAN 5

GURU PENASIHAT

5.1

Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2

Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan perlaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3

Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6

AHLI JAWATANKUASA

6.1

Dilantik semasa Mesyuarat Agung

6.2

Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak hadir tidap dapat menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3

Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4

Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5

Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menhantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6

Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada : 6.6.1

Pengerusi

6.6.2

Naib Pengerusi

6.6.3

Setiausaha

6.6.4

Penolong Setiausaha

6.6.5

Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 7 7.1

Pengerusi 7.1.1 7.1.2 7.1.3

7.2

7.3

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan Semua mesyuarat. Menenliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang Diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa Ke semasa.

Naib Pengerusi 7.2.1

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

7.2.2

Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke Semasa.

Setiausaha 7.3.1

Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2

Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

7.3.3

Mencatat kehadiran ahli.

7.4

7.5

7.3.4

Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Penolong Setiausaha 7.4.1

Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggung jawabnya.

7.4.2

Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Ahli Jawatankuasa 7.5.1

Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.5.2

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.5.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

PERATURAN 8

PERATURAN

KEHADIRAN/PENYERTAAN

8.1

Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

8.2

Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

9

AKTIVITI

9.1

Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

9.2

Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 10

PERATURAN-PERATURAN

10.1

Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

10.2

Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

10.3

Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 11 11.1

TINDAKAN DISIPLIN Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

11.2

Tindakan displin adalah mengikut cara berikut : 11.2.1 Amaran lisan 11.2.2 Amaran bertulis

11.3

PERATURAN 12

Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat Kelab secara betulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad. PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1

Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

12.2

Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

12.3

Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.4

Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua.

PERATURAN 13

PEMBUBARAN KELAB

13.1

Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

13.2

Setiap hutang waji dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 14

HAL-HAL LAIN

14.1

Setiap ahli perlu mengetahui tanggung jawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

14.2

Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

____________________________ (CHIENG YOU WEI) Setiausaha Kelab Frisbee Tarikh :2 Jan 2019

___________________ ____________________ (BRANDON TING ZHENG EN ) (LO MING JUN) Pengerusi Guru Penasihat Kelab Frisbee Kelab Frisbee Tarikh : 2 Jan 2019

Tarikh : 2 Jan 2019

PERSATUAN/KELAB FRISBEE SMK METHODIST SIBU DRAF SENARAI AKTIVITI UTAMA KELAB Pada mematuhi Subperaturan 5 (1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan / Kelab Sekolah ) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A) : P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan senarai Aktiviti Utama Persatuan/Kelab Frisbee SMK Methodist Sibu yang selepas ini disebut sebagai “ Persatuan/Kelab” sahaja. 1.

Aktiviti Perjumpaan Mingguan : Latihan pada setiap hari Sabtu

Perakuan :

Pengesahan :

Kami dengan ini mengaku bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah aktiviti dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh kelab ini.

___________________________ (Brandon Ting) Pengerusi

_____________________________ (Chieng You Wei) Setiausaha

Tarikh : 2/1/2019

Tarikh : 2/1/2019

Saya dengan ini mengesahkan bahawa senarai aktiviti utama diatas adalah sesuai dengan tujuan dan matlamat penubuhan Persatuan/Kelab Frisbee.

_______________________ (LO MING JUN) Guru Penasihat Tarikh : 2/1/2019

PERSATUAN/KELAB FRISBEE SMK METHODIST,SIBU SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN/KELAB Pada mematuhi Subperaturan 5 (1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan / Kelab Sekolah ) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A) : P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan senarai Aktiviti Kelab Frisbee yang selepas ini disebut sebagai “ Persatuan/Kelab” sahaja.

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Ahli Jawatankuasa

Perakuan :

: Brandon Ting Zheng En (5G) : Martin Ling Teck Seng(5G) : Chieng You Wei (5G) : Chan Siew Wei (5G) : Jessica Hii (5E) : Kong Yi Hui (5G) : Jonathan Wong (5E) : Gavin Chew (5F)

Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah mematuhi Subseksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan Perlantikan mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Kelab. ________________________ (BRANDON TING ZHENG EN) Pengerusi Tarikh : 2/1/2019

Pengesahan :

____________________________________ (CHIENG YOU WEI) Setiausaha Tarikh : 2/1/2019

Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas dan perlantikan Mereka adalah mengikut Undang-Undang dan Peraturan (Perlembagaan ) Kelab Frisbee SMK Methodist, Sibu ______________________ (LO MING JUN) Guru Penasihat Persatuan/Kelab Frisbee Tarikh : 2/1/2019

Related Documents


More Documents from ""