j2kk
SULIT
0212 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos
2009 2 jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH
BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.
Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.
2.
Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.
3.
Anda dinasihatkan supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B. 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D.
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak
0212
[Lihat sebelah SULIT
j2kk
SULIT
0212
2
Bahagian A(i) - Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan pelikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kaedah menangani gejala buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal pelikan. Gejala buli kian membarah dalam kalangan pelajar. Akhbar-akhbar harian menyiarkan keskes buli ini hampir setiap hari. Mangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Jika dibiarkan berterusan individu terbabit akan menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Mereka juga akan menjadi orang yang terlalu emosional hingga menjejaskan hubungan mereka dengan keluarga dan masyarakat. Oleh itu, kejadian buli tidak harus dipandang ringan sebagai "gurauan budak-budak" semata-mata. Pelaksanaan program mewujudkan perse~itaran sekolah yang kondusif dilihat sebagai langkah berkesan membanteras perbuatan buli di sekolah. Penetapan tingkah laku yang tidak diterima di sekolah juga merupakan kaedah posit if mengelakkan gejala ini daripada berterusan. Penglibatan ibu bapa dalam perbincangan dengan guru bagi menyelesaikan tingkah laku anak mereka juga sangat penting. Kementerian Pelajaran pula digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolahsekolah bagi mengawal gejala ini. Perbincangan antara pelbagai pihak seperti ibu bapa, guru dan pertubuhan-pertubuhan lain amat penting bagi pewujudan dasar tersebut. Kadang-kadang pelajar sendiri tidak tahu mereka membuli. Oleh itu, suatu bentuk perjanjian dengan pelajar yang terbabit membolehkan pihak sekolah mengenakan tindakan terhadap mereka yang membuli perlu diwujudkan. Peraturan sekolah tentang dasar antibuli hendaklah ditampalkan secara hitam putih di dalam kelas. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan penting dengan mengedarkan risalah antibuli dan memberikan penjelasan mengenainya. Sementara itu, kaunselor bertanggungjawab memanggil pembuli dan mangsa untuk diberikan kaunseling secara berasingan atau memanggil ibu bapa pelajar terbabit. Memandangkan tidak banyak kajian tentang masalah buli maka langkah untuk menyediakan laman web khas bagi memberikan kesedaran berhubung gejala tersebut sangat perlu. Pihak sekolah juga boleh membina laman web sendiri bagi membolehkan pelajar berkongsi pengalaman mereka sebagai mangsa bulL Peranan pelbagai pihak perlu dalam menangani gejala buli agar tidak menjadi virus yang sukar dibendung kemudian hari. Sikap menuding jari antara satu sama lain tidak banyak membantu menyelesaikan masalah ini. Perkara pokok bagi menyelesaikan masalah ini hanyalah dengan duduk semeja dan berbincang tentangnya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menangani Masalah Buli di Seko/ah, Haji Samat Buang, Dewan Siswa, Ogos 2005)
j2kk
SULIT
3
0212
Bahagian A(ii): Pemahaman
[10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat sendiri.
1
Berikan maksud merobah personaliti dalam petikan. [2 markah]
2
Berdasarkan petikan, nyatakan dua perubahan sikap man gsa yang dibuli? [4 markah]
3
Pada pendapat and a, mengapakah kita perlu membanteras gejala buli? [4 markah]
0212
[Lihat sebelah SULIT
j2kk
0212
4
SULIT
Bahagian B [20 markah] Berdasarkan graf di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya keracunan makanan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan .
•
Kes keracunan makanan (dalam setiap
100000 penduduk)
2003
2004
2005
2006
Keracunan Makanan di Malaysia
0212
SULIT
j2kk
SULIT
5
0212
Sahagian C [40 markah] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
1
Baru-baru ini sekolah anda telah menganjurkan Minggu Bahasa. Pelbagai acara telah disusun sepanjang minggu itu. Anda ingin menceritakan kepada rakan anda tentang aktiviti berkenaan. Tulis sepucuk surat buat rakan anda.
2
Anda telah memenangi suatu pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah satu juta ringgit. Ceritakan cara-cara and a menggunakan wang tersebut.
3
Pelancongan akua merupakan satu bentuk pelancongan yang baru di negara kita. Pelbagai langkah boleh diambil untuk perkenalkan kepada pelancong. Bincangkan.
4
Selaku setiausaha Kelab Bimbingan dan Kaunseling sekolah, anda dikehendaki menulis laporan tentang lawatan persatuan ke rumah anak-anak yatim. Tulis laporan itu selengkapnya.
Dapat sama laba, Cicir sarna rugi.
5.
Berdasarkan peribahasa di atas, terangkan sebab-sebab semangat kerjasarna dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Huraikan.
0212
[Lihat sebelah SULIT
j2kk
6
SULIT
0212
Bahagian D
[10 rnarkah]
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sarna ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3. (i)
Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini
(ii)
Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Itnin
(iii)
Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin
(iv)
Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari
(v)
Panas Salju, karya Talib Samad
(vi)
Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah
(vii)
Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh
(viii)
Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa yang memberi iktibar kepada pembaca.
KERTAS SOALAN TAMAT
0212
SULIT