Program Bina Insan Guru3.docx

  • Uploaded by: Tamilselvi Murugan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Bina Insan Guru3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,751
  • Pages: 12
LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PISMP AMBILAN JUN 2016 FASA 1 / 2018

NAMA : KANNAN A/L ANAMALAI NO KAD PENGENALAN : 970731 – 08 - 5405 ANGKA GILIRAN : 2016151340064 UNIT : BAHASA TAMIL (SK) / KESENIAN MELAYU (KSM) Program Bina Insan Guru (BIG) MPU 3112 merupakan salah satu program yang wajib disertai oleh semua guru pelatih yang mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program BIG diwajibkan kepada guru pelatih agar mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang membentuk jati diri, berdaya saing, berkeyakinan dan membina jaringan hubungan sosial yang baik serta penerapan nilai-nilai murni menerusi aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Program BIG ini telah diterajui oleh pensyarah dari Unit Kokurikulum yang telah memainkan peranan sebagai Kem Komanden, Ketua Jurulatih dan Jurulatih. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Hj. Md Afandi bin Mohd Ayob, Tuan Abd Rahim bin Aris, Puan Azibah binti Baharom dan Puan Erana binti Abd Seman kerana telah memberi tunjuk ajar dan membimbing kami sepanjang berlangsungnya program BIG ini. Melalui program ini juga saya telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri saya dan juga peluang yang sedia ada untuk kami bagi meneroka perkara-perkara baharu serta ancaman yang menjadi cabaran buat saya untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam Program BIG ini berdasarkan analisis SWOT seperti yang tertera di bawah :

1

ANALISIS PRESTASI DAN PENGLIBATAN BERDASARKAN ANALISIS STRENGTH, WEAKNESS, OPPORTUNITY DAN THREATS (SWOT) KEKUATAN Dari segi kekuatan pula, aktiviti yang dilaksanakan membantu saya untuk mempelajari kemahiran dan menimba pengetahuan yang amat efektif yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam aktiviti air yang telah dilaksanakan di Marine Science Centre (COMAS), Port Dickson telah membantu saya untuk mempelajari teknik mengapungkan diri pada permukaan air laut. Saya dapat mempelajari cara untuk menyelamatkan diri saya apabila saya berhadapan dengan situasi lemas dalam air laut. Saya juga telah mempelajari cara membawa rakit dan kayak dengan menggunakan dayung dalam laut. Kami juga diminta untuk membawa rakit ke bahagian tengah laut dan diminta untuk berdiri atas rakit untuk menyanyi lagu ‘Guru Malaysia’. Seterusnya, kami telah melaksanakan aktiviti LDK iaitu penghasilan nama kumpulan, logo dan lagu sorakan. Aktiviti ini mendorong kami untuk berfikir secara kreatif bagi menghasilkan nama dan lagu sorakan. Aktiviti ini juga menjadi tunjang kepada kami untuk membuka minda untuk berfikir luar daripada kotak demi mengemukakan justifikasi yang sesuai untuk menjelaskan ciri-ciri logo seperti kewajaran kami memilih ‘The Phoenix’ sebagai nama kumpulan. Seterusnya, melalui aktiviti mendirikan khemah pula saya telah mempelajari cara mendirikan khemah. Ada kumpulan yang telah memasukkan besi di bahagian khemah yang salah lantaran, Ahli Kumpulan 1 A telah membimbing mereka cara

2

mendirikan khemah yang betul. Saya juga telah mengetahui cara menguatkan khemah yang telah didirikan dengan memacakkan besi supaya tidak runtuh. Tambahan pula, melalui aktiviti penghasilan kraf tangan saya telah menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri saya memandangkan kami ditugaskan untuk menghasilkan kraf tangan yang mempunyai unsur patriotisme. Justeru, kami telah bertekad untuk menghasilkan kraf tangan yang melambangkan keunikan Malaysia iaitu perpaduan yang utuh merentasi kaum dan agama yang berlainan. Saya telah mempraktikkan nilai bekerjasama dan telah menghasilkan kraf tangan tersebut bersama-sama supaya menjadi identiti kepada kesefahaman yang terjalin antara kami. Sementalahan itu, kami juga melaksanakan aktiviti Abseiling iaitu aktiviti penurunan dari Menara Penyelamat di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Seremban. Kami ditugaskan untuk menurun dari tingkat kelima menara tersebut dengan menggunakan teknik repeiling. Penurunan tersebut merupakan pengalaman pertama buat saya dan saya dapat menurun dengan baik tanpa sebarang kecederaan. Jurulatih, Tuan Zamri telah memberi tunjuk ajar dan menunjukkan demonstrasi penurunan dan demonstrasi tersebut menjadi panduan kepada kami untuk melakukan penurunan. Saya juga telah menimba pengetahuan tentang jenis-jenis alatan yang digunakan untuk aktiviti penurunan ini dan jumlah berat yang boleh ditanggung oleh alatan tersebut. Kami juga berpeluang untuk melihat cara penurunan Spider. Di samping itu, kami juga telah menghasilkan sebuah permainan tradisional dalam aktiviti LDK. Melalui penghasilan permainan tersebut kami telah integrasikan unsur patriostisme agar kami dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme pada masa yang sama dapat bermain dengan seronok. Kami berjaya melakukan inovasi dalam

permainan

tradisional

Melayu

‘Teng-Teng’.

