17810503 Kandungan Islam[1]

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 17810503 Kandungan Islam[1] as PDF for free.

More details

  • Words: 2,514
  • Pages: 10
Kandungan Islam Akidah Akidah merupakan dasar penting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah adalah bergantung kepada akidah yang dianutinya. Seluruh aktiviti kehidupan yang lahir dari diri seseorang yang berpegang dengan akidah yang benar akan dapat mencerminkan nilai akidah yang dipegangnya. Takrif akidah adalah ikatan atau simpulan (ia berasal dari perkataan bahasa Arab dari pecahan perkataan ‘aqada’). Akidah juga digunakan pada sesuatu yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian atau sebagainya. Dari ikatan atau simpulan maknawi ini lahir perkataan “akidah” iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan (Muhd.Sulaiman Hj. Yasin:1981). Maksudnya, akidah adalah boleh difahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai oleh apa cara sekalipun. Jadi, akidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh, pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, kepercayaan ini berbentuk pegangan yang amat kukuh lagi utuh dalam jiwa sehingga tidak mungkin terlepas atau terputus dari pemegangnya. Allah SWT berfirman, maksudnya: “Maka sesiapa yang ingkarkan taghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang dengan simpulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Baqarah: 256) Dalam Islam, iman tidak boleh tertegak berdasarkan keraguan atau dipengaruhi oleh prasangka, kerana ia ditetapkan dengan positif oleh Al-Quran dan dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW, juga adanya kesedaran dan kekuatan kaum muslimin yang tidak pernah berubah sejak dari penyebaran Islam yang pertama dimasa Rasulullah SAW hingga kehari ini. Allah SWT berfirman, maksudnya: “Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari tuhannya demikian pula orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, maikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya…” (Al-Baqarah:285)

Dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW menjelaskan enam perkara yang menjadi teras iman. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya iman itu ialah engkau percaya dengan Allah, malaikatmalaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan engkau percaya dengan qadar baik dan buruk.” (Riwayat Muslim) Unsur-unsur Akidah / Rukun Iman Berdasarkan keterangan Al-Quran dan Hadith di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa unsur-unsur akidah atau teras iman ada enam iaitu: • • •

1. Percaya Kepada Allah 2. Percaya Kepada Para Malaikat 3. Percaya Kepada Kitab-Kitab 4. Percaya Kepada Para Rasul 5. Percaya Kepada Hari Akhirat 6. percaya Kepada Qadar Dan Qadha’.

Asas utama yang mesti ada dalam akidah ini terjelma dalam penyaksian “Tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah.” Akidah inilah yang menjelmakan pandangan tepat umat Islam terhadap alam, Tuhan Pencipta dan Pemilik alm, metafizik, kehidupan di dunia, kehidupan di akhirat, alam yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat. Dengan erti kata lain, akidah itulah yang menentukan pandangan umat Islam kepada makhluk dan khalik (pencipta), kepada dunia dan akhirat dan kepada alam syahadah (alam nyata) dan alam ghaib. (Al-Qardhawi: 2000). Oleh itu umat Islam digesa supaya menjaga akidahnya dan membatas diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mencacatkannya. Contohnya: tidak mengambil atau menyembah tuhan selain Allah, tidak mengambilpelindung (Rab) selain Allah, tidak memberi wala’ kepada selain Allah dan tidak menafikan kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Syariah Takrif syariah adalah jalan. Ia berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan “syir’ah”. Syariah dalam bahasa Melayu bererti jalan, jalan yang lurus atau sumber air. Syariah menurut perundangan Islam ialah segala hukum yang diperundangkan oleh Allah SWT ke atas hamba-hambaNya supaya mereka beriman dan beramal soleh denganNya agar dapat mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.Hukumhukum ini dinamakan syariah kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya yang benar dan tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Sifatnya yang begini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud:

“Kemudian Kami jadikan kamu di atas suatu jalan yang lurus (syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikut kehendak mereka yang tidak mengetahui.” (Al-Jathiah: 18) Sumber-sumber perundangan Islam yang masyhur terutama di kalangan jumhur ulamak ada empat iaitu: • • • •

1. Al-Quran (Kitabullah) 2. Al-Hadith / As-Sunnah 3. Al-Ijmak (ijtihad para sahabat dan fuqaha’) 4. Al-Qias (ijtihad para sahabat dan fuqaha’)

