KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) KURSUS DALAM CUTI (KDC)
MODUL KOKURIKULUM MPUD2042 BINA INSAN GURU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018
1
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin Kementerian Pendidikan Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apaapa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
2
KANDUNGAN MUKA SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang
i
Kandungan
ii
Panduan Pelajar
iii
Pengenalan
iv
Agihan Tajuk dan Unit
v
UNIT 1
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
1
UNIT 2
AKTIVITI PERKHEMAHAN
17
UNIT 3
AKTIVITI AIR
48
UNIT 4
AKTIVITI KEMBARA
61
UNIT 5
AKTIVITI TALI
67
Bibliografi
79
Panel
80
Simbol
81
3
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. SASARAN KURSUS Sasaran kursus ini adalah kepada pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 68% (60% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 8% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 32% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran. SUSUNAN UNIT MODUL Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten: 1.
Hasil Pembelajaran Unit
2.
Sinopsis
3.
Kandungan Unit
4.
Penulisan berkaitan kandungan unit
5.
Latihan
6.
Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
4
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan. IKON Penulisan modul ini menggunakan ikon tertentu untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas mereka akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pengukuran pencapaian pelajar akan diukur melalui Kuiz, Pembentangan Kumpulan (Refleksi) dan Projek semasa kursus dijalankan. Tarikh dan masa Pentaksiran Berterusan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Soalan Kuiz akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan pembelajaran dalam talian (OL).
5
PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pembinaan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan, mempunyai nilai dan sikap profesionalisme insan guru. Selain itu, modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Hasil Pembelajaran 1.
Menjelaskan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa, dan selepas melaksanakan aktiviti dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)
2.
Mempamerkan nilai kepemimpinan semasa aktiviti perkhemahan yang dijalankan.
3.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi melalui semua aktiviti yang disertai.
6
AGIHAN UNIT DAN JAM PEMBELAJARAN Panduan Kepada Pengguna Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 68% (60% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 8% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 32% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran. JUMLAH JAM
TAJUK/ TOPIK
JAM KREDIT ASAL 100% 66 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA 68% 45 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/ AMALI) 60% 40 JAM
DALAM TALIAN 8% 5 JAM
MODUL 32% 21 JAM
1. Prosedur Operasi Standard Aktiviti Perkhemahan(K/M) Aktiviti Air(K/M) Aktiviti Kembara(K/M) Aktiviti Tali(K/M)
8
4 (f2f)
1
3
2. Perkhemahan (4H 3M) Aktiviti Perkhemahan Persiapan Mendirikan Khemah(A/M) Malaysia Cergas dan Patriotik(A) Tazkirah, Kerohanian Etiket Sosial dan Protokol (A/M) Refleksi (DT)
20
17 (Perkhemahan)
1
2
3. Aktiviti Air Persiapan Keyakinan Di Air(A/M) Apungan(A/M)
14
1
6
7 (Perkhemahan) 7
JUMLAH JAM
TAJUK/ TOPIK
(KULIAH/ TUTORIAL/ AMALI) 60% 40 JAM
DALAM TALIAN 8% 5 JAM
MODUL 32% 21 JAM
Kemahiran Asas Renang(A/M) Kemahiran Asas Menyelamat(A/M) Refleksi (DT)
4. Aktiviti Kembara Persiapan (A/M) Berjalan Merentas Rimba/Lasak(A/M) Aktiviti Penghayatan Alam(A/M)
JAM KREDIT ASAL 100% 66 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA 68% 45 JAM
14
5 (Perkhemahan)
1
8
10
7 (Perkhemahan)
1
2
66 JAM
40 JAM
5 JAM
21 JAM
Refleksi (DT)
5. Aktiviti Tali
Persiapan (DT) Pelbagai Aktiviti menggunakan tali (A/M) Penyelesaian masalah (Contoh – spider web)(A/M)
JUMLAH
Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
8
UNIT 1
PROSEDUR OPERASI STANDARD
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i
Menjelaskan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan aktiviti dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard.
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) sebelum, semasa, dan selepas menjalankan aktiviti perkhemahan, aktiviti air, aktiviti kembara, dan aktiviti tali.
KERANGKA TAJUK
1.1
Definisi Prosedur Operasi Standard
1.2
Prosedur Operasi Standard Perkhemahan
1.3
Prosedur Operasi Standard Aktiviti Air
1.4
Tugasan
9
1.1
Definisi Prosedur Operasi Standard
Prosedur Operasi Standard adalah sesuatu set arahan atau perintah kerja yang terperinci dan bertulis yang harus diikuti bagi mencapai keseragaman dalam menjalankan sesuatu pekerjaan tertentu dengan berpandukan matlamat yang ingin dicapai. Menurut EPA (2008) , SOP ialah rantaian peraturan yang dibukukan berdasarkan aktiviti yang dilakukan berkali-kali dalam sesebuah agensi.
Menurut Federal Emergency managegement Agensi atau dikenali
sebagai FEMA (2008), SOP merupakan satu panduan atau aturan yang menjelaskan proses yang dijalankan secara teratur dan terperinci. Lingappan (2000) SOP merupakan satu rangkaian peraturan yang digunakan dan dipatuhi dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
SOP diperincikan melalui arahan bertulis bagi mencapai keseragaman pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu. SOP yang ditulis dengan baik boleh digunakan untuk memenuhi keperluan pematuhan. SOP juga disyorkan untuk semua prosedur yang menimbulkan risiko kepada kesihatan dan keselamatan. Oleh yang demikian, dengan adanya SOP kita dapat mengendalikan sesuatu aktiviti, peraturan, pematuhan kerja dan dasar-dasar.dengan betul dan selamat. Prosedur
Operasi
Standard
juga
harus
sering
dikemaskini
untuk
menginsuranskan patuh kepada syarat-syarat kesedaran dan amalan kerja Keselamatan Diri Keselamatan semasa menjalankan aktiviti di daratan amatlah dititikberatkan oleh semua pihak yang terlibat sama ada pihak penganjur atau pun para peserta.Proses ini perlu dimaklumkan lebih awal kepada para peserta agar semuanya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara perkara-perkara yang berkaitan keselamatan adalah seperti berikut:
Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau 10
memindahkan peralatan ke tempat lain.
Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata rata tempat.
Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatangbinatang.
Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masingmasing,selepas jam 12.00 tengah malam.
Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan.
Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
Aktiviti
penggunaan
air
dan
api
perlu
dijalankan
di
bawah
penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
1.2
Prosedur Operasi Standard Perkhemahan Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan
11
kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.
Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum manjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan.
Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.
Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling, orienteering, ikhtiar hidup, kembara, dan sebagainya.
1.3
Prosedur Operasi Standard Aktiviti Air Peraturan keselamatan di dalam air
Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.
Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang pusingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang dan jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air.
angan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.
Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar dari kolam
Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian renang
Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing
12
Perkara yang boleh dilakukan keluar dari air jika berasa sejuk. Air sejuk boleh membahayakan walaupan anda seorang perenang yang mahir perhatikan bendera kuning di kawasan berenang kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang merbahaya untuk berenang jauhi mereka yang bermain surf board jauhi bot dan jet ski sukar bagi mereka untuk mengelak daripada berlanggar dengan perenang berhati – hati dengan pasang dan surut air laut air pasang boleh membahayakan perenang mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan perhatikan papan-papan tanda tersebut untuk keselamatan semua pihak Perkara yang dilarang berenang berseorangan di dalam gelap sukar mendapat bantuan jika terjadi sesuatu perkara merosakkan apa-apa papan notis atau papan tanda yang menunjukkan bahaya boleh membahayakan perenang lain jika mereka tidak dapat melihatnya berenang ketika bendera merah dinaikkan bendera merah membawa maksud keadaan sedang merbahaya ketika itu menggunakan airbates di dalam laut ia mudah dibawa ombak ke tengah laut ketika anda tidak menyedarinya berlari-lari di tepi kolam renang dan tempat persalinan pakaian
menolak rakan ke kolam renang mudah untuk anda terjatuh dan tercedera kerana kawasan tersebut licin
berenang di kawasan dalam jika anda bukan seorang perenang yang mahir memakai pelampung tangan di kaki Keselamatan di Kolam Renang
beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam renang atau tempat-tempat lain
13
pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan sebelum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang
cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk tujuan
bagi
mengadakan
pertandingan/perlawanan,
majlis/
program atau penyewaan/ penggunaan secara harian
semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta
keselamatan
peralatan
yang
bdigunakan.