Kami

telah

melakukan

pembaharuan dari segi laluan keluar masuk dan penanyaan soalan pada bahagian tengah laluan serta melakukan bunyi haiwan semasa menghabiskan permainan. Kami telah memberi keutamaan kepada semangat patriostime agar dapat melahirkan anak watan yang berperanan sebagai aset yang melakukan anjakan paradigma dalam pembangunan negara. Umum mengetahui bahawa, program BIG bertujuan untuk melahirkan guru pelatih yang sihat dari segi fizikal dan mental. Lantaran, tunjang utama melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal ialah amalan pemakanan yang seimbang dan sihat. Melalui aktiviti masakan, saya telah mempelajari amalan pemakanan yang sihat

3

yang mana guru pelatih perlu sediakan sarapan pagi yang berzat berdasarkan piramid makanan. Kami telah menyediakan sajian ‘Telur Mayonis Manis’ dan Teh O kurang manis. Telur menjadi sumber protein yang berguna untuk badan kita yang amat signifikan untuk sumber tenaga. Minuman yang kurang manis juga mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Saya telah mempelajari sumber makanan yang wajar diambil pada waktu pagi untuk sarapan pagi. Dalam malam kemuncak iaitu dalam Majlis Kemuncak saya dapat menjiwai lakonan untuk melakukan persembahan situasi peperangan untuk lagu ‘Inilah Barisan Kita’. Saya dapat merasai kesengsaraan dan kesusahan yang dialami oleh para pejuang dan perajurit negara kita yang bertungkus-lumus mengorbankan segalanya demi kemerdekaan Tanah Melayu. Saya juga menyanyi lagu-lagu patriotisme dengan penuh jiwa dan rasa hormat kepada insan yang signifikan dalam memperjuangkan kedamaian Malaysia. Seterusnya, aktiviti bimbingan dan motivasi yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu menjadi platform kepada saya untuk mendapatkan pengalaman menjadi seorang guru dalam bilik darjah. Saya juga telah mempelajari cara mengawal kelas yang boleh saya praktikkan semasa mengajar di sekolah bagi memenuhi kehendak kursus Praktikum Fasa Pertama. Saya juga telah mengenal pasti cara untuk mendekatkan diri saya dengan murid supaya saya boleh mendapatkan perhatian mereka dan mendorong mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam pembelajaran. Tambahan pula, melalui aktiviti khidmat sosial di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana saya telah berkhidmat untuk pihak sekolah mengemaskan bilik solat, bilik jawi dan pusat sumber serta mengecat dinding. KELEMAHAN Dari segi kelemahan pula, terdapat beberapa kelemahan yang wajar diambil kira dan diatasi supaya Program Bina Insan Guru pada masa yang akan datang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah pengurusan masa. Saya berasa amat susah untuk menguruskan masa dengan baik memandangkan setiap hari mempunyai slot ataupun aktiviti LDK pada masa yang berlainan. Lantaran, saya mengalami kesukaran untuk membahagikan masa untuk berehat dan saya juga telah hadir ke slot moral lewat lima minit pada hari kedua. Hal ini menunjukkan kegagalan saya dalam membahagikan masa dengan baik. Justeru, saya perlu sediakan jadual tersendiri dan memperuntukkan masa secara seimbang agar dapat mengatasi masalah lewat ke program. Selain itu, saya berasa amat susah untuk mempraktikkan nilai sifat keterbukaan dalam diri saya sehingga saya berasa tidak senang hati apabila ahli keluarga 4