Akhlak Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu kata jamak dari “khuluq” yang bererti tingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi. Menurut terminology, perkatan akhlak adalah berasal dari perbendaharaan istilah Islam. Istilah lain yang mirip dengan akhlak ialah moral dan etika. Menurut Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalamannya. Ia sikap rohani yang melahirkan tingkah laku perbuatan insan terhadap Allah dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan, serta menurut petunjuk dari Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah yang dikatakan akhlak Islam yang bersumberkan dalil naqli. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik) Diri Rasulullah SAW itu sendiri adalah menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadi ikutan ummah. Aishah sendiri pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, dan beliau menjawab bahawa akhlak baginda Rasulullah SAW adalah Al-Quran. Akhlak dalam Islam adalah amat penting, malah sama pentingnya dengan Islam itu sendiri (Abdul Farim Zaidan: 1987). Kesimpulannya, akhlak dapat dihuraikan dalam tiga bentuk hubungan iaitu akhlak manusia terhadap Allah, sesama manusia dan terhadap makhluk-makhluk yang lain.

Ciri-Ciri Islam Islam sebagai manhaj kehidupan mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia. Di antara ciri-cirinya ialah (Musa bin Fathullah Harun :1996): 1. Rabbani 2. Syamil dan Kamil 3. Waqi’e atau Praktikal 4. Tinggi atau Agong

5. Alami atau Sejagat 6. Insani 7. Wasati 8. Tetap dan Anjal

Tujuan Islam Tujuan besar dinul Islam diturunkan adalah untuk mencapai kemaslahatan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Tujuan utama Islam antara lain ialah: • • • • • •

Mendidik manusia agar mengenal pencipta yang Esa. Mengajar dan memandu manusia agar dapat mengerjakan ibadah dengan betul dan sesuai seperti yang diperintahkan. Mendidik dan melahirkan insan yang berkualiti. Memberikan jaminan dan keselamatan diri dan harta. Memberikan ruang dan tempat pergantungan. Memberikan harapan dan peluang bagi mendapatkan balasan baik dan tempat kembali yang berkekalan.

ZAMAN KELAHIRAN ISLAM. Perjalanan zaman selama kurun waktu 750 tahun sejak kelahiran Al-Masih cukup membuat rosaknya kepercayaan Nasrani sebagaimana yang dialami Islam dikemudian hari dan sebagaimana pula yang dialami kepercayaankepercayaan lain sebelumnya, seperti Zaradusta dan Budhisme. Sebab itulah orang Arab merosak agama tauhid yang diajarkan oleh rasul mereka, misalnya Nabi Ibrahim AS, kemudian Ka,abah mereka dipenuhi dengan pelbagai macam patung dan berhala. Demikian juga yang dilakukan oleh orang Yahudi, mereka merosak agama yang diajarkan oleh Nabi Musa AS, kemudian menjadikan patung lembu sebagai “tuhan” mereka.

Dimasa jahiliyyah orang-orang Arab tenggelam di dalam penyembahan berhala. Ketika itu agama yang sebagaimana ditunjukkan oleh syair-syair mereka adalah merupakan soal yang dangkal dan tidak meresap ke dalam hati, bahkan mereka memuja-muja batu dan parit. Di antara sisa-sisa peninggalan masa jahiliyyah ialah telaga zamzam dan Hajar Aswad. Di samping itu, ketika itu orang-orang Arab mempunyai kepercayaan bahawa di dalam segala sesuatu yang berupa benda, seperti gunung dan angin terdapat rohroh yang harus disembah seperti berhala, sebab itulah mereka menyembah binatang-binatang, matahari dan bulan. Di antara berhala-berhala mereka yang masyhur ialah ‘Uzza, Llaat dan Manaat’. Mereka bukan menyembah batu-batu itu sebagai tuhan tetapi sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Akhirnya, hingga saat lahirnya Islam di Ka’abah ia tetap penuh dengan berhala-berhala, kemudian, Rasulullah SAW memerintahkan agar semuanya dihancurkan. Cahaya seluruh alam, dinul Islam atau agama Islam datang dengan dua hal sebagai dasar utama, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ajaran-ajaran Islam memang sama sekali berlainan dengan ajaran-ajaran jahiliyyah. Allah SWT adalah tuhan yang Maha Besar, Maha Esa, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan lain-lain lagi adalah tuhan yang sebenarnya dan layak disembah walau apa jua keadaan, tempat, masa, bangsa dan negara menurut agama Islam. Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah atau Rasulullah adalah rasul dan nabi yang terakhir. Menganut agama Islam adalah bukan suatu paksaan atau desakan. Sehubungan dengan itu, Allah SWT telah berfirman yang maksudnya: “Tak ada paksaan dalam agama” (maksudnya tiada paksaan untuk memeluk agama Islam) (AlBaqarah : 256) PENGERTIAN ISLAM