Sebarang
kerosakan/ kehilangan perlu diganti
orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket yang boleh dibeli di kolam renang
kanak-kanak yang berumer 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk. Mereka dibenarkan masuk dengan syarat ada seorang penjaga.
semua penjaga dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum ditutup
pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian mandi yang tidak turun warnanya atau “tranparent” serta mengikut etika berpakaian di kolam renang
pengguina-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam
pengguna-pengguna
dilarang
berlari-lari,
menolak
atau
mengganggu orang lain
orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang
pengguna-pengguna
dilarang
membawa
barang-barang
merbahaya dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam dan sebagainya
bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan kolam renang
pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga semua harta di kolam renang daripada dirosakkan atau disalahgunakan
sebarang penjajaan di kawasan renang tidak dibenarkan
tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan
pengguna pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang 14
pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam renang
pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di kawasan kolam renang
setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu memakai topi renang untuk mengelakkan rambut gugur
binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk ke kawasan kolam renang
penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas
Keyakinan Dalam Air a) Memakai baju keselamatan
ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan
pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai baju keselamatan perlu dipakai dengan kemas dan pastikan ianya tidak tertolak ke atas apabila terapung.
b) Buddy System ( berdua-dua) atau berkumpulan
pastikan peserta mestilah dalam berpasangan
bantu membantu antara satu sama lain
jika dalam kumpulan, lima orang bagi setiap kumpulan
semasa di dalam air, mestilah berpegang tangan dalam kumpulan
arahan jurulatih perlu dipatuhi dan bertindak mengikut arahan jurulatih
1.4
Tugasan
TUGASAN
1. Bincangkan bersama rakan anda tentang Prosedur Operasi Standard yang wajib dipatuhi dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan.
15
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan i. WhatsApp ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Prosedur Operasi Standard
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk) i. Definisi ii. Prosedur Operasi Standard iii. Prosedur Operasi Standard Perkhemahan iv.Prosedur Operasi Standard Air
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran: i. Semakan kehadiran ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk iii.Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv.Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam talian
16
UNIT 2
PERKHEMAHAN (M)
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti perkhemahan dan perkara-perkara yang sepatutnya. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam unit ini ialah persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan dijalankan.
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i
Menyatakan langkah-langkah persediaan yang perlu sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan.
ii.
Melakukan Malaysia Cergas melalui aktiviti nyanyian lagu-lagu patriotik, kawad kaki, dan senamrobik semasa perkhemahan dijalankan
iii.
Mempamerkan sifat kerjasama dan berinteraksi secara efektif dalam kepelbagaian kebudayaan.
iv.
mengendalikan majlis berpandukan Etiket Pengendalian Majlis Rasmi
KERANGKA TAJUK
2.1
Mendirikan khemah
2.2
Malysia Cergas dan Patriotik
2.3
Tazkirah dan kerohanian
2.4
Etiket Sosial dan Protokol
2.1
MENDIRIKAN KHEMAH Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang menggabungkan dua
aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemahiran setiap anggota yang menyertainya. Aktiviti ini dapat melatih bakal guru menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab di samping meningkatkan keyakinan
17
diri.
Melalui
aktiviti
perkhemahan,
bakal-
bakal
guru
juga
dapat
mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang dipelajari.
2.1.1 Kompenan-Komponen Perkhemahan: Jenis-Jenis Khemah Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti berkhemah: • Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang • Khemah ‘A’ berhelaian • Khemah pengembaraan • Khemah satu tiang • Khemah bentuk dinding • Khemah Ridge dua tiang • Khemah wagon • Khemah dome • Khemah igloo • Khemah berangka 2.1.2 Pemilihan Khemah Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk memilih atau membeli khemah a) Perlindungan Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan sebagainya. Di samping itu ianya juga hendaklah dapat memberi pelindungan daripada serangga-serangga.
b) Keselesaan Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang. 18
c) Kalis air Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu memastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benarbenar kalis air, supaya tidak menjadi masalah apabila hujan d) Tahan lasak Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu ringan di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila ianya digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk satu jangka masa yang panjang dan munasabah e) Ukuran Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu atau dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat menyukarkan kita membawanya 2.1.3
Pemilihan Kawasan Perkhemahan / Tapak Perkhemahan
Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tidak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah: a) Tanah atau tapak yang rata Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan – pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun. 19
b) Corak tapak perkhemahan Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.
c) Berhampiran punca air Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya. Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.
d) Tapak yang lebih tinggi dari punca air Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya.
e) Mudah untuk mendapat bantuan Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib 20
seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.
f) Mudah untuk mendapat bahan bakar Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering, daundaun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.
g) Keselamatan kawasan perkhemahan Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya.
h) Jangkamasa perkhemahan Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.
i) Bilangan peserta perkhemahan Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti. Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain.
j) Alam Persekitaran Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah. Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar 21
melihat tempat tapak perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut. 2.1.4
Pemilihan Tempat Untuk Mendirikan Khemah
Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkaraperkara tersebut perlu diberi perhatian dan penekaan: • Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring ) • Terlindung dari angina • Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai • Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan terhibur apabila melihatnya ). • Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah. • Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita bergerak semula bagi tujuan kecemasan. 2.1.5
Peraturan Keselamatan Perkhemahan
Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturanperaturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan: • Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya. • Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam, • Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera. • Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. • Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. • Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden).
22
• Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau atau binatang merayap daripada memasuki khemah. • Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. • Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan. • Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam. • Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur • di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta. • Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik, • ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat. • Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari masa ke semasa dan segala pantang larang. • Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. • Berhati-hati melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta menghargai kawasan sekitar. • Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. • Merokok,berjudi, minuman keras adalah dilarang. • Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti. • Memaklumkan kepada pensyarah, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. • Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. • Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan berhampiran sungai, laut atau tasik. • Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang dan menyalahi undang-undang. • Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan. • Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg. • Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah.
23
2.2
MALAYSIA CERGAS Malaysia Cergas adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk memberi penekanan
kepada usaha meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan bakal guru.Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup. Disamping itu juga, aktiviti ini bertujuan menimbulkan minat dan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya bakal guru.akan kepentingan kesihatan yang perlu dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Amalan sihat ini perlulah dikekalkan dan dilakukan secara berterusan. Aktiviti yang dijalankan dalam Malaysia Cergas ialah menaikkan bendera, kawad kaki dan diakhiri dengan senamrobik. 2.2.1
Naik Bendera
a. Lantik seorang Ketua Peserta atau ketua yang bertugas. Ketua Peserta berdiri di tengah-tengah menghadap barisan kumpulan. Ketua Peserta menentukan petugas untuk menaikkan bendera dan pembaca doa. b. Bariskan anggota/peserta
bertiga-tiga mengikut kumpulan menghadap tiang
bendera. Ketua Kumpulan berada di hadapan di tengah-tengah kumpulan. c. Ketua Kumpulan dikehendaki melapor kepada Ketua Peserta tentang jumlah / kedudukan ahli kumpulan d. Ketua Peserta/Petugas akan memberikan hukuman:
Sedia
Ke kanan lurus ( dan pandang depan)
Bendera (Panggilan)
Lagu Negara-Ku
Lagu Guru Malaysia
Bacaan doa.
e. Selepas upacara naik bendera, Ketua Peserta akan menyerahkan kepada Ketua Jurulatih untuk menyampaikan amanat untuk hari tersebut. f.
Senamrobik
24
Susunan Upacara Naik Bendera (protokol susunan bendera mengikut negeri masing-masing)
Petunjuk: 1 2 3
Bendera 2 1 3
J
J J J
: Jurulatih KP : KETUA PESERTA K : Ketua Kumpulan xxx : Barisan peserta
J J J
KP K xxx xxx xxx
2.3.
K xxx xxx xxx
K xxx xxx xxx
: Bendera Malaysia : Bendera negeri : Bendera Institut/BPG
K xxx xxx xxx
K xxx xxx xxx
K xxx xxx xxx
TAZKIRAH / KEROHANIAN Aktiviti tazkirah dan kerohanian merupakan aktiviti yang mampu membina jati diri
yang mantap dalam kalangan bakal guru sekiranya dilaksanakan sejajar dengan keperluan pelajar.Justeru adalah penting bagi institusi pendidikan guru melatih bakalbakal guru untuk menjadi insan yang bermoral dan memiliki sahsiah yang dikagumi. 2.3.1
Pemantapan Etika Kerohanian
2.3.1.1
Tazkirah Imam Ghazali
Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Imam alGhazali bertanya (pertama): “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (lihat ayat 185, surah Ali-Imran)
25
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah ‘masa lalu.’ Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama. Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga: “Apa yang paling besar di dunia ini?” Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali. Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’ (sila rujuk ayat 179 dari surah al-A’raaf). Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka. Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Semua jawapan benar, kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah ‘memegang amanah.’ (lihat ayat 72, surah al-Ahzab) Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam alGhazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’ Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat. Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.
26
Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah ‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri. Sekian, assalamulaikum...dan bertemu di waktu yang sama. 2.3.2
Amalan Solat Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:
1.
Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat
sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan. 2.
Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x
selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman. 3.
Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu
akan dipenuhi. 4.
Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat-
Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu. 5.
Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas
Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki. 6.
Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda:
“Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak. 7.
Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan
takbir], 100x selawat & 100x istighfar} 8.
Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu
fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti 27
daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosadosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.” 9.
Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi
keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya. 10.
Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah
mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya. 11.
Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara
daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah. 12.
Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan 13.
Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi
SAW tunjuk ajar. 14.
Setiap
malam
apabila
hendak
tidur,
Muhasabah
diri,
pohonlah
keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah. 15.
Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati
dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa. 16.
Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu
‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun. 17.
Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan
seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’ 18.
Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua
kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
28
19.
Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang
digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suamisuami kamu. 20.
Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi
SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar. 21.
Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan
mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati. 22.
Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata,
telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat. Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin
2.3.3
Solat Sewaktu Darurat
Solat Khauf iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Solat Khauf adalah kemudahan yang tidak terdapat dan tidak boleh dilaksanakan di dalam solat-solat yang lain. ‘Solat Ketakutan’ ini adalah solat yang dilakukan dalam keadaan suasana peperangan kerana bimbang akan diserang musuh. Firman Allah سبحانه وتعالى: ٌطا ِئفَة َ ت َ ِيه ْم فَأَقَ ْمتَ لَ ُه ُم الص َََّلةَ فَ ْلتَقُ ْم ِ ْ س َجدُوا فَ ْل َيكُونُوا مِ ن َو َرا ِئ ُك ْم َو ْلتَأ ْ َ طا ِئفَةٌ ِ ِّم ْنهُم َّمعَكَ َو ْليَأ ْ ُخذُوا أ َ س ِل َحت َ ُه ْم فَ ِإذَا ِ َو ِإذَا كُنتَ ف َس ِل َحتِ ُك ْم َوأ َ ْمتِعَتِ ُك ْم َفيَمِ يلُون َ ُصلُّوا فَ ْلي َ ُأ ُ ْخ َر ٰى لَ ْم ي ْ َ س ِل َحت َ ُه ْم ۗ َو َّد الَّ ِذينَ َك َف ُروا لَ ْو ت َ ْغفُلُونَ ع َْن أ ْ َ صلُّوا َمعَكَ َو ْليَأ ْ ُخذُوا حِ ْذ َر ُه ْم َوأ َ علَ ْي ُك ْم إِن كَانَ بِ ُك ْم أَذًى ِ ِّمن َّم َ َ طر أ َ ْو كُنت ُم َّم ْرض َٰى أَن ت َّس ِل َحت َ ُك ْم ۗ َو ُخذُوا حِ ْذ َر ُك ْم ۗ إِن َ ح َ َ علَ ْيكُم َّم ْيلَةً َواحِ َدةً ۗ َو ََل ُجنَا ْ َ ضعُوا أ ١٠٢﴿ عذَابًا ُّم ِهينًا َ َع َّد ِل ْلكَاف ِِرين َ َ اللَّـهَ أ “Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masingmasing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai 29
dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.” (Surah AnNisa’ 4; Ayat 102) . Ulamak–ulamak fiqah telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai solat khauf ini,“Khauf bagi mereka bukan semata-mata takut kepada serangan musuh malah termasuk juga khauf (takut) dari ancaman kebakaran dan juga binatang-binatang buas dan lain-lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan dan kehancuran.” . Allah سبحانه وتعالىberfirman: ً فَ ِإ ْن خِ ْفت ُ ْم فَ ِرج َاَل أ َ ْو ُر ْكبَانًا “Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan kaki atau naik kenderaan.” (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 239) . 2.3.4
Bila Dan Di mana ? .
Solat Khauf boleh dilakukan dimana saja, tanpa mengira masa, tempat dan keadaan. 1.
Solat dilakukan mengikut keadaan seseorang pada ketika itu.
2.
Boleh dilakukan sama ada secara berlari, berjalan, meniarap atau berkenderaan.
3.
Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat.
4.
Boleh melakukan solat tanpa menghadap kiblat..
Daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Nabi Muhammad ﷺbersabda: “Jika keadaan itu terlalu gawat, bolehlah solat secara berdiri, berjalan atau berkenderaan, menghadap kiblat ataupun tidak.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.) 2.3.5
Batal Solat Khauf
Perkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf: 1)
Terbatal wuduk ketika sedang solat
2)
Menjerit dan melaung (sekiranya tidak diperlukan)
3)
Melakukan banyak pergerakan yang tiada kaitan dengan peperangan 30
4)
Keluar darah yang banyak tidak menjejaskan solat (di sisi mazhab Maliki tetapi imam Syafie ia membatalkan solat kecuali kerana terpaksa atau darurat) maka ianya dimaafkan. ..
2.3.6
Cara Solat Khauf .
Islam cukup menitikberatkan solat dan ianya harus ditunaikan kerana ia merupakan kewajipan ke atas setiap muslim.dalam apa jua keadaan yang berlaku sama ada ketika sakit, keuzuran atau pun ketika di medan peperangan.dengan cara-cara yang telah ditetapkan.
Ciri-ciri asas solat itu secara berjemaah sama dengan solat qasar dan jamak. Solat ketika perang tidak begitu banyak perbezaan kecuali makmum dapat bergerak, menangguhkan solat dan menyambung semulanya selepas berperang. . 2.4
ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL 2.4.1
Etiket Pengendalian Majlis Rasmi
Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkah laku atau sopan santun sama ada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua peri laku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.
Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis. 2.4.2 1.
Jenis-jenis Majlis Rasmi
Majlis Penuh Istiadat Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri.
31
2.
Majlis Rasmi dan Formal Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing.
3.
Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan.
4.
Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal Majlis yang dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.
5.
Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal Majlis yang tidak memerlukan protokol seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.
2.4.3
Aspek Pengurusan Pelbagai Majlis Rasmi Atau formal
1. Jawatankuasa 2. Tempat majlis 3. Penyediaan senarai jemputan 4. Aturcara majlis 5. Kesesuaian pakaian dalam majlis 6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan 7. Pemilihan Menu 8. Susunan keutamaan 9. Panggilan hormat 10. Susunan tempat duduk 11. Pengacaraan Majlis Formal 12. Penyediaan aturcara pentadbiran 13. Peranan penyambut tetamu 14. Raptai 15. Nilai-nilai Islam 16. Postmortem 2.4.4
Elemen Penting Etiket
1. Citarasa Berpakaian 32
2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi 3. Penampilan Diri 4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan 5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial 6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri 7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk 8. Kesopanan dalam Majlis Buffet 9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia 10. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah) 11. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis Luar Rumah) 12. Menghadiri Pelbagai Majlis Formal 13. Mengenali Peralatan Jamuan 14. Cara Menghidang 15. Tertib di Meja Makan
2.4.5
1.
Perkara-Perkara Penting Dalam Etiket
Tertib Perkenalan a)
Prinsip Perkenalan
Perkenalkan lelaki kepada wanita
Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting
Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya
b)
Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua
Keberkesanan dalam perkenalan
Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima perkenalan
Sebut nama dengan jelas dan betul
Perlakuan yang tertib
Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan
Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaikbaiknya akui
Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu
33
Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau menggenggam dengan kuat
c)
Tertib Memperkenalkan
Izinkan saya memperkenalkan............
Puan.......inilah Encik........
Boleh saya memperkenalkan..............
d)
Cara Menjawab Yang Sopan
Apa Khabar?
Bertuah dapat berkenalan !
Hello !
e)
2.
Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas
Larangan Semasa Menjawab Perkenalan
Elakkan bertanya tentang asal usul tempat/daerah/bangsa/agama
Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus
Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara
Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain
Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan
Elakkan memberi senyuman sinis/tidak ikhlas
Berjabat Tangan (Bersalam) a)
Pelbagai cara
Kasar dan agresif
Mengawal
Hujung jari sahaja
Tarik
Sejuk
Erat dan mesra
b)
Perkara-perkara negatif semasa bersalam
Pegangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa
Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting 34
Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting/kurang suka dan tidak berminat
Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah
Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci
Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah mengikut keadaan. Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan menundukkan kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik seperti tudung/sapu tangan untuk bersalam. 3.
Perbualan Sosial a)
b)
c)
Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai
Hobi
Sukan
Muzik
Rancangan Televisyen
Pakaian
Menanam bunga (Gardening)
Makanan
Pengembaraan
Kesenian
Cuaca
Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai
Perbualan peribadi
Fahaman politik
Keagamaan
Peperangan
Tertib perbualan sosial
Kedua-dua pihak berminat
Pandang ke arah orang yang bercakap
Mendengar dengan teliti 35
Bercakap dengan nada yang biasa
Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama)
Bercakap secara bersahaja
Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap
Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu kumpulan
4.
Tatahias Pakaian Dan Gaya Kepentingan Tatahias Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:i.
Imej organisasi tempat berkhidmat
ii.
Imej peribadi
a)
Kesesuaian pakaian wanita Perkara seperti berikut harus diberi perhatian:
Elakkan daripada memakai kain berkilat/berkilau pada siang hari
Elakkan daripada memakai satu warna sahaja
jangan melebihi empat warna pada satu masa
Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan
Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai
Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang
Apabila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan
gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat
Rambut hendaklah tersisir rapi
Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung
Jika memakai mini telekong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju
Bila gunakan sarung kaki pilih warna `skin colour`
Corak fabrik tidak lebih daripada empat warna
Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng yang akan berbunyi apabila anda berjalan
36
Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol(frills) ataupun berbunga besar
Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata
Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan di tangan yang sama
b)
Kesesuaian Pakaian Lelaki
Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher
Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar)
Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang
Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang
Sesuaikan warna tali leher dengan baju
Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak
Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
Sesuaikan warna stoking dengan seluar
Kasut hendaklah bersih dan berkilat
Stoking putih tidak sesuai dalam majlis
Gunakan `cologne` dan deodoron yang lembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan `cologne` di kedua belah bahu
Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut
Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama. Lain-lain warna tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua
Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar
Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan
Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya
Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe) 37
Stoking berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih/berpakaian sukan
Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi
5.