memberi kritikan terhadap idea saya dan saya juga tidak mahu menerima idea mereka kerana berasa idea yang dikemukakan oleh saya adalah terbaik. Sementalahan itu, peralatan yang disediakan oleh pihak stor tidak berkualiti dan boleh mengancam keselamatan para guru pelatih. Misalnya, dayung yang disediakan telah patah di tengah laut dan hal ini boleh membawa masalah yang serius kepada semua sekiranya semua dayung yang disediakan tidak berkualiti dan mudah patah. Bukan itu sahaja, malah khemah yang diberi juga tidak begitu berkualiti kerana terdapat besi yang membantu untuk mendirikan khemah telah patah dan kami terpaksa mengikat besi tersebut dengan ikatan yang pernah dipelajari dalam Kursus Kokurikulum pada Semester 2. Seterusnya, semasa berada di JPAM, saya berasa agak takut dan gementar untuk melakukan aktiviti tersebut memandangkan ini merupakan pengalaman pertama buat saya. Saya berasa sangat takut untuk melepaskan tali di bahagian tangan kiri menyebabkan saya susah untuk menyeimbangkan badan saya pada dinding di Menara Penyelamat. Tambahan pula, aktiviti abseiling memakan masa yang agak lama sehingga melebihi masa yang ditetapkan dalam jadual. Lantaran, masa perlu dianjakkan untuk aktiviti-aktiviti seterusnya. Hal ini boleh diatasi dengan kumpulan 1. 2 dan 3 dibawa dulu ke JPAM untuk aktiviti abseiling dan kumpulan 4, 5 dan 6 pula dibawa ke keesokan harinya. Dengan ini, aktiviti abseiling dapat dijalankan dengan sempurna dan pihak Jurulatih JPAM tidak perlu berjemur lama di bawah matahari terik. PELUANG Dari segi peluang pula, saya mendapat peluang emas untuk mencuba sesuatu yang baharu yang tidak pernah saya cuba sepanjang kehidupan saya. Program BIG ini telah memberi peluang kepada saya untuk membawa rakit di tengah laut dan mengapungkan diri saya pada permukaan laut. Seterusnya, saya tidak pernah mencuba aktiviti abseiling yang amat membantu saya untuk meningkatkan keyakinan diri dan memberanikan diri saya. Peluang sedia ada untuk kami belajar ialah jurulatih berwibawa dan dedikasi yang mengajar kami teknik repeiling dengan penuh semangat supaya kami berasa terdorong untuk mencuba aktiviti tersebut. Tambahan pula, Program BIG ini juga memberi peluang kepada saya untuk melatih diri saya untuk menjadi seorang guru melalui aktiviti bimbingan dan motivasi yang mana saya menyedari peranan seorang guru dalam mendorong anak murid ke arah kejayaan. Saya juga mendapat peluang untuk menunjukkan keterampilan saya sebagai

5

seorang guru dalam mengawal kelas dan menyampaikan pesanan dan nasihat yang memberi semangat kepada mereka. ANCAMAN Dari segi ancaman pula, ancaman yang menjadi cabaran besar buat Kumpulan 1 untuk menyempurnakan tugasan dan aktiviti ialah tiada persefahaman antara ahli keluarga. Masing-masing memberi idea yang berlainan sehingga kami buntu untuk memilih idea yang terbaik. Sifat keterbukaan amat kurang dalam diri kami sehingga kami tidak ingin untuk menerima krirtikan terhadap idea yang dikemukakan. Ancaman yang menjadi cabaran terbesar buat saya ialah rasa ketakutan dan gementar. Rasa takut yang menyelebungi diri saya menghalang diri saya untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang lasak. Cabaran seterusnya ialah sehari sebelum aktiviti Bimbingan dan Motivasi kumpulan 5 yang pergi ke Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu telah menyenaraikan 6 aktiviti dan barang-barang keperluan untuk kesemua aktiviti tersebut telah dibeli. Tetapi, pada malam tersebut dimaklumkan bahawa aktiviti untuk sekolah tersebut diselaraskan, lantaran kami terpaksa menyediakan alatan untuk aktiviti baharu dan barang yang dibeli untuk aktiviti sebelumnya tidak dapat digunakan. Sebagai menggulung perkara yang dikemukakan di atas, Program BIG merupakan kursus yang wajar diwajibkan kepada semua guru pelatih kerana amat signifikan dalam melahirkan insan pendidik yang berkemahiran, tahan lasak, dedikasi, optimis dan bertanggungjawab. Program BIG juga wajar diteruskan pada masa yang akan datang agar guru pelatih boleh meningkatkan kemahiran dan menimba ilmu pengetahuan serta menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri mereka.

6

GAMBAR AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Aktiviti Air Marine Science Centre (COMAS), Port Dickson 7

Aktiviti Mendirikan Khemah

8

Penghasilan Kraf Tangan

Aktiviti Abseiling di Jabatan Pertahanan Awam, Seremban

9

Inovasi dalam Permainan Tradisional

Amalan Pemakanan Sihat

10

Bimbingan dan Motivasi

Malam Kemuncak : Malam Kebudayaan

Khidmat Masyarakat dan Sosial 11

12

Related Documents


More Documents from "Tamilselvi Murugan"

1122.docx
December 2019 29
Assignment 3 Question.doc
November 2019 20
December 2019 20
Bbm Doc.docx
December 2019 41