Dari segi bahasa ‘Islam’ berasal dari bahasa arab iaitu salima: # yang bererti selamat, sejahtera, sentosa atau kedamaian. # Ia juga bererti menyerah diri,tunduk,patuh dan taat. Dari perkataan salima ini dibentuk perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Perkataan aslama inilah yang menjadi pokok asas kepada perkataan islam. Agama Islam bermaksud tunduk, patuh, taat, dan menyerah diri kepada Allah sepenuhya. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 131 yang bermaksud: Ketika TuhanNya berfirman kepadanya (Nabi Ibrahim) berserahlah,Ibrahim menjawab, aku telah menyerah diri kepada Tuhan alam ini. Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi kerana perkataan “islam” tidak mempunyai hubungkait sama ada dengan individu-individu tertentu,golongan atau tempat-tempat tertentu. Dari segi pemilihan nama, “islam” merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah kepada Din-Nya.Allah berfirman yang bermaksud: Barang siapa mencari agama selain islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu).... (Ali Imran:85) Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Aku redha Islam itu menjadi agamamu. (Al-Maidah:3) PENGERTIAN ISLAM MENURUT ISTILAH SYARA’

(a).

Islam bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.

(b).

Islam adalah peraturan hidup (way of life),peraturan yang bersifat integrasi, mengatur hidup & kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan oleh Nabi Muhammad untuk seluruh umat manusia.Peraturan hidup ini terkandung di dalam Al-quran dan telah dihayati oleh rasulullah dalam kehidupan baginda.Ini menjadi teladan yang baik bagi seluruh umat manusia. Manusia tidak akan sesat selgi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini sepertimana sabda Rasulullah sendiri yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-quran dan sunnah rasul. (riwayat Bukhari)

(c). Definisi Islam menurut hadith Rasulullah SAW.Jibril bertanya Rasulullah tentang islam:

Ceritakan padaku (Wahai Muhammad) tentang islam, Rasulullah menjawab: Kau mengakui tiada tuhan selain Allah,Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika engkau kuasa. (Riwayat Muslim) Jibril membenarkan keterangan Rasulullah SAW di atas. Asas Islam yang dapat dihuraikan daripada hadith di atas adalah seperti berikut: i.

ii.

iii.

Sistem kerohanian yang terbit dalam bentukucapan syahadah. Ini menunjukkan islam bukanlah agama yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus, benar, dan harmoni. Di atas asas kerohanian yang mantap terbina pula sistem perundangan yang luas skopnya, sama ada dalam konteks individu mahupun dalam kontek kolektif.Hal ini dapat dilihat dalam ibadah-ibadah asas yang disyariatkan Sistem kerohanian dan sistem syariat dilaksanakan secara serentak berlandaskan satu dasar iaitu melalui sistem akhlak islam yang menyeluruh dan mantap.

Dengan perlaksanaan ketiga-tiga sistem ini secara serentak maka lahirlah apa yang dikatakan ibadah.Menjadikan seluruh aktiviti kehidupan ini ibadah adalah merupakan saranan Islam dan menjadi fungsi penciptaan manusia itu sendiri.Firman Allah SWT yang bermaksud: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri KepadaKu.

(Al Dzariat:56)

PENGERTIAN AD-DIN

Menurut pendapat Ibn Faris di dalam bukunya ‘Maqayis Al Lughah’ ad-din bermaksud pasrah, menyerah, tunduk, perhitungan dan lain-lain. Orang Arab mempergunakannya (ad-din) untuk berbagai maksud dan tujuan. Ad-din bermaksud agama dalam peristilahan bahasa melayu.Agama bermaksud kepercayaan dan keyakinan terhadap ajaran atau fahaman tertentu.Ia sering dikaitkan dengan ibadah dan hubungan dengan tuhan.Agama juga bermaksud membenarkan dengan perkataan atau mengakui keesaan Pencipta, mempercayai dan meyakini Pencipta serta apa yang disampaikanNya, dengan sepenuh hati dan membuktikannya dengan amalan di samping melakukan apa yang diperintah serta meninggalkan apa yang dilarang. Perkataan ‘din’ (dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup. Manakala perkataan ‘ad-din’ (dalam bentuk makrifah)bermaksud cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah. Perkataan ‘din’ dilihat suatu istilah yang khusus di dalam Al-quran, yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat.Ia merupakan istilah yang terdiri daripada empat bahagian: i. Kekuasaan Yang Maha Mutlak (Allah SWT) ii. Penyerahan diri zahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetiaan kepada kekuasaan Yang Maha Mutlak. iii. Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak Yang Maha Mutlak kekuasaanya. iv. Ganjaran yang diberi sama ada baik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa. Kempat-empat bahagian ini sesuai disebut dengan istilah yang diberikan oleh Allah terhadap “dinulhaq” (agama yang benar) yang mana ia mengandungi tiga ciri penting: i.