Hiasan Barang-barang kemas sama ada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin dan rantai leher memang perlu dipakai. Perhiasan yang sederhana
adalah penting
kerana ia
merupakan sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh hal yang demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak hiasan. a)
Tali pinggang i)
b)
daripada jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai
Selendang dan Skaf i)
dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis rasmi dengan cara disangkutkan di bahu
ii)
dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian selendang menutupi seluruh kepala
c)
Beg Tangan Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti:
6.
i)
kegunaan harian di pejabat
ii)
kegunaan pelbagai
iii)
kegunaan majlis rasmi
Minyak Wangi Pilihan yang lembut, supaya tidak melemaskan atau memeningkan
a)
Minyak wangi tulen i)
b)
Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja
Eau de toilette i) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah dan perlu dipakai beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat
c)
Semburan badan i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat
7.
Kesihatan, Kebersihan dan Kesihatan 38
Aspek ini amat penting,hal ini menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya. Antara perkara yang dimaksudkan ialah:
a)
Bahagian kepala dan muka
rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga misai dan janggut diurus dengan rapi bulu hidung tidak kelihatan liar gigi sentiasa bersih pernafasan tidak berbau
b)
Bahagian badan dan tangan
badan tidak berbau
baju tidak ada tanda carik
baju tidak kelihatan berdaki di lengan,poket dan kolar
baju kelihatan tidak bergosok
kuku jari dipotong, tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit
kulit dilengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda penyakit atau bersisik
c)
Bahagian punggung dan kaki
seluar perlu bergosok
seluar tidak kelihatan carik
berstoking
Elakkan daripada memakai stoking melebihi had harinya
bagi wanita, jangan pakai stoking berwarna perang atau berbunga
kasut kelihatan kelabu
kasut coklat kelihatan hitam
tumit kasut hendaklah dalam keadaan yang baik.
2.4.5
Etiket di Meja Makan (Table Manner)
Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara gelojoh boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan itu, kita mestilah mengetahui asas etika di meja makan. 39
Penggunaan peralatan yang digunakan untuk makan yang betul boleh menyelamatkan kita daripada terjebak di dalam situasi yang kekok apabila berada di meja makan. Peralatan bagi sajian barat adalah pelbagai dan mempunyai fungsi tertentu. Peralatan bagi sajian cina dan melayu adalah berbeza. Ianya bergantung terhadap pihak panganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di dalam suatu majlis jamuan rasmi.Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah penting.
Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri sekiranya sajian makanan melayu dihidangkan. Memegang pisau di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri untuk sajian barat. Chopstick di sebelah kanan untuk sajian makanan cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang yang kidal.
a)
Makan sup Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.
Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap hendaklah tundukkan kepala sedikit.
Menyeduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.
Untuk memakan isi sup pula ( sayur atau daging ) boleh dimakan melalui hujung sudu.
Sup tidak boleh dihirup sehingga kedengaran bunyi yang nyaring.
Bila ingin makan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan tangan bukan dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk menyapu mentega sahaja.
Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah dibiarkan terlentang di sebelah kanan di sisi mangkuk atau dibiarkan di dalam mangkuk jika tidak berpiring.
b)
Majlis Makan Rasmi Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum anda mula makan.
Apabila memakan masakan utama seperti stek/ayam atau bahan-bahan pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda.
40
Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu dengan tertib.
Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda mengambil bahagian yang terdekat sekali.
Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun anda tidak menggemarinya. Jika tercekiuk tulang, cepat-cepat ke bilik air.
Makanan utama di makan dengan menggunakan pisau dan garpu di tangan kiri, garpu dengan posisi telungkup.
Daging , ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu masih tetap di tangan kiri.
Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan
Apabila selesai makan, pisau dan garpu hendaklah di letakkan sebelah menyebelah dengan posisi tangkai arah kanan dan hujungnya pula mengarah tangan.
c)
Panduan Menggunakan Pisau, Sudu dan Garpu Dengan Betul
Susunan pisau, sudu dan garpu di meja makan cara barat
Makan tengah hari atau makan malam
Pisau mentega (diletak di atas piring untuk roti)
Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan dan salad)
Garpu makan hidangan utama
Camca sedang `dessert`(jika pisau yang diperlukan, gantikan ia dengan pisau makanan pencuci mulut)
Garpu sedang (dessert)
Gelas
Napkin
Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan, letakkan pisau untuk ikan sebagai ganti)
Sudu makan hidangan utama (di Malaysia digunakan untuk nasi)
Pisau hidang, garpu-garpu untuk pelbagai keperluan menurut jenis hidangannya diletakkan berderet di sebelah kiri piring, sedangkan di sebelah kanan piring adalah deretan pisau-pisau dan sudu-sudu
Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke atas. Pisau diletakkan dengan mata pisau menghadap ke piring.
41
Tuala makan diletakkan dengan terlipat senduknya rapi di atas piring utama jika makanan disajikan di dalam pinggan lain tapi kalau makanan sudah di piring seperti di restoren, serbetnya diletakkan di tempat piring atau di sebelah paling kiri dari letak garpu
Pelbagai gelas minuman terletak berderet di sebelah kanan atas
Piring mentega atau roti dan beberapa tempat penyedap makanan berada di sebelah atas kiri
Aturan umum tentang peringkat makan adalah mulai dari posisinya yang paling luar dan kemudian bergerak ke arah di mana piring utama kita berada: senduk sup dulu, kemudian pisau ikan dan garpu dan barulah pisau dan garpu utama
d)
Fungsi Napkin
Napkin di meja makan dilipat di dalam pelbagai bentuk.Kebiasaannya diletak di atas pinggan makan dan tersusun cantik di atas meja. Walau bagaimanapun ia kelihatan sangat cantik dan unik, jangan berasa bersalah untuk menggunakaannya. Napkin mempunyai pelbagai fungsi yang sangat penting ketika berada di meja makan.
Antara fungsi penting napkin adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengelap mulut yang kotor apabila sedang menikmati jamuan makan. Napkin mampu menyelamatkan baju daripada terkena kuah atau minuman yang mungkin terjatuh atau tertumpah ke atas riba semasa menikmati hidangan. Selain daripada itu, napkin berfungsi untuk menutup mulut apabila tekak terasa tidak selesa dan mahu terbatuk.
Napkin juga merupakan satu alat komunikasi non verbal dengan pelayan yang berada di dewan makan. Apabila napkin diletakkan di atas kerusi, ini membawa maksud bahawa anda akan kembali ke meja makan. Napkin di atas meja makan, memberitahu pelayan bahawa anda telah selesai makan dan sudah meninggalkan jamuan makan.
42
2.4.6
Adab Makan di Majlis Rasmi : Penggunaan Pisau, Garpu dan Sudu
Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu.
Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnyqa dilabel sebagai seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yang tiada didikan dan kurang ajar.
Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis, cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya.
a) Menggunakan Pisau, Garpu, Sudu dan Kadang-Kadang Tangan Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya.
Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam.
Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu paling kiri. Namun, trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja.
Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan 43
ini semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan tangan kiri.
Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecil beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.
Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu dan garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk.
Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Menggunakan Peralatan Yang Sesuai Atau Dengan Tangan
Sup – harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mestilah dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut dianggap tidak sopan.
Salad – gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa.
Ikan – gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.
Daging – gunakan garpu utama yang disediakan
Pencuci mulut – sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.
Asparagus – asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad.
Daging nipis – apabila daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek
44
biasa. hal ini kerana agak susah untuk memotong daging nipis yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu kepingan daging nipis tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong.
Roti – roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakanj, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut poada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda
dibenarkan
menyapu
mentega
di
rekahan
tersebut
bagi
mencairkannya.
Biskut – biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buah-buahan atau tuna di atasnya.
Jagung – sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-sebiji, anda dibenarkan makan menggunakan tangan. sekiranya mentega disediakan, gunakan piusau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya.
Kentang goreng, ayam goreng dan burger – makanan seumpama ini dikatogerikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.
Sandwich – sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filing yang terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.
Buah-buahan kecil bertangkai – kadang-kadang pada juadah pencuci mulut, dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya
anda
tidak
mahu
menggunakan
tangan,
anda
boleh
menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang.
Bagi gugusan
buah
anggur
yang
dihidangkan dengan
tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain.
45
PERKHEMAHAN (DT)
2.5
KERANGKA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
1.1
Memastikan semua pelajar berada dalam talian
(5 minit)
1.2
Pensyarah memberi sedikit penjelasan tentang tajuk yang akan dipelajari (10 minit)
1.3
Pensyarah meminta pelajar-pelajar memberi pandangan terhadap refleksi bagi aktiviti yang telah dijalankan secara bergilir-gilir (pastikan semua memberi input) (20 minit)
1.4
Pensyarah meminta pelajar mengemukakan persoalan (boleh dijawab oleh pensyarah atau pelajar-pelajar yang lain)
(20 minit)
1.5
Pensyarah membuat kesimpulan
(5 minit)
1.6
Tamat
1.7
Pensyarah menyimpan dalam folder (sebagai bahan bukti pembelajaran)
2.6
Tugasan
TUGASAN
1.
Bincangkan bersama rakan anda tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan ?
2.
Bincangkan jenis-jenis majlis rasmi?
46
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan iii. WhatsApp iv. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Perkhemahan
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk) i. Aktiviti persiapan mendirikan perkhemahan ii. Malaysia Cergas dan Patriotik iii. Etiket Sosial dan Protokol
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran: i. Semakan kehadiran ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam talian
47
UNIT 3
AKTIVITI AIR
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i.
menunjukkan keyakinan diri ketika berada di dalam air
ii.
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran semasa menjalani aktiviti air
iii.
menunjukkan sikap bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi
iv.
percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan
v.
Menyatakan jenis-jenis apungan dalam aktiviti air.
vi.
Mempelajari teknik renang dengan betul
vii. Menunjukkan cara kemahiran asas menyelamat.
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti air yang dijalankan semasa perkhemahan. Aktiviti air adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan dan juga merbahaya jika tidak patuh kepada arahan-arahan keselamatan. Melalui pembelajaran ini, bakal guru akan diberi kesedaran tentang bahaya-bahaya yang tidak diundang, penyelamatan dan usaha-usaha untuk mengurangkan kejadian lemas.
KERANGKA TAJUK 3.1.
Keyakinan dan keselamatan di air
3.2
Asas Apungan
3.3
Asas Renang
3.4
Kemahiran Asas Menyelamat
3.1
Keyakinan dan Keselamatan di Air Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek penting dalam acara renang di dalam Kurikulum , yang mana sebahagian daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas luar persekitaran kolam renang.
48
Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip keselamatan diri. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan merangsang minat dan cabaran kepada kanak-kanak itu, memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan imaginasi mereka ketika berada dalam situasi merbahaya. Prinsip-prinsip berkaitan keselamatan dalam air boleh diperkuat lagi pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik. Di samping itu, kaedah bantu mula juga adalah amat dititikberatkan untuk memastikan bahaya yang berlaku dapat dikurangkan seperti kelemasan ketika menjalani aktiviti renang. Kaedah CPR adalah cara yang terbaik untuk memberi bantuan awal sekiranya ada individu yang lemas dalam air. a) Peraturan keselamatan di dalam air
Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.
Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang pusingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang dan jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air.
Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.
Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar dari kolam
Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian renang
Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing
b) Perkara yang boleh dilakukan
49
keluar dari air jika berasa sejuk. Air sejuk boleh membahayakan walaupan anda seorang perenang yang mahir
perhatikan bendera kuning di kawasan berenang
kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang merbahaya untuk berenang
jauhi mereka yang bermain surf board
jauhi bot dan jet ski
sukar bagi mereka untuk mengelak daripada berlanggar dengan perenang
berhati – hati dengan pasang dan surut air laut
air pasang boleh membahayakan perenang
mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas
tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan
perhatikan papan-papan tanda tersebut untuk keselamatan semua pihak
c) Perkara yang dilarang berenang berseorangan di dalam gelap
sukar mendapat bantuan jika terjadi sesuatu perkara
merosakkan apa-apa papan notis atau papan tanda yang menunjukkan bahaya
boleh membahayakan perenang lain jika mereka tidak dapat melihatnya
berenang ketika bendera merah dinaikkan
bendera merah membawa maksud keadaan sedang merbahaya ketika itu
menggunakan airbates di dalam laut
ia mudah dibawa ombak ke tengah laut ketika anda tidak menyedarinya
berlari-lari di tepi kolam renang dan tempat persalinan pakaian
menolak rakan ke kolam renang
mudah untuk anda terjatuh dan tercedera kerana kawasan tersebut licin
berenang di kawasan dalam jika anda bukan seorang perenang yang mahir
memakai pelampung tangan di kaki 50
d) Keselamatan di Kolam Renang
Beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam renang atau tempat-tempat lain
pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan sebelum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang
cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk tujuan bagi mengadakan pertandingan/perlawanan, majlis/ program atau penyewaan/ penggunaan secara harian
semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta
keselamatan
peralatan
yang
bdigunakan.
Sebarang
kerosakan/ kehilangan perlu diganti
orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket yang boleh dibeli di kolam renang
kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk. Mereka dibenarkan masuk dengan syarat ada seorang penjaga.
semua penjaga dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum ditutup
pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian mandi yang tidak turun warnanya atau “tranparent” serta mengikut etika berpakaian di kolam renang
pengguina-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam
pengguna-pengguna
dilarang
berlari-lari,
menolak
atau
mengganggu orang lain
orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang
pengguna-pengguna dilarang membawa barang-barang merbahaya dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam dan sebagainya
bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan kolam renang
pengguna-pengguna semua
harta
di
dikehendaki kolam
renang
bertanggungjawab daripada
dirosakkan
disalahgunakan
sebarang penjajaan di kawasan renang tidak dibenarkan 51
menjaga atau
tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan
pengguna pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang
pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam renang
pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di kawasan kolam renang
setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu memakai topi renang untuk mengelakkan rambut gugur
binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk ke kawasan kolam renang
penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas
e)
Keyakinan Dalam Air
Memakai baju keselamatan
ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan
pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai baju keselamatan perlu dipakai dengan kemas dan pastikan ianya tidak tertolak ke atas apabila terapung.
b)
Buddy System ( berdua-dua) atau berkumpulan
pastikan peserta mestilah dalam berpasangan
bantu membantu antara satu sama lain
jika dalam kumpulan, lima orang bagi setiap kumpulan
semasa di dalam air, mestilah berpegang tangan dalam kumpulan
arahan jurulatih perlu dipatuhi dan bertindak mengikut arahan jurulatih
3.2 Asas Apungan Apungan merupakan salah satu kemahiran asas dalam berenang. Keapungan adalah sifat semulajadi tubuh kerana ianya dibantu oleh kandungan udara dalam paru-paru. Terdapat tiga unsur yang mengawal keapungan iaitu: 52
kawalan nafas
posisi tubuh
kesantaian/rehat
Apungan dengan menggunakan baju keselamatan a)
Latihan bernafas ( blow bubbles )
berdiri di dalam air, tarik nafas melalui mulut sahaja
tahan nafas dan selamkan muka
apabila nafas tak dapat ditahan lagi, dengan perlahan-lahan hembuskan melalui hidung
selepas semua udara dikeluarkan, angkat muka daripada air dan tarik nafas
bertindak sebagai daya apungan badan. Badan yang beroksigen lebih mudah terapung
memanjangkan stamina apabila berada di dalam air
mengurangkan kepenatan selepas aktiviti renangan; blow bubble boleh mengurangkan kadar denyutan jantung kita.
b)
Aktiviti apungan asingkan peserta yang boleh berenang dengan tidak boleh berenang
berjalan berpegangan tangan menuju ke air sambil mendengar arahan
apungan berdiri
depa tangan - bernafas dengan tenang dan masih berpegangan tangan.
buat bulatan 5 – 6 orang dengan berpegangan tangan
Apungan Terlentang
peserta berbaring dengan meluruskan kaki ke hadapan
kaki dibuka membentuk `V` dan tangan didepa membentuk `T`seperti bintang
kedudukan badan adalah selari dengan permukaan air
depa tangan – bernafas dengan tenang
terlentang sambil berpegangan tangan
53
Apungan Meniarap
rebahkan badan ke hadapan
luruskan kaki
masih berpegangan tangan
muka dimasukkan ke dalam air
peralatan pernafasan biasa boleh digunakan
Apungan Cendawan
teknik yang paling mudah
kaki dibengkokkan dan tangan memeluk kaki, kepala ditundukkan sehingga badan seperti bola
tenang dan santai, anda pasti terapung
semua di atas
3.3
dilakukan secara individu
apungan meniarap dan bergerak jarak 3 meter
berenang berdua ke hadapan
lawan berenang
Asas Renang Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya mereka merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada di dalam air sebelum mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan serta kebolehan. Aktiviti renang membolehkan seseorang itu dapat melakukan senaman yang amat berguna lagi menyeronokkan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk menikmati lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokkan. Di sekolah acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum, terutamanya bagi kanak-kanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka meninggalkan sekolah rendah, kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang sekurang-kuranngnya 25 meter dan mampu memperlihatkan kefahaman mengenai keselamatan dalam air.
54
3.3.1 Gaya Renang Ada empat gaya renang yang dipertandingkan sehingga ke peringkat sukan Olimpik iaitu gaya kuak dada, gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang dan gaya bebas.
Gaya kuak dada. Gaya kuak dada ialah gaya berenang yang paling popular untuk renang rekreasi. Gaya ini juga dikenali dengan nama gaya katak. Gaya ini memerlukan tubuh stabil dan kepala boleh berada di luar atau di dalam air untuk suatu tempoh yang lama. Kedua-dua belah kaki perlu ditendang keluar sementara kedua-dua belah tangan diluruskan ke hadapan. Kemudian kedua-dua beelah tangan dibuka ke arah sisi badan seperti gerakan membelah air supaya badan maju ke hadapan. Gerakan ini seolah-olah meniru gaya seekor katak yang sedang berenang. Perenang melakukan pernafasan ketika mulut berada di permukaan air. Ini di selang seli dengan satu kali gerakan tangan kaki atau dua kali gerakan tangan kaki. Bagi individu yang baru mengikuti kelas renang mereka akan diajar untuk berenang gaya kuak dada ataupun gaya bebas. Renang gaya kuak dada ini adalah renang yang paling lambat sekali mengikut aturan yang dikeluarkan olah Federasi Renang Internasional.