Iman kepada Allah, sebagai yang mutlak kekuasaanNya, setiap muslim menyerah bulat-bulat kepada kekuasaanNya.

ii.

Iman kepada hari kemudian (akhirat), ia merupakan hari di mana Allah melimpahkan anugerah dan kurniaNya, juga menimpakan azab dan derita.

iii.

Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Islam Sebagai Suatu Sistem Hidup Ciptaan Allah

Islam merupakan agama yang benar yang datang dari Allah S.W.T. diturunkan untuk seluruh makhluk dan alam semesta. Tidak ada agama lain yang diakui kebenarannya melainkan Islam sepertimana yang terdapat dalam surah Ali Imran:19 Islam adalah agama yang diturunkan kepada para rasul sejak Nabi Allah Adam AS hingga kepada Nabi Muhammad SAW. Tidak ada agama selain Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Agama yang benar dan kekal sudah tentu ia bersifat sempurna dan menyeluruh. Sempurna dari segi nilai-nilai dan sistem– sistem yang terkandung di dalamnya dan meyeluruh dari segi konteks ruang lingkupnya. Sebagai satu sistem, Islam mampu mengatur dan mentadbir hidup serta kehidupan seluruh makhluk yang terdiri dari alam tumbuhan, alam haiwan dan lebih-lebih lagi makhluk yang dikatakan alam manusia. Islam sebagai agama atau sistem hidup yang mengatur seluruh kehidupan alam semesta (universe) mempunyai peraturan-peraturan dan pengajaran yang berupa asas-asas, prinsip-prinsip,dan hukum-hakam. Dasar-dasar itu termaktub di dalam kitab suci Al-Quran dan oleh sunnah yang sahih. Keseluruhan dasar-dasar itu merupakan perintah-perintah, larangan-larangan, petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan ini, Islam mengajarkan hal-hal yang berhubungkait dengan duniawi dan juga hal-hal yang bersangkutan dengan urusan ukhrawi. Oleh itu, ajaran Islam berpaksikan kepada dua bentuk hubungan: 1- Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhan (Allah), ia meliputi tentang kepercayaan dan penyembahan. Oleh itu Islam mengajarkan tentang sistem iman dan sistem ibadah. Kedua-dua ajaran ini besifat vertikel ataupun menegak. 2- Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Oleh itu Islam mempunyai ajaran-ajaran yang mencangkupi bidang-bidang politik, ekonomi, undang-undang, sosial, kebudayaan, dan sebagainya. Kedua-dua ajaran ini bersifat horizontal ataupun mendatar (Nasaruddin Razak:1986) Kedua-dua ajaran ini dilaksanakan secara harmoni tanpa adanya pemisahan antara satu sama lain.Sebarang pemisahan akan mengakibatkan kemusnahan dan

kerugian yang berkekalan kepada pelakunya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada melainkan mereka yang berpegang teguh kepada tali(agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia. (Ali Imran :112) Islam bukan hanya berupa sistem keagamaan yang berbentuk ritual sematamata malah ia merupakan sistem hidup yang luas ruang lingkupnya, di mana ia dikatakan agama universal (Muhd Sulaiman Yasin:1981) Islam Sebagai Suatu Sistem

Sistem Umum (Hukum Alam Semesta) Sistem secara umum bermaksud;sistem atau peraturan/hukum umum ciptaan Allah yang bersifat universal.Seluruh alam ini termasuk manusia terikat dengan peraturan ini dan peraturan yang bersifat umum ini dikenali sebagai hukum alam semesta. Hukum ini tadak ada suatu makhluk pun dapat mengelak diri daripadanya sama ada secara redha mahupun terpaksa. Dengan sistem/ hukum umum inilah Allah mencipta dan mengaur seluruh alam. Ia bersifat pasti, objektif dan tetap. (Nasarudin Razak: 1986) Firman Allah yang bermaksud: Dan (Allah) telah menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu ditetapkan padanya hukumhukumnya. (Al-Furqan) Hukum umum ini dikenal juga sebagai sunnatullah yang sifatnya tidak akan berubah. Allah menjelaskan dalam firmannya yang bermaksud: Yang demikian itu, adalah sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu. Dan kamu tidak sekali-kali akan menemukan perubahan pada Sunnatulah itu (Al-Fath:23)

Related Documents

Kandungan
June 2020 31
Kandungan
June 2020 30
Kandungan
May 2020 32
Kandungan
May 2020 27
Kandungan
April 2020 32