Gaya Kuak Lentang Gaya kuak lentang ialah perenang melakukan renangan dengan cara menelentang di atas permukaan air. Wajah perenang menghadapa ke atas dan ini memudahkan perenang bernafas. Namun perenang hanya boleh memandang ke atas dan tidak boleh memandang ke hadapan. Ketika berlumba perenang mengetahui jarak dinding dengan mengira jumlah gerakan kayuhan renang mereka. Dalam gaya kuak lentang, gerakan tangan dan kaki serupa dengan gaya bebas. Kedua – dua belah tangan secara bergilir digerakkan menuju ke pinggang seperti pergerakan mengayuh. Di dalam pertandingan, permulaan acara gaya kuak lentang adalah berbeza dengan gaya bebas, kuak dada dan gaya kupu – kupu yang semuanya bermula di atas blok 55
permulaan. Gaya kuak lentang, perenang peril bermula di dalam kolam.
Perenang
akan
menghadap
dinding
dengan
kedua-dua
belah tangan memegang besi pemegang di sisi kolam. Kedua – dua lutut dibengkokkan ke dada dan tapak kaki bertumpu di dinding kolam.
Apabila siren dibunyikan perenang akan menolak dinding
dengan dan badan akan mula membelah air kolam. Gaya kuak lentang adalah gaya renangan yang sudah dikenali sejaak zaman kuno lagi. Ianya pertama kali dipertandingkan pada tahun 1900 di Olimpiade Paris. Oleh itu ianya merupakan gaya renang kedua tertua selepas gaya bebas.
Gaya Kupu – kupu Gaya kupu – kupu atau gaya ikan lumba-lumba adalah satu gaya berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua belah lengan secara bersamaan ditekan ke bawah dan digerakkan ke arah luar sebelum diayunkan ke depan. Kaki pula digerakkan dengan cara menendang ke atas dan ke bawah bersama-sama. Udara dihembuskan kuat-kuat dari mulut dan hidung sebelum kepala muncul dipermukaan air. Udara dihirup ketika berada di luar air. Gaya kupu-kupu dicipta pada tahun 1933 dan merupakan gaya renang yang paling baru. Perenang yang ingin mencuba gaya ini perlu mempelajari gaya renang ini dengan lebih lama berbanding dengan gaya renang yang lain. Ini kerana gaya renang ini memerlukan waktu yang lebih lama untuk koordinasi gerakan tangan dan kaki. Gaya renang kupu-kupu ini juga memaksa perenang menggunakan tenaga yang lebih banyak. Kelajuan gaya renang ini diperolehi daripada ayunan kedua belah tangan secara sama. Perenang yang berenang dengan menggunakan gaya renang kupu-kupu ini boleh mengatasi kepantasan perenang yang berenang dengan gaya bebas.
Gaya bebas Gaya bebas adalah berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua belah lengan secara bergantian digerakkan jauh ke depan dengan gerakan mengayuh, sementara kedua belah kaki secara bergantian digerakkan naik turun ke atas dan ke bawah. Sewaktu 56
berenang gaya bebas, posisi wajah menghadap ke permukaan air. Pernafasan dilakukan semasa lengan digerakkan keluar dari air, semasa tubuh mengiring dan kepala berpaling ke sisi. Semasa mengambil nafas, perenang boleh memilih untuk menoleh ke kiri atau ke kanan 3.3.2. Bagaimana berenang gaya bebas dengan cara yang betul:
Kaki terus bergerak (tidak boleh berhenti), walau ketika sedang mengambil nafas
Tangan
kanan
(tanpa
henti).
dan
kiri
bergerak
terus
secara
bergantian
Posisi telapak tangan agak menghadap ke luar ketika akan menyentuh permukaan air. Jadiseolah-olah hujung ibu jari tangan yang menyentuh permukaan air terlebih dahulu.
Ketika kepala menoleh ke kanan (atau ke kiri) untuk mengambil nafas, kemudian dengan pantas gerakkan kembali kepala ke dalam air. Jangan menunggu gerakan tangan kanan (tangankiri) selesai.
Agar gaya bebas ini menjadi lebih cepat dan gerakannya lebih stabil, pengambilan nafasdilakukan setelah 2 - 3 set gerakan tangan. Jadi jangan sesekali gerakan tangan sambilmengambil nafas.
3.4
Kemahiran Asas Menyelamat Kemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini dimana mempunyai cara-cara dan panduan menyelamatnya yang tersendiri. Dalam kemahiran asas menyelamat ini pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya contohnya situasi yang boleh membawa kepada kematian, kecederaan ataupun kecacatan yang berpanjangan dan berterusan.
3.4.1. Prinsip-Prinsip Menyelamat a.
Mengesan kecemasan dan menerima tanggungjawab
b.
Mengenali kewujudan masalah.
c.
Menginterperastasikan peristiwa.
d.
Berasa tanggungjawab.
3.4.2. Penilaian 57
Penyelamat harus menilaikan aspek-aspek berikut sebelum memasuki air.
3.4.3.
3.4.4.
Keselamatan kendiri.
Kesedaran tentang kebolehan fizikal.
Bantuan yang diperolehi.
Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa.
Keadaan persekitaran.
Bilangan mangsa.
Pakaian yang perlu ditanggalkan.
“cross bearings”.
Tindakan
Keadaan air.
Tingginya tempat memasuki air.
Jenis alat bantuan yang dibawa.
Jenis dasar air.
Keadaan mangsa.
Kepantasan yang diperlukan.
Cara-cara memasuki air Melangkah masuk. Lompat. Junam. Lompat “straddle”.
3.4.5. Mendekati mangsa o
Mempertahankan diri dan melepaskan diri dari genggaman mangsa.
o
Pendekatan bercakap.
o
Pendekatan menggunakan alat bantuan.
o
Mendekati mangsa yang tidak sedar.
o
Mengeluarkan mangsa dari dasar air – junam dari permukaan air dan mencari mangsa di dalam air.
o
Kecederaan tulang belakang.
o
Menyokong mangsa.
o
Memberi bantuan pernafasan.
58
3.4.6. Menunda mangsa o Mengiringi mangsa dengan alat bantuan. o Menunda tanpa sentuhan. o Menunda dengan sentuhan.
3.3.7. Mendaratkan mangsa o Mendaratkan mangsa dengan cara yang betul o Meminta bantuan dengan segera 3.4.8. Rawatan kecemasan dan tindakan susulan o Bantu mula melalui E.A.R atau C.P.R atau kedua-dua sekali. o Kecederaan. o Perkhidmatan kecemasan.
3.5
Tugasan
TUGASAN
1.
Bincangkan bersama rakan anda tentang langkah-langkah untuk menyelamat mangsa di air ?
2.
Jelaskan jenis-jenis apungan dan jenis-jenis renang ?
59
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan v. WhatsApp vi. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Prosedur Operasi Standard
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk) i. Persiapan menjalankan aktiviti air ii. Keyakinan di Air iii. Apungan iv.Kemahiran Asas Menyelamat
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran: i. Semakan kehadiran ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk iii.Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv.Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam talian
60
UNIT 4
AKTIVITI KEMBARA
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i
Menjelaskan tujuan-tujuan aktiviti kembara dijalankan.
ii.
Menjelaskan apakah tujuan aktiviti kembara diadakan.
iii.
Menyatakan langkah-langkah persediaan sebelum melakukan aktiviti kembara
iv.
Menyatakan kepentingan amalan konservasi
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti kembara yang dijalankan dalam setiap perkhemahan. Kembara didefinisikan sebagai satu perjalanan yang mengujakan atau pelik. Ia juga boleh menjadi aktiviti yang mempunyai cabaran fizikal. Selain itu aktiviti ini mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat, menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran termasuk ilmu kehutanan, alam semulajadi.
KERANGKA TAJUK 4.1.
Kembara
4.2
Amalan Konservasi
. 4.1
Kembara
Kembara bermaksud mengikuti denai-denai atau lorong-lorong kecil yang dilalui oleh manusia mahupun haiwan. Antara aktiviti kembara yang dijalankan ialah berjalan merentas rimba atau berjalan lasak. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program perkhemahan semasa Bina Insan Guru. Tujuan aktiviti kembara dijalankan adalah untuk:61
membina ketahanan fizikal dan mental
mengamalkan sikap berdikari semasa menjalankan aktiviti
membentuk semangat berpasukan yang nilai kerjasama yang tinggi
membina nilai kerohanian dan akhlak yang tinggi
meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar
Sebelum aktiviti kembara dilaksanakan, perancangan perlulah dibuat dengan teliti untuk mengelakkan kemalangan atau sesat perjalanan.
4.1.1. Persiapan Awal sebelum Memulakan Aktiviti
Taklimat diberikan kepada semua peserta dan pemandu maklumat berkenaan jumlah peserta dikenalpasti kumpulan kecil akan dibentuk dan seorang ketua dilantik dalam kumpulan masing-masing memberi nombor kepada para peserta memberi
penerangan
berkenaan
jarak
dan
gambaran
persekitaraan yang akan ditempoh oleh setiap peserta memperkenalkan dan menetapkan formasi pergerakan. Semua peserta akan dijelaskan tentang kedudukan ketua, perintis jalan, pemandu arah dan perawat kecemasan diterangkan juga tindakan yang perlu diambil oleh peserta sekiranya berlaku kecemasan
Aktiviti memanaskan badan seorang ketua akan membuat aktiviti memanaskan badan pastikan stamina dalam keadaan yang baik sentiasa dalam keadaan yang bersedia pastikan peralatan yang dibawa mencukupi dan tidak terlalu banyak
Bacaan Doa Bagi yang beragama islam, carilah yang mampu membaca doa secara beramai-ramai Bagi yang Non Muslim, mereka dibenarkan berdoa sendiri atau pun berdiam diri
62
4.2.
Amalan Konservasi
Amalan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah pelajar akan diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentinhnya konservasi alam. ini akan membawa kese3daran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam. Melalui guru yang dilatih, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi alam dapat disampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin bangsa yang mempunyai keberanian, bertanggungjawab, menjunjung tinggi nilai etika dan mempunyai visi yang berwawasan. Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivitinya di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pelatih guru yang mengikuti program Bina Insan Guru (BIG). Aktiviti seperti berakit, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih. Alam sekitar memainkan peranan yang penting kehidupan seharian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan sekiranya alam sekitar di negara kita tidk dijaga dengan baik.
Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran. 4.2.1. Aktiviti Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Beberapa aktiviti boleh dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah, ibu bapa, badan kerajaan, NGO dan badan swasta untuk menimbulkan kesedaran pelajar. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dianjur, pelajar akan dapat memahami tentang kepentingan untuk memmelihara dan memulihara alam sekitar.
63
Kempen Kitar semula Kempen-kempen yang barkaitan dengan mengurangkan bahan buangan, mengguna semula dan mengitar semula 3R (reduce,reuse,recycle) di sekolah-sekolah. pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar mengitar semula bahan buangan mereka. Kempen-kempen kitar semula akan membawa kesan yang positif jikalau kita mengamalkan amalan ini sejak kecil lagi. Dari aspek manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan majalah-majalah maka bdapatlah memelihara dan memulihara dari aspek tumbuhan.Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkan aktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas bermakna lebih banyak polkok akan ditebang. jikalau hutan tidak dimusnah oleh kegiatan manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi. dari aspek alam pula, amalan kitar semula barang keperluan akan membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam sekitar dan memelihara sumber alam sekitar.
Jungle Trekking/Kembara Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti jungle trekking sempena cuti penggal untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang bkepentingan dan keindahan hutan. Sebagai contoh, guru boleh membawa pelajarpelajar ke Taman Negara. Banyak pengetahuan yang berkaitan alam boleh diterangkan kepada para pelajar. Antaranya tumbuhan yang boleh dijadikan ubat dan habitat bagi haiwan-haiwan.Di samping itu juga, kesan-kesan pemusnahan hutan dan akibatnya boleh juga diterangkan seperti banjir, tanah runtuh dan kepupusan flora dan fauna.
Perkhemahan Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan mempelajari pengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan. Mereka akan belajar menangkap ikan, mencari sayur-sayuran atau buah-buahan liar dan menggelakkan diri daripada binatang buas. Melalui pengalaman ini, mereka akan mempelajari kepentingan hidup harmoni dengan alam
64
sekitar. Jikalau hutan telah dimusnah, manusia juga tidak dapat meneruskan hidup. Habitat haiwan juga akan musnah, banyak bianatang akan mengalami kepupusan.
KEMBARA (DT)
KERANGKA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
1.1 1.1
Memastikan semua pelajar berada dalam talian
(5 minit)
Pensyarah memberi sedikit penjelasan tentang tajuk yang akan dipelajari (10 minit)
1.2
Pensyarah meminta pelajar-pelajar memberi pandangan terhadap refleksi bagi aktiviti yang telah dijalankan secara bergilir-gilir (pastikan semua memberi input) (20 minit)
1.3
Pensyarah meminta pelajar mengemukakan persoalan (boleh dijawab oleh pensyarah atau pelajar-pelajar yang lain)
(20 minit)
1.4
Pensyarah membuat kesimpulan
(5 minit)
1.5
Tamat
1.6
Pensyarah menyimpan dalam folder (sebagai bahan bukti pembelajaran)
AKTIVITI 1 :
Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan kefahaman anda terhadap amalan konservasi
TUGASAN
1.
Bincangkan bersama rakan anda tentang semasa kembara.
2.
Bincangkan persiapan yang diperlukan sebelum melaksanakan aktiviti kembara. 65
jenis aktiviti penghayatan alam
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan i.
WhatsApp
ii.
Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Kembara
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk) i. Persiapan untuk menjalankan aktiviti kembara ii.Aktiviti merentas rimba /lasak iii. Aktiviti penghayatan alam
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran: i. Semakan kehadiran ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam talian
66
UNIT 5
AKTIVITI TALI
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i
Menjelaskan tujuan-tujuan aktiviti tali dijalankan.
ii.
Menyatakan langkah-langkah penjagaan dan keselamatan tali
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti tali yang dijalankan dalam setiap perkhemahan. Aktiviti tali didefinisikan sebagai satu perjalanan yang mengujakan atau pelik. Ia juga boleh menjadi aktiviti yang mempunyai cabaran fizikal. Selain itu aktiviti ini mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat, menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran termasuk ilmu kehutanan, alam semulajadi.
KERANGKA TAJUK 5.1.
Sejarah Tali
5.2
Aktiviti Tali
5.3
Jenis Tali
5.4
Penjagaan dan Keselamatan Tali.
5.1
Sejarah Tali dan Pembinaan Tali Tali bermaksud untaian-untaian panjang yang dibuat dari berbagai bahan yang berfungsi untuk mengikat, menarik, menjerat, menambat, menggantung dsb. Secara etimologi, tali dapat diertikan sebagai segala sesuatu yang berkaitan dengan fungsi dan kegunaan tali. Tali pada mulanya berasal dari bahan alam semulajadi seperti dari akar-akar pohon. Namun mengikut perubahan masa tali kini boleh dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan sintetik dan kimia.
67
Tali yang diperbuat dari alam semulajadi semata-mata adalah lebih mudah rosak dan tidak tahan lama. Kebanyakan bahan alam semulajadi yang digunakan untuk menghasilkan tali adalah seperti kapas, jut dan sabut kelapa dan dari haiwan adalah seperti sutera dan bulu biri-biri. Bagi menghasilkan tali yang bermutu tinggi dan tahan lama, para saintis telah berjaya mencipta tali dengan cara menggabungkan kedua-dua elemen alam semulajadi dan sintetik
Pertama kali diperkenalkan oleh W.H. Carothers, seorang ahli kimia dan dihasilkan oleh E.I. du Pont de Memors and Co. syarikatnya pada tahun 1938. Tali dari bahan sintetik, khususnya nylon, pada awalnya hanya dihasilkan untuk kegunaan para pelaut. Namun kini tali berunsurkan nylon banyak digunakan untuk aktiviti rekreasi luar seperti aktiviti tali tinggi & rendah. 5.2
Aktiviti Tali
5.2.1
Aktiviti Abseiling
Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi.
Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah peserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut. Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.
5.3
Jenis-jenis Tali
1)
Tali Karmental (kernmantle)
68
Tali ’kernmantle’ terdiri dari dua lapisan :
kern (core) – iaitu pintalan beberapa serat tali kecil yang membentuk satu teras yang kuat ; dan
mantle(shealth) – selaput luar yang terdiri dari jalinan fiber untuk membentuk satu lapisan kulit luar.
Kernmental digunakan untuk aktiviti rekreasi luar. Gabungan bahan semulajadi dan sintetik. Wujud dlm 2 kategori iaitu low stretch rope & dynamic rope. Kernmental merupakan satu-satunya tali yang di sahkan oleh Union Internationale des Association d’Alpinisme (UIAA) yang menepati kehendak keselamatan bagi menjalankan aktiviti elemen tali. Ia terdiri daripada simpulan nylon bahagian dalam yang dikenali sebagai ‘kern’ dan lapisan luar yang turut terdiri dari anyaman nylon yg dikenali sebagai ‘mantle’ Tali kernmental adalah ringan dan boleh menambung berat sehingga 2 ton metrik.
2)
Tali Nylon Nylon merupakan sejenis tali yang diperbuat dari polimer sintetik yang dikenali sebagai polyamid dan merupakan jenis tali yang paling mudah di temui dipasaran. Tali Nylon boleh ditemui didalam bentuk sling utk kegunaan memanjat, tali pancing dan tangsi yang digunakan untuk reket badminton.
3)
Polyester - merupakan tali kategori polimer.
Polyester turut dikenali
melalui nama saintifiknya iaitu polyethylene terephthalate (PET). Polyester adalah kukuh dan tidak terurai walaupun terdedah kepada alam Polyester banyak digunakan di dalam pembinaan tayar, tali, fabrik untuk tali pinggang keledar dan tali konvayer (conveyor belts)
69
4)
Hemp adalah merupakan tali yang diperbuat dari fiber-fiber tumbuhan yang dipintal. Fiber-fiber tumbuhan adalah seperti dari pokok kapas, pokok jut, sabut kelapa, pokok manila hemp, pokok papyrus dan sebagainya. Tali hemp banyak digunakan sebagai tali sauh dan ia akan menjadi lebih kuat jika dalam keadaan basah.
5)
Hawser laid merupakan tali-tali kecil yang dipintal untuk menjadikan satu tali yang kukuh .Kebanyakan tali hawser lain terdiri daripada hasilan 3 tali yang dipintal. Kebanyakan tali ini dipintal dari sebelah kanan dengan menggunakan mesin khas. Terdapat juga tali yang terdiri daripada 4 pintalan tali kecil yg dikenali sebagai shroud laid.
5.4.
Penjagaan dan Keselamatan tali. 1) Cara mencuci alatan a) Tali kernmantle dan harness - Dibasuh dengan air tawar tanpa menggunakan
sebarang
tindakbalas kimia).
bahan
pencuci
(mengelakkan
Tali yang kotor perlu direndam terlebih
dahulu, kemudian dicuci secara teliti dari hujung ke hujung tali.
2) Cara mengeringkan peralatan. a) Tali kernmantel perlu dikeringkan dengan digantung secara ulang alik pada pokok atau tempat yang bersesuaian tanpa terdedah terus kepada cahaya matahari (terlindung).
Sebaik-baiknya
tempat tersebut mestilah mempunyai kitaran udara yang baik. Kaedah ini akan dapat mengekalkan kualiti tali kernmantel.
b) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan dengan baik. Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar hendak digunakan di masa hadapan. 3)
Cara menggulung dan membawa tali karmental
a) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan dengan baik. Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar hendak digunakan di masa hadapan. 70
b) Teknik menggulung (coiling) boleh dilakukan dengan dengan kaedah i)
Mountaineering
Uraikan tali supaya tidak kusut dan bersimpul.
Pegang salah satu hujung tali dengan sebelah tangan dominan.
Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.
Susun tali yang dilurut di tangan dominan. Tali akan menjadi gelung.
71
Ulang perbuatan sehingga habis tali dan anda akan dapati satu gulungan tali yang besar.
Gunakan salah satu hujung tali untuk diikat pada bahagian tengah gulungan secara simpul manuk.
ii)
Butterfly
Pegang hujung tali. Uraikan tali sehingga habis. Pegang hujung salah satu hujung dan lurutkan tali antara 1 hingga 1.5 meter.
72
Letakkan di belakang tengkok dan lurut tali ke bawah.
Sekali lagi lurutkan tali dan letakkan di belakang tengkok dan lurutkan ke bawah.
Ulangi langkah tersebut sehingga habis tali.
Anda akan dapati satu gulungan tali berada di atas bahu dan tengkok anda.
Dengan hujung tali, buat ikatan di bahagian tengah atau 1/3 gelungan tali.
73
4)
Kaedah membawa tali. 1)
Kaedah membawa tali.
a)
Menggunakan beg khas. Tali yang telah digulung diisikan ke dalam beg khas.
b)
Menggalas di belakang. Tali yang telah digulung secara butterfly boleh digalas di belakang.
74
c)
Menyilang di badan. Tali yang digulung secara mountaineering boleh disilang ke badan untuk dibawa ke lokasi.
d)
Menggalas di sisi. Tali digulung dan buat tali penyangkut seperti tangkai beg tangan.
5)
Punca-punca Kerosakan Tali 5.1
Geseran Kemungkinan disebabkan tali melalui bucu yang tajam dalam keadaan tali yang tegang atau ditarik pada permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar tali
5.2
Terluka Belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk ke dalam tali, kesan pergeseran yang menyebabkan lembar tali (dalam dan luar terputus) menjadi putus. Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya menjadi lebih besar 75
Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena dengan air Tali tidak tersusun dengan baik dan menyebabkannya bengkok
5.3
Cuaca terlalu panas Tali akan menjadi kerekod apabila terkena haba yang kuat Terdedah kepada pancaran matahari yang kuat pada jangka masa yang lama
5.4
Asid / alkali Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia tetapi apbila terkena asid atau pelarut atau sperid yang kuat akan merosakkan tali Sebagai langkah keselamatan, semua tali yang tercemar hendaklah
diberhentikan
penggunaanya.
(dihapuskan
sama sekali)
5.5
Terkena serangan Cendawan @ kulat Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas apabila terkena cendawan atau kulat Semua tali asli yang basah atau lembap hendaklah dikeringkan tanpa menggunakan haba jika tidak digunakan
5.5
Tugasan
TUGASAN
1.
Bincangkan bersama rakan anda tentang jenis-jenis tali?
2.
Jelaskan teknik-teknik menggulung tali?
3.
Bincangkan kaedah-kaedah membawa tali?
76
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A.
Media Digunakan i.
WhatsApp
ii.
Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B.
Tajuk Pembelajaran: Aktiviti Tali
C.
Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk) i. Persiapan untuk menjalankan aktiviti tali ii.Pelbagai aktiviti menggunakan tali. iii. Aktiviti penyelesaian masalah menggunakan tali
D.
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran: i. Semakan kehadiran ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv. Kesimpulan
E.
Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
77
TALI AKTIVITI
(5 J)
78
TAZKIRAH/ MORAL (1J)
REFLEKSI TAKLIMAT AKTIVITI/SOP
TAZKIRAH/ MORAL (1J)
REFLEKSI AKTIVITI
8.00 9.00
REFLEKSI TAKLIMAT AKTIVITI/SOP
7.00 8.00
TAZKIRAH/ MORAL(1J)
6. 00 7. 00
SOLAT/MAKAN/PENGURUS AN DIRI
5.0 06.0 0
SOLAT/MAKAN/PENGURU SAN DIRI
4.00 5.00
SOLAT/MAKAN/PENGURU SAN DIRI
PERJALANAN
3.0 04.0 0
KEYAKINAN AIR (2J)
2.00 3.00
MENDIRIKAN KHEMAH (2J)
1.0 02.0 0
AKTIVITI KEMBARA
12. 00 1.0 0
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT
11. 00 12. 00
ETIKET SISIAL/PROTOKOL (3J)
j (5J)
HARI 1 10.0 011.0 0
AKTIVITI TALI (2J)
9.00 10.0 0
MAKAN /SOLAT
8.00 9.00
MAKAN /SOLAT
TGH
PAGI
PERJALANAN BALIK
7.00 8.00
BREAKCAMP/MAJLIS PENUTUP
AKTIVIITI AIR (5J)
TAZKIRAH/ MORAL (1J)
TAZKIRAH/ MORAL (1J)
HARI 4
TAZKIRAH/ MORAL
6.0 07.0 0
PENTAKSIRAN/ REFLEKSI
SOLAT
HARI 3
SOLAT
5.00 6.00
MALAYSIAA CERGAS/MAKAN (1 J)
HARI 2
SOLAT
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (MPUD2042) PETANG MALAM
9.0010.00 10.0 011.0 0
BIBLIOGRAFI Abdul Alim Abdul Rahim (2013), Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Carr,Bob.(2012) Camp Sights. 1st University of Minnesota Press. Environmental Protection Agency (2008), Pennsylvania Ave,NW,Washington, DC Federal Emergency Management Agency (2008), Mitigation Division, Washington, DC Ikmalhisham bin Hj. Daroji, Chia Chiow Ming (2012). Pendidikan Luar,Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong, Selangor. Ismail Kamus, MohdAzrulAzizan Ab. Hamid (2013). Indahnya Hidup Bersyariat, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Jabatan Perdana Menteri, (2014) Panduan Pengurusan Majlis Dan Acara. Kuala Lumpur: Bahagian Pengurusan Acara, Jabatan Perdana Menteri. Knight, Richard L.(2012) Wildlife and Recreationists: Coexistence Through Managementand Research. Washington, D.C.: Island Press. Krogerus, M., Tcshappeler, R. (2014), The Test Book. Profile Books Ltd., London. Mohd Haji Mohd Tohar (2012), Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis. Kuala Lumpur : INTAN Linggapan (2000) Definisi Pengertian Standard Operasi Prosedur. Manado, Grameda
79
PENYELARAS MODUL PDPM (BIG) Nama
Pegawai Akademik
Nazri Bin Bedin
Bidang Bina Insan Guru (BIG)
PANEL PENGGUBAL MPUD2042 BINA INSAN GURU Bil. 1
2
Nama Mohd Zainuri Bin Embi
Mohd Sidek Bin Muhamad
Kelayakan Akademik Sarjana Sains (Sains Sukan), UPM Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian, UiTM Kursus Sijil Perguruan Khas PJK (MPSAH) Sijil Perguruan Asas (MPMK) Sarjana Sains (Pentadbiran Pendidikan), UPM Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, UPM) Sijil Perguruan Asas ( MPSI)
80
SIMBOL PEMBELAJARAN Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio. Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’. Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Buatkan ujikaji.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak. Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan. Buatkan catatan atau nota-nota penting. Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul. Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
81
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas. Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran. Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan). Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